You are on page 1of 21

LAPORAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIFOKUSKAN

AMALAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DI SEKOLAH

1.0 PENDAHULUAN
Pada bulan Mac yang lalu, semua pelajar daripada kumpulan Program
Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 tahun (PPPR-P4T) telah diberi
tugasan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Kami telah ditugaskan untuk
menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah rendah yang
telah dipilih selama seminggu iaitu bermula pada 21 Mac hingga 25 Mac 2010.
Tugasan ini adalah wajib bagi setiap pelajar PPPR-P4T dan merupakan PBS
pertama yang dilaksanakan bagi kumpulan kami. Tujuan perlaksanaan PBS
adalah untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih tentang
persekitaran sekolah, budaya sekolah di samping membina sikap positif
terhadap profesion perguruan. Selama berada di sekolah kami dikehendaki
mendapatkan maklumat melalui pemerhatian, hasil temu bual serta soal selidik
untuk menyempurnakan tugasan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu,
Kelantan untuk menjalankan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Saya
memilih sekolah ini kerana saya merupakan bekas pelajar di sekolah itu dari
tahun 1997 hingga 2002. Sekolah ini juga merupakan sekolah yang mencapai
tempat kedua terbaik pada peringkat daerah dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah (UPSR) setiap tahun.
Sekolah ini telah diwujudkan sejak tahun 1991 dan kini, sekolah ini diteraju oleh
Puan Wan Normah bt Wan Mustapha. Telah banyak kejayaan yang dicipta oleh
sekolah ini, baik dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum sejak dahulu
lagi. Walaubagaimanapun, Puan Wan Normah bt Wan Mustapha mempunyai misi
tersendiri iaitu ingin menceriakan persekitaran sekolah di samping meningkatkan lagi
prestasi kurikulum dan kokurikulum di sekolah ini.
2.0 PERANAN PIHAK PENGURUSAN SEKOLAH

