Professional Documents
Culture Documents
Simbol Fonetik Bahasa Melayu
Simbol Fonetik Bahasa Melayu
Sistem ejaan bertujuan untuk mewakili bunyi yang digunakan oleh penutur
sesuatu bahasa. Untuk mencapai tujuan tersebut, berikut disenaraikan bunyi dalam
bahasa bahasa Melayu untuk dipadankan dengan simbol ejaan (huruf). Dalam hal ini
tumpukan hanya kepada ejaan Rumi sahaja.
SIMBOL FONOLOGI
a [a]
e (pepet) [e]
e taling [ə]
i [i]
o [i]
u [u]
SIMBOL KONSONAN BAHASA MELAYU
b [b]
c [č]
d [d]
g [g]
h [h]
j [j]
l [l]
m [m]
n [n]
p [P]
q [q]
r [r]
s [s] [š]
t [t]
v [v]
w [w]
x [z]
y [Y]
z [z]
SIMBOL DIFTONG BAHASA MELAYU
ai [ai]
au [au]
oi [oi]
gh [7]
ny [ɲ]
ng [ŋ]
sy [∫]
th [θ]
dz [ð]
akh [x]
Berdasarkan senarai dalam jadual 1, 2, dan 3, kita dapati ada simbol-simbol bunyi
yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa
Melayu.
ARTIKULASI TAMBAHAN
Artikulasi tambahan atau ko-artikulasi ialah sebutan tambahan yang terjadi akibat
daripada pengaruh penyebutan sesuatu bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu
bunyi tertentu terjadi juga sebutan tambahan secara sampingan kerana dalam
proses penyebutan sesuatu bunyi tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat
misalnya bibir, rongga hidung, lelangit keras, rengkung dan seumpamanya sehingga
berlakunya artikulasi tambahan seperti pembibiran, penyegauan, penglelangit-
kerasan dan perengkungan.
Apabila kita menyebut bunyi-bunyi dalam satu himpunan, akan wujud keadaan
pengaruh-mempengaruhi di antara bunyi-bunyi sehingga dalam keadaan tertentu
seolah-olah wujud satu unsur bunyi lain dalam himpunan bunyi-bunyi itu. Keadaan ini
disebut sebagai “artikulasi tambahan”.
Pembibiran
Glotalisasi Penyengauan
ARTIKULASI
TAMBAHAN
Penglelangitk
Perengkungan
erasan
• Pembibiran
Unsur pembibiran hadir pada bunyi-bunyi konsonan atau vokal [a], [u] diikuti oleh
bunyi vokal [u], [o], [a] atau [i]. sewaktu menghasilkannya, kedudukan lidah
mengalami geluncuran dan bibir berkeadaan bundar.
Pembibiran atau dikenali sebgai labialisasi ialah artikulasi tambahan yang berlaku
kerana semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang. Misalnya semasa kita
menyebut bunyi perkataan kuning. Sebenarnya semasa kita hendak menyebut bunyi
konsonan k yang diikuti oleh vokal belakang u dalam perkataan kuning itu berlaku
sedikit pembundaran bibir, iaitu pengaruh daripada hendak menyebut bunyi vokal
belakang u dalam perkataan kuning itu.
Artikulasi tambahan pembibiran ditanda dengan lambang w seperti dalam
contoh berikut:
• kʷucing
• kʷuning
• lʷubang
• sʷulit
• tʷolak
• Penyengauan ( nasalisasi)
• makan
• nangka
• nyanyi
• mengantuk
• Pelelangitkerasan (palatalisasi)
Unsur bunyi ini hadir sewaktu membunyikan perkataan yang mengandungi vokal
rangkap [ai], [iu], [io] atau [ia]. Dalam penghasilan unsur bunyi ini, lelangit keras turut
berfungsi. Pelelangitkerasan juga berlaku sewaktu membunyikan perkataan yang
mengandungi urutan bunyi vokal dan konsonan [n] yang seterusnya diikuti oleh
konsonan letusan.
Contoh : kencang, anjing dan anjung.
