You are on page 1of 9
BAB1 PENDAHULUAN DAN METODOLOGI 1.1 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang tidak terlepas daripada fenomena eksploitasi hutan seperti hutan-hutan tropika di negara-negara lain di dunia, Eksploitasi ini adalah akibat daripada keperluan kayu balak yang bertambah dari negara-negara pengimport dan untuk pembangunan pertanian.' Walau bagaimanapun, pemusnahan kawasan hutan ini telah mengancam dan memusnahkan sama sekali hutan yang mengandungi berbagai-bagai jenis tumbuh- tumbuhan (flora), Adalah dianggarkan juga hutan-hutan di Asia Tenggara ini yang mempunyai 25,000 spesies pokok-pokok bunga juga terancam akibat eksploitasi hutan yang berleluasa ini? Pembangunan mampan sememangnya amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan melalui pengubalan Dasar Perhutanan Negara (DPN) demi memastikan kemampanan yang berterusan serta peningkatan kualiti hidup.’ Sektor perhutanan merupakan salah sebuah sumber asli yang menambahkan pendapatan negara. Justeru itu, beberapa langkah telah dipraktikkan dalam usaha pemeliharaan dan mengekalkan huten tropika kita, Dasar Perhutanan Negara telah digubal bermatlamatkan pengurusan perhutanan berkekalan. Antara kegiatan-kegiatan " Abibullah Samsudin, Industri balak di Semenanjung Malaysia: Satu Kajian Kes di Perak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, him. 4 * pendapat Van Steenis yang dipetik dari buku Abibullah Samsudin, Ibid, him. 8 > Malaysia, Rancangan Malaysia Ketujuh, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Bhd,,1996, him, 648, agresif yang dilakukan ialah penubuhan ladang hutan, pembalakan secara terpilih, emeliharaan alam sekitar kawasan tanah hutan, penanaman semula sumber hasil hutan (bukan jenis balak - non-timber) dalam menambahkan sumber pendapatan negara. Malaysia (at No.3) stands outranked only by the the far larger countries of Canada and Indonesia (Nos.! and 2 respectively) inthe global league of wood-based panel product exporters today. ‘Highlighting this fact in his speech delivered at the wood-based panel products seminar here today, the deputy primary industries minister, Datuk Anifah Aman said that, in 1998, panel product exports accounted for 29 percent of the total export of wood-based products from Malaysia, accounting for RM496 billion in foreign ‘exchange earnings. Pernyataan di atas telah mengambarkan kemampuan serta kredibiliti sektor perhutanan yang memberi keuntungan memberansangkan bagi pihak kerajaan, Akan tetapi, status keupayaan ini hanya dapat dijamin dengan adanya pengurusan perhutanan yang mampan dan seterusnya dapat membekalkan hasil perhutanan yang berterusan dan berkekalan dari semasa ke semasa. Dalam proses mencapai serta menikmati pulangan scktor perhutanan secara berkekalan, apakah perlu pihak kerajaan lakukan? Dan bagaimana pula dapat mengecapi keuntungan yang berterusan? Jadi, kajian ini akan menumpu kepada isu-isu perhutanan mampan yang dapat menjamin sektor perhutanan untuk mengeluarkan hasil hutan secara mampan. Malahan, ia turut menyentuh akan isu-isu proses perhutanan mampan dan mengaitkan dengan organisasi FRIM yang memainkan peranan penting dan pencapaian ke arah kestabilan perhutanan mampan di Malaysia. * Utusan Express, Malaysia a top exporter of wood-based panel products, 10 Julai, 2001. 2 Pernyataan Masalah dalam proses pemeliharaan serta keinginan menjana alam persekitaran yang terkawal eta scimbang, maka konsesi perhutanan memainkan peranan yang dominan. Jika liteliti, komponen hutan merupakan faktor yang penting dalam proses pembekalan udara aitu oksigen bagi segala hidupan di alam dunia ini, Hutan bukan sahaja penting untuk nengatasi masalah pencemaran alam semulajadi iaitu dari segi gangguan ekosistem dan :kologi yang melampau seperti hakisan tanah, kelupusan tempat habitat, kejadian banjir nelampau dan juga hasil kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal, tetapi ia juga nenyumbang kepada keseimbangan sistem pengudaraan. Tumbuhan liar hutan sebagai asas elemen yang turut terlibat dalam proses gembebasan oksigen serta penyerapan karbon dioksida. Ini secara tidak langsung berupaya mengurangkan kandungan serta kapasiti