You are on page 1of 1

PATRIOTISME

Definisi patriotisme
- perasaan cinta, kasih sayang dan kesetiaan terhadap negara.
- Perpaksikan kepada ciri ketaatan kepada undang-undang dan kesetiaan tidak berbelah
bahagi kepada kedaulatan negara

Dasar komprehensif = Dasar Perpaduan Negara


- Berkonsepkan perpaduan dalam kepelbagaian demi mengukuhkan perpaduan dan
integrasi nasional berteraskan perlembagaan persekutuan dan rukun negara
- Matlamat – membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin,
toleransi, saling menghormati dan bertanggungjawab

Cara meningkatkan patriotisme


1. Meningkatkan penghayatan terhadap sejarah Malaysia
- Perkongsian pendidikan sejarah
o Sejarah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1957
o Pembentukan gagasan Malaysia 1963
o Pengorbanan pejuang tempatan sebelum merdeka seperti Tok Janggut, Rentap
dan Dato Maharaja Lela
o Perjuangan tokoh kemerdekaan dan pasca kemerdekaan seperti Tunku Abdu
Rahman, Tun Tan Cheng Lock dan Tun V T Sambathan.
- Natijah – pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah mampu meningkatkan jati
diri dan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda Malaysia
- Peluang untuk perkongsian sejarah di - media arus perdana dan media sosial

2. Meningkatkan literasi, pemahaman dan penghayatan mengenai kedaulatan Perlembagaan


Persekutuan dan Rukun Negara sebagai asas amalan hidup penting.
- Kurang kefahaman akan menyebabkan berlaku kekeliruan dan mencetus kemelut
terhadap isu agama dan bahasa – akan timbul konflik dalam kalangan rakyat
- Menganjurkan pelbagai program seperti pertandingan pidato kenegaraan, pertandingan
kisah kenegaraan, sayembara penulisan puisi dan cerpen serta bintang patriotik
- Natijah – mampu menyemai dan memperkukuh semangat patriotisme dalam kalangan
masyarakat majmuk Malaysia.

Kesimpulan
- Semangat patriotisme adalah tunjang kepada perpaduan masyarakat majmuk Malaysia.
- Kita tidak oleh semata-mata mengharapkan peranan kerajaan dalam usaha
meningkatkan semangat patriotise dan mengekalkan perpaduan.
- Usaha meningkat patriotisme adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan
sokongan padu badan bukan kerajaan, pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC),
serta masyarakat dan individu rakyat Malaysia.

Marilah kita sama-sama menggelorakan patriotisme serta memelihara dan mengekalkan


perpaduan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

You might also like