You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PANCHOR

22010 JERTEH, BESUT TERENGGANU


TEL. NO : 09-6060488

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MAJLIS PERSARAAN


PUAN HAJAH KAMARRIAH BINTI MAT ALI

Tarikh : 7 April 2021


Hari : Rabu
Masa : 1.00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Panchor

Kehadiran :
Dilampirkan

AGENDA 1.0 : UCAPAN GURU BESAR SEBAGAI PENASIHAT

1.1 Membuka majlis dengan ummul kitab al-fatihah.

1.2 Guru besar mengharapkan majlis dapat dijalankan dengan lancar dan penuh meriah.

1.3 Guru besar mengharapkan semua guru dapat bekerjasama dan memainkan peranan serta
semua guru dapat bergilir-gilir menjadi penyelaras bagi melaksanakan program sekolah.

AGENDA 2.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS (GPK KOKURIKULUM)

1.1 Berterima kasih atas kehadiran guru-guru dalam mesyuarat.


1.2 Menyatakan tarikh sambutan persaraan bagi Pn Hjh Kamarriah bt Mat Ali adalah pada
25 Mei 2021 iaitu pada hari selasa.
1.3 Mengharapkan agar majlis dapat berjalan dengan lancar.

AGENDA 3.0 : KOS

3.1 Majlis memerlukan kos lebih kurang RM4000 untuk menyediakan hadiah, jamuan
makan serta persiapan tempat yang merangkumi meja makan, pelamin dan hiasan
dewan.

AGENDA 4.0 : SUMBER

4.1 Kelab guru memperuntukkan hadiah sebanyak RM1000.

4.2 Hadiah turut akan diberikan oleh panitia, PPKI, serta individu perseorangan.

4.3 Sumber kewangan bagi jamuan makan serta persiapan tempat akan ditaja.
4.4 Kutipan sumbangan sebanyak RM10 bagi setiap guru akan dibuat bagi menampung
sekiranya terdapat pertambahan dari segi kos majlis.

AGENDA 5.0 : LAPORAN JAWATANKUASA KERJA

Perbentangan laporan ketua jawatankuasa :


Hadiah / cenderamata Pn Adi Azrina bt Ramlee
1. Peruntukan daripada kelab guru sebanyak RM1000
akan dibahagikan kepada 2 hadiah iaitu antaranya
adalah cincin.
2. Akan ada hadiah sumbangan daripada pihak-pihak
dan individu perseorangan.

Persiapan tempat Pn Sazilah binti Abdullah


1. Membentangkan beberapa pelan bagi kedudukan
pelamin serta meja makan.
2. Pelan 1 menjadi pilihan majoriti.
3. Menyediakan khemah untuk hidangan makanan.
4. Mendapat cadangan daripada En Mohd Faizulhafizi
bin Mat Hassan untuk menyediakan pelayan bagi setiap
meja dan telah dipersetujui oleh majoriti.
5. Meja makan menggunakan meja bulat, serta 8 orang
setiap meja.

Jamuan /makanan Pn Raishan bt Abd Aziz


1. Antara menu yang akan dihidangkan adalah gulai
kawah, ikan siakap 3 rasa, solok lada dan beberapa
menu lagi.

Sambutan, protokol dan En Firdauz bin Osman


gimik 1. Berdasarkan cadangan majoriti, Pn Hajah Kamarriah
bt Mat Ali sebagai orang yang dirai akan datang
bersama ahli keluarga ke sekolah .
2. Para penyambut tetamu akan berada di pagar sekolah
untuk menyambut ketibaan yang dirai.
3. Beca berhias akan digunakan untuk menghantar
pulang yang dirai.

Jemputan / Buku Program Pn Siti Norfatin bt Abdullah


1. Perlu menyediakan surat jemputan kepada tetamu
jemputan.
2. Tetamu VIP terdiri daripada Pegawai Perhubungan
PPD, YDP PIBG, NYDP PIBG, guru besar lama serta
guru-guru SK Panchor yang telah berpindah.
3. Anggaran jumlah keseluruhan jemputan adalah
seramai 65 orang.

Persembahan multimedia En Mohd Zaky bin Abu Hassan


1. Dalam proses mengumpul gambar yang dirai.
2. Bacaan tentang biodata yang dirai akan terus
dimasukkan ke dalam video.
3. Video berdurasi lebih kurang 7 hingga 10 minit

PA Sistem / Siaraya En Zakaria bin Manah


1. PA Sistem akan berada di bahagian bawah tepi
dewan.
2. Perlu sediakan muzik yang sesuai untuk menyambut
ketibaan yang dirai.
AGENDA 6 : HAL-HAL LAIN
6.1 Pengerusi majlis memohon guru-guru untuk merancang perjalanan majlis serta kawalan
murid sekiranya masih tidak melibatkan murid-murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

............................................ ...........................................
(PN SITI NORFATIN ABDULLAH) (EN MOHD ZAKI BIN AWANG)
Setiausaha Guru Penolong Kokurikulum
Majlis Sambutan Perayaan SK Panchor
SK Panchor

You might also like