You are on page 1of 5

BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI MALAYSIA.

Seperti di Amerika, Malaysia juga berkembang dengan pesatnya aktiviti perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling. Ianya makin berkembang selepas mencapai kemerdekaan.
Sosiolasi, politik dan ekonomi Malaysia sentiasa berubah dengan pesatnya. Proses urbanisasi
dari desa ke kota dan dari perlombongan, perladangan mahupun pertanian bertukar menjadi
industri. Keperluan yang drastik ini melahirkan pelbagai cabaran dalam Bimbingan dan
Kaunseling. Keperluan aktiviti bimbingan ini merupakan keperluan dan kemestian kepada
negara.

Sistem pendidikan juga turut terlibat dalam perkembangan bimbingan ini. Contohnya pada
seawal tahun 60-an, banyak kelas-kelas bimbingan diwujudkan untuk membimbing pelajar-
pelajar supaya berjaya di dalam pelajaran. Kegiatan panduan ini menjadi sangat penting
bagaimana membantu pelajar-pelajar memilih kerja selepas persekolahan. Di peringkat
Kementerian Pelajaran , pejabat pelajaran negeri, daerah dan sekolah sama-sama berganding
bahu melibatkan diri dalam perkhidmatan panduan ini.

Seawal tahun 60-an UNESCO telah memperakukan terhadap perkhidmatan bimbingan ini di
sekolah-sekolah di negara kita. Pada tahun 1962 – 1963 seorang pakar perunding dari Kanada
telah datang ke Malaysia untuk memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kanan pelajaran.
Pegawai-pegawai kanan ini pula memberikan kursus-kursus kepada guru-guru untuk
dilaksanakan di sekolah-sekolah. Guru-guru yang mengikuti kursus ini akan menjadi kaunselor.

Di peringkat Universiti pula pada tahun 1981, beberapa universiti menawarkan program
pengajian peringkat bacelor yang dikenali sebagai Bacelor Pendidikan ( Bimbingan dan
Kaunseling ). Bimbingan dan Kaunseling kemudiannya terus berkembang sebagai satu bidang
pengajian di universiti-universiti di Malaysia.

Melalui pekeliling pada tahun 1985, Pekeliling KP ( BS ) 8591 / Jld. 11 ( 29 ) Kementerian


Pelajaran Malaysia mengarahkan sekolah-sekolah menubuhkan Jawatankuasa Bimbingan
Pelajar Sekolah dan Pekeliling KP 1573 / 17 / Jld. 8 / ( 78 ) pula menegaskan adanya bananda
kewangan terhadap kegiatan Bimbingan dan Kaunseling. Pada tahun 1996 diperuntukkan
supaya di setiap sekolah menengah mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa. Manakala
di sekolah rendah pula mempunyai seorang kaunselor sepenuh masa bermula tahun 2002.
Perkembangan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah berkembang dengan pesatnya .
Lahirnya kaunselor-kaunselor yang diiktiraf dan berkelayakan sehinggakan wujudnya Persatuan
Kaunseling Malaysia (PERKAMA) yang didaftarkan pada tahun 1989. Tujuan –tujuan
professional perkama ialah ;

• Memajukan amalan kaunseling secara professional


• Menggalak dan membantu penyelidikan dalam kaunseling.
• Menggalak pertumbuhan ilmu pengetahuan, kefahaman dan penerimaan kaunseling
dalam konteks pelbagai budaya di Malaysia.
• Memajukan perkembangan professional ahli-ahlinya.
• Memperteguhkan identity, harmoni, dan kerjasama di kalangan ahli-ahli yang terdiri dari
pelbagai disiplin melalui perkongsian maklumat dan pengalaman.

Dengan adanya PERKAMA bermakna profesion kaunselor telah diiktiraf setanding dengan
profesion-profesion yang lain. Akhirnya pada tahun 1998, Akta Kaunseling telah diluluskan oleh
kerajaan dan diwartakan pada 1 Disember 1998.

6.0 PERKEMBANGAN SEMASA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI


SEKOLAH.

Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) menegaskan


tentang pentingnya perkhidmatan Bimbingan dipertingkatkan lagi di sekolah-sekolah seperti
dinyatakan dalam Perakuan 1979 yang berbunyi:

“Adalah diperakukan Perkhidmatan Panduan Pelajaran dan Kerjaya di sekolah hendaklah


dilaksanakan dengan sepenuhnya. Perkhidmatan ini hendaklah menitikberatkan kegiatan-
kegiatan bimbingan dan tidak semata-mata kegiatan panduan kerjaya sahaja”.

Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menengah dan rendah di sekolah iaitu
kaunselor. Kaunselor berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala
potensi yang ada pada seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah dan
rendah, Bimbingan dan Kaunseling merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu
dimainperanankan oleh seseorang kaunselor.

Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut
mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan
pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong
mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistik. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar
itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang berterusan akan
menolong pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistik serta
memastikan mencapai matlamat yang mereka perlukan.

Sebagai seorang kaunselor, ia berperanan menyelaras semua aktiviti bimbingan dan


kaunseling dengan disokongbantu oleh aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatat dalam buku Panduan Perlaksanaan
Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di sekolah ada mengariskan beberapa prinsip. Anataranya,
bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, iaitu proses yang dirancang
dan berterusan. Para pelajar mempelajari pengalaman, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sesuai
dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan
khidmat bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat
pertolongan ini apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses
perkembangannya. Mereka dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya
berkembang dengan kadar yang sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.

Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai
tujuan hidupnya . Disamping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan
berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri,
boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa
hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu
mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa
melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa,
dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada
pelajar. Juteru itu, kaunselor hendaklah mengenali diri pelajarnya dari memahami pelajar itu
secara menyeluruh.
Beberapa perkara yang perlu dikaji sebagai persediaan awal menghadapi tugas sebagai
kaunselor di sekolah ialah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di
sekolah berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh
dimainkan sebagai kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai kaunselor di sekolah tersebut.

Dari segi populasi warga sekolah contohnya di sekolah menengah biasanya terdiri antara 800
hingga 2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200
orang, 80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Manakala sekolah menengah gred B pula
pelajar dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar
sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun.
Sekolah harian biasa atau asrama penuh biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah
campuran satu jantina sahaja mempunyai permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh
seseorang kaunselor. Ini merupakan cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah
menengah ini merupakan pelajar remaja yang mengalami perubahan psikologi yang mendadak
menuju kedewasaan. Pelbagai masalah wujud di kalangan pelajar, guru dan staff di sekolah
menjadikan kaunselor perlu berperanan sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian
sekolah.

Berpandukan Perakuan di atas Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling telah dilaksanakan di


sekolah rendah dan menengah. Namun masih banyak kelemahan dan kekurangannya. Dengan
wujudnya kaunselor sepenuhnya masa maka perkhidmatan berikut dapat dilaksanakan.

Bimbingan dan Kaunseling adalah proses pendidikan yang terancang dan berterusan. Pelajar
dididik atau dibimbing untuk memiliki pengalaman, nilai, sikap, perlakuan dan kemahiran yang
sesuai dengan kehendak masyarakat di Malaysia.

Semua pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan dan bimbingan mengikut
keperluan mereka tanpa mengira latar belakang, kaum, agama atau kepercayaan.

Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk melayan keperluan pelajar bagi perkembangan potensi
dan kebolehan mereka secara optimum mengikut tahap perkembangan dirinya.

Bimbingan dan Kaunseling berorientasi masa sekarang dan masa depan. Usaha-usaha
bimbingan dan kaunseling ialah untuk menjadikan pelajar itu lebih tegas diri, pandai
menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan-tindakannya dalam jangkamasa pendek
dan panjang.
Bimbingan dan Kaunseling adalah tanggungjawab bersama. Dalam melaksanakan program dan
aktiviti bimbingan dan kaunseling semua pihak di sekolah dan pihak yang berkenaan patut
bekerjasama dan saling berunding antara satu sama lain.

Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijalankan berdasarkan etika kaunseling dengan tujuan
memelihara kebajikan pelajar.

Bimbingan dan Kaunseling hendaklah dijadikan rangkaian perkhidmatan membantu bersama


agensi-agensi luar dan badan sukarela sebagai satu usaha permuafakatan dalam
mengwujudkan suasana harmonis dan penyayang

http://www.angelfire.com/alt/afindi/bimbingan.htm#bimbingan ( 4 jan 2011, 11.35 a.m)

You might also like