You are on page 1of 24

KAEDAH

KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan
proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini melibatkan tindak balas antara guru dan murid
(Rahil Mahyudin et al. 1997) . Di antara kaedah yang bersesuaian untuk mengajar pembelajaran
Kemahiran Hidup ialah kaedah memberi arahan, demonstrasi, permainan, penemuan, kaedah pusat
pembelajaran dan kaedah projek. Di sini disenaraikan beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh
guru pendidikan khas yang mengajar Kemahiran Hidup.

Kaedah Tunjuk Cara

Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih
terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh
mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah
tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan
bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya
dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah
menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini
adalah seperti berikut:

Langkah 1

Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas
yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu.

Langkah 2

Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu
bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang
diberikan.
Langkah 3

Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-
langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang
tertinggal semasa aktiviti berlangsung.

Langkah 4

Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-
langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka.

Langkah 5

Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara
apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal
tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang
diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah
mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari
sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

Kaedah Simulasi

Tujuan kaedah simulasi adalah untuk meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-
konsep tertentu dalam penyelesaian masalah. Simulasi adalah suatu situasi yang diwujudkan supaya
menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang dipermudahkan, diringkaskan atau dikecilkan
supaya masalah atau isu yang berkaitan lebih mudah diselesaikan. Dalam kaedah ini, guru
mempunyai beberapa tanggungjawab, antaranya:

• memilih satu masalah atau isu yang melibatkan minat atau pandangan yang berlawanan.

• memastikan unsur-unsur utama masalah atau isu terkandung dalam simulasi.

• mengenal pasti konsep-konsep yang terlibat dalam masalah atau isu berkenaan.

• menentukan langkah-langkah yang perlu diambil semasa simulasi. Langkah-langkah ini


termasuklah bagaimana tingkah laku murid, peranan yang dimainkan, serta peraturan yang
mempengaruhi tindakan murid tersebut.
Murid mengambil bahagian dalam simulasi dengan cara memainkan peranan individu atau pihak
yang terlibat mengikut peraturan atau prosedur yang ditentukan oleh guru. Contohnya, dalam satu
simulasi berkaitan dengan kerja-kerja petani di kebun, kebun sayur musnah dilanda banjir,
bagaimana pekerja-pekerja kebun sayur menggunakan pelbagai peralatan semasa bekerja. Pada
amnya, simulasi akan berjaya jika melibatkan situasi kehidupan seharian. Simulasi juga digunakan
bersama-sama dengan kaedah buku teks, perbincangan dan penyoalan.

Kaedah Projek

Tujuan kaedah projek adalah untuk melibatkan murid dengan idea-idea konseptual dan
memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang tidak mungkin dicapai melalui kaedah pengajaran
lain. Objektif utama kaedah ini adalah untuk pemerolehan pengetahuan yang baru oleh murid atau
penggunaan pengetahuan sedia ada kepada situasi-situasi kehidupan seharian, penyelesaian
masalah atau penghasilan produk. Dalam kaedah ini, guru berperanan untuk menentukan tajuk yang
sesuai kepada murid. Bagi murid pendidikan khas, guru perlulah membantu sepenuhnya . Guru
seharusnya berperanan sebagai rakan pembimbing, memastikan setiap murid mempunyai peranan
dan tugasan dalam melaksanakan projek, memberikan kebebasan dan kepercayaan kepada murid
untuk melaksanakan sesuatu projek mengikut kemampuan murid dengan pemantauan guru ,
bertindak sebagai motivator dengan sentiasa memberi dorongan kepada murid untuk mengekalkan
minat mereka serta memberi masa yang secukupnya kepada murid untuk melaksanakan sesuatu
tugasan yang diberikan.

Untuk melancarkan perjalanan sesuatu projek yang dirancangkan, guru perlulah menyediakan alatan
yang mudah dikendalikan, ringan dan tidak terlalu membahayakan murid supaya mudah dan
selamat digunakan . Sebelum projek dilaksanakan, guru sepatutnya terlebih dahulu menerangkan
setiap tugasan itu, cara penggunaan alatan, tujuan projek dan sebagainya dengan berulang-ulang
agar pelajar faham.

Kaedah Memberi Arahan

Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi panduan kepada murid sebelum mereka memulakan
aktiviti. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara penting ialah
murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar difahami. Oleh itu, arahan
guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum pembelajaran bermula. Berikut adalah
panduan untuk menjamin arahan yang jelas dan mudah diikuti pelajar:

• mula-mula tuliskan arahan di dalam kelas. Ini akan memastikan semua arahan diingati dan
akan dipatuhi.
• kurangkan arahan itu menjadi beberapa langkah sahaja. Jika langkah banyak, maka perlulah
guru mendemonstrasikannya semasa memberi arahan, atau semasa membahagikan aktiviti
pembelajaran itu kepada beberapa bahagian, dan setiap bahagian itu guru perlu
memberikan arahan yang terperinci.

• pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas, tepat, pendek, ringkas serta menggunakan
laras bahasa yang bersesuaian dengan murid berkeperluan khas.

• pastikan murid memberi tumpuan semasa arah diberi.

• nilaikan sejauh manakah murid memahami arahan berkenaan dengan cara bertanya kembali
sama ada mereka ingat akan arahan guru atau guru bertanyakan apakah arahan pertama,
kedua dan seterusnya.

Satu cara memperbaiki kemahiran memberi arahan adalah dengan menganalisis masalah yang
dihadapi oleh murid semasa mereka melakukan aktiviti. Arahan tidak tepat, kabur, sukar, singkat
serta tidak diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa menyelesaikan
tugasan.

Kaedah Latih Tubi

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid
tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau
memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Perkara penting dalam latih tubi
adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok,
kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya,
mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam
dan sebagainya). Kaedah latih tubi mungkin akan membosankan jika dilakukan secara berterusan.
Kaedah ini boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas
bermasalah pembelajaran. Oleh itu , untuk mengelak kebosanan dan kurangnya konsentrasi murid,
pelbagai bentuk latih tubi boleh digunakan seperti:

• mengadakan kaedah latih tubi secara pertandingan dalam kumpulan atau individu, iaitu
siapa yang dapat menjawab sesuatu pertanyaan guru tentang sesuatu berkaitan dengan
kemahiran, markah akan dikira dan dihimpun dan kemudian dibandingkan dengan kumpulan
atau individu yang lain yang terlibat.

• bagi murid yang kurang daya saing, kaedah latih tubi boleh dijalankan dengan cara
memegang peralatan dan menyebutnya, dari aspek nama peralatan tersebut, fungsi, cara
penggunaan, cara menyimpan, cara untuk menggelakkan diri dari kecederaan akibat
penggunaan peralatan dan sebagainya.
Sebenarnya seseorang murid itu boleh juga membantu rakan mereka dalam kaedah latih tubi ini
selain daripada guru dan ibu bapa. Jadi, latih tubi antara satu kaedah yang penting dalam mengajar
murid khas bermasalah pembelajaran untuk memahami apa yang diajar.

Kaedah Sumbang Saran

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka
secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea -idea baru serta kombinasi
idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu kemahiran yang diajar guru
dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan. Pemikiran yang kreatif biasanya
diarahkan kepada penyelesaian masalah -masalah tertentu, mencari cara-cara baru untuk bertindak
dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau
kejadian menjadi fokus sumbang saran. Secara amnya, peraturan sumbang saran meliputi:

• sebarang idea diterima

• semua murid mesti aktif memberi pandangan, idea dan maklumat sebanyak mungkin.

• dilarang mengkritik sebarang idea.

• idea-idea dinyatakan secara spontan.

• pelajar boleh menggunakan idea rakan untuk memperkembangkannya.

Keberkesanan sesuatu sesi sumbang saran bergantung kepada keadaan atau situasi berikut:

• guru menunjukkan sikap positif di samping menggalakan pemikiran positif di kalangan


murid.

• murid mengambil bahagian secara aktif.

• guru sebagai pengadil, tidak menyebelahi mana-mana individu atau kumpulan.

• idea yang dipilih haruslah diperkemaskan untuk dijadikan maklumat serta digunakan
sebaiknya.

Oleh itu, murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran amat digalakkan supaya memberi idea
terhadap sesuatu permasalahan atau penyoalan soalan oleh guru untuk melatih mereka supaya
memahami soalan dan permasalahan dan dapat berkomunikasi serta melatih mereka berfikir.
Kaedah Eksplorasi - Penemuan

Kaedah eksplorasi–penemuan bertujuan untuk meningkatkan pembelajaran murid melalui


penemuan kendiri. Peranan guru adalah menyediakan peralatan tertentu. Murid dibenarkan
menggunakan alatan mengikut kesukaan masing-masing dengan pemantauan rapi daripada guru
terutamanya apabila menggunakan peralatan berbahaya seperti parang, cangkul dan sebagainya
semasa aktiviti di kebun.

Melalui kaedah ini, murid akan lebih mengetahui apakah kegunaan sesuatu alatan dengan membuat
aktiviti menggunakan alatan itu. Kaedah ini juga bertujuan untuk meningkatkan rasa ingin tahu
murid, keinginan untuk mencuba dan kebebasan melakukan aksplorasi. Jika sebelum ini mereka
(murid) tidak berpeluang untuk cuba menggunakan peralatan ini atau menggunakannya secara
nyata atas alasan dibimbangi akan memudaratkan mereka sendiri, namun dengan kebebasan diberi
oleh guru serta dengan pemantauan rapi oleh guru, maka mereka akan merasakan berkeinginan
untuk mencuba menggunakan peralatan tersebut dengan cara yang betul.