2.1 Guru Besar

Guru Besar adalah orang paling penting dan berpengaruh dalam sesebuah
sekolah. Dalam kurikulum sekolah, Guru Besar adalah sebagai pengerusi
jawatankuasa tersebut. Selain itu, beliau bertanggungjawab terhadap segala
aktiviti yang berjalan di sekolah meliputi pentadbiran, kewangan, kurikulum,
kokurikulum, keadaan persekitaran, kakitangan dan pelajar.
Dalam usaha mengembangkan aspek intelek seperti yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Guru Besar memainkan peranan
yang sangat penting. Menurut Guru Besar sekolah ini, bidang tugas beliau
sangat luas. Antara yang utama adalah dalam bidang kurikulum, kokurikulum
sahsiah serta pentadbiran. Selaras dengan misi beliau yang mahu meningkatkan
prestasi kurikulum dan kokurikulum di samping menceriakan sekolah, pelbagai
program telah dirancang agar potensi murid-murid dapat diperkembangkan lagi.
Antara program-program yang dijalankan ialah program peningkatan akademik.
Aktiviti utama dalam program ini adalah membuat nota poket, peta minda,
program bijak sifir, reading program, vocabulary building, understanding ang
using English grammer, latih tubi terancang. Selain itu juga, kelas tuisyen malam
diadakan bagi murid-murid Tahap 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Kelas tuisyen ini dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap bulan.
Di samping itu, usaha meningkatkan pencapaian sekolah, budaya ilmu
turut diterapkan dalam diri setiap murid.
Melalui pemerhatian saya di sekolah tersebut, pada majlis perhimpunan pagi
pada hari Isnin, Guru Besar akan memberi beberapa perkataan Bahasa Inggeris
kepada murid-murid. Perkataan perkataan ini akan disoal semula pada majlis
perhimpunan pagi pada minggu yang berikutnya. Selain itu juga, nilai-nilai keagamaan
turut diterapkan. Ini dapat dilihat pada setiap pagi apabila murid-murid akan membaca
doa penerang hati sebelum memulakan sesi persekolahan. Walaupun bidang kurikulum
merupakan bidang tugas yang utama bagi beliau, namun pencapaian dalam bidang
kokurikulum tidak pernah diabaikan.
Untuk membentuk insan yang yang seimbang dan harmonis, aspek jasmani,
emosi dan sosial juga perlu dititikberatkan. Seiring dengan hasrat FPK, beliau
telah melaksanakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang sewajarnya di sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan di sekolah ialah persatuan akademik, unit
beruniform, kelab serta suka dan permainan. Aktiviti-aktiviti seperti permainan
secara tidak langsung dapat mengembangkan potensi pelajar yang terpendam.
Mereka juga dapat berinteraksi antara satu sama lain dan seterusnya dapat
memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, mereka dapat
menambahkan ilmu pengetahuan yang lebih mendalam mengikut kelab yang
disediakan serta dapat membentuk disiplin murid-murid melalui pasukan unit
beruniform. Menurut beliau, bagi memastikan kegiatan ini berjalan dengan
lancar, beliau telah menubuhkan Jawatankuasa aktiviti kokurikulum. Beliau juga
berperanan dalam memastikan kelengkapan prasarana bagi aktiviti kokurikulum
dapat dijalankan dengan baik.
Sebagai strategi beliau untuk menceriakan persekitaran sekolah, pelbagai
usaha telah dilakukan. Antaranya ialah program gotong-royong kawasan sekolah
bagi memastikan kawasan sekolah tersebut sentiasa berada dalam keadaan
bersih. Kawasan persekitaran sekolah juga ditanam dengan pelbagai jenis pokok
bunga. Pokok-pokok tersebut juga turut dilabelkan dengan sedikit pengenalan
tentangnya seperti nama, nama saintifik serta cara pembiakannya sebagai
usaha untuk menambahkan pengetahuan murid-murid di sekolah tersebut. Di
samping itu, bangunan-bangunan sekolah dihiasi dengan mural-mural sebagai
salah satu strategi beliau untuk menceriakan sekolah.
Mural-mural yang terdapat di SK Islah
Selain itu juga, terdapat banyak kata-kata hikmah yang digantung
menghiasi kawasan sekolah dan secara tidak langsung dapat memberi
peringatan kepada murid-murid. Kawasan sekolah juga turut dilengkapi dengan
wakaf-wakaf kecil. Terdapat bahan-bahan ilmiah yang digantung pada wakaf
tersebut agar dapat memupuk budaya ilmu di dalam diri setiap murid.
Pertandingan keceriaan kelas juga turut dilaksanakan di sekolah ini. Kelas yang
memenangi pertandingan tersebut akan diberikan hadiah pada setiap bulan
dalam perhimpunan hari Isnin.

Kata-kata hikmah

2.2 Guru Penolong Kanan


Pentadbiran

Guru Penolong Kanan


Pentadbiran (GPK1) merupakan
orang yang kedua
terpenting di sekolah selepas Guru Besar. Guru Penolong Kanan Pentadbiran di
sekolah ini ialah Encik Rawi bin Mohd Ali. Beliau bertanggungjawab kepada
keseluruhan perjalanan sekolah termasuk yang berkaitan dengan kurikulum.
Antara peranan Guru Penolong Kanan Pentadbiran adalah membantu Guru
Besar dalam pentadbiran kurikulum sekolah, sebagai naib pengerusi
jawatankuasa kurikulum sekolah, urusan pusat sumber sekolah (PSS),
menyusun jadual waktu sekolah, menyelenggara maklumat tentang kurikulum
dari semasa ke semasa, urusan pengajaran dan pembelajaran guru-guru, urusan
berkaitan tenaga pengajar, peperiksaan, penilaian dan sebagainya.
Dalam usaha memperkembangkan intelek murid-murid, Guru Penolong
Kanan Pentadbiran (GPK1) bertanggungjawab memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar. GPK1 akan memastikan
ketiadaan guru atas sebab urusan rasmi mahupun cuti sakit akan diganti oleh
guru lain. Ini bertujuan agar murid-murid tidak ketinggalan dalam sukatan
pelajaran mereka. Selain itu juga, GPK1 berperanan dalam urusan penilaian dan
peperiksaan. Contohnya, menyemak item ujian serta skema pemarkahan yang
disediakan oleh Guru Panitia. Tujuannya adalah supaya penilaian dan
peperiksaan yang dibuat adalah mengikut format serta menepati kurikulum yang
terkini.

