You are on page 1of 9

BERITA

( Tema : Sekolah )

1. Pada minggu lalu, beberapa orang murid di sekolah kamu telah mengalami keracunan makanan.
Tulis berita tentang kejadian itu.

Skema Jawapan

1.
KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat
telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai Remis untuk
mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku pada pukul 11.30
pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu
Puan Hajah Saleha binti Puteh.

Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan muntah-
muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan
makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan
makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang
kejadian ini.

Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri
Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak stabil. Sementara
itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah
mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.
Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan
kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka
sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.

2.
KERACUNAN MAKANAN

PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI – Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung

Selamat telah keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan

Pantai Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula

berlaku pada pukul 11.30 pagi, selepas waktu rehat.

Kejadian ini telah oleh guru yang bertugas pada minggu tersebut iaitu Puan

Hajah Saleha binti Puteh.

Kejadian ini kemungkinan besar berlaku daripada nasi lemak yang dijual di

kantin sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telahsakit perut dan muntah-muntah.

Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

Pihak sekolah telah mengambil pantas dengan membawa murid-murid yang

keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pihak pengusaha kantin pula

meneruskan aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga

telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital Seri

Manjung untuk mendapatkan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak

stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pihak Pusat Kesihatan Pantai

Remis telah semua murid ini telah mengalami keracunan

makanan.

Pihak Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.

Kantin sekolah diarahkan tutup . Pengusaha kantin itu telah diminta untuk

membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah

hanya akan sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap

kebersihan kantin tersebut.

disedari tindakan mengalami rawatan serta-merta

mengesahkan mengalami dibuka akibat dilarang


3.

Isi penting

- 20 orang keracunan makanan


- Dihantar ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan
- Berlaku pada pukul 11.30 pagi
- Dikesan oleh guru bertugas
- Punca kejadian akibat nasi lemak yang dibeli
- Diserang sakit perut dan muntah-muntah
- Ada murid yang serius sakitnya
- Pihak sekolah mengambil tindakan pantas
- Pengusaha kantin diminta memberhentikan perniagaan
- Pejabat Pelajaran Daerah dimaklumkan
- Murid yang serius dihantar ke hospital
- Murid lain dibenarkan pulang
- Pihak Pusat Kesihatan mengesahkan punca keracunan makanan
- Melawat kantin tersebut
- Mengarahkan kantin sekolah ditutup
- Minta bersihkan kawasan kantin dan patuhi peraturan
- Dibenarkan berniaga jika pihak kesihatan berpuas hati
( Tema : Keluarga )

1. Baru-baru ini, bapa kamu telah memenangi Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri.Tulis berita tentang
majlis tersebut.

Skema Jawapan

1.
TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT
NEGERI

KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah dianugerahkan sebagai Tokoh
Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada Menteri
Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin berasal dari Kampung
Kubang Semang.

Encik Zainal Abidin seorang petani yang berjaya. Beliau telah mengusahakan ladang kelapa
sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran rumahnya telah
dijadikan kolam menternak ikan keli. Masa yang terluang pula telah diisikan dengan kegiatan
menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama- sama isteri dan anak-anaknya.

Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini menerima hadiah berupa wang tunai RM 10000 dan sijil
penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin pemprosesan
makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan membakar semangat Encik Zainal Abidin
untuk terus berusaha.

Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk membantu para petani yang ingin
memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk melihat
kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang
dihasilkan oleh keluarganya.

Encik Zainal Abidin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan
pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini
akan menjadi pendorong kepada semua petani negeri Kedah untuk terus melibatkan diri dalam bidang
pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam bidang pertanian ini.
2.

TOKOH PETANI JAYA PERINGKAT


NEGERI

KUALA NERANG, Rabu – Encik Zainal Abidin bin Tahir telah sebagai

Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri Kedah pada tahun ini. Beliau telah menerima anugerah itu daripada

Menteri Besar Negeri Kedah sempena Hari Peladang peringkat negeri. Encik Zainal Abidin dari

Kampung Kubang Semang.

Encik Zainal Abidin seorang petani yang . Beliau telah mengusahakan

ladang kelapa sawit seluas 10 ekar di samping menternak lembu daging. Kawasan lembah berhampiran

rumahnya telah dijadikan kolam ikan keli. Masa yang terluang pula

telah diisikan dengan kegiatan menghasilkan pelbagai jenis kerepek berasaskan ubi dan pisang bersama-

sama isteri dan anak-anaknya.

Tokoh Petani Jaya Peringkat Negeri ini _ hadiah berupa wang tunai RM 10000

dan sijil penghargaan. Di samping itu, Jabatan Pertanian juga akan membekalkan baja dan mesin

pemprosesan makanan kepadanya. Semua hadiah yang diterima ini akan

semangat Encik Zainal Abidin untuk terus berusaha.

