You are on page 1of 14

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

EDUP 3073
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN
Nama : GUNASUNTHARI A/P S
SUBRAMANIAM
No. K/P : 000620-14-1008
Angka Giliran : 2019112340170
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Nama Pensyarah : EN. FAZLI BIN MOHD.
BAZIN
Tarikh Hantar : 12 APRIL 2021
PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengakuPEMERIKSA
bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasilMODERATOR
kerja saya sendiri kecuali
nukilan
Markah dan ringkasan yang setiap satunya
PENGESAHAN saya jelaskan
PELAJAR
Markah sumbernya.

Tandatangan
Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang : _____________________
diberikan oleh
Tandatangan pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan dengan rasa kesyukuran saya sangat berterima kasih kepada
Tuhan kerana limpah kurniaNya saya juga dapat menyiapkan tugasan akademik yang
diberikan secara individu. Walaupun saya menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan
dalam menyempurnakan tugasan ini namun saya dapat menyiapkannya dengan kerjasama
pelbagai pihak secara langsung dan tidak langsung.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu
En. Fazli bin Mohd. Bazin yang memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu saya
menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga memberikan idea yang jelas dan berkongsi
pengalamannya yang telah membantu saya dan rakan sekelas untuk menyiapkan kerja
kursus pada tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas saya yang memberikan kerjasama dan membantu menyelesaikan tugasan ini.
Terima kasih terhingga-hingga kepada pihak perpustakaan IPGKTAA yang menyediakan
pelbagai sumber ilmiah untuk kami yang dapat digunakan sebagai bahan rujukan bagi
melengkapkan tugasan ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang telah membantu saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk
memastikan tugasan ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Akhir sekata, diharap segala usaha yang telah diberikan akan dijadikan sebagai
pembelajaran ini berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan pada masa yang akan
datang. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan yang
membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini secara langsung dan tidak langsung.

TERIMA KASIH

BIODATA

1.1 NAMA IPGK : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU


AMPUAN AFZAN

1.2 GAMBAR :
1.3 NAMA PELAJAR : GUNASUNTHARI A/P S SUBRAMANIAM

1.5 ALAMAT & : 4/107 JLN UDANG GALAH,


TAMAN SRI SEGAMBUT,
52000, KUALA LUMPUR.

NO TELEFON : 011-26976051

1.7 AMBILAN & : PISMP (AMBILAN JUN 2019)

PENGKHUSUSAN
: BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT

1.8 TAHUN & SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 2 (PISMP)

1.9 NAMA PENSYARAH : EN. FAZLI BIN MOHD. BAZIN


TUGASAN 2

PENULISAN
AKADEMIK

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang


kaum seperti Melayu, Cina, India, peribumi dan sebagaiya yang telah menjadi satu keunikan
bagi negara kita berbanding negara lain. Sedasawarsa ini, sering meniti dari bibir ke bibir
umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang peningkatan kemajuan sains dan
teknologi yang menjadi semakin pesat telah membawa banyak perubahan kepada
ketamadunan manusia terutamanya dalam sistem pendidikan yang merangkumi
kepelbagaian budaya. Untuk merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) yang meletakkan perpaduan kaum sebagai salah satu aspek utama,
sekolah merupakan wadah yang paling utama dalam merealisasikan hasrat tersebut.
Menurut Sufean Hussein (2004), beliau menyatakan bahawa sekolah merupakan institusi
yang dapat mewujudkan semangat perpaduan dalam kalangan murid yang terdiri daripada
pelbagai bangsa.

Suatu hakikat yang tidak dapat kesampingkan ialah untuk melahirkan murid yang
cemerlang pada era modenisasi ini, tanggungjawabnya sememangnya terletak pada diri
seseorang guru. Seseorang guru di sekolah ibarat ibu dan bapa kepada murid-murid.
Pengurusan bilik darjah merupakan satu elemen yang penting yang perlu dititikberatkan
dalam usaha untuk meningkatkan hasil pembelajaran murid. Menurut Syed Ismail dan
Ahmad Subki (2012), persekitaran pembelajaran yang mesra budaya akan mengembangkan
nilai sivik yang menjadi nadi kehidupan masyarakat yang harmonis. Bagi negara kita yang
terdiri daripada pelbagai budaya, penerapan nilai-nilai sivik dalam diri setiap modal insan
sangat penting untuk memelihara keamanan dan keharmonian negara. Oleh itu, guru-guru
di sekolah khususnya guru kelas sekaligus guru matapelajaran harus memastikan elemen
mesra budaya dapat disemai melalui perancangan langkah-langkah pengurusan bilik darjah
mesra budaya.