Bagi pelajar khas, sebelum penggunaan alatan itu dibenarkan untuk digunakan semasa aktiviti, guru
haruslah menerangkan cara penggunaannya yang betul dan menjaganya agar tidak mendatangkan
bahaya kepada diri dan rakan sekelas. Melalui kaedah ini, pembelajaran berlaku secara spontan dan
dapat mengukuhkan pengetahuan mereka daripada pengajaran guru. Supaya pembelajaran lebih
berkesan, guru perlulah:

• menyediakan alatan.

• memberi masa yang cukup untuk murid melakukan aktiviti.

• bertanya kembali tentang kegunaan alat itu selepas aktiviti selesai.

• menggalakkan mereka melakukan sendiri menggunakan alatan supaya mereka lebih faham
akan kegunaannya.
PENDAHULUAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-
bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama
dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius
kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan
mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun
difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi
kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.

Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah


pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua
konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir
sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK

Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara
umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat
sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan
yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah
seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta
memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti
sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yang
kita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau
menombak.

Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu
memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran
khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa
semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya
untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan
minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah
memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal
supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik
menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat
berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu
harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya
adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk
membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.

Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu
berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala
teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu
sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu
adalah baik.

Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan
teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik
menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran
itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau
Socratik dan lain-lain lagi.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk
pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan
yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta
kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.

Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik
syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai,
penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar
pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.

Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa
demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran
untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in
any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih
biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.

Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.
Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi
tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini
adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai
prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam
belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah
bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi
pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,
perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada
kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-
pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain.

Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu,
pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan
sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh
digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap
pendekatan tersebut.

Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif,
pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan
pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru
manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.
Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah,
kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.

Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran
mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan
perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran
seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.

Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan


komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang
berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif
maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.

Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-
olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju
haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan
pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI

Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah


untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara
optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan
kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.

Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima
Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa
merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau
tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu
menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan
kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi
peperangan.

Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan
yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat
kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang
paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang
boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya,
merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya
dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat
yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi
memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk
menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah.
Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-
kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita
menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan
lebing.

Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai
segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan
strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada
pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash
yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan
sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna
tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya
pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak
sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan


berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan
cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan
deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah
syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?
Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan
dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang
berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan
lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi
pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua
kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang
tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang
sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai
kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun
kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam
pengajarannya.

Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik
sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk
strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu
kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting
adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN

Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum
TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DEFINISI

• Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta


sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
• Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat
atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl
segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa
tertentu.
• Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam
bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar
berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu
objektif.
• Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa

1. Teknik main peranan


2. Teknik permainan bahasa
3. Teknik latih tubi
4. Teknik bercerita
5. Teknik inkuiri
6. Teknik perbahasan
7. Teknik kuiz
8. Teknik sumbangsaran
9. Teknik soal jawab
10.Teknik simulasi
11.Teknik drama
12.Teknik perbincangan
13.Teknik forum
14.Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK

1. Menarik Minat murid


2. Mengekalkan perhatian
3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI

• Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan


yang dipelajari.
• Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg
menjamin kekekalannya.
• Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu
• Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting.
• Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat,
memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang
penggunaan perkataan-perkataan itu.
• Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua.
• Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan
menggunakan bahasa iaitu :

I. Sebutan (accent)

-menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk


intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

II. Tatabahasa (grammer)


-penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada
semua aspek.

III. Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut


konteksnya dalam situasi tertentu.

IV. Kefasihan (fluency)

-menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa


memikirkan apakah maksudnya.

V. Kefahaman (comprehension)

-latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang


wajar.
• Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz.
• Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan
menumpukan daya kreativiti murid.
• Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan
pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

• Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir


menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama
sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan
menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula.
• Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti
mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu
tertentu dan mencatat isi-isi penting.
• Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang
dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami
sendiri situasi dan masalah.
• Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan
dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.
• Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber
motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan
pembelajaran.
TEKNIK MAIN PERANAN

• Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau


peristiwa yang dianggap penting.
• Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan
dalam satu situasi yang disediakan.
• Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip,
dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi
kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka
berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan.
• Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai.
Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau
memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan
sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

• Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang


merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan
menyumbangkan pendapat dan idea.
• Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah
rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan
kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan
profesional.
• Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan
pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

• Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid


• Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas
• Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk
dibincangkan dalam sesi umum.
• Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak
• Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan
• Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea
• Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan.
• Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan
mencukupi
• Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? )
• Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik
• Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

• Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui
teknik permainan.
• Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar
memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat
dianogstik.
• Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai
kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur,
membaca dan menulis.
• Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan
dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara
khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam
permainan bahasa tersebut iaitu :
• merangsang interaksi verbal pelajar
• menambah kefasihan dan keyakinan
• menyediakan konteks pembelajaran
• bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan
• bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL – JAWAB


• Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam
bidang pendidikan
• Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara
berkesan.
• Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan
yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi
tindakbalas yang sewajarnya.
• Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping
dapat menguji dan menilai apa yang diajar.
• Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid


2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan
kritis.
3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

• Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan


pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

• Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina


kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik
minat dan perhatian pelajar.
• Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan.
• Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis dikalangan pelajar.
• Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat
permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada
teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata.
• Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya
jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.
• Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :
• Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid.
Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.
• Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa.
• Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting.
• Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-
kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini.
• Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.
• Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM.
• Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan
dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

• Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan


pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.
• Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa,
unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik
muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu
interaksi bahasa atau perbuatan.
• Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk
menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
• Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan
berkongsi sesuatu.
• Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran.
• Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada
pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

• Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.


• Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah.
• Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
• Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk
menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar
sering mengemukakan soalan ‘bagaimana’. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar
mengemukakan pelbagai soalan.
• Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang
sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
• Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah


2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN

1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan


mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar
mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian
Pendidikan 1990:85).
2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah
penyeliaan dan kawalan seorang guru.
3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam
mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau
topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas
dan debat.
4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka
untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini
bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih
kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.
5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh
pelajar sendiri.
6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :
7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan
dijalankan.
8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian
memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk
memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai.
9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat
dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.
10.Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu
kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan
dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.
11.Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap
kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut
mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan
aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM

1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli


panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu
tajuk, dimana ia dijalankan secara formal.
2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana
pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk
meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas,
objektif, kreatif dan rasional.
3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta
peringkat umur pelajar.
4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas
aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN
1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu
pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di
sekolah menengah.
3. Antara manfaat teknik ini ialah :
4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan
5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat
dan teratur
6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang
betul dan laras bahasa yang sesuai.
7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.
8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.
9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas
di kalangan pelajar.
10.Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa
kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang
positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ
• Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran
British (B.B.C).
• Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa
pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di
sekolah-sekolah Melayu.
• Tujuannya ialah :
• Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar
mengenai topik-topik tertentu.
• Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.
• Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan
soalan-soalan secara teka-teki.
• Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.
• Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
• Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini
iaitu :
• Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan
penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan,
penggayaan, pemulihan dan pengukuhan.
• Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.
Strategi Pengajaran

Dapatkah anda menjelaskan maksud strategi pengajaran?

Satu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil
pembelajaran

1. Pemusatan Guru : Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang meletakkan guru sebagai
ketua, orang yang serba tahu dan ada ciri kepimpinan autokratik. Contoh pengajaran yang
berpusatkan guru ialah demostrasi, bercerita dan syarahan. Satu aktiviti pengajaran yang
mudah dirancang dan diurus.
2. Pemusatan Murid : Strategi ini bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab
untuk apa-apa yang diajar dan bagimana ia dapat dipelajari. Terdapat sedikit
kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk
mereka. Pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan
pelajar (Orlich et al., 2007). Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran akses kendiri,
terarah kendiri dan kadar kendiri.
3. Pemusatan Bahan/Sumber : Strategi berasaskan sumber atau bahan pembelajaran
bermaksud guru menggunakan banyak bahan sumber seperti buku, blok-blok binaan, bahan
lukisan, peralatan saintifik, computer, pusqt sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk
menjalankan pengajarannya. Strategi ini meliputi bahan yang luas bagi pelajar yang
dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individui dapat belajar dengan baik.
Diharapkan dengan penggunaan pelbagai media itu akan meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran yang bukan sahaja daripada segi pencapaian akademik tetapi aspek
peningkatan kemahiran dan keupayaan mental dan pemikiran kritikal dan kreativiti pelajar.
Antara sumber atau bahan pengajaran dan pembelajaran itu adalah:
1. Slaid dan jalur filrem
2. Projector lutsinar dan lutsinar
3. Pita rakaman dan televisyen
4. Model-model tiga dimensi seperti glob dan rangka manusia
5. Modul terancang Pakej pembelajaran dengan penggunaan computer.
4. Strategi Pemusatan Tugasan : Strategi ini adalah satu startegi yang memberi peluang pelajar
mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan melibatkan diri dalam sebarang aktiviti yang
dirancang. Bimbingan dan ‘scaffolding’ sentiasa diberikan semasa murid melaksanakan
aktiviti.

Aktiviti yang dipilih seharusnya mengambil kira criteria berikut:

1. Berasaskan kepada matlamat topic yang hendak diajar.

2. Aktiviti yang relevan dengan situasi semasa

3. Memberi peluang kepada murid untuk berinteraksi dan membuat refleksi

4. Perlu menstruktur lebih awal aktiviti yang hendak dilaksanakan supaya dapat berjalan dengan
lancar.

You might also like