Penglelangitkerasan atau palatalisasi juga merupakan artikulasi tambahan
yang berlaku akibat proses penghasilan bunyi lelangit keras. Penglelangit kerasan ini
terhasil sebelum bunyi letusan lelangit keras c dan j dan lambang yang digunakan
untuk melambangkan penglelangitkerasan ialah lambang
• punca
• manja
• belanja
• senja
• belunjur
• Perengkungan
• t
• z
• d
• Glotalisasi
Misalnya :
ʔadek, ʔabang, ʔalat
Unsur bunyi ini terhasil apabila dalam sesuatu perkataan itu terdapat turutan
dua vokal yang sama dan sewaktu membunyikannya berlaku hentian di antara
kedua-dua vokal itu. Unsur bunyi ini menyerupai bunyi hentian glottis. Sewaktu
menghasilkannya, udara ditahan pada bahagian glottis kemudian dilepaskan dengan
serta-merta untuk menghasilkan bunyi yang mengikutinya.
.
Contoh :
taat, saat, jumaat, keadaan dan suun
FONEM
Fonem ialah unit bahasa yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi.
Fonologi pula ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan,
2006: 62). Manusia dapat menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-
fon tersebut, hanya beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan
sama ada fon itu adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu
dengan yang lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif
daripada yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada
konteks yang berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon
yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem.
Fonem wujud di dalam susunan tertentu dan susunan ini berlainan daripada
satu bahasa kepada bahasa yang lain. Mengkaji kewujudan dan penggunaan fonem
daripada aspek demikian adalah mengkaji struktur fonologi bahasa tersebut. Apabila
kita sudah dapat mengenal pasti fonem dalam bahasa, maka kita dapat pula
membentuk sistem ejaannya. Ini dilakukan dengan memberi lambang kepada fonem
tadi.
Setiap fonem diberi satu lambang huruf seperti fonem /p/ diberi lambang huruf
p. Oleh kerana bilangan huruf terhad, ada juga fonem yang diberi lambang gabungan
dua huruf, seperti fonem yang diberi lambang huruf ng. Ini
bermakna, apabila manusia membentuk sistem ejaan, manusia sudah mengenali
konsep fonem. Apabila kita menyusun sistem ejaan atau lambang tulisan, maka
huruf akan dibuat supaya melambangkan fonem (Abdullah Hassan, 2006: 62-63).
Di dalam bahasa Melayu, sistem fonologi menggunakan kaedah analisis
segmental. Ada 33 buah fonem dalam bahasa Melayu yang terdiri daripada 24
fonem asli dan 9 fonem pinjaman. Daripada kajian, didapati kontras
fonem bahasa Melayu lebih banyak berlaku pada konteks pangkal dan tengah
perkataan daripada pada akhir perkataan. Pada akhir perkataan, kontras antara
fonem bersuara dengan yang tak bersuara menjadi neutral
atau hilang. Daripada 24 fonem asli Melayu, terdapat 6 fonem vokal dan 18 fonem
konsonan. Fonem vokal ialah /i/, /e/, /a/,, u/ dan /o/. Manakala fonem konsonan pula
ialah /p/, /b/, /t/, /d/, /k/, /g/, /c/,/j/, /m/, /n/, /s/, /h/, /r/, /l/, /w/ dan /y/.
Terdapat pelbagai jenis fonem dalam bahasa Melayu. John Lyons (1968), Peter
Ladefoged (1975), Gleason (1961), Hill (1958) mengatakan bahawa fonem dapat
dibahagikan kepada dua jenis iaitu fonem segmental dan fonem suprasegmental.
FONEM
SEGMENTAL SUPRASEGMENTAL
FONEM SEGMENTAL
Fonem segmental atau bunyi penggalan merujuk kepada proses mengeluarkan unit
linguistik daripada ujaran atau teks yang berurutan. Fonem ini dapat dianalisis
kewujudannya.
VOKAL
FONEM
SEGMENTAL
DIFTONG KONSONAN
• Fonem vokal
Keenam-enam fonem vokal bahasa Melayu dapat dijadualkan dalam rajah berikut.
Ada tiga vokal depan, dua vokal belakang dan satu vokal tengah.
FONEM VOKAL
Semua fonem vokal dalam bahasa Melayu menjadi sengau apabila didahului
oleh konsonan sengau. Vokal yang disengaukan ini tidak berkontras dengan vokal
yang tidak disengaukan. Oleh itu yang demikian, vokal sengau hanya menjadi alofon
kepada fonem vokal yang tidak disengaukan.