2.3 Guru Penolong Kanan (Kokurikulum)

Antara bidang tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ialah


mengada dan menyusun program aktiviti tahunan gerak kerja kokurikulum bagi
memastikan rancangan tersebut berjalan dengan lancar. Menurut Guru Penolong
Kanan Kokurikulum sekolah ini iaitu Puan Siti Rugayah bt Yaacub, bidang kokurikulum
merupakan landasan utama dalam meningkat serta memperkembangkan aspek
jasmani murid-murid di sekolah. Apabila aspek ini dapat ditingkatkan dalam diri
setiap murid, minda yang cerdas terhasil daripada tubuh badan yang sihat.
Dalam usaha pihak sekolah ke arah memperkembangkan aspek jasmani
muridmurid ,sekolah ini telah mengadakan aktiviti kokurikulum. Aktiviti ini dibahagikan
kepada tiga iaitu unit beruniform, kelab dan persatuan serta permainan.
Melalui kegiatan unit beruniform ini, murid-murid dapat menambahkan
pengetahuan dari luar bilik darjah. Contohnya melalui penglibatan murid dalam
unit beruniform Pengakap, murid-murid dapat mempelajari cara membuat ikatan,
simpulan, memasang khemah dan sebagainya. Ilmu ini juga diharap dapat
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Disiplin murid-murid juga dapat
diperbaiki melalui kegiatan unit beruniform ini.
Selain itu juga, aktiviti sukan dan permainan dapat mencungkil bakat dan
potensi pelajar yang terpendam. Adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk
melatih pasukan sekolah. Menerusi penglibatan murid dalam aktiviti ini, secara
tidak langsung guru-guru dapat membuat pemerhatian dan pemilihan murid yang
berbakat untuk diserapkan ke dalam pasukan sekolah.
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum

Mereka kemudiannya akan diberikan latihan yang berterusan sebagai


strategi untuk mewakili sekolah ke pertandingan kelompok, daerah atau negeri.
Seterusnya, kelab dan persatuan yang dijalankan di sekolah pula dapat melatih
murid-murid untuk menerima serta melaksanakan tanggungjawab yang
diberikan. Perkembangan dari aspek sosial dapat dibentuk apabila murid-murid
perlu bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diberikan selaras dengan
hasrat Falsafah Pendidikan yang ingin melahirkan insan yang mempunyai
potensi yang menyeluruh dan bersepadu.

2.4 Guru Kelas

Guru kelas bertanggungjawab untuk menguruskan murid-murid dalam hal


merekod dan mengemaskini butiran peribadi ke dalam Buku Jadual Kedatangan,
Buku Rekod Mengajar, serta Buku Kemasukan Sekolah. Kedatangan murid juga
perlu ditanda pada waktu pertama setiap hari persekolahan. Selain menguruskan
hal-hal yang berkaitan murid-murid, tugas Guru Kelas juga adalah menjalankan
pengurusan kelas seperti melantik Ketua Kelas, jadual waktu bertugas,
kebersihan, alat tulis, perhiasan kelas, serta kelengkapan kelas untuk
kemudahan murid-murid.
Guru Kelas juga bertanggungjawab terhadap disiplin murid dalam
kelasnya dan menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, tekun, berdedikasi,
berusaha dengan gigih dan sebagainya. Guru juga bertanggungjawab menjaga
kebajikan murid-muridnya. Murid-murid yang kurang berkemampuan biasanya
diutamakan untuk menerima Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) serta layak
menerima Rancangan Makanan Tambahan (RMT).
Dalam meningkatkan prestasi murid-murid, banyak program yang telah
dirancang oleh pihak sekolah seperti G-BUDDY, untuk murid-murid Tahun 6,
kelas tambahan bagi murid-murid Tahap 2, Program KIA2M dan sebagainya.

