You are on page 1of 4

Termokimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian
Termokimia adalah kajian tentang perubahan haba dalam tindak balas kimia.
Bahan kimia mempunyai ikatan-ikatan di antara atom-atom atau molekul-molekul,
bahan kimia ini memerlukan tenaga untuk bercantum dan berpecah antara satu sama
lain. Perubahan haba akan wujud apabila suhu bahan kimia berubah setelah bertindak-
balas.
Hukum termokimia bergantung kepada dua penyataan [1]:

1. Hukum Lavoisier dan Laplace (1780)


2. Hukum Hess (1840)

Isi kandungan

 1Tindak balas kimia


o 1.1Tindak balas Eksotermik
 2Konsep perubahan tenaga haba
 3Haba tindak balas
o 3.1Haba pemendakan
o 3.2Haba penyesaran
o 3.3Haba peneutralan
o 3.4Haba pembakaran
 4Rujukan

Tindak balas kimia[sunting | sunting sumber]


Terdapat 2 jenis tindak balas kimia iaitu:

1. Tindak balas Eksotermik
2. Tindak balas Endotermik
Tindak balas Eksotermik[sunting | sunting sumber]
Ekso bermaksud luar manakala termik bermaksud
haba. Eksotermik bermaksud haba yang disalurkan/dibebaskan keluar ke persekitaran
dalam sistem. Oleh itu suhu di persekitaran akan meningkat.
Tindak balas Eksotermik berlaku apabila bahan kimia yang berlainan dicampur atau
direaksikan untuk bertindak balas maka ini akan mengeluarkan/membebaskan haba ke
persekitaran seterusnya menjadikan suhu persekitaran lebih tinggi daripada
haba purata bahan-bahan kimia yang ditindak-balaskan.
Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik ialah dari tenaga kimia kepada tenaga
haba.
Di antara contoh-contoh tindak balas Eksotermik ialah:
 Tindak balas pembakaran - Bahan bakar (bahan kimia yang mudah atau boleh
terbakar) bertindak balas dengan gas oksigen
 Tindak balas peneutralan - Tindak balas antara bahan kimia yang
bersifat asid dan alkali
 Tindak balas pepejal dengan air - Tindak balas ini berlaku terutama antara
unsur kumpulan I dalam jadual berkala dengan air kerana lebih reaktif
 Tindak balas logam reaktif dengan air - Tindak balas redoks, terdapat tindak
balas penurun dan tindak balas pengoksidaan

Rajah aras tenaga Eksotermik

Perubahan tenaga tindak balas Eksotermik akan menunjukkan nilai negatif, iaitu

 Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak


Bala#bahan tenaga tindak balas Endotermik ialah dari tenaga haba kepada tena
Di antara contoh-contoh tindak balas Endotermik ialah:

 Tindak balas Penguraian garam karbonat secara terma - Garam karbonat akan


diuraikan menjadi oksida logam dan gas karbon dioksida.
 Tindak balas pembakaran pada penunu bunsen - Apabila api dihidupkan
pada radas penunu bunsen, pemukaan penunu bunsen akan terasa sejuk dan
terdapat titisan stim/wap air.

Rajah aras tenaga Endotermik

Perubahan tenaga tindak balas Endotermik akan menunjukan nilai positif, iaitu

 Perubahan Tenaga = Tenaga Hasil Tindak Balas - Tenaga Bahan Tindak Balas


 ΔH = Hh - Hb
Konsep perubahan tenaga haba[sunting | sunting sumber]
Konsep perubahan tenaga haba ini disebabkan oleh pemecahan/pemutusan ikatan
lama dan pembentukan/pembinaan ikatan baru.
Pembentukan/Pembinaan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak
balas Eksotermik. Contoh tindak balas kimia:

 H+ + Cl- --> HCl ΔH= -430 KJ mol-1


Pemecahan/Pemutusan ikatan lama Tindak balas ini merupakan tindak
balas Endotermik. Contoh tindak balas kimia:

 HCl --> H+ + Cl- ΔH= +430 KJ mol-1

Haba tindak balas[sunting | sunting sumber]


Kuantiti haba tindak balas ialah haba yang dihasilkan hasil daripada tindak balas kimia.
Tindak balas ini menglibatkan menyerap dan pembebasan haba.
Kuantiti haba ini boleh ditentukan pada keadaan piawai iaitu:

 Suhu bilik 25oC atau 298 K


 1 tekanan atmosfera iaitu 101.3/101 kPa
 1.0 mol dm-3 kepekatan larutan
 Berada dalam keadaan fizik - suhu dan tekanan piawai
Contoh persamaan termokimia HCl --> H+ + Cl- ΔH= +430 KJ mol-1 ΔH merupakan
perubahan haba
Kuantiti haba tindak balas (Q) akan dipengaruhi oleh:

 Jisim haba (m)
 Haba pendam tentu bahan (c) - biasanya air
 Perubahan suhu (θ)
Terdapat 4 jenis haba tindak balas iaitu:

1. Haba Pemendakan
2. Haba Peneutralan
3. Haba Penyesaran
4. Haba Pembakaran
Haba pemendakan[sunting | sunting sumber]
Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol mendakan
terbentuk hasil tindak balas ion-ion yang bertindak balas.
Haba penyesaran[sunting | sunting sumber]
Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol logam disesarkan
daripada larutan garamnya oleh logam yang lebih elektropositif. Hanya logam
elektropositif dapat menyesarkan ion logam yang kurang elektropositif.
Haba peneutralan[sunting | sunting sumber]
Haba peneutralan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol ion
H+ daripada asid untuk meneutral 1 mol ion OH- daripada alkali bagi menghasilkan air.
Haba pembakaran[sunting | sunting sumber]
Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan
bakar dibakar dengan lengkap dalam keadaan gas oksigen berlebihan.
Contoh-contoh bahan api/bakar ialah:

 Alkohol
 Gas asli
 Gas metana
 Petroleum

You might also like