You are on page 1of 2

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga 6) dan pelajar sekolah
menengah (Tingkatan 1 hingga 6) yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

2. Setiap peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga untuk
menyertai acara ini.

3. Setiap peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga dan
diserahkan kepada guru di sekolah masing-masing,

4. Setiap peserta, dengan bantuan ibu bapa/penjaga, perlu melengkapkan senarai semak
keselamatan sebelum memulakan larian.

5. Setiap peserta perlu mempunyai akaun gmail bagi tujuan pendaftaran dan penghantaran
bukti tamat larian

6. Peserta perlu berlari/berjalan di kawasan kediaman masing-masing atau menggunakan


threadmill.

7. Setiap peserta perlu berlari/ berjalan dengan ditemani oleh ibu bapa/keluarga/ata u individu
yang telah diberi kebenaran oleh ibu bapa/penjaga

8. Peserta perlu melengkapkan jarak larian pada bila-bila masa dalam tempoh 27 Mac 2021
hingga 24 Jun 2021 dan mengemukakan bukti dalam tempoh tersebut.

9. Peserta melakukan larian dengan menggunakan aplikasi larian yang mempunyai rekod
jarak dan masa.

10. Format bukti adalah melalui tangkapan layar (screen shot) jarak larian dan masa dengan
menggunakan keputusan daripada aplikasi larian yang digunakan.

11. Peserta bersetuju dan memberikan hak kepada pihak penganjur iaitu Urusetia VERDIK21
untuk menggunakan nama, keputusan, imej, video atau apa sahaja info berkaitan larian
untuk tujuan promosi, publisiti dan penerbitan untuk acara yang dianjurkan.

12. Pihak penganjur bertanggungjawab untuk melindungi dan tidak menggunakan maklumat
peribadi pelajar seperti alamat kediaman, ID pengenalan diri serta dokumen privasi yang
berkaitan dengan peserta selain untuk tujuan yang berkaitan dengan pengendalian acara.

13. Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka di dalam VERDIK21 adalah atas risiko
sendiri. Peserta juga faham bahawa penyertaan ini mungkin melibatkan risiko yang boleh
mendatangkan kecederaan
14. Peserta (termasuk ibu bapa/penjaga) bertanggungjawab untuk memastikan larian dan semua
aspek berkaitan larian disempurnakan di dalam keadaan yang selamat tanpa mendatangkan
risiko kecederaan atau musibah kepada peserta.

15. Peserta faham bahawa ibentuk dan format acara adalah larian secara virtual (maya). Justeru,
pihak penganjur tidak menyediakan pemantauan secara fizikal dan berterusan sepanjang
proses peserta melengkapkan larian. Pihak penganjur juga tidak menyediakn bantuan
sukarelawan dan perubatan (paramedik) kepada mana- mana peserta.

16. Peserta bertanggungjawab membuat pengakuan status kesihatan kepada pihak sekolah dan
menarik diri daripada acara sekiranya mengalami masalah kesihatan dan/atau menghidapi
penyakit yang mendatangkan kesan negatif sekiranya terlibat di dalam aktiviti fizikal/lasak.

17. Peserta mengaku berada dalam keadaan sihat dan berupaya menyertai acara ini serta mampu
melengkapkan jarak minimum yang ditetapkan. Peserta juga mengaku bahawa tidak
mempunyai sebarang penyakit atau keilatan yang mungkin menghalang daripada menyertai
atau melengkapkan acara ini.

18. Penyertaan peserta di dalam acara larian ini adalah satu bentuk deklarasi bahawa peserta
berada di dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental, serta tidak mempunyai sebarang isu
kesihatan atau penyakit yang boleh mendatangkan kesan negatif apabila melakukan aktiviti
fizikal/lasak atau berlari dalam tempoh masa yang lama.

19. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau musibah yang
dihadapi peserta atas kegagalan mematuhi syarat 13, 14, 16, 17, dan 18; atau apa juga
perkara yang mendatangkan kesan negatif ke atas kesihatan dan keselamatan pelajar akibat
kecuaian pelajar, ibu bapa atau penjaga.

You might also like