You are on page 1of 12

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

MPU 3102
PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL
Nama : GUNASUNTHARI A/P S
SUBRAMANIAM
No. K/P : 000620-14-1008
Angka Giliran : 2019112340170
Program : PISMP
Ambilan : JUN 2019
Unit : BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Nama Pensyarah : PN. PRAMILAH A/P
KUPPUSAMY
Tarikh Hantar : 18 APRIL 2021
PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________

PEMERIKSA MODERATOR

Markah Markah

Tandatangan Tandatangan

Cop Cop

Tarikh Tarikh

PENGESAHAN PELAJAR

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.

Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


PENGHARGAAN

Selamat sejahtera dan dengan rasa kesyukuran saya sangat berterima kasih kepada
Tuhan kerana limpah kurniaNya saya juga dapat menyiapkan tugasan akademik yang
diberikan secara individu. Walaupun saya menghadapi pelbagai cabaran dan kesusahan
dalam menyempurnakan tugasan ini namun saya dapat menyiapkannya dengan kerjasama
pelbagai pihak secara langsung dan tidak langsung.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pensyarah iaitu
Pn. Pramilah A/P Kuppusamy yang memberikan tunjuk ajar serta nasihat untuk membantu
saya menyiapkan kerja kursus ini. Beliau juga memberikan idea yang jelas dan berkongsi
pengalamannya yang telah membantu saya dan rakan sekelas untuk menyiapkan kerja
kursus pada tempoh yang ditetapkan.

Seterusnya, saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
sekelas saya yang memberikan kerjasama dan membantu menyelesaikan tugasan ini. Terima
kasih terhingga-hingga kepada pihak perpustakaan IPGKTAA yang menyediakan pelbagai
sumber ilmiah untuk kami yang dapat digunakan sebagai bahan rujukan bagi melengkapkan
tugasan ini.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa
saya yang telah membantu saya dari segi tenaga, dorongan serta dari segi kewangan untuk
memastikan tugasan ini berjalan dengan lancar dan sempurna.

Akhir sekata, diharap segala usaha yang telah diberikan akan dijadikan sebagai
pembelajaran ini berkesan dan membina bagi mencapai kejayaan pada masa yang akan
datang. Sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua insan yang
membantu saya untuk menyiapkan kerja kursus ini secara langsung dan tidak langsung.

TERIMA KASIH
BIODATA

1.1 NAMA IPGK : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU


AMPUAN AFZAN

1.2 GAMBAR :

1.3 NAMA PELAJAR : GUNASUNTHARI A/P S SUBRAMANIAM

1.5 ALAMAT & : 4/107 JLN UDANG GALAH,


TAMAN SRI SEGAMBUT,
52000, KUALA LUMPUR.

NO TELEFON : 011-26976051

1.7 AMBILAN & : PISMP (AMBILAN JUN 2019)

PENGKHUSUSAN : BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT

1.8 TAHUN & SEMESTER : TAHUN 2 SEMESTER 2 (PISMP)

1.9 NAMA PENSYARAH : PN. PRAMILAH A/P KUPPUSAMY


TUGASAN 1

PENULISAN
AKADEMIK
Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat manusia di segenap empat
penjuru dunia tentang isu keruntuhan akhlak dan tingkah laku manusia pada era globalisasi
yang maju ini yang menjadi punca utama berlakunya gejala-gejala sosial. Pendidikan moral
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan manusia yang berakhlak mulia dan
bersopan santun. Moral merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia dalam
hubungan sesama manusia yang nilainya ditentukan oleh masyarakat berdasarkan kepada
pemikiran dan umum yang tertentu. Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’
iaitu bahasa Yunani yang membawa erti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan
peraturan masyarakat. Moral pada pandangan agama adalah satu aspek yang perlu diajar
supaya manusia mengawal diri dalam kehidupan seharian. Apabila seseorang manusia itu
melakukan kesalahan mereka dianggap tidak bermoral kerana tidak mengikuti apa yang telah
ditetapkan.

