You are on page 1of 6
AENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ri Melaka, Tel 06-232 Paks 06-2320500 satan Pendidikan Ne; Jalan Istana, Bulsit Beruang Ruj. Kami : JPNM.SPBM.600-11/1/1 (ap) Tarikh —: /$ Februari 2020 Pengetua/ Guru Besar Sekolah-sekolah Negeri Melaka, Tuan, TEKS UCAPAN MAJLIS PERMUAFAKATAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA DAN POLIS DIRAJA MALAYSIA : PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2020 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Melaka ( JPN) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Program Jom Ke Sekolah Peringkat Negeri Tahun 2020. Program ini merupakan kolaboratif antara KPM dan PDRM dalam usaha Mmenangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan pihak polis dalam kawasan sekolah dapat dilihat melalui keberadaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah 3. Sehubungan itu, tuan diminta membacakan teks Ucapan Yb Teo Ni Ching Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Sempena Program Jom Ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 dalam program tersebut. Manakala teks ucapan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah akan dibawa sendiri dan akan diserahkan sebelum program bermula. 4. Sebarang pertanyaan berkaitan program ini, tuan boleh menghubungi Encik Khairul Anuar bin Yaakup di talian 06-2326107 / 017-2023662. Kerjasama dan keperihatinan pihak tuan terhadap perkara di atas adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" “MELAKA BERWIBAWA” “PINTAR, HIJAU, BERSIH" Saya yang menjalankan amanah, Z I JAMSARI BIN MARIMAN ] imbalan Pengarah Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Melaka ‘Sk 1 Pengarah Pendiskan Melaka 2. Timbaien Pengaran Peniiken Melaka 3 Semua PPD 4 Fall Penyelaras “PENDIDIKAN BERKUALIT)NSAN.TERDIBIKINEGARA)SEJAHTERA" 0 Melaka Laman Web = hup://jpnmelaka.moe gov.m KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TEKS UCAPAN ALU-ALUAN YB TEO NI CHING TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA SEMPENA PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2020 BERTEMPAT DI SMK SULAIMAN, BENTONG PAHANG 17 FEBRUARI 2020 Salam Sejahtera (Sapaan terkini disediakan oleh BPSH/ Urus setia) Syukur dipanjatkan kepada Tuhan kerana mengizinkan kita untuk menjalin silaturahim dan menyulam ukhwah di negeri Pahang ini, sempena Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dalam Program, Jom ke Sekolah Peringkat Kebangsaan Tahun 2020. 1. Pada kesempatan ini , saya merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Dihormati (YDH), Ketua Polis Negara Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador. Sesungguhnya kehadiran YDH Tan Sri bersama-sama kita pada hari ini membuktikan kesungguhan dan semangat permuafakatan yang tinggi dalam usaha membangunkan sekolah sebagai institusi yang selamat dan aman. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih ini untuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang turut memberi sumbangan bagi kelancaran majlis, ibubapa dan komuniti. . 2. Kesepakatan, komitmen dan kesungguhan semua pihak, sama ada KPM, PDRM, NUTP , ibubapa dan komuniti yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program Jom Ke Sekolah ini akan menghasilkan impak yang besar kepada sistem pendidikan di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, KPM amat berbesar hati dengan kerjasama berterusan oleh PDRM melalui kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) di semua sekolah KPM. Terima Kasih atas segala sumbangan dan komitmen yang diberikan.Satu tepukan gemuruh kepada PDRM pimpinan Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador. » Sesungguhnya KPM sentiasa membuka ruang dan pintu kerjasama dengan semua pihak, sama ada badan kerajaan atau swasta pada setiap masa bagi memastikan aspirasi pendidikan negara disokong oleh semua pihak. Sebagai contoh, KPM telah melaksanakan Konvensyen Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) peringkat kebangsaan pada tahun lalu. Program dan aktiviti begini akan sentiasa dilaksanakan demi kepentingan anak bangsa Malaysia. Para hadirin sekalian, 4. Pelaksanaan program Jom Ke Sekolah ini adalah untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang lebih mantap di antara pihak sekolah dan PPS. Jalinan yang mantap antara kedua-dua pihak agar dapat memastikan disiplin murid lebih terkawal selaras dengan konsep sekolah selamat dan amalan guru penyayang. 5. Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Pemangku Menteri Pendidikan menyatakan hasrat beliau, agar kita memiliki nilai hidup yang baik untuk berjaya dalam kehidupan . Sebaliknya jika nilai hidup yang kita amalkan tidak baik maka akan gagallah kita dalam menangani cabaran-cabaran dalam kehidupan. Hasrat beliau ini disampaikan semasa Majlis Amanat dan Aspirasi bersama Warga KPM pada 6 Februari 2020 yang lalu. Oleh yang demikian adalah perlu agar semua murid dididik untuk mengamalkan nilai hidup yang baik sejak di peringkat rendah lagi. Nilai hidup yang baik yang dijadikan amalan seharian, akan membentuk budaya mulia dalam kehidupan. Para hadirin yang dihormati sekalian, 6. | Sesungguhnya bagi mencapai hasrat tersebut, kerjasama antara KPM dengan PDRM melalui PPS sentiasa diperkasakan untuk menjadikan sekolah sebagai kawasan selamat dan ceria kepada semua murid. Pihak KPM mengharapkan bukan sahaja murid dapat menikmati rasa selamat apabila berada di sekolah tetapi warga sekolah, ibu bapa dan semua pihak yang berkepentingan turut merasai perasaan tersebut setiap kali berada di kawasan sekolah. 7. | Sebagaimana yang kita semua maklum, pendidikan perlu menjadi solusi kepada masalah-masalah sosial yang berkemungkinan akan berlaku sekiranya anak-anak tidak dihantar untuk ke sekolah. YAB, Perdana Menteri di majlis yang sama seperti yang saya nyatakan sebentar tadi, menyatakan bahawa Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) penting kerana ia merupakan usaha membekalkan kita dengan ilmu dan kecekapan supaya kita dapat menangani masalah yang dihadapi dalam kehidupan kita. Jika kita memiliki cukup ilmu pengetahuan dan kecekapan maka kebolehan kita untuk mengatasi cabaran hidup akan menjadi lebih baik. Para hadirin yang dikasihi sekalian, 8. | Pada masa ini peranan mendidik anak-anak bukanlah tugas guru semata-mata. Setiap daripada kita perlu menggalas tanggungjawab ini bersama-sama demi masa depan negara. KPM berharap kita semua dapat memperkukuh kerjasama dalam menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak bangsa, demi masa depan yang lebih gemilang. 4 Sehubungan dengan itu, sekali lagi saya menyeru agar semua pihak memberi sokongan padu kepada KPM dalam mengendalikan program atau aktiviti pendidikan di pelbagai peringkat termasuklah peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 9. Bagi tujuan memantapkan peranan PPS di sekolah-sekolah pula, maka KPM dengan kerjasama PDRM dan NUTP telah bertungkus lumus menyediakan Buku Panduan PPS bagi kegunaan sekolah-sekolah dan PPS sendiri. Buku Panduan ini boleh dijadikan rujukan dan panduan yang berguna bagi kedua-dua pihak dalam menjalankan tugas demi mencapai aspirasi bersama-sama. 10. Justeru, saya mengambil kesempatan pada majlis ini juga untuk melancarkan Buku Panduan PPS sebagai buku rujukan KPM dan PDRM bermula tahun ini. Semoga semua pihak yang berkaitan akan mendapat manfaat yang besar dari pelancaran buku ini. 11. Akhir kata, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang yang menjayakan majlis pada kali ini. Teruslah memberi komitmen jitu demi memartabatkan sistem pendidikan negara agar menjadi sistem yang terunggul di dunia. Semoga kerjasama erat dan padu serta sokongan dari semua pihak akan meningkatkan taraf pendidikan negara untuk kejayaan generasi masa hadapan dan kemajuan negara kita. Sekian, terima kasih

You might also like