You are on page 1of 2

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah (Tahun 4 hingga 6) dan pelajar sekolah
menengah (Tingkatan 1 hingga 6) yang telah dikenalpasti oleh pihak sekolah.

2. Setiap peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga


untuk menyertai acara ini.

3. Setiap peserta perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga


dan diserahkan kepada guru di sekolah masing-masing,

4. Setiap peserta, dengan bantuan ibu bapa/penjaga, perlu melengkapkan senarai


semak keselamatan sebelum memulakan larian.

5. Setiap peserta perlu mempunyai akaun gmail bagi tujuan pendaftaran dan
penghantaran bukti tamat larian

6. Peserta perlu berlari/berjalan di kawasan kediaman masing-masing atau


menggunakan threadmill.

7. Setiap peserta perlu berlari/ berjalan dengan ditemani oleh ibu bapa/keluarga/ata u
individu yang telah diberi kebenaran oleh ibu bapa/penjaga

8. Peserta perlu melengkapkan jarak larian pada bila-bila masa dalam tempoh 27 Mac
2021 hingga 24 Jun 2021 dan mengemukakan bukti dalam tempoh tersebut.

9. Peserta melakukan larian dengan menggunakan aplikasi larian yang mempunyai


rekod jarak dan masa.

10. Format bukti adalah melalui tangkapan layar (screen shot) jarak larian dan masa
dengan menggunakan keputusan daripada aplikasi larian yang digunakan.

11. Peserta bersetuju dan memberikan hak kepada pihak penganjur iaitu Urusetia
VERDIK21 untuk menggunakan nama, keputusan, imej, video atau apa sahaja info
berkaitan larian untuk tujuan promosi, publisiti dan penerbitan untuk acara yang
dianjurkan.

12. Pihak penganjur bertanggungjawab untuk melindungi dan tidak menggunakan


maklumat peribadi pelajar seperti alamat kediaman, ID pengenalan diri serta
dokumen privasi yang berkaitan dengan peserta selain untuk tujuan yang berkaitan
dengan pengendalian acara.

13. Peserta bersetuju bahawa penyertaan mereka di dalam VERDIK21 adalah atas
risiko sendiri. Peserta juga faham bahawa penyertaan ini mungkin melibatkan risiko
yang boleh mendatangkan kecederaan
14. Peserta (termasuk ibu bapa/penjaga) bertanggungjawab untuk memastikan larian
dan semua aspek berkaitan larian disempurnakan di dalam keadaan yang selamat
tanpa mendatangkan risiko kecederaan atau musibah kepada peserta.

15. Peserta faham bahawa ibentuk dan format acara adalah larian secara virtual (maya).
Justeru, pihak penganjur tidak menyediakan pemantauan secara fizikal dan
berterusan sepanjang proses peserta melengkapkan larian. Pihak penganjur juga
tidak menyediakn bantuan sukarelawan dan perubatan (paramedik) kepada mana-
mana peserta.

16. Peserta bertanggungjawab membuat pengakuan status kesihatan kepada pihak


sekolah dan menarik diri daripada acara sekiranya mengalami masalah kesihatan
dan/atau menghidapi penyakit yang mendatangkan kesan negatif sekiranya terlibat
di dalam aktiviti fizikal/lasak.

17. Peserta mengaku berada dalam keadaan sihat dan berupaya menyertai acara ini
serta mampu melengkapkan jarak minimum yang ditetapkan. Peserta juga mengaku
bahawa tidak mempunyai sebarang penyakit atau keilatan yang mungkin
menghalang daripada menyertai atau melengkapkan acara ini.

18. Penyertaan peserta di dalam acara larian ini adalah satu bentuk deklarasi bahawa
peserta berada di dalam keadaan sihat secara fizikal dan mental, serta tidak
mempunyai sebarang isu kesihatan atau penyakit yang boleh mendatangkan kesan
negatif apabila melakukan aktiviti fizikal/lasak atau berlari dalam tempoh masa yang
lama.

19. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau


musibah yang dihadapi peserta atas kegagalan mematuhi syarat 13, 14, 16, 17, dan
18; atau apa juga perkara yang mendatangkan kesan negatif ke atas kesihatan dan
keselamatan pelajar akibat kecuaian pelajar, ibu bapa atau penjaga.

You might also like