You are on page 1of 11

Keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa masalah disiplin

pelajar adalah tanggungjawab bersama.Oleh itu, semua pihak


harus menghentikan pertikaian siapakah yang
bertanggungjawab.Sebaliknya mereka mesti tepuk dada tanya
selera, adakah mereka telah menunaikan kewajipan dengan
sepenuh hati mengikut kehendak agama, ataupun sekadar
memenuhi tuntutan hidup semata-mata ? Fikirkanlah,semoga
penyelesaian yang baik dapat dicari agar benang yang kusut
dapat diurai.

Kementerian Pendidikan akan mengambil pendekatan Strategi


Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk menangani masalah
di setiap sekolah “hotspot” yang telah dikenal pasti di seluruh
negara.
Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pihak
kementerian memperoleh maklumat mengenai sekolah yang
mempunyai tahap disiplin serius sehingga menimbulkan
pelbagai masalah daripada pihak sekolah sendiri dan
mengambil langkah proaktif untuk mengekang isu itu.
“Sekolah hotspot ini adalah sekolah yang ada masalah
berkaitan disiplin, penyalahgunaan dadah, jenayah dan
masalah-masalah lain seperti tahap kehadiran yang sangat
lemah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan
program D’PKG Guru Muda 1Malaysia Cafe di sini, malam
tadi.
Beliau berkata sehubungan itu, sebuah mesyuarat
jawatankuasa induk yang akan bertindak khusus untuk
menangani masalah salah laku di sekolah termasuk sekolah
rendah dan menengah itu diwujudkan di peringkat
kementerian.
“Kementerian kemudiannya akan turunkan kuasa kepada
pengarah-pengarah (pendidikan) untuk ambil tindakan lanjut
dan wujudkan jawatankuasa khas seumpama ini di peringkat
negeri pula.
“Antara agensi yang terlibat melalui strategi NBOS ini adalah
polis, persatuan ibu bapa dan guru, badan bukan kerajaan serta
alumni setiap sekolah,” katanya.
Difahamkan pihak kementerian mengemukakan senarai 402
sekolah hotspot di seluruh negara kepada polis untuk tindakan
lanjut dan semua pegawai perhubungan sekolah diarahkan
mengambil tindakan proaktif untuk menangani masalah itu.

PENGENALAN 

Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, “  Buli gugat
semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras
gangsterisme”.  Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang
terpapar di dada  akhbar-akhbar tempatan pada masa kini. 
Berita-berita seperti ini membayangkan  kemerosotan  disiplin
pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini
memang  amat serius sehingga mencapai tahap yang
membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya
menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya
retorika semata-mata. 

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam  negara dan


bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan.
Merekalah yang akan terus melaksanakan program
pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020.
Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial
dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah
membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan
remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral
serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang
buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. 

Masalah disiplin di sekolah  kini telah menjadi lebih 


kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam
aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black
Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya
bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini
serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan
oleh pelajar-pelajar.  
 
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di
sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda
tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai
punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah
terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding
dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di
kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar
yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ”
walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi
menangani masalah ini. 
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah
adalah bermula oleh masalah  keluarga seseorang pelajar itu
sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa
menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-
tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak
diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan
pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga
bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah.
Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi
masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah
keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap
materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat
kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh
sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-
anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya
tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori
fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa
tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna
(disfungsi).  Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk
ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah
yang dianggap lebih rapat dengan mereka.  
  
 
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH 
Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan
Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai
“Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau
kegiatan jenayah”. 
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi
Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea,
keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal.
Mengulas perkara tersebut beliau berkata;  
" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal
dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi
kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke
akar umbi."  (Utusan Malaysia 20 Feb 97) 

Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat


perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi
maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan
Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan
mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan
akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik
kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa
terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di
seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi
gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya
masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi
gelap khasnya di Johor.  
 Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor
utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap
di kalangan pelajar adalah: 
 
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya
disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti
keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada
perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha
mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.  
Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan
"sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan
identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut
menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan
menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat
mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.  
Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di
mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan
dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan
kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan
kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli
secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung
keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian
kumpulan.  
Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada
kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam
seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan
mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja
secara lebih luas.  
Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi
punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan
haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan
Lunghofer (1993) iaitu:  
a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan
kefahaman mereka.  
b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan
kekuasaan. 
c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti.  
d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai.  
e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.  
  
 
 
KESAN 
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat
pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja
atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat
sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang
melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2
peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).  
Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun
satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram
tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya
kegiatan salah laku di sekolah.  

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika


Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan
atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar
sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa
keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain
(Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat
yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan
haram oleh pelajar-pelajar mereka.  
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi
masalah disiplin di sekolah ialah:  
a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut,
pergaduhan dan sebagainya.  
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk
menjadi mangsa mereka.  
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana
merasa terancam.  
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat
kecemerlangan pendidikan.  
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah terbabit. 
 
Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah
penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di
kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih
tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial
yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang
sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-
punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah
perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada
pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama
bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan
masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program
pencegahan yang berkesan serta menyeluruh. 
 
CADANGAN 
1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat
diperlukan bagi menangani masalah ini. 
2.    Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS)
adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan
disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah
pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai
kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku
pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru,
bertumbuk dan sebagainya. 
3.  Perkhidmatan Bimbingan  & Kaunseling – Guru pakar
dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas
dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar
mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan
seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan .
Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari
sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin
yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan
negara pada masa akan datang.  
4.  Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di
sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya.
Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk
penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan
memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek
jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral
yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 
5.    Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi
mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting
adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa
bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka
dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. 
PENUTUP 
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang
berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu.
Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala
tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh
mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada
dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih
sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam
arus mengejar kebendaan semata-mata.  

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang


mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua.
Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat.
Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah
dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa
menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan
adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku
pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.  
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa
pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang
melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani
mencabar kewibawaan sekolah.  Oleh itu, kaedah-kaedah
tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung
dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan
kemelut disiplin sekarang.  
Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk
para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung
pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya
untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang
berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca
daripada masalah keluarga serta kegagalan guru
mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya
iaitu para pelajar.

Berguru kepalang ajar,


Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu


biarlah dengan cara yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika
tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia begitu
sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir
hayat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang
bermaksud:
"Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi
setiap Muslim.” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui
pembacaan, penelitian, pentaakulan belajar daripada
pengalaman lepas serta yang paling utama menuntut ilmu
daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu yang
digelar guru. Konsep guru merujuk kepada seseorang yang
mengajar dan mendidik sama ada untuk mencapai kejayaan
akademik atau kemuliaan akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu
bapa boleh menjadi guru yang paling baik buat anak-anaknya.
Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adik-
adiknya. 
Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya
wujud kerencatan dalam kelompok sosialnya. Hakikatnya,
semua orang bertindak sebagai guru dalam kehidupannya.
Guru dalam konsep ini lebih kepada tugas ingat-mengingati,
saling mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik dan
mendisiqplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar
sesuatu yang berlaku dalam hidup dengan penerimaan yang
baik. Maka pendapat saya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru,
masyarakat, media massa dan semua yang terlibat adalah
bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu
pendisiplinan pelajar. Seperti kata-kata sahabat Rasulullah
SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah
baik pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk
maka buruklah bagi Allah SWT.

You might also like