3.0 PRASARANA

Bagi memastikan murid-murid mencapai tahap kecemerlangan dan


keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai
kemudahan yang telah disediakan oleh pihak sekolah agar persekitaran sekolah
berada pada tahap yang kondusif untuk murid-murid menimba ilmu. Antara
kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah ini adalah pusat sumber,
makmal Sains, makmal komputer, kantin, dewan, pavilion, bilik rawatan, bilik
Kemahiran Hidup, surau, padang dan sebagainya.
Dewan: tempat murid-murid dan guru-guru berkumpul

Padang permainan: badminton

Perpustakaan
Kantin

Bagi membentuk murid-murid yang berilmu pengetahuan, pihak


pengurusan pusat sumber sekolah telah mengadakan Program NILAM.
Penghargaan akan diberikan kepada murid-murid yang membaca bilangan buku
yang paling banyak. Program ini bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
membaca bagi menambahkan ilmu pengetahuan selaras dengan falsafah
pendidikan yang ingin membentuk rakyat yang dapat memanfaatkan ilmu untuk
kebaikan diri sendiri dan orang lain. Melalui program ini secara tidak langsung
dapat memupuk sikap suka membaca dan sikap berlumba-lumba untuk
membaca buku untuk mendapatkan penghargaan tersebut.
Dari segi kemudahan dalam bidang kokurikulum, sekolah ini mempunyai
sebuah padang yang luas untuk kegunaan murid-murid. Pada setiap petang,
murid-murid terutama sekali yang tinggal di asrama sering melakukan aktiviti
seperti bermain bola sepak di padang tersebut. Aktiviti kokurikulum iaitu
permainan juga dapat dilaksanakan tanpa sebarang gangguan kerana keluasan
padang di sekolah ini dapat menampung bilangan murid yang ramai. Oleh sebab
itu juga, sekolah ini sering dijadikan tuan rumah bagi kejohanan sukan antara
sekolah-sekolah.

Padang sekolah

Sekolah ini juga mempunyai stor sukan yang dilengkapi dengan pelbagai
peralatan sukan yang mencukupi untuk murid-murid menjalankan aktiviti riadah
yang berfaedah serta dapat memanfaatkan masa lapang di samping
meningkatkan kecergasan jasmani mereka.

Stor sukan
Selain itu juga, sekolah ini mempunyai makmal Sains yang dilengkapi
dengan kemudahan komputer serta LCD untuk proses pengajaran dan
pembelajaran. Kemudahan ini adalah bertepatan dengan strategi Kementerian
Pendidikan yang memberi penekanan terhadap penyediaan sistem penyampaian
yang berkesan dalam bidang sains dan teknologi.

Makmal Sains

Di sekolah ini juga terdapat bilik Bimbingan


dan Kaunseling. Bagi
mengurangkan dan mengatasi masalah disiplin
yang serius dikalangan muridmurid,
sekolah ini telah menubuhkan jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling.
Murid-murid yang mempunyai masalah disiplin atau dalam pelajaran boleh
merujuk kepada kaunselor sekolah. Kebiasaannya, murid-murid yang
dikenalpasti akan dipanggil dan diberikan kaunseling serta bimbingan.
Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Kemudahan bilik Kemahiran Hidup juga turut disediakan di sekolah ini.
dengan adanya kemudahan ini, proses pembelajaran secara praktikal dapat
dijalankan oleh murid-murid. Di samping itu juga dapat mencungkil potensi
murid-murid dalam bidang tersebut. Selain itu sekolah ini turut mempunyai
makmal komputer yang besar. Tetapi malangnya makmal komputer di sekolah
tersebut sedang dalam proses pembaikpulih dan tidak dapat digunakan oleh
murid-murid lagi.