Carta Fonem Vokal
Cara sebutan
Separuh Rendah
Tinggi
Separuh Rendah
Bahagian tengah e
a) Vokal depan
Setiap vokal depan berkontras dengan vokal depan lain dalam pasangan terkecil.
Contohnya:
[bela] ‘balasan’
[bala] ‘musibah’
Kedua-dua vokal belakang berkontras di antara satu dengan yang lain dalam
pasangan terkecil.
Contohnya:
2. buru] ‘unggas’
Vokal belakang ini berkontras dalam pasangan terkecil dengan semua vokal lain.
Contohnya:
ai
au
oi
Carta Fonem Vokal
1. Penyebaran
Diftong / ai, au / boleh berlaku pada tengah perkataan dalam sukukata
terbuka, tetapi semuanya /ai/, /au/ dan /oi/ berlaku pada suku kata terbuka
pada akhir perkataan contohnya:
Ai hairan Pandai
Au taulan Pulau
Oi - Baloi
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong
[ au ].
• [kalau] ‘agak-agak’
/au/ dan /oi/ • [kaloi] ‘ikan guarami’
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan fonem diftong [ ai ].
Ada 18 fonem konsonan dalam bahasa Melayu. Konsonan ini terdiri daripada bunyi
letupan, sengau, letusan, getaran, sisian dan separuh vokal. Semuanya dipaparkan
dalam jadual berikut.
LETUPAN
SEPARUH
SENGAUAN
VOKAL
FONEM
KONSONAN
SISIAN LETUSAN
GETARAN
Carta Fonem Konsonan
Daerah sebutan 1 2 3 4 5 6
Dua Gusi Gusi Lelangit Lelangit Pita
Cara sebutan bibir Lelangit keras Lembut suara
keras
Letupan tidak p t k
bersuara
Letupan b d g
bersuara
Letusan tak
bersuara
Letusan
bersuara
Sengauan m n
Geseran tak S
bersuara
Geseran H
bersuara
Getaran
Sisian i
Separuh vokal w y/j
Semua konsonan letupan tak bersuara berlaku di pangkal, tengah dan akhir
perkataan. Konsonan letupan bersuara tidak berlaku pada akhir perkataan melainkan
dalam kata pinjaman. Contoh:
Semua letupan bersuara boleh berlaku pada awal dan tengah perkataan.
Penggunaan letupan bersuara pada akhir perkataan hanya berlaku pada kata
pinjaman sahaja. Fonem /k/ yang berlaku pada akhir perkataan itu sebenarnya
adalah hentian glotis. Walau bagaimanapun hentian glotis ini tidak membezakan
makna apabila dikontraskan dengan [k]. tidak ada perbezaan antara [araʔ] dan
[arak]. Oleh sebab itu [k] dan [ʔ] bukanlah dua fonem yang berlainan, dan tidak diberi
lambang huruf yang berlainan. Kedua-duanya diberi lambing k sahaja. Contohnya:
Ada empat bunyi konsonan sengau /m, n/ dan /ɳ/ berlaku pada awal, tengah dan
akhir perkataan. Contoh:
c. Konsonan letusan
Ada satu letupan tak bersuara /c/ dan satu letusan bersuara /j/.
1. Kedua-dua leusan ini berlaku pada awal dan tengah perkataan sahaja dan
tidak berlaku pada akhir perkataan.
d. Konsonan getaran
Hanya ada satu getaran /r/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata.
Contoh:
Hanya ada satu sisian /l/ yang boleh berlaku pada awal, tengah dan akhir kata.
Contoh:
f. Konsonan pinjaman
Fonem ini juga disebut sebagai fonem suprapenggalan iaitu ciri atau sifat bunyi yang
menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Fonem ini terdiri daripada tekanan,
kepanjangan, jeda, tona dan intonasi.
TEKANAN
JEDA KEPANJANGAN
FONEM
SUPRASEGMENTAL
INTONASI TONA
• Tekanan
Merupakan ciri lemah atau kerasnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Biasanya
berlaku pada suku kata dalam perkataan. Dalam bahasa Melayu tekanan berlaku
dalam vokal. Bunyi vokal selalunya disebut dengan lantang dan boleh dipanjangkan.
Lazimnya ia berlaku dalam suku kata yang kedua seperti “ki ta”, “ba pa”, “sa tu” dan
seumpamanya. Bagi bahasa Inggeris tekanan boleh membezakan makna.
Contohnya,
• Kepanjangan
Ia juga disebut sebagia pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada
perkataan dalam bahasa-bahasa tertentu. Ciri kepanjangan dan panjang pendek ini
juga boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab,
Inggeris, tetapi tidak membezakan makna bagi bahasa Melayu. Ia di tanda dengan
tanda titik dipanggil mora. Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya
setengah mora ; dua titik kepanjangan satu mora, dan jika empat titik ::
kepanjangan ialah dua mora. Dalam bahasa Inggeris perbezaan makna terjadi
apabila kepanjangan ini digunakan.
Disebut persendian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai
tanda pemisah unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat dan rangkai kata. Jeda atau
persendian ini ditanda dengan + . Bagi bahasa Inggeris unsur ini membezakan
makna. Contoh, I scream ‘’saya menjerit’’ dan ice cream ‘’aiskrim” bunyinya sama
sukar dibezakan tetapi maknanya lain. Dalam bahasa Melayu, Terdapat rangkai kata
yang boleh mengelirukan jika tidak memakai jeda, misalnya ujaran belikantin (belikan
tin). Bagi membezakan makna itu perlu tanda dengan jeda seperti berikut:
Belikan + tin “ membelikan tin = tin yang dibeli”
Beli + kantin “ membeli kantin = kantin yang dibeli”
Jeda atua persendian merupakan perbezaan dalam bahasa. Jeda juga digunakan
untuk membezakan makna ayat. Contoh :
Merupakan naik turun suara dalam pengucapan. Banyak bahasa mempunyai tona
dan ia mengubah makna. Terdapat dua jenis tanda yang berbeza digunakan untuk
membezakan tinggi rendah sesuatu perkataan. Pertama menggunakan tona
mendatar, seperti “ibu”. Kedua tona meninggi, contoh “guni”. Ketiga tona turun-naik,
contoh “kuda” dan akhir sekali tona menurun, contohnya “marah”. Yang kedua
memakia tanda nombor 1 hingga 4 untuk menunjukkan perbezaan tona, Tona tinggi
(keras) menggunakan satu, tona sederhana tinggi (keras) menggunakan dua, tona
rendah (lemah) menggunakan tiga dan tona sangat rendah (sangat lemah)
menggunakan empat.
• Intonasi
Turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau prasa. Intonasi juga disebut
lagu bahasa. Bahasa Melayu terdapat pelbagai intonasi atau lagu yang terdapat
dalam ayat. Contohnya ayat berita yang menurun pada akhir ayat, ayat tanyapula
meninggi apaila di akhir ayat. Semua jenis ciri suprasegmental, iaitu tekanan,
kepanjangan, jeda, tona secara kombinasi turut membentuk intonasi dalam ayat dan
digunakan dalam pertuturan seharian.
TRANSKRIPSI FONETIK
Transkripsi fonetik dikenali juga sebagai transkripsi sempit, iaitu pengkaji memberi
lambang fonetik setepat-tepatnya dan terperinci yang merangkumi lambang
koartikulasi seperti lambang pembibiran, penyengauan, nasalisasi, perengkungan,
penglelangit kerasan dan glotalisasi. Dalam transkripsi fonetik terdapat segala bunyi
segmental, jenis koartikulasi dan jugaciri-ciri suprasegmental yang ditumpangi oleh
perkataan atau ayat dalam transkripsi ini. Oleh itu,transkripsi bertujuan untuk
mencatatkan setepat mungkin semua sifat yang terdapat pada pengucapan
seseorang penutur yang natif. Walau bagaimanapun, tidak semua bunyi koartikulasi
wujud dalam bahasa Melayu.
Terdapat lambang-lambang yang mewakili setiap fonetik tersebut. Lambang-
lambang koartikulasi bagi pembibiran ialah [w], penyengauan atau dikenali
jugasebagai nasalisasi dan lambangnya ialah [], perengkungan [ L, d, z ],
penglelangitkerasan [ j ] dan glotalisasi atau pengglotisan lambangnya ialah [?].
Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah [ #.
Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah #].
Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi
fonetik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi perkataan dalam pertuturan
untuk transkripsi fonetik ialah +.
