You are on page 1of 3

LAPORAN PERKEMAHAN KURSUS KEMAHIRAN ASAS PRA PEGAWAI 2012

Pada 29 Jun sehingga 1 Julai 2012 yang lepas, seramai 52 orang ahli pasukan

Kadet Remaja Sekolah(KRS) telah mengadakan satu kursus Kemahiran Asas Pra

Pegawai KRS bagi tahun 2012. Kursus ini telah dijalankan di Impiana Country

Resort, kampung Sg. Semungkis, Hulu Langat, Selangor. Kursus ini bertujuan untuk

menyediakan para pelajar yang bakal menduduki ujian kemahiran asas KRS. Selain

itu, ia juga untuk memenuhi silibus sukatan pelajaran bagi pelatih guru semester 4.

Kami bertolak pada jam 8.00 pagi dan tiba di sana lebih kurang jam 9.00 pagi.

Setibanya kami di sana, satu taklimat ringkas mengenai perkhemahan ini telah

diadakan oleh kem komanden iaitu Encik Halimi. Sesudah itu, kami telah

dibahagikan kawasan dan terus mendirikan khemah di kawasan masing-masing.

Selepas selesai mendirikan khemah, kami terus bersiap sedia untuk solat Zohor dan

seterusnya makan tengahari.

Pada sebelah malam pula, kami telah menghadiri satu taklimat atau ceramah

berkaitan dengan kecemasan atau dinamakan sebagai “Bantu Mula”. Taklimat ini

telah diberikan oleh seorang jururawat yang bekerja di sebuah hospital swasta yang

terulung di ibu kota. Matlamat utama taklimat ini diberikan adalah untuk mempelajari

teknik bantuan awal yang harus diberikan kepada mangsa yang mengalami renjatan,

pernafasan terhenti, lemas dan sebagainya. Kami telah mempelajari teknik bantu

mula yang dikenali sebagai Cardio Pulmonary Resucitation ataupun CPR. Kami

berasa amat bertuah kerana sebelum ini kami hanya mendengar sahaja nama CPR

disebut-sebut tetapi tidak mengetahui teknik untuk melakukannya.


Pada keesokan harinya iaitu 30 Jun 2012, kami menjalankan aktiviti kembara

di sebelah pagi. Pihak kem telah menyediakan laluan hutan untuk kami tempuhi

ditemani oleh dua orang fasilitator yang mengiringi kami. Kami bukan sahaja berjalan

melalui hutan tetapi kami telah diberi dua tugasan yang perlu diselesaikan iaitu

menghasilkan kraftangan dan juga masakan rimba. Awal-awal lagi kami telah

dibahagikan mengikut kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan dengan telur,

tepung, garam dan juga gula. Melalui aktiviti ini, pelbagai kraftangan telah dihasilkan

iaitu termasuklah penyapu daripada daun, rak kasut daripada buluh, sudu, garfu dan

bekas minuman daripada buluh. Selain kraftangan, pelbagai masakan juga telah

dihasilkan berbekalkan bahan-bahan yang telah diberikan tadi. Hasil masakan kami

telah dinilai sepenuhnya oleh Encik Hussain yang juga pensyarah pengiring aktiviti

kembara kami.

Kami selesai melakukan aktiviti kembara pada awal petang lebih kurang jam

2.00. setelah tiba di tapak perkhemahan, kami telah membersihkan diri untuk siap

solat Zohor dan juga makan tengahari. Setelah itu, kami telah berkumpul di dewan

untuk mendengar ceramah berkaitan dengan aktiviti simpulan dan ikatan. Aktiviti ini

dijayakan oleh salah seorang guru Kadet Remaja Sekolah daripada sebuah sekolah

menengah.

Pada sebelah malam pula, kami telah mengadakan jamuan barbecue yang

disertai oleh semua pelajar dan juga pensyarah. Kami telah menyembelih beberapa

ekor ayam pada sebelah petang untuk dimasak. Antara menu yang disajikan ialah

ayam bakar, sosej, bihun goreng dan air teo. Aktiviti ini nyata dapat mengeratkan

hubungan di antara pelajar pelajar dan pelajar pensyarah.


Pada keesokan harinya, kami telah mengadakan aktiviti yang dinamakan

Tempur Tanpa Senjata yang diketuai oleh pensyarah daripada Jabatan Pendidikan

Jasmani iaitu Encik Nazri bersama-sama rakan beliau. Tujuan aktiviti ini dijalankan

adalah untuk menyiapkan pelajar dengan pelbagai teknik serangan dan tepisan jika

berlaku serangan daripada musuh. Secara asasnya, ia merupakan seni

mempertahankan diri. Kami dikehendaki memilih pasangan masing-masing dan

diminta untuk berlatih bersama-sama. Di akhir slot, setiap pasangan akan dinilai

dihadapan pengajar.

Kami bersiap untuk pulang pada sebelah petang setelah selesai menjamu

selera. Kami meruntuhkan kembali khemah dan memastikan tapak perkhemahan

bersih daripada sampah. Kami juga mengucapkan terima kasih kepada pihak tapak

perkhemahan kerana membenarkan kami bermalam di sana selama 3 hari 2 malam.

Kami bertolak pulang ke kampus pada jam 3.00 petang dan tiba tepat jam 4.30 minit

petang.

You might also like