You are on page 1of 1

Pada hari minggu yang lepas,kampong saya telah mengadakan aktiviti gtong-royong.

Tujuan gotong-
royong tersebut adalah untuk memastikan kampong kami sentiasa bersih dan ceriah.Kami
sekeluarga telah bangun awal pagi dan bersedia untuk menyertai aktiviti gotong-royong
tersebut.Setelah itu kami bersarapan bersama-sama.

Semua penduduk kampong telah berkumpul di balai raya pada awal pagi.Kami membawa peralatan
masing-masing seperti baldi,pongkes,kain buruk dan penyapu utk membersihkan kawasan kampong.

Sebelum memulakan aktiviti gotong-royong,ketua kampong memberikan taklimat mengenai aktiviti


yang akan dijalankan.Semua penduduk kampong dibahagikan kepada beberapa kumpulan bagi
mengeratkan lagi silaturahim.Antara kawasan yang perlu dibersihakan ialah balai raya,taman
permainan dan lain-lain.

Pada pukul 8.00 pagi,aktivit gotong – rotong bermula.Semua penduduk saling bekerja sama utk
membersihkan kawasan kampong.Antara aktiviti dijalankan ialah membersihkan longkang,mengecat
pagar,mengutip sampah dan sebagainya.Suasana pada hari itu sangat meriah.

Kaum wanita pula sibuk menyediakan juadah di halaman balai raya .Antara juadah yang disediakan
ialah nasi lemak,kuih-muih dan sebagainya.Setelah penat bergotong-royong kami makan sambaing
berbual-bual.

Aktiviti gotong-royong tamat pada pukul 12.00 tengah hari.Semua penduduk berasa sangat gembira
kerana kampong kami kelihatan bersih dan ceriah.

You might also like