You are on page 1of 4

AMALAN PKM SEKOLAH

Amalan Kualiti telah mengubah dan memberi kesan kepada semua organisasi sama
ada perniagaan, kerajaan mahupun pendidikan. Keutamaan kepada kualiti memaksa semua
pihak bersaing untuk menjadi yang terbaik dalam bidangnya. Institusi pendidikan seperti
sekolah juga tidak terkecuali daripada menerima kesan Revolusi Kualiti ini. PKM diamalkan
di semua sekolah di Malaysia.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh di sekolah bermula dari ketua jabatan iaitu guru besar
atau pengetua. Seseorang guru besar menunjukkan kepimpinan yang cekap dalam
pentadbirannya. Di mana pengetua atau guru besar yang tegas serta mempunyai hala tuju
yang jelas,mengamalkan pendekatan penyertaan bersama di dalam pengurusan sekolah dan
mempunyaiciri-ciri kepimpinan yang disegani dan dikehendaki. Dengan ini, guru-guru
dibawahnya akan mengikut semua langkah-langkah yang akan ditunjukkan oleh ketua
jabatannya bagi mencapai kecemerlangan. Beliau juga berusaha untuk membina kesatuan
dalam kalangan warga sekolah melalui perkongsian misi dan visi sekolah. Sekolah
mempunyai hala tuju yang dikongsi bersama oleh semua anggota dan mempunyai semangat
kekitaan dan kerjasama yang tinggi. Suasana pembelajaran yang unggul sekolah
memperlihatkan suasana yang aman dan teratur serta memiliki suasana pembelajaran yang
menggalakkan. Dengan ini, pengurusan kualiti menyeluruh akan berlaku dengan lebih lancar
dan berupaya untuk melahirkan anak murid yang lebih berjaya.

Di sekolah juga mempunyai organisasi pembelajaran iaitu, sekolah mempunyai


pengetua atau guru besar dan guru-guru yang sentiasa belajar untuk memperbaiki kemahiran
masing-masing dalam pelbagai lapangan dengan mengamalkan budaya membaca. Selain itu,
guru-guru sering dihantar ke kursus-kursus yang dikhendaki untuk pada masa sekarang
supaya mereka dapat memberikan pengajaran yang lebih cekap. Contohnya, kursus
penggunaan VLE dalam pengajaran, kursus pengajaran Abad ke-21 dan lain-lain lagi.

Seterusnya, harapan sekolah diketahui oleh semua warga sekolah. Iaitu, Sekolah
mempunyai harapan yang tinggi terhadap pelajarnya dan memaklumkan kepada pelajarnya
tentang pengharapan tersebut. Tidak ada sesiapa yang dikeji bahkan semua mendapat pujian
dan mendapat galakkan untuk meraih pencapaian yang setinggi mungkin. Tidak terhenti pada
maklumat, malah sekolah memberikan galakkan yang hebat dan bersungguh-sunggu kepada
pelajar-pelajarnya terhadap kejayaan yang dicapai. Penghargaan ini akan menjadi dorongan
kepada pelajar-pelajar lain untuk kejar kepada kecemerlangan.
Di samping itu, dalam pengurusan prestasi akademik pelajar, kebiasaannya pihak
sekolah akan menunggu sehingga keputusan peperiksaan diumumkan dan kemudiannya
baharulah dilakukan analisis dan akhirnya akan dilancarkan pelbagai program pemulihan atau
pengayaan bagi meningkatkan prestasi pelajar yang berupa pelbagai nama sama ada Gerak
Gempur, Kelas Tambahan, Kelas Persediaan dan sebagainya. Dalam hal ini, kekuatan dan
kelemahan pelajar hanya dapat dikesan pada masa yang terlalu lewat iaitu selepas
peperiksaan dan sudah tentu membazirkan masa, wang dan tenaga untuk memperbaiki
prestasi pelajar terutamanya pelajar lemah yang sudah jauh ketinggalan. Pihak sekolah juga
akan menghadapi pelbagai masalah dalam pelaksanaan program tersebut seperti data yang
tidak tepat , masa yang tidak mencukupi dan tidak sesuai, masalah ketidakhadiran pelajar
dalam program Gerak Gempur, kebosanan pelajar, motivasi pelajar lemah yang semakin
menurun dan lain-lain lagi. Namun demikian, pada masa kini, melalui Pengurusan Kualiti
Menyeluruh (PKM) kaedah dalam melakukan sesuatu tugas lebih cepat, tepat dan berkesan
serta menyeluruh. Kaedah ini menumpukan kepada usaha menyeluruh untuk memperbaiki
kelemahan yang dilakukan semasa proses supaya akhirnya sesuatu proses itu dapat
dilaksanakan secara terbaik sejak dari awal dan hasilnya tidak akan berlaku sebarang
kesilapan mahupun kekurangan.