Semasa majlis ini berlangsung, Encik Zainal berjanji untuk para petani yang

ingin memulakan sebarang aktiviti pertanian. Para petani boleh datang melawat ke ladangnya untuk

melihat kegiatan pertanian yang diusahakannya. Mereka juga boleh memasarkan makanan ringan yang

oleh keluarganya.

Encik Zainal Abidin ucapan terima kasih kepada pihak Jabatan Pertanian dan

pihak KEMAS yang banyak memberi khidmat nasihat kepadanya. Beliau berharap kejayaannya ini akan

menjadi kepada semua petani negeri Kedah untuk

terus melibatkan diri dalam bidang pertanian. Beliau akan terus melibatkan diri dengan aktif dalam

bidang pertanian ini.

berjaya dihasilkan dianugerahkan pendorong berasal

menerima merakamkan menternak membakar membantu


3.

Isi Penting

- anugerah Tokoh Petani Jaya peringkat negeri


- menerima hadiah daripada Menteri Besar
- berasal dari Kampung Kubang Semang
- seorang petani yang berjaya mengusahakan kelapa sawit, menternak lembu dan melihat
ikan keli
- mengusahakan makanan ringan berasaskan ubi dan pisang bersama-sama keluarga
- menerima hadiah lumayan – wang tunai dan sijil
- hadiah sampingan – baja dan mesin
- hadiah ini menjadi pembakar semangat
- berjanji membantu petani yang ingin menceburi bidang ini
- melawat ladangnya dan memasarkan hasil pertaniannya
- mengucapkan ucapan terima kasih kepada pihak terlibat – memberi khidmat nasihat
- kejayaannya menjadi pendorong kepada para petani
- terus aktif dalam bidang pertanian
( Tema : Masyarakat )

1. Kamu telah menyaksikan peristiwa tiga orang murid sekolah rendah telah lemas di sungai. Tulis
berita tentang kejadian tersebut.

Skema Jawapan

1.
LEMAS DIBAWA ARUS

BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah lemas semasa mandi- manda di
Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam perjalanan pulang ke
rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang terlibat ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin
Awang dan Badri bin Sulaiman.

Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak deras arusnya kerana pada sebelah paginya
hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi di sungai ini.
Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah melarang mereka
mandi di sungai itu.

Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang menjerit meminta tolong.
Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa lemas
itu cuba diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan bertindak pantas memberitahu penduduk kampung.

Sehingga berita ini ditulis, seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala dua lagi mangsa
masih belum ditemui. Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk mencari mangsa.
Mereka telah menyusuri sungai untuk mencari mangsa.

Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu terperanjat dengan kejadian ini.
Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak.
Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat anak mereka akan
dijumpai secepat mungkin.
2.

LEMAS DIBAWA ARUS

BATU PAHAT, 10 MAC – Tiga orang murid tahun empat telah semasa mandi-

manda di Sungai Renggam petang semalam. Kejadian ini berlaku ketika semua murid ini dalam

perjalanan pulang ke rumah selepas menjalani latihan bola sepak. Mangsa yang

ialah Mohd. Amirul bin Jais, Zakaria bin Awang dan Badri bin Sulaiman.

Ketika kejadian berlaku, air sungai Renggam agak arusnya kerana pada sebelah

paginya hujan turun agak lebat. Mangsa-mangsa lemas ini sememangnya sudah biasa mandi

di sungai ini. Sebelum mereka mandi, Pak Hasan yang pada ketika itu sedang memancing telah

mereka mandi di sungai itu.

Tidak lama kemudian, Pak Hasan telah mendengar suara orang meminta tolong.

Beliau bergegas ke tepi sungai dan ternampak tiga orang budak terkapai-kapai dibawa arus. Mangsa

lemas itu diselamatkannya tetapi gagal. Pak Hasan lbertindak pantas

memberitahu penduduk kampung.

Sehingga berita ini , seorang mangsa telah berjaya dijumpai manakala

dua lagi mangsa masih belum ditemui . Pasukan Bomba dan Penyelamat bertungkus-lumus untuk

mencari mangsa. Mereka telah _ sungai untuk mencari mangsa.

Ibu bapa mangsa telah dimaklumkan. Mereka begitu dengan kejadian ini.

Mereka kesal kerana anak mereka tidak terus pulang ke rumah selepas menghadiri latihan bola sepak.

Namun begitu mereka reda dengan kejadian yang berlaku itu dan berharap agar mayat anak mereka akan

secepat mungkin

deras ditulis terperanjat lemas menyusuri

menjerit terlibat Cuba dijumpai melarang


3.

Isi Penting

- tiga murid lemas di Sungai Renggam


- pulang dari latihan bola sepak
- nama mangsa yang lemas
- keadaan arus sungai deras
- mangsa sudah biasa mandi di sini
- dilarang oleh Pak Hasan
- menjerit minta tolong
- cuba membantu tetapi gagal
- memaklumkan kepada penduduk kampung
- seorang mangsa diselamatkan
- dua masih hilang – dicari oleh Bomba dan Penyelamat
- ibu bapa terperanjat – kesal
- reda dengan kejadian – harap mayat dijumpai segera

You might also like