TRANSKRIPSI FONEMIK
Transkripsi fonemik pula dikenali sebagai transkripsi luas. Dalam transkripsi fonemik
tiada koartikulasi. Transkripsi fonemik mencatatkan bunyi-bunyi bahasa dengan
menggunakan fonem-fonem yang terdapat dalam sesuatu bahasa itu dengan mudah
dan secara umum. Oleh itu,transkripsi fonemik adalah berbeza dengan transkripsi
fonetik kerana transkrispi fonemik tidak menggunakan ciri-ciri koartikulasi atau ciri-ciri
suprasegmental seperti dalam transkripsi fonetik.Transkripsi fonemik hanya
bertujuan untuk memberikan lambang-lambang bunyi dengan mudahdalam bentuk
lambang bunyi segmental sahaja.
Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah
/ #. Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonemik ialah #/.
Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi
fonemik ialah //. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi perkataan dalam
pertuturan untuk transkripsifonemik ialah +.
Namun, terdapat sedikit persamaan kedua-dua transkripsi ini. Persamaannya
ialah, semua permulaan kata dalam ayat baik dalam transkripsi fonetik mahupun
fonemik mesti dimulai dengan huruf kecil. Dalam kedua-dua transkripsi ini, tiada
penggunaan huruf besar, tanda koma, tanda titik, tanda seru, tanda soal,
tandasempang, pembuka dan penutup kata dalam penulisan transkripsi fonetik dan
fonemik.
RUMUSAN
Melalui bab ini kita dapat mengetahui maksud fonologi iaitu salah satu cabang dalam
ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang berfungsi serta memberikan
makna dalam sesuatu bahasa manakala fonetik pula ialah salah satu cabang
fonologi yang membincangkan tentang bidang yang mengkaji segala jenis bunyi-
bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat artikulasi manusia dan juga memberikan
lambang kepada bunyi-bunyi tersebut dan bagi fonemik pula, ianya merupakan
cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa yang dikaji secara
sinkronik.
Bab ini juga telah menerangkan cara-cara penghasilan fonem-fonem yang
terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap fonem mempunyai cara tersendiri untuk
dilafazkan yang melibatkan kedudukan lidah, bibir, lelangit dan alat-alat artikulasi
yang lain.Setiap kedudukan alat-alat artikulasi menghasilkan bunyinya yang
tersendiri yang akan menghasilkan.
Selain daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa dalam bahasa Melayu
terdapat sebahagian huruf-hurufnya adalah pinjaman dan ada sebahagian huruf
digabungkan untuk menghasilkan satu bunyi yang dipanggil diftong. Melalui tugasan
ini juga kita dapati dalam symbol fonetik bahasa Melayu terdapat simbol-simbol bunyi
yang diwakili oleh satu huruf dan ada juga yang mewakili dua huruf dalam bahasa
Melayu.
Bukan itu sahaja, tugasan ini juga menyentuh tentang artikulasi tambahan
iaitu sebutan tambahan yang terjadi akibat daripada pengaruh penyebutan sesuatu
bunyi tertentu. Sewaktu menyebut sesuatu bunyi tertentu terjadi juga sebutan
tambahan secara sampingan kerana dalam proses penyebutan sesuatu bunyi
tertentu beberapa alat artikulasi turut terlibat misalnya bibir, rongga hidung, lelangit
keras, rengkung dan seumpamanya sehingga berlakunya artikulasi tambahan seperti
pembibiran, penyegauan, penglelangit-kerasan dan perengkungan.
Melalui tugasan ini juga dapat dirumuskan bahawa Fonem ialah unit bahasa
yang diwujudkan bagi memudahkan deskripsi bunyi. Fonologi pula ialah bidang yang
mengkaji sistem bunyi bahasa (Abdullah Hassan, 2006: 62). Manusia dapat
menghasilkan banyak bunyi atau fon, tetapi daripada fon-fon tersebut, hanya
beberapa sahaja yang distingtif atau berbeza. Bagi menentukan sama ada fon itu
adalah distingtif, fon-fon dibandingkan dan dikontraskan antara satu dengan yang
lain. Dengan demikian, kita dapat mengenal pasti fon-fon yang distingtif daripada
yang hanya berbeza sebutan. Ini ialah kerana mereka dihasilkan pada konteks yang
berlainan, tetapi tidak distingtif. Hanya golongan fonfon
yang distingtif itulah yang dikenali sebagai fonem. Fonem terbahagi kepada dua iaitu
fonem segmental dan suprasegmenta.