Menurut Helden (1977) dan Richards (1971), mereka menyatakan bahawa moral
adalah suatu kepekaan dalam fikiran, perasaan dan tindakan dibandingkan dengan tindakan-
tindakan lain yang tidak hanya berupa kepekaan terhadap prinsip-prinsip dan aturan-aturan.
Menurut Dagobert D.Runes pula, beliau menyatakan bahawa moral adalah satu hal yang
mendorong manusia untuk melakukan tindakan-tindakan yang baik sebagai ‘kewajipan’ atau
‘norma’. Secara keseluruhannya, moral merupakan pengetahuan yang menyangkut budi
pekerti manusia yang beradab. Moral adalah istilah manusia menyebut ke manusia atau orang
lainnya dalam tindakan yang mempunyai nilai positif. Istilah ini digunakan untuk menentukan
batas-batas dari sifat kehendak, pendapat, atau perbuatan yang secara layak dapat dikatakan
benar, salah, baik, atau buruk.

Sesuatu hakikat yang tidak boleh kesampingkan ialah nilai merupakan standard dan
prinsip individu dalam mempertimbangkan harga sesuatu benda dan juga kriteria pemilihan
sesuatu benda, situasi dan manusia. Pertimbangan ini termasuk baik, rupa, berfaedah,
diingini atau sebaliknya buruk, busuk, benci dan lain-lain. Menurut Howard Becher, nilai
adalah sebarang objek yang digunakan untuk sebarang keperluan. Menurut Stuart C.Dodd,
beliau menyatakan bahawa nilai ialah suatu tekanan keperluan atau sebarang objek yang
dikehendaki atau dipilih oleh orang pada suatu masa yang sama. Nilai ialah satu konsep nyata
atau tersirat yang dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi
perkara yang diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman
yang sedia ada dan tingkah laku pada akhirnya. (Clyde Kluckhon). Nilai ialah piawai norma
masyarakat yang dipengaruhi oleh perikemanusiaan. (Philip E.Jacob).
Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau piawai (standard) yang konsisten agar
individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul dan boleh diterima. Fungsi ini
membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral iaitu
mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri sendiri serta orang lain.
Fungsi nilai juga berperanan sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk
menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai
mungkin berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik
yang dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan
seseorang. Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak
akan melakukan sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Secara umumnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu
dalam pelbagai konteks. Antaranya ialah nilai instrumental juga dikenali sebagai nilai
ekstrinsik, nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak
(absolute). Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam menggunakan
sesuatu nilai. Terdapat tiga konteks utama yang boleh membantu seseorang itu memahami
sesuatu nilai. Nilai ekstrinsik dan nilai intrinsik dapat digunakan untuk menunjukkan hubungan
antara nilai manakala nilai subjektif dan nilai objektif dapat digunakan untuk menunjukkan
pandangan seseorang terhadap nilai. Nilai relatif dan nilai mutlak dapat digunakan untuk
menunjukkan apa yang dapat dinilai.

Pertamanya, nilai ektrinsik merupakan nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat. Nilai ektrinsik ini adalah nilai peringkat kedua (second order value) misalnya berani,
rajin, dan hormat-menghormati. Nilai ekstrinsik dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang
dilaksanakan serta membantu dalam menunjukan arah dan menjadi penentu dalam membuat
pilihan dan tindakan. Nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap
tindakan. Sebagai contohnya, Ghayathri suka membantu rakan-rakannya menyelesaikan
masalah matematik bukannya mengharapkan sebarang balasan daripada rakan-rakannya
tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam menyelesaikan masalah matematik pada diri
sendiri. Melalui situasi ini, Ghayathri dapat membantu remaja mengamalkan nilai baik dan
berkongsi pengetahuan melalui memberi bantuan juga boleh mendatangkan kelebihan pada
diri sendiri.
Bukan itu sahaja, contoh lain yang dapat kita lihat di bawah nilai ektrinsik ialah Cikgu
Liew mendenda Yuan Ni, di mana pelajar tersebut gagal dalam Bahasa Cina. Sebenarnya,
situasi ini boleh dipandang secara positif bagi tindakan Cikgu Liew tersebut adalah untuk
meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan prestasinya akan bertambah
baik pada ujian yang akan datang oleh pelajar tersebut. Ini membolehkan remaja berfikiran
jauh dan waras bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki
atau benci antara murid dengan guru. Di samping itu, contoh yang biasa lihat adalah pihak
sekolah mengenakan tindakan disiplin terhadap pelajar yang merokok untuk menjaga
tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini bukan sahaja dapat menjaga tingkah laku murid-
murid, malah ia juga dapat membentuk nilai moral dalam kalangan murid, khususnya remaja
pada masa kini.