Sebagai contoh, usaha meningkatkan prestasi pelajar sepatutnya dapat dilakukan sejak
awal lagi, iaitu semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Segala
kelemahan pelajar dapat dikesan terus oleh guru mahupun pihak sekolah dan kelemahan
tersebut segera diperbaiki semasa p&p lagi. Penambahbaikan perlulah dilakukan secara
berterusan dan menyeluruh.  Dalam hal ini, masa dan tenaga guru dapat dijimatkan dan
pihak berkepentingan iaitu pelajar, guru, ibu bapa dan pihak sekolah sentiasa memperoleh
data prestsi pelajar serta status kedudukan pelajar tersebut dalam akademik dapat diketahui
sepanjang masa sama ada pelajar itu lemah atau cemerlang. Penambahbaikan secara
berterusan dalam prestasi akademik pelajar yang dilakukan melalui kaedah ini sudah tentu
membantu pihak sekolah memantau prestasi pelajarnya secara berterusan kerana usaha
mengesan kelemahan serta usaha memperbaikinya dapat dilakukan sejak awal lagi kerana
tindakan pemulihan dan pengayaan dapat dilakukan segera oleh guru sepanjang masa.
Hasilnya sudah tentu prestasi akademik sesebuah sekolah akan sentiasa berkualiti dan terbaik
juga dari segi kuantitinya.
Pengurusan sekolah juga menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran.
Sekolah menumpukan perhatian kepada pengajaran dan pembelajaran semaksimum mungkin.
Fokus sekolah adalah terhadap prestasi pelajar. Sekolah mendekati tugas pengajaran dengan
jelas, bersistem dan diubahsuai dengan keadaan semasa. Guru- guru hendaklah merancang
pengajarannya mengikut Rancangan Tahunan Pelajaran. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
sesuai dengan tahap murid iaitu, aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dilakukan oleh murid
yang pandai dan juga boleh dilakukan oleh murid yang lemah. Dengan ini, murid yang pandai
dapat memperkukuhkan kecemerlangannya dalam pendidikan dan murid yang lemah pula
dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Tiada murid yang akan ketinggalan dari
pelajarannya.

Pengurusan Kualiti Menyeluruh juga disambung dengan pemantauan kemajuan


pelajar dalam pelajaran. Sekolah mempunyai sistem yang baik untuk memantau kemajuan
pelajar-pelajarnya supayamereka mendapat maklumbalas yang baik untuk tindakan
sewajarnya.

Pelajar-pelajar sekolah diberi tanggungjawab dan peranan yang bertujuan untuk


meningkatkan imej kendiri mereka. Pelbagai tugasan diberi kepada pelajar seperti jawatan
dalam persatuan, kelad, organisasi kelas dan lain-lain lagi. Tugas-tugas seperti ini diberi
kerana pelajar-pelajar dapat membina diri yang lebih yakin pada diri sendiri dan berupaya
untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.

Pengurusan sekolah bukan melibatkan murid dan guru-guru sahaja, malah ibubapa
juga merupakan salah satu golongan dalam warga sekolah. Sekolah menunjukkan penglibatan
ibu bapa yang tinggi. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui sarana ibubapa. JPN dan PPD
sering mengingatkan sekolah-sekolah untuk melibatkan ibubapa dalam semua aktiviti
sekolah. Jawatan kuasa PIBG di bina khas bagi setiap program disekolah. Kehadiran mereka
amat dialu-alukan oleh pihak sekolah. Ibubapa akan mengetahui kejayaan anak-anaknya
disekolah. Dengan ini, ibubapa juga mengetahui daya usaha guru besar dan guru-guru untuk
membimbing muridnya bagi mencapai prestasi yang lebih baik. Ibubapa juga akan memberi
sumbangan dalam setiap kejayaan sekolah.

Oleh itu, Pengurusan Kualiti Menyeluruh diamalkan dalam setiap organisasi di


sekolah. Usaha penambahbaikan secara berterusan melalui PKM dalam setiap proses dapat
membantu pihak sekolah menyelesaikan pelbagai bukan sahaja masalah akademik, tetapi idea
ini juga dapat membantu pihak sekolah menyelesaikan masalah disiplin, masalah kurangnya
penglibatan pelajar dalam ko kurikulum.

You might also like