You are on page 1of 1

1. Apakah peranan statistik.

a) Dalam kehidupan seharian?


- Dalam bidang sains sosial, statistik boleh digunakan untuk mengganggar kadar
kematian untuk satu jangka masa, kadar jenayah yang berlaku, kadar pengganguran dan
sebagainya.
- Dalam bidang ekonomi, Ahli ekonomi menggunakan statistik untuk mengumpul
maklumat, menganalisis data, dan menguji hipotesis. Contohnya, untuk mengetahui
kadar inflasi, pendapatan per kapita, dan juga akaun pendapatan negara.
- Dalam bidang teknologi, digunakan dalam pengiraan sesuatu min sample yang besar,
julat sesuatu peristiwa dan sebagainya.

b) Dalam bidang Pendidikan?


- untuk membuat ramalan pencapaian murid-murid dalam sesuatu peperiksaan.
- Untuk menyampaikan maklumat dalam pelbagai situasi. Contohnya, menunjukkan
taburan pelajar mengikut pencapaian

2. Berikan perbezaan antara pembolehubah kualitatif dan pembolehubah kuantitatif.


- Pembolehubah kualitatif, nilainya adalah bukan numerik manakala pembolehubah
kuantitatif, nilainya adalah numerik
- Contoh, latar belakang etnik pelajar sekolah dan berat pelajar
- Rumusan dan generalisasi diakhir kajian dan rumusan tentative
- Reka bentuk fleksibel dan reka bentuk berstruktur

3. Berikan empat jenis aras ukuran pembolehubah. Huraikan dan berikan contoh
pembolehubah.
- Skala nominal. Skala nominal membentuk nombor bagi menunjukkan kategori yang
berlainan. Contohnya, Guru ingin membahagikan rasmpelajar dalam kelasnya kepada
beberapa kategori
- Skala ordinal. Pengukuran menggunakan skala ordinal menyusun data daripada yang
rendah kepada yang tinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang satu
susunan yang melambangkan satu bentuk hierarki. Contohnya, Guru mungkin menyusun
skor yang didapati dalam Ujian Bahasa Melayu dari markah yang tertinggi kepada
markah yang terendah sekali. ·
- Skala sela. Pengukuran yang menggunakan sekala sela mempunyai semua ciri ordinal
dan ditambah pula, di setiap titik dalam skala berkenaan mempunyai jarak yang sama.
Contohnya, nilai 0 dalam skala sela tidak bermakna tidak sesuatu yang diukur. Suhu 0 oC
tidak menandakan tiada suhu.
- Skala nisbah. Skala nisbah mempunyai ciri-ciri nominal, ordinal dan sela serta
mempunyai mutlak sifar yang mempunyai makna empirikal. Contohnya, untuk menyukat
tinggi menggunakan skala nisbah kerana titik kosong pada skala nisbah memberi makna
tidak ada ketinggian atau ketinggian sifar.

You might also like