Selain itu, definisi bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak
oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangan sendiri terhadap sesuatu
benda atau perkara. Sebenarnya, nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman”
individu. Antara fungsi nilai subjektif adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan
terhadap sesuatu benda atau perkara. Nilai subjektif juga berperanan dapat membayangkan
perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai subjektif dalam proses
pembentukan moral individu. Antaranya ialah penggunaan buku teks dalam pengajaran
Pendidikan Moral. Secara umumnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah
membantu pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai
atau pendapat berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat
membentuk keyakinan dalam diri pelajar sendiri. Sekiranya buku ini dibaca oleh individu yang
mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak mempunyai nilai untuk mereka kerana
mereka berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak
relevan dalam kehidupannya.

Seterusnya, kes hukuman rotan terhadap murid di dalam kelas juga merupakan salah
satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan. Sebenarnya, terdapat beberapa
sebab dan punca bagi guru merotan muridnya dalam kelas. Hal ini berlaku disebabkan murid
tersebut terlalu nakal atau malas dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Tindakan ini amat sesuai bagi situasi ini yang memberi impak kepada
murid dalam mengamalkan amalan yang baik dan bertanggungjawab sebagai penerima ilmu.
Hal ini akan membantu remaja untuk membentuk sikap dan moral yang baik.
Di samping itu, definisi bagi nilai objektif ialah nilai yang bebas daripada pilihan
peribadi. Nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau
berpunca dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang. Nilai objektif berfungsi
bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk dan
kegunaan tersendirinya. Contoh bagi nilai ini ialah isu pergaduhan dalam masyarakat perlu
dielakkan supaya menjadi satu pengajaran bagi remaja masa kini untuk mengekalkan
perpaduan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadi satu bukti sebagai pengajaran.
Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan membawa banyak kesan negatif kepada
banyak pihak dan perlu dielakkan. Secara langsung situasi ini dapat dijadikan sebagai
pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada keamanan.
Contoh lain yang dapat dikaitkan ialah pandangan manusia tentang penderaan haiwan adalah
tidak mencerminkan nilai perikemanusiaan. Oleh itu, segala kebajikan untuk haiwan adalah
tanggungjawab tuannya.

Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada
nilai lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.
Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa
mengira kesannya. Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value) misalnya
baik hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya. Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri,
antaranya ialah menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga
menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam
setiap perbuatan. Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah situasi di mana Hanan
merupakan seorang ketua kelas darjah 5 Ceria. Hanan berperanan sebagai pengadil dalam
pertandingan melukis poster. Walaupun rakan sekelasnya menyuruh dia memberi markah
yang tinggi kepada kelas mereka, namun Hanan tidak berbuat demikan kerana dia menilai
semua poster dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya. Hal ini
akan memberi gambaran kepada murid supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal.

Secara umunya, nilai relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau
ditolak dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat.
Nilai relatif ini adalah bersifat arbitrari, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara
masyarakat yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut keadaan semasa dan
kefahaman mengenai perkara benar atau salah tentang suatu topik yang dibincangankan.
Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang berbeza
mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Contoh bagi nilai relatif ini
adalah situasi di mana pergaulan bebas antara remaja yang semakin hari semakin berleluasa
serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini sangat biasa di negara barat,
tetapi ia merupakan masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat berpandangan
bahawa perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang manakala Malaysia
berpandangan serius kerana isu ini membawa kesan seperti orang yang terlibat akan
dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Hal ini membawa pengajaran kepada remaja
supaya mengamalkan nilai relatif di mana mengutamakan pandangan dan peraturan dalam
masyarakat.

Akhir sekali, nilai mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Nilai ini berkekalan sepanjang masa dan semua
tempat serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat. Nilai ini berfungsi sebagai
satu standard yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk
bertindak supaya tindakan mereka mempunyai niat baik dan betul serta dapat diterima oleh
pihak lain. Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah kehidupun bersama
keluarga merupakan kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja
kini supaya mengamalkan kehidupan berkeluarga yang sihat yang akan mendatangkan
keharmonian antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan
negara. Justeru, pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan
pihak lain.

