You are on page 1of 2

1) Berdasarkan topik ke 9, nyatakan 2 ruang makanan.

Ruang awam dan Ruang bukan awam. Ruang Awam merupakan ruang yang tidak
berkaitan dengan acara keagamaan atau kepercayaaan tetapi ada kalanya boleh
berkaitan dengan acara keraian keagamaan. Contohnya, majlis perkahwinan etnik
Melayu dan jamuan hari raya turut dihadiri oleh masyarakat pelbagai etnik.
Selain itu, Ruang Bukan Awam merupakan ruang yang berkaitan dengan acara
keagamaan atau kepercayaan. Contohnya, dalam majlis aqiqah bagi orang Islam,
daging yang dimasak bagi majlis tersebut tidak boleh dihidangkan kepada orang
bukan Islam.

2) Bagaimanakah makanan boleh berfungsi sebagai agen untuk menyatupadukan


rakyat di Malaysia
Pengalaman harian dalam aspek makanan yang memupuk kesepaduan sosial
berlaku menerusi pengambilan jenis makanan popular etnik lain. Makanan daripada
pelbagai jenis mi, sup, dim sum dan kuih pau misalnya, adalah antara makanan
kegemaran etnik Cina tetapi makanan tersebut juga digemari oleh etnik lain di
Malaysia. Begitu juga dengan makanan rojak, capati, tose dan pelbagai masakan
berkari yang popular dalam kalangan etnik India dan beberapa jenis makanan
daripada kalangan etnik di Sabah dan Sarawak seperti umai, ambuyat atau linut dan
ayam pansuh menjadi kegemaran masyarakat pelbagai etnik yang secara tidak
langsung menyumbang kepada kesepaduan sosial.
Ini dapat disaksikan di tempat-tempat makan umum seperti di restoran milik
etnik Melayu, restoran Mamak yang biasanya beroperasi dua puluh empat jam,
restoran Kopitiam milik etnik Cina atau Melayu, atau di tempat makan yang
eksklusif. Pelbagai etnik bertumpu di tempat berkenaan, menikmati makanan yang
juga bersifat pelbagai dan secara tidak langsung interaksi antara etnik berlaku lalu
membentuk kesepaduan sosial yang lestari.
Di samping itu, Kemeriahan majlis yang disambut oleh pelbagai etnik
adalah lebih bermakna kerana kesepaduan sosial dapat dibentuk daripada interaksi
sedemikian. Hidangan pelbagai jenis makanan tradisi mahupun moden yang
disajikan dalam majlis atau upacara tertentu sesuatu etnik yang dihadiri oleh etnik
lain di negara ini memberikan impak dalam hubungan antara mereka.
Kesepaduan sosial boleh dilihat dengan jelas semasa rakyat Malaysia
meraikan perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Hari
Kaamatan dan Hari Gawai. Dalam setiap perayaan tersebut, makanan menyatukan
semua melalui hidangan jamuan yang disediakan.
Sesungguhnya Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan
keindahan alam semula jadi ditambah dengan keunikan latar belakang
masyarakatnya. Gabungan daripada kedua-dua elemen tersebut menawarkan
kepelbagaian hidangan makanan warisan pelbagai etnik dan berperanan pula
mewujudkan kesepaduan sosial melalui amalan pemakanan harian masyarakat
tanpa memikirkan perbezaan latar belakang budaya antara mereka.

You might also like