You are on page 1of 6

OBJEKTIF

Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaksi murid dengan guru


Untuk memenuhi keperluan individu, Program pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang
dibentuk adalah FLEKSIBEL selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997,yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik PDP,masa
bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai
tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Bertepatan dengan objektif Program Pendidikan Khas integrasi bermasalah


pembelajaran (PPKIBP) bahawa murid bersedia mengembangkan kemahiran teknologi
maklumat dan komunikasi seiring dengan perkembangan semasa. Apa yang pasti kajian ini
adalah untuk meningkatkan penumpuan dan keseronokkan murid semasa PDP berjalan.

Pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan interaksi murid dengan guru


untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran (PDP) yang
dibentuk adalah FLEKSIBEL selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan
Khas) 1997,yang menyatakan “guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik
PDP,masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.

Objektif Amalan PDP ialah boleh:-

1. Mewujudkan suasana PDP yang menyeronokkan dikalangan murid


berkeperluan Khas.

2. Mengakses maklumat yang diperlukan dengan sekelip mata.


3. Melaksanakan aktiviti secara individu,berkumpulan mengikut tajuk dan

bidang mata pelajaran.


4. Menyimpan hasil kerja murid dan boleh dipamer jika perlu.
5. Merakam imej bersesuaian dengan tajuk pelajaran dengan mudah.
6. Menyampaikan objektif PDP dengan carian tajuk mata pelajaran yang

diajar melalui pilihan imej atau pun teks dengan mudah.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

AMALAN TERBAIK BERDASARKAN OBJEKTIF

1. Amalan yang dihasilkan telah membantu meningkatkan kualiti pembelajaran


Pendidikan Islam di dalam kelas.

2. Kurikulum PPKIBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran


melalui proses Pengajaran dan Pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi
keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan dan kehidupan lebih bermakna
justeru itu walaupun murid-murid ini bermasalah dalam pembelajaran setidak-
tidaknya mereka mampu mengakses peralatan ICT untuk keperluan dalam kehidupan
seharian.

3. Bersedia mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring


dengan perkembangan semasa melalui aktiviti di dalam kelas menggunakan
kemudahan ICT terkini.

4. Setakat hari ini saya berpuashati peratus kehadiran murid-murid ini kerana mereka
berasa seronok dan riang datang ke sekolah serta berpuashati kerana bahan dan
contoh-contoh persoalan dalam aktiviti pembelajaran yang dikemukakan oleh murid-
murid ini diperjelaskan dengan pantas dan tepat.
5. Contohnya dalam subjek Aqidah bertajuk “ Perbezaan antara ciptaan Allah dan
manusia “. Seorang murid bermasalah pendengaran mudah memahami perbezaan
ciptaan Allah dan manusia kerana guru terus menggunakan Ipad dan mengakses Imej
ciptaan Allah dan Imej ciptaan manusia dengan pantas dan tepat.

6. Contoh lain dalam subjek pendidikan islam “ Mengenal huruf hijaiyyah”. Murid
berasa seronok dalam proses pembelajaran kerana mereka menulis di Ipad dengan
pelbagai kaedah. Kaedah menyambung huruf atau kaedah mewarna sebagai aktiviti
pengukuhan. Murid lain akan memerhati dan memberi komen rakannya di Kaca TV
Split.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

7. Hasil kerja dan aktiviti mewarna, menyambung huruf hijaiyyah boleh terus disimpan

dan boleh di cetak secara langsung menggunakan pencetak iBrother printer.

8. Pengakap adalah unit beruniform yang wajib bagi murid-murid program pendidikan
khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP) . Guru dengan mudah mendapatkan
maklumat berkaitan dengan pengakap dan aktiviti pengakap secara langsung (online).

9. Sukan dan permainan bagi murid-murid program pendidikan khas bermasalah


pembelajaran (PPKIBP) adalah Pentaque. Guru boleh mengakses secara langsung
tentang peraturan dan cara permainan ini melalui ICT dengan mudah dan
menyeronokkan.

10. Saya sebagai guru pendidikan Islam amat berpuashati dengan


refleksi murid-murid ini dihujung proses pengajaran dan pembelajaran.

11. Saya yakin dan percaya bahawa murid-murid program pendidikan khas bermasalah
pembelajaran (PPKIBP) SK Tanjung Batu Keramat yang sentiasa terdedah dengan
perkembangan ICT dalam proses pembelajaran berbanding murid-murid sekolah
perdana mampu mengubah persepsi mereka terutama dalam proses kehidupan
seharian.

12. Muat turun program “CHALKBOARD”.

13. Muat turun program “Air Show” untuk membolehkan wifi bertindak balas dengan
TV Split.

14. Sediakan TV apple untuk wifi bertindak balas dengan program “Air Play”.

15. Set katalaluan dan kemudian boleh menikmati pembelajaran bersama murid-
murid di dalam kelas.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

DAPATAN AMALAN
Saya sentiasa berfikir bagaimana hendak berinteraksi dan mengajar dengan mudah
dan menarik lebih-lebih lagi dengan pengalaman saya yang masih mentah dalam bidang
Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran.

Andaian saya, sekiranya ada 10 orang guru di sebuah sekolah yang mempunyai
program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP) cukup hanya 5 orang guru
sahaja yang mempunyai WIFI bergerak (celcom), TV Split dan Apple TV, saya yakin dan
pasti sudah tentu murid-murid program pendidikan khas bermasalah pembelajaran (PPKIBP)
akan lebih teransang dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

CARA MUDAH PENGGUNAAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


(PDP) SECARA ONLINE.

1. Sediakan Wifi

2. Sediakan apple TV

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

3. Sediakan TV Split

4. Muat Turun Program “ CHALKBOARD” dan aktifkan Katalaluan

5. Selepas katalaluan diaktifkan, akan keluar “ AirPlay “ dan pilih Apple TV dan
aktifkan

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

6. Kemudian akan diberi kod katalaluan seperti contoh di bawah ini.

7. Kemudian kita masukan kod katalaluan yang diberi dalam ruangan yang
disediakan secara automatic.

8. Kemudian buka program “ Chalkboard “ dan boleh gunakan aplikasi ini dengan
mudah dalam aktiviti penganjaran dan pembelajaran.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014
9. Gunakan pen yang dicipta khas untuk penggunaan Ipad.

10. Contoh-contoh aktiviti murid-murid Program Pendidikan Khas Bermasalah


Pembelajaran secara ONLINE.

IPAD SKRIN TV

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

Manfaat Amalan ini telah dirasai oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas dan swasta,
Jabatan Pelajaran Sabah iaitu Tuan Hj Ahmad Sabari B.Kamari dan En.Mojuntin selaku
Penolong Pengarah Pendidikan Khas JPN Sabah sewaktu kunjungan melihat Amalan dan
kaedah ini. Amalan ini adalah mesra pengguna dan mudah diaplikasi.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

Manfaat Amalan ini turut dirasai oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching, Timbalan
Menteri Pendidikan 1, Kementerian Pendidikan Malaysia semasa lawatan kerja ke PPKI
Sekolah SK Tanjung Batu Keramat yang begitu teruja dengan perkembangan murid-murid
Pendidikan Khas bermasalah pembelajaran dengan penggunaan kaedah Amalan ini. Beliau
merakamkan rasa sukacitanya dengan kemudahan ICT yang canggih ini boleh dinikmati
murid-murid bermasalah pembelajaran.

PENUTUP
Semoga inovasi ini akan mencetuskan hasil inovasi lain yang lebih bernilai tambah dan
memberi manfaat kepada bidang keguruan di Malaysia selaras dengan 10 anjakan
Transformasi dalam Pendidikan 2013 hingga 2025.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

CADANGAN UNTUK AMALAN TERBAIK


Amalan ini amat sesuai untuk guru dan murid dalam mengaplikasi pelbagai cara

dalam pengajaran dan pembelajaran. Murid berkeperluan khas datang dari latar belakang
yang berbeza di samping mempunyai keperluan yang berbeza. Oleh itu adalah amat penting
agar kaedah pengajaran yang diberikan bukan sahaja memenuhi keperluan khas mereka tetapi
juga sesuai dengan latar belakang mereka yang berbeza. Kaedah pengajaran yang diberikan
haruslah berbeza untuk memenuhi keperluan yang berbeza tetapi ia harus memberi kepuasan
kepada semua pelajar. Jikalau kaedah pengajaran atau aktiviti yang direka dapat memenuhi
aspek ini maka penyesuaian yang harus dilakukan dapat dikurangkan. Pendekatan yang boleh
diambil adalah pendekatan manipulasi kebolehan pelajar dan aktiviti tahap rendah.

Sekiranya pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat membekalkan alatan seperti


Ipad,TV Split dan Wifi untuk sekolah bermasalah pembelajaran (PPKI) seluruh Negara maka
transformasi ICT ke atas murid berkeperluan khas mudah tercapai.

KESIMPULAN

Menyampaikan maklumat dalam PDP kelas PPKI dengan penggunaan Ipad,TV split
dan Wifi atau Internet memudahkan guru-guru menyampaikan isi kandungan pengajaran
yang berkaitan dengan objektif pengajaran, strategi dan konsep. Apabila penyampaian fakta
dan langkah-langkah dilakukan guru mudah membuat demonstrasi, memberi contoh,
gambaran dengan mudah. Latihan tambahan diberikan kepada pelajar bekeperluan khas dan
isi kandungan pengajaran tidak membebankan malah PDP yang menyeronokkan.

Latihan-Latihan boleh diberikan dengan pelbagai cara. Ini boleh dilakukan dengan
membantu pelajar membuat latihan secara memberi arahan. Pelajar dengan keperluan khas
akan mendapat faedah melalui peluang-peluang yang diberikan di dalam latihan
menggunakan Ipad. Semasa latihan dilakukan masa yang diberikan serta tingkah laku pelajar
diambil kira sebagai sebahagian daripada latihan. Aktiviti yang diberikan haruslah
membolehkan pelajar melibatkan diri secara aktif. Pembetulan harus dilakukan dan maklum
balas harus diberikan. Selain itu latihan secara individu harus diberikan dimana pelajar dapat
berdikari dalam melakukan tugasan.

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”

(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau


2014

RUJUKAN

Sila layari youtube Mazlan Mohd Noor

1. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online Satu Inovasi


2. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online
3. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas
4. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online 3
5. Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Secara Online 4
6. Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Murid Khas Tahun 2,

Sk Tg Bt Keramat Tawau

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

(Sarjana Muda Pengajaran Pendidikan Rendah(Pendidikan Khas)

Amalan Terbaik PDP


“PDP Pendidikan Islam/Jawi Murid Khas Secara Online”
(PPKIBP) Sk Tanjung Batu Keramat Tawau
2014

MURID-MURID PROGRAM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH


PEMBELAJARAN

SK TANJUNG BATU KERAMAT TAWAU SABAH

Ust Hj Mazlan HJ Mohd Noor


Ba.Hons oum

You might also like