Antara langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya bagi bilik darjah ialah
guru perlulah mewujudkan persekitaran fizikal yang kondusif dan mesra budaya untuk
murid-murid. Pengurusan fizikal memaparkan tahap guru memiliki sikap prihatin dan
profesional terhadap tugasnya sebagai pengurus bilik darjah. Bagi mengekalkan
persekitaran pembelajaran yang positif dan bermakna kepada murid, maka seseorang guru
perlu memberikan perhatian kepada susunan kerusi dan meja. Susunan kerusi dan meja
murid harus mengambil kira peluang untuk murid bercampur gaul dan belajar secara
berkumpulan tanpa mengira bangsa. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik
dalam satu kumpulan akan dapat diwujudkan dan dapat memupuk suasana mesra budaya
dalam kalangan murid.

Bukan itu sahaja, guru perlulah memberi peluang kepada murid-murid untuk
menghias bilik darjah bagi memastikan elemen mesra budaya dapat disemai dalam diri
murid. Murid-murid diberi peluang untuk mempamerkan apa-apa jenis bahan budaya etnik
masing-masing supaya rakan kelas mereka memahami unsur budaya masing-masing.
Antara hiasan bilik darjah yang mesra budaya ialah lukisan yang menggambarkan budaya
etnik, resepi makanan tradisional, sejarah etnik, pakaian etnik dan sebagainya. Guru dapat
mewujudkan satu sudut pembelajaran di bilik darjah dimana membantu murid dalam
perkembangan intelek. Guru dapat mengalakkan murid-murid untuk memenuhkan sudut
pembelajaran tersebut dengan komik, majalah dan buku cerita rakyat etnik yang
disumbangkan oleh murid sendiri. Sudut-sudut ini mampu meningkatkan interaksi sesama
murid serta dapat memupuk nilai saling memahami dan toleransi di antara murid. Secara
tidak langsung, sudut pembelajaran dapat mewujudkan persekitaran mesra budaya.

Selain itu, langkah-langkah pengurusan bilik darjah mesra budaya ialah guru perlulah
mewujudkan persekitaran sosio-emosi yang baik yang menjadi perangsang bagi
membangkit dan mengekalkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan sosial setiap individu bermula daripada alam kanak-kanak terutamanya di
sekolah. Perkembangan sosial merupakan proses kanak-kanak belajar berhubung dengan
orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Guru
perlulah memberi galakan dan pujian kepada murid sekiranya murid menjawab dengan
betul di bilik darjah. Hal ini secara tidak langsung boleh memberi semangat dan motivasi
kepada murid-murid untuk terus aktif dalam bilik darjah. Guru juga perlu memberi layanan
yang adil tanpa sikap pilih kasih kepada semua murid.

Guru juga perlu membina hubungan yang positif dengan murid-murid. Setiap guru
perlulah menjadi suri teladan kepada murid dalam mengekalkan perpaduan kaum di bilik
darjah. Murid harus dibimbing agar dapat berinteraksi dengan semua kaum tanpa mengira
bangsa dan kaum. Guru dapat meraikan hari jadi ahli kelas bagi memupuk nilai-nilai
menghargai kawan tanpa mengira bangsa dan mewujudkan jalinan persahabatan yang
mesra dalam kalangan murid. Bukan itu sahaja, guru dapat mengadakan aktiviti
pembelajaran yang mendedahkan murid untuk berkolabarasi, mengadakan aktiviti
mencipta kad ucapan hari jadi sebagai unsur mengeratkan hubungan silaturahim,
mengadakan budaya ziarah sekiranya ada dalam kalangan murid yang sakit dan
mengadakan aktiviti berkelah di luar bilik darjah di mana murid-murid akan membawa
makanan tradisional masing-masing untuk dikongsi dengan rakan. Hal ini akan mewujudkan
persekitaran sosio-emosi yang baik.
Suatu hakikat yang tidak boleh kesampingkan ialah guru dapat mewujudkan mesra
budaya di dalam bilik darjah melalui aspek sosiolinguistik. Salah satu cara untuk membina
bilik darjah yang mesra budaya adalah melalui pertuturan. Guru memainkan peranan yang
penting dalam membentuk jati diri murid yang menghayati Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa
Malaysia dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid. Antara peranan
yang dimainkan oleh guru ialah mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan budaya dalam
kalangan murid. Guru dapat mengadakan pertandingan menulis karangan,
mendeklamasi pantun, bercerita dan sebagainya untuk mengalakkan murid-murid
mencintai Bahasa Kebangsaan. Seterusnya, guru juga dapat mengaplikasikan unsur-
unsur etnik lain dalam proses PdP. Contohnya, guru dapat menggunakan cerita etnik Iban
dalam pengajaran Bahasa Melayu, menggunakan tarian India dalam Pendidikan Jamani dan
menggunakan alat-alat muzik tradisional dalam Pendidikan Muzik seperti kompang, seruling,
gendang, gong dan sebagainya.

Penggunaan alat bahan bantu mengajar (BBM) yang merangkumi pelbagai


unsur budaya dapat memupuk kesefahaman dalam kalangan murid dan mendorong murid
untuk menguasai kosa kata. Sekiranya guru meneruskan PdP dengan berkesan, maka
setiap etnik di negara kita tidak akan tersisih sebaliknya dapat mewujudkan suasana bilik
darjah mesra budaya dan menjadikan Malaysia kaya dengan variasi bahasa dan budaya. Di
samping itu, guru juga dapat melaksanakan pedagogi relevan budaya dalam membentuk
bilik darjah yang mesra budaya. Guru haruslah menggunakan strategi pemusatan murid di
mana murid akan berbincang dan berinteraksi bersama ahli kumpulan yang terdiri daripada
pelbagai budaya dalam proses PdP. Unsur kolaboratif dan koperatif perlu disemai dan
dipupuk dalam diri murid di peringkat sekolah bagi mendapatkan persekitaran pembelajaran
yang kondusif serta dapat menyatupadukan pelbagai budaya dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlulah memahami keadaan dan cara
yang terbaik untuk mewujudkan iklim yang dapat menyemai semangat murid untuk
melibatkan diri secara aktif dalam proses PdP. Setiap guru perlulah menitikberatkan dan
memastikan elemen mesra budaya dapat disemai melalui perancangan langkah-langkah
pengurusan bilik darjah mesra budaya. Suasana bilik darjah yang mesra budaya
sememangnya merupakan wadah yang terbaik dalam memupuk semangat perpaduan
dalam kalangan murid sejak kecil lagi kerana mereka menjadi tunjang negara kita. Bak kata
pepatah, ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, guru perlulah bersikap
proaktif dalam mewujudkan bilik darjah mesra budaya yang mampu melahirkan modal insan
minda kelas pertama.

RUJUKAN

Eng, J. A. (2013). Pengurusan Bilik Darjah . In J. A. Eng, Pengurusan Bilik Darjah (p. 300).
Selangor: PTS Akademia.

Gelugor, S. K. (2020). Buku Pengurusan Sekolah 2020. In S. K. Gelugor, Buku Pengurusan


Sekolah 2020 (p. 350). Pulau Pinang: Oxford Fajar.

Jj. (2017, Mei). Academia. Retrieved from Pengurusan Bilik Darjah :


https://www.academia.edu/6519805/Bilik_darjah_merupakan_tempat_yang_paling_p
enting_proses_pengajaran_dan_pembelajaran

Namhua. (2015, Julai). Blog. Retrieved from Peranan Guru dalam pengurusan bilik darjah:
https://sites.google.com/site/jerlunab/peranan-guru-dalam-pengurusan-bilik-darjah

Nizamuddin, M. (2014, Julai). Scribd. Retrieved from Pengurusan Bilik Darjah:


https://www.scribd.com/doc/232780554/Esei-Soalan-2-Pengurusan-Bilik-Darjah

Purple, C. (2016, March). Academia. Retrieved from EDUP PENGURUSAN BILIK DARJAH :
https://www.academia.edu/24230553/EDU_PENGURUSAN_BILIK_DARJAH

Saad, M. A. (2017, March). Scribd. Retrieved from Pengurusan Bilik Darjah :


https://www.scribd.com/document/341292875/Esei-Pengurusan-Bilik-Darjah

Samuel, H. H. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. In H. H. Samuel,


Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (p. 250). Selangor: Oxford Fajar.

Shamsuddin, A. b. (2015). PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU. In A. b.


Shamsuddin, PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU (p. 300).
Selangor: Pelangi ePublishing Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin. (2013). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku
Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn.Bhd

Kounin, J. (1970). Discipline and Group Management Classrooms. New York: Rinehart &
Winston
Fatimah Ali. (2007). Jurnal Usuluddin. Masalah Sosial Pelajar dan Hubungannya dengan
Kemerosotan Pembelajaran, 145-154.

LAMPIRAN
SUSUNAN KERUSI DAN MEJA

 Susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah


 Sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran
 Ruang pada dinding
 Pencahayaan, pengudaraan, perabot serta kebersihan
 Susunan meja dan kerusi murid akan memberi peluang kepada hubungan mata
 Model susunan secara berkelompok.
 Ruang khusus agar murid melakukan aktiviti pembelajaran seperti lakonan, bercerita
atau melukis.
 Ruang akses dan ruang bacaan untuk bahan pembelajaran.
 Ruang pada dinding untuk sudut pembelajaran seperti sudut Bahasa Inggeris
 Sudut pameran untuk menampal hasil kerja murid

SUDUT BACAAN DAN SUDUT PAMERAN

JADUAL TUGAS BILIK DARJAH


REWARD CHART

CONTOH CARA PUJIAN YANG BOLEH DIBAGI OLEH SEORANG GURU MELALUI
REWARD CHART
CONTOH GAMBAR PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG DIURUSKAN OLEH GURU
BAHASA INGGERIS DI KELAS TAHUN 6 SEMASA PBS

You might also like