You are on page 1of 2

Berdasarkan nota kuliah, setiap pelajar dikehendaki untuk memilih dua Dasar

Pendidikan sahaja. Kaji dan huraikan bagi setiap Dasar Pendidikan yang telah dipilih.

Dasar pendidikan Inggeris


Tinjauan dasar Bahasa Inggeris sejak akhir zaman kolonial pada tahun 1957
menunjukkan tiga perkembangan utama. Pertama, Bahasa Inggeris berubah dari
medium perantara kepada hanya satu mata pelajaran dalam kurikulum. Bahasa
Melayu, bahasa kebangsaan, telah menggantikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa
penghantar, walaupun Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan
Tamil mengekalkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar (Lee 2004). Kedua,
globalisasi membawa kepada pengiktirafan yang lebih besar terhadap kepentingan
Bahasa Inggeris (Phan et al 2013). Ketiga, terdapat beberapa perubahan dasar
mengenai pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, yang membawa
kepada kritikan terhadap pelaksanaan dasar yang tidak konsisten.
Dasar Bahasa Inggeris membawa ujian penting bagi pembuat dasar di semua
peringkat. Terdapat ketegangan antara sokongan terhadap bahasa kebangsaan, Bahasa
Melayu, dan pengiktirafan terhadap kepentingan Bahasa Inggeris di peringkat antara
bangsa. Peserta menyatakan perubahan dasar bersifat 'politik' (Johor) atau
menganggap pemansuhan Bahasa Inggeris untuk Pengajaran dan Pembelajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai 'kemunduran' (Sarawak).
Semua peserta di peringkat nasional dan negeri mengkritik pembatalan PPSMI dan
pengenalan Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP). Peserta dari
kedua-dua negeri di Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak, lebih positif menerima
inisiatif Bahasa Inggeris KPM berbanding peserta di Semenanjung Malaysia.
Walaupun DLP telah menggantikan PPSMI, cabaran pelaksanaan tetap wujud,
terutamanya berkenaan proses pemantauan dan permasalahan guru yang tidak
bersedia dengan perubahan dasar ini.
Dasar Pendidikan 1945 - 1970
Laporan Razak 1956 yang dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 dan
Laporan Rahman Talib 1960 menjadi perintis ke arah pengukuhan sistem pendidikan
kebangsaan di Malaysia. Selepas merdeka 1957, Malaysia merupakan negara baru dan
memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari
dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 pula bukti usaha murni
yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan
rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan demi
kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem
pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan yang positif, terutama
membentuk dan memupuk perpaduan negara (Abu Bakar Nordin, 1994). Perpaduan
antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberi perhatian oleh kerajaan
Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan
pada tahun 1957. Hal demikian menjadikan dasar-dasar penting dalam Laporan Razak
1956 dan laporan Rahman Talib 1960 yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan
melalui Akta Pendidikan 1961.

You might also like