Bilik Kemahiran Hidup

Makmal computer

4.0 PROGRAM DAN AKTIVITI

Motto Sekolah Kebangsaan Islah


ialah ialah “ Membentuk modal
insan terbilang “. Selaras dengan visi sekolah untuk menjadikan Sekolah Kebangsaan
Islah
sebuah sekolah terbilang di negeri Kelantan menjelang 2020, pelbagai usaha telah
dirancang dan dijalankan bagi memperkembangkan aspek-aspek intelek,
jasmani, emosi, rohani dan sosial murid-murid. Program atau aktiviti yang
dijalankan terbahagi kepada dua iaitu dalam bidang kurikulum serta kokurikulum.
Dalam bidang kurikulum, pihak sekolah ini telah menjalankan programprogram
bagi meningkatkan prestasi murid-murid.
Antara program yang dijalankan ialah Program Peningkatan Akademik serta
Program Peningkatan UPSR 2008. Selaras dengan usaha meningkatkan prestasi
murid-murid, pihak sekolah telah merancang program-program mengikut kumpulan
sasaran yang telah ditetapkan. Program Peningkatan Akademik merangkumi semua
kumpulan pelajar iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Program ini adalah dibawah
tanggungjawab dan tindakan guru-guru mata pelajaran serta Guru Penolong Kanan 1.
Dalam jadual perancangan yang didapati dari buku takwim sekolah, terdapat banyak
program-program yang disediakan.
Antara program utama ialah Program Nota Poket, Peta Minda, Bijak Sifir,
Pembelajaran Koperatif, Latihtubi Terancang, Understanding and Using English
Grammar, Vocabulary Building, Reading Programme, Buku Skrap (daripada Portal
Pendidikan), Galeri Sains serta Taman Sains (Taman Alam Semesta). Selain itu juga,
terdapat program sokongan yang dirancangkan seperti program agihan kelas mengikut
pencapaian murid bagi setiap murid, program orientasi bagi murid Tahun 1 dan Tahun
6, Program Motivasi Kendiri, Teknik Menjawab Soalan bagi murid-murid Tahun 6.
Selain itu juga kelas tuisyen malam (dengan kerjasama PIBG) dijalankan
bagi murid yang berada di Tahap 2.
Pihak pengurusan sekolah ini juga telah merancang program sampingan bagi
Program Peningkatan Akademik dalam usaha memperkembangkan potensi individu
yang terpendam. Antara program-program yang telah dirancang adalah seperti Karnival
Sains dan Matematik serta aktiviti persatuan akademik bagi murid-murid Tahap 2.
Melalui program ini, murid-murid dapat menambahkan pengetahuan baru yang
tidak terdapat di dalam proses pembelajaran serta pemahaman yang lebih mendalam
apabila subjek Sains dan Matematik dapat diaplikasikan dalam program tersebut.
Selain itu juga pihak sekolah mengadakan Kempen Bahasa Inggeris, Sudut Bahasa
Inggeris, Laluan Bahasa Inggeris serta pertandingan kokurikulum akademik
untuk semua pelajar. Ini bertujuan menggalakkan murid-murid untuk menguasai
Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa kedua dalam proses pembelajaran di
sekolah.
Dalam usaha mengekalkan pencapaian UPSR berada di tangga kedua
terbaik pada peringkat daerah setiap tahun, pihak pengurusan sekolah telah
merancang Program Peningkatan UPSR 2008. program ini telah dijalankan sejak
cuti sekolah setiap akhir tahun. Pihak sekolah telah mengadakan kelas tuisyen
cuti sekolah selama 4 minggu kepada murid-murid Tahun 5. Murid-murid juga
telah dikelaskan mengikut pencapaian peperiksaan akhir tahun. Mereka
dikelaskan ke dalam 6 kelas yang berlainan iaitu, 6 Khas untuk murid cemerlang
mengikut mata pelajaran Bahasa Arab, 6 Merah untuk murid cemerlang, 6
Kuning untuk murid potensi cemerlang, 6 Hijau dan Biru untuk murid sederhana
serta 6 Ungu bagi murid galus.
Selain itu, pencapaian murid-murid juga dikenalpasti oleh guru-guru kelas
dengan cara membuat Headcount dan ETR (Expected Target). Program ini
bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian murid-murid Tahun 6 serta
membuat target untuk pencapaian UPSR. Pihak sekolah telah mengadakan
program motivasi dan program suaikenal pada setiap awal tahun. Ini bertujuan
bagi mengembalikan serta menaikkan semangat murid-murid Tahun 6 yang akan
menduduki peperiksaan UPSR.
Selain itu juga, program akademik yang dilaksanakan di sekolah ialah program
KIA2M. Bertepatan dengan piagam pelanggan sekolah ini yang ingin memastikan
semua anak didik di sekolah ini dapat menguasai kemahiran 3M
pada akhir Tahun 6 iaitu sebelum melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah.
Pemilihan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini adalah berdasarkan
maklumat prestasi murid yang diperolehi daripada guru kelas, Guru Besar atau
ibubapa. Murid-murid yang dikenalpasti mempunyai masalah ini akan
ditempatkan di sebuah bilik khas pada waktu pengajaran subjek Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris dan Matematik. Bilik tersebut dilengkapi dengan bahan
pengajaran yang menarik supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif
serta menimbulkan minat kepada murid-murid tersebut. Di situ mereka akan
diajar sehingga mereka boleh menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
Selain itu juga, sekolah ini mengadakan program G-BUDDY Klinik UPSR
untuk murid-murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Murid-murid
dibahagikan kepada kumpulan masing-masing dan akan mengadakan
perbincangan bergantung kepada kesesuaian masa. Murid-murid yang
mempunyai tahap prestasi yang berbeza dicampurkan dalam satu kumpulan.
Fungsinya agar murid yang cemerlang dapat membimbing rakan-rakannya yang
lemah.
Pihak sekolah turut melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan
Dadah (PPDa). Matlamat program ini adalah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid-murid, guru, kakitangan pendidikan dan
ibu bapa tentang bahaya dadah. Ini bertujuan agar mereka dapat menjauhinya
dan berupaya menentang ancaman dadah serta meletakkan sasaran “Sekolah
Bebas Dadah Tahun 2012”. Setiap guru perlu memainkan peranan yang penting
untuk mencapai matlamat ini. Guru-guru bertanggungjawab untuk memberi
penerangan dan pendedahan kepada murid-murid sebelum memulakan proses
pengajaran dan pembelajaran setiap matapelajaran dalam program yang
dinamakan “Program Cuma 5 minit Anti Dadah”. Mesej jauhi dadah juga
diberikan semasa perhimpunan setiap minggu. Mesej ini secara tidak langsung
dapat memberi peringatan kepada murid-murid serta guru-guru tentang padah
dan bahayanya dadah.
Selain itu juga, dalam usaha mencapai matlamat tersebut, turut diadakan
Ceramah Anti Dadah bagi murid-murid Tahap 2. Dalam aktiviti kokurikulum pula, pihak
sekolah telah menubuhkan satu pasukan boria sekolah, dan pernah mendapat tempat
ketiga peringkat negeri dalam pertandingan Boria Anti Dadah. Aktiviti lain seperti
mengadakan poster anti dadah, deklamasi sajak serta pertandingan mewarna anti
dadah. Dari aspek pemantapan sahsiah murid-murid juga, kaunseling PPDa diberikan
kepada individu atau murid-murid yang dirujuk mahupun yang datang secara sukarela.
Tindakan ini dijalankan agar murid-murid tersebut sedar dan dapat ketahanan diri
yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa.
Antara aktiviti lain yang dilaksanakan oleh sekolah ini dalam
memperkembangkan bakat dan potensi dalam diri setiap murid ialah Kejohanan
Sukan Tahunan. Pada 14 Mac 2010 yang lalu, sekolah ini telah mengadakan
Kejohanan Sukan Tahunan kali ke-49. Melalui aktiviti ini murid-murid bukan
sahaja dapat memperkembangkan potensi serta jasmani, malah mereka juga
dapat memperkembangkan aspek-aspek emosi dan sosial.
Dari segi emosi, murid-murid dapat memiliki semangat berpasukan, setia kawan,
muhibbah, kerjasama serta perpaduan yang dapat ditunjukkan semasa kejohanan
sukan berlangsung. Penganugerahan dan pengiktirafan yang diberikan dalam bentuk
hadiah juga dapat menaikkan semangat serta usaha murid-murid untuk
mencapai kejayaan yang lebih membanggakan lagi. Tindakan ini juga dapat
melatih murid-murid tersebut menghargai pemberian orang lain.
Dari segi sosial, murid-murid dapat bergaul dan berintegrasi dengan murid yang
berlainan kaum. Secara tidak langsung, murid-murid faham akan budaya kaum masing-
masing dan belajar untuk hormat-menghormati hak setiap individu yang lain. Justeru
akan lahirlah semangat perpaduan dikalangan mereka. Selain program-program yang
dijalankan di sekolah dalam bidang akademik mahupun kokurikulum, program bagi
murid-murid yang tinggal di asrama juga turut dijalankan untuk memperkembangkan
potensi murid-murid serta membentuk insan yang berdisiplin, berakhlak mulia serta
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun adalah gotong-royong,
latihan kawad, Bengkel Permainan Alat Muzik Kompang, Sambutan Kemerdekaan,
Sambutan Majlis Maulidur Rasul, lawatan serta kelas tambahan. Menurut Pembantu
Pengurusan Murid (asrama) ini, telah banyak kejayaan yang telah dicapai oleh murid-
murid di asrama ini peringkat sekolah-sekolah negeri Kelantan.

Antaranya ialah Anugerah Kecemerlangan Akademik, kokurikulum, Anugerah


Bitara Tokoh Pemimpin Pelapis Asrama dan sebagainya. Asrama sekolah ini turut
mencapai Anugerah Asrama Cemerlang Negeri Kelantan 2006 dan mewakili negeri
Kelantan pada peringkat kebangsaan dalam Anugerah Asrama ‘BITARA’ pada tahun
ini.
4.0 RUMUSAN

Seperti yang diketahui, Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah seiring


dengan matlamat Pendidikan Kebangsaan, iaitu memperkembang potensi
pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistem
pendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan yang bertaraf
antarabangsa. Sehubungan dengan itu, guru-guru haruslah merealisasikan
strategi Kementerian Pendidikan yang menumpukan aspek-aspek perlaksanaan
kurikulum serta kokurikulum yang dapat memperkembangkan potensi pelajarpelajar
dari aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani secara keseluruhan dan
bersepadu berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Justeru itu, guru-guru perlu melengkapkan diri supaya dapat menjadi model
ataupun contoh kepada pelajar-pelajar. Selain itu juga, pihak pengurusan dan
pentadbiran perlu melengkapkan prasarana agar kemudahan pengajaran dan
pembelajaran dapat digunakan secara optimum serta dalam keadaan baik dan selamat.
Melalui pemerhatian saya selama seminggu menjalankan PBS di Sekolah Kebangsaan
Islah, dapat saya simpulkan bahawa sekolah ini menjadikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan sebagai asas dan panduan dalam menentukan hala tuju kecemerlangan
para pelajar iaitu dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.
Pencapaian-pencapaian sekolah yang membanggakan membuatkan saya yakin
bahawa sekolah ni sememangnya memegang hasrat pendidikan negara dalam urusan
pentadbiran di sekolah ini. Selain itu warga sekolah ini turut mengamalkan nilai-nilai
murni dalam konteks perhubungan seharian samada dikalangan guru dengan pihak
pengurusan sekolah mahupun dalam kalangan murid-murid dengan warga
sekolah yang lain. Guru-guru memainkan peranan yang penting dalam memupuk
dan menyemai nilai-nilai murni dikalangan pelajar di samping menunjukkan
contoh teladan yang baik kepada mereka. Melalui tindakan ini, guru dapat
membentuk sebuah masyarakat yang berakhlak mulia dalam kalangan pelajar.

You might also like