You are on page 1of 5

PERKAHWINAN MASYARAKAT INDIA

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu
kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di
negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan
perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada
pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam
masyarakat India secara umum.

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti faktor etnik,
sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan
status sosial merangkumi aspek seperti umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan,
etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira.
Selalunya maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang terlibat
dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan saudara mara. Ada
kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana taragaakan membantu dalam kerja-
kerja merisik. Tetapi kini peranan tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen
perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki akan
mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan
perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal atau dalam bahasa
Melayu dipanggil sebagai melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu
datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian


serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini dibawa sebagai tanda
kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk mengeratkan lagi hubungan
kekeluargaan. Pihak perempuan akan menerima hantaran tersebut sekiranya
bersetuju. Jika tidak, mereka hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan
tidak boleh mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawabkan


menghidang air minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat
pengantin perempuan dengan lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan
perlu melayani para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin perempuan tidak
turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen paarttal juga bertujuan untuk
mengetahui latar belakang bakal pengantin lelaki.
Kaji Kecocokan Pasangan

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam


Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep
perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan kesesuaian
pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih
diamalkan oleh masyarakat Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana
poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi
poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai
poruttam.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah


pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan
yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang,
bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa kedua-dua belah
pihak akan berbincang mengenai perkahwinan tersebut. Sekiranya bapa salah
seorang bakal pengantin telah meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan
saudara-mara. Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan
mengikat janji.

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan
persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin perempuan. Seterusnya
perkahwinan tersebut akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan,
kedua-dua pengantin akan menukar sirih pinang yang dinamakantaambuulan
marrutal. Kemudian mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan
tentang belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan dijalankan dengan
bertukar-tukar kalungan bunga.

 Parisam (Beri Hadiah)


Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam.Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada
hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan
pada hari yang sama di sebelah pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam
masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian
parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam
jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja
dan mereka dipanggil cumanggali.
Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh bakal pengantin
lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat India. Pada masa yang sama
alat muzik tradisional seperti naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak
perempuan akan menyediakan buyung yang dikenali sebagaipuurana kumbum yang
diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu
vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai menunjukkan kurniaan
tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan terlebih


dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang
mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa yang sama pengantin
perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu
daripada tuhan. Setelah itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh
melihatpuurana kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal
pengantin perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara boleh
mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin perempuan. Ini dikenali
sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal. Pengiring akan memberi kad jemputan
kepada kedua-dua pihak pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal), adat ikat
janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan adat yang sering
dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di kalangan mereka yang tidak
lagi melakukan upacara tersebut untuk mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara penting yang


perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan masyarakat


India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu. Sekiranya terdapat
kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar. Kad
jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang
keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil
untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad diletakkan di atas dulang bersama
sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya sebagai lambang kekayaan.
Upacara ini dinamakan sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke
rumah pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan begitulah
sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan sebagai tanda
jemputan perkahwinan secara rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan yang


dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu diikat segumpal benang
putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh
masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennantthaali dan sebagainya.
Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat
penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan.
Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan
bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali
mengetahui hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan,
thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat
thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang dilakukan
oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan


sebagaithaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan
termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Secara umumnya thaali tidak
diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini kerana thaali masih boleh dibuat daripada
kunyit yang dikatakan lebih selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.


Adatmukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat
India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus
akan ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua
atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan


dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan lazim seperti sirih pinang, kum kum,
kunyit dan sebagainya disediakan. Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada
Tuhan supaya perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu
diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang sudah
berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu tersebut
dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung kayu diikat dengan daun ara atau
mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah
meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai
lambang kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin
beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin ditabur pada
batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa yang sama pengantin
berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai lambang persahabatan dengan alam
sekitar. Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin
lelaki.

Upacara Perkahwinan

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara


pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat. Terdapat tiga jenis
perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil
Thairumanam dan Diya Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah
berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan


memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan disapu dengan air
kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai tanda rasmi undangan
perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan
disapu dengan serbuk kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.
Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya pengantin
hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis bijirin setelah
selesai acara menyarung cincin. Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali yang
diperbuat daripada benang yang disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai
memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang berisi buah-
buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu termasuklah
menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu
ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu
bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.
Biasanya pasangan pengantin akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga
kali dan berkongsi minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara
ini menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara perkahwinan


dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup, antaranya seperti masa yang
baik untuk melangsungkan perkahwinan, pengertian thaali, valatu kal, pemberian
manisan, hadiah, penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang,
jamuan perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas


berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah pengantin
perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki
pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa
itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan
jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan dirobohkan. Sebelum
khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya
upacara perkahwinan. Namun amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini.
Hanya jamuan ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan
khemah perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara perkahwinan


dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil, sayur-sayuran akan
dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan diadakan di dewan, makanan
selain dari sayur-sayuran dihidangkan, kecuali daging kerana daging amat dilarang
dalam agama Hindu. Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta
sahabat handai.

You might also like