karbon dioksida dalam udara serta penjanaan udara yang lebih bersih bagi umat manusia dan haiwan-haiwan lain. Jika pemekatan karbon dioksida di udara kian meningkat, maka ini akan mengakibatkan pemanasan dunia (global warming effect). Kini sektor perhutanan menghadapi ancaman serius akibat pembangunan yang Grastik. Ini adalah berpunca akibat kekerapan penebangan serta aktiviti pemusnahan sumber hutan demi mengaut keuntungan. Hasil darinya, konsesi kawasan perhutanan semakin berkurangan serta menuju ke alam kegelapan dalam industri perkayuan, Jadi, ini secara spontan boleh menjatuhkan produktiviti sumber perkayuan sesebuah negara. Dalam konteks ini, hutan amatlah penting dijaga, Di peringkat antarabangsa, isu penghijauan alam sekitar amat dititikberatkan yang berpunca akibat kegiatan manusia yang telah memusnahkan sebahagian besar keluasan kawasan hutan belantara mereka. Di Malaysia, walaupun pelbagai agensi terlibat dalam memastikan bahawa hutan kekayaan negara sentiasa terjaga melalui dasar-dasar yang berkaitan, namun masih terdapat ruang untuk memperbaiki keadaan ini. Penilaian terhadap keberkesanan agensi- agensi dan dasar perhutanan di Malaysia akan menentukan samada khazanah kita ini akan terpelihara atau pupus dalam masa terdekat ini. Sekiranya terdapat kelemahan dalam sistem pemuliharaan untuk memampankan aktiviti berkenaan, maka generasi akan datang akan kehilangan khazanah hutan belantara yang ada kini, 1.3 Objektif Kajian Matlamat kajian penyelidikan adalah untuk mengkaji sejauhmana peranan FRIM dan konsep perhutanan mampan dilaksanakan di negara kita. Selain dari itu, kajian ini telah memfokuskan kepada (i) Mengkaji keadaan sektor perhutanan di Malaysia dalam konsep kemampanan hutan yang jitu dan stabil (ii) Membincangkan peranan dan sumbangan melalui dasar dan usaha FRIM serta pihak kerajaan dalam sektor pemuliharaan dan pemeliharaan hutan yang stabil, seimbang dan mampan; (iii) Menggariskan serta menerangkan corak pembangunan usaha dan penyelidikan kerajaan dan FRIM dalam menyediakan perhutanan mampan yang stabil dan seimbang. 1.4 Skop Kajian Kajian penyelidikan telah lebih memberi kepentingan kepada penjagaan sektor perhutanan Malaysia dengan penekanan yang berkesan terhadap pemuliharaan hutan yang berkonsepkan pengurusan perhutanan mampan, Walaupun terdapat pelbagai faktor yang menjamin kejayaan penubuhan serta usaha FRIM, akan tetapi kajian ini telah lebih memberi fokus terhadap sektor perhutanan yang diberikan perhatian yang serius oleh pihak FRIM serta kerajaan, Maka penyelidikan yang telah dijalankan adalah berkisar tentang perbadanan FRIM dalam meneliti tentang skop isu perhutanan mampan.Seterusnya, penyelidikan ini turut memberi penumpuan terhadap skop kajian perhutanan Malaysia secara keseluruhannya, 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini berdasarkan organisasi FRIM yang sememangnya memberi pelbagai sumbangan serta mempertingkatkan usaha dalam menjayakan perhutanan mampan yang drastik di Malaysia. Malahan, penubuhan serta penglibatan FRIM tidak boleh dinafikan dalam menyalurkan pelbagai ilmu serta membuat pengawasan yang sewajamya dalam menghadkan penebangan pembalakan yang sewenang-wenangnya yang dibataskan dengan beberapa ordinan, enakmen dan akta yang diluluskan oleh Dasar Perhutanan Negara. Skop penyelidikan telah diperdalami lagi dengan perhutanan mampan yang dipraktikkan di Malaysia, Walaupun terdapat banyak masalah serta cabaran dalam isu pethutanan mampan, namun ia serba sedikit dapat dikesan dan diperbaiki demi menjaga kesucian akan hutan tropika di Malaysia. Walaupun terdapat beberapa artikel serta tesis yang bersangkut paut tentang perhutanan, akan tetapi kajian ini akan memberi satu gambaran yang lebih jelas tentang organisasi INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) DAN PERHUTANAN MAMPAN di Malaysia. 1.6 Metodologi Penyelidikan Penyelidikan ini lahir atas minat serta hasrat ingin mengetabui dengan lebih lanjut tentang sektor perhutanan di Malaysia dan isu perhutanan mampan, Untuk itu, agensi kerajaan iaitu FRIM telah menjadi fokus kajian ini. Data diperolehi mengikut kategori berikut (i) Data Primer Ini melibatkan temuramah dengan pelbagai pihak yang secara langsung terlibat dalam skop kajian. Temuramah telah dibuat dengan dua orang pegawai FRIM, iaitu seorang pegawai penyelidik di Bahagian Hutan Asli, FRIM dan seorang lagi pegawai di bahagian penerangan FRIM serta pensyarah yang amat arif dalam bidang ekonomi pertanian di Universiti Malaya. (ii) Data Sekunder Manakala data sekunder dalam kajian ini adalah hasil pembacaan yang diperolehi dari buku-buku rujukan, jumal, laporan-laporan tahunan FRIM, majalah dan suratkhabar tempatan mahupun luar negara, Data-data sekunder ini diperolehi daripada perpustakaan dan pusat-pusat sumber seperti : (i) Perpustakaan Universiti Malaya. (ii) Perpustakaan Zaaba Universiti Malaya. (iii) Perpustakaan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, (iv) Perpustakaan FRIM di Kepong, Kuala Lumpur. 1.7 Defir Perhutanan mampan membawa maksud pengamalan pengurusan perhutanan secara bersistematik yang tidak memberi sebarang kemudaratan kepada penjagaan perhutanan, Sebarang tindakan yang mengecam perhutanan mampan nyata dapat dikawal dengannya peraturan dan dasar-dasar kerajaan oleh Dasar Perhutanan Negara. Terdapat pelbagai pengertian yang dapat diberikan tentang isu / definisi konsep hutan: We will practice “forestry” only when we begin to see the Forest and begin to restore its health and integrity ~ sustainable forestry. Sustainable forestry is the only true forestry Sustainable means that the whole is greater than the sum of its parts. Forestry in this, sense is scientific knowledge guided by a land ethic or ethos in its application to the art and business of manipulating the forested portion of the ecosystem in @ manner that assures the maintenance and sustainability of biological diversity and ecological productivity throughout the centuries, Inherent in sustainable forestry are intuitive reality ‘checks and a great deal of humility. The outcome of such forestry will be the perpetual production of amenities, services, and goods for human use.* Kemampanan perhutanan menitikberatkan pada penjagaan sektor perhutanan yang, seimbang dan stabil dari segi pemuliharaan, pengurusan dan pembangunan hutan berdasarkan amalan pengurusan secara berkekalan (sustained yield management)’. Pembangunan perhutanan secara mampan amat dititikberatkan melalui Dasar Perhutanan Negara 1978 yang diklasifikasikan Hutan Perlindungan, Hutan Berhasil dan + Maser Chris, Sustainable Forestry : Philosophy, Science and Economics, Florida: St. Lucie Press, 1994, hlm.277. © Utusan Malaysia, Pengurusan Hulan Berkekalan, 10 Mei, 1994. Hutan Lipur. Bagaimanapun Dasar Perhutanan Negara ini telah dipinda pada tahun 1992 untuk memperkukuhkan usaha pemuliharaan hutan bagi melindungi kepelbagaian hayat (biological diversity), alam sekitar (environment), ckologi serta sumber genetik perhutanan negara,” 1.8 Had-had Kajian Sebenamya dalam menyediakan hasil laporan penyelidikan, terdapat banyak kemusykilan yang telah menyebabkan proses serta pengkajian terhad, Beberapa masalah yang telah dihadapi oleh penyelidik dalam proses menyiapkan laporan penyelidikan ialah: () Bahan rujukan yang terhad ~ Boleh dikatakan amat terhad jika hanya bergantung kepada bahan bacaan di perpustakaan awam di Universiti Malaya khususnya dalam mendampingi isu penubuhan serta organisasi FRIM. Akan tetapi, perpustakaan FRIM memikul tanggungjawab yang begitu efektif dalam menyediakan bahan rujukan yang selengkapnya yang telah dapat membantu penyelidik menyediakan laporan penyelidikan ini. (ii) Berasaskan tempoh kajian yang tethad, penyelidikan ini dapat menumpu kepada kaedah temuramah, 1.9 Susunan Bab-bab Penyelidikan ini telah dilaporkan melalui lima bab di mana bab kedua akan menyentuh, tentang ulasan bahan dan skop kajian sektor perhutanan di Malaysia yang seterusnya membawa kepada penglibatan badan kerajaan FRIM dalam menjaga kebarmonian konsep "bid. perhutanan mampan dalam bab ketiga. Bab empat pula membawa pengkajian tentang pihak kerajaan Malaysia dan penglibatan FRIM dalam usaha pembangunan dan penyelidikan perhutanan mampan, Manakala, bab kelima pula menghuraikan penyimpulan kajian penyelidikan dan satu rumusan yang menyeluruh

You might also like