Terdapat beberapa perbandingan di antara nilai relatif dan nilai mutlak. Nilai relatif
merujuk kepada nilai-nilai yang diterima atau ditolak oleh peraturan sesuatu masyarakat untuk
mencapai sesuatu matlamat masyarakat. Nilai relatif juga boleh berubah mengikut masa.
Sebagai contoh, permainan mercun. Bermain mercun merupakan sebahagian daripada
amalan penting dalam sambutan Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina
mula menerima penguatkuasaan peraturan dalam bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh
kerajaan sebagai tindakan rasional menjaga keselamatan dan keamanan masyarakat masa
kini. Bagi nilai mutlak pula, nilai ini merupakan nilai yang tidak terikat kepada sesuatu
kebiasaan sesebuah masyarakat. Nilai ini juga akan kekal sepanjang masa di semua tempat
yang hampir sama norma masyarakat atau komunitinya. Sebagai contoh, menghormati
ibubapa. Seorang anak dituntut untuk menghormati ibu bapa kerana ibu bapa merupakan titik
permulaan seorang anak. Sesiapa yang tidak menghormati ibu bapanya adalah dianggap
derhaka bagi hampir semua masyarakat di seluruh dunia.
Analisis terhadap pembentukan individu bermoral dalam masyarakat majmuk di
Malaysia ialah dalam tujuan menyemai amalan yang mulia dan bermoral, kerajaan telah
melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni. Hal ini dilaksanakan untuk mewujudkan
kesedaran sivik dan melahirkan warganegara yang bermoral serta berakhlak mulia tanpa
mengira bangsa dan kaum. Dalam kehidupan bermasyarakat di negara ini, nilai kerjasama
dan nilai tolong-menolong tidak boleh diabaikan dalam pembentukan individu bermoral
terutamanya dalam masyarakat majmuk. Antara amalan yang dapat dilakukan untuk
mengukuhkan nilai Kerjasama dalam masyarakat majmuk ialah aktiviti gotong-royong, rumah
terbuka sempena hari perayaan masing-masing, aktiviti bersenam dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, amalan harian seperti budaya berbahasa yang bersopan dan berakhlak mulia akan
membantu dalam pembentukan individu bermoral dalam masyarakat majmuk.

Suatu hakikat yang tidak boleh kesampingkan ialah ibu bapa bertanggungjawab dalam
mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak supaya mempunyai akhlak yang terpuji dan
bermoral. Pada peringkat sekolah pula, guru-guru perlu mendidik anak-anak murid mereka
supaya mengamalkan nilai-nilai murni semasa berhadapan dengan masyarakat majmuk
kerana murid menghabiskan banyak masa di sekolah. guru perlulah menjadi modal insan
dalam pembentukan individu bermoral dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Melalui
analisis, satu langkah drastik yang dilakukan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
adalah dengan memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.
Amalan-amalan yang terdapat dalam mata pelajaran ini perlu dihayati dan diamalkan oleh
seluruh rakyat Malaysia sejak kecil lagi. Dengan perkataan lain, setiap orang
bertanggungjawab dalam mengekalkan sifat kemoralan. Masyarakat yang majmuk dan
kerajaan mesti berusaha dan saling bantu-membantu dalam mewujudkan masyarakat yang
berhemah tinggi.

Kesimpulannya, demikianlah definisi moral dan aliran moral, banding beza jenis nilai
yang wujud dalam pendidikan moral serta analisis terhadap pembentukan individu bermoral
dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Sebagai seorang guru, mereka perlulah
menitikberatkan kepentingan pendidikan moral kepada murid-murid kerana sekolah
memainkan peranan yang penting dalam mewujudkan insan yang berakhlak mulia dan
bermoral sejak kecil lagi kerana murid-murid menjadi tunjang negara kita. Bak kata
pepatah,’pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita
akan menjadi agen moral dan mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan
diri sendiri dan orang lain.
RUJUKAN

Abdullah Zhidi Omar, M. S. (2015). Penghantar Pendidikan Moral. In M. S. Abdullah Zhidi


Omar, Penghantar Pendidikan Moral (p. 300). Selangor: Sasbadi.

Bayang, R. (2012, Jun). Scribd. Retrieved from Definisi Moral :


https://www.scribd.com/doc/97407838/Definisi-Moral

Edris, S. (2017, December). Kebebasan beragama teras kekuatan negara. Retrieved from
Pressreader: https://www.pressreader.com/

Fana, F. (2013, Oktober). Nilai Murni. Retrieved from Slideshare:


https://www.slideshare.net/farhanafnasas/17-nilai-murni

Hamzah, R. K. (2009). Nilai Murni dan Pengajaran. In R. K. Hamzah, Nilai Murni dan
Pengajaran. Kuala Lumpur: Sasbadi.

Nurnaziera. (2016, Ogos). Blogspot. Retrieved from Definisi Moral:


http://greentehais.blogspot.com/2016/08/definisi-moral.html

Sabri, D. A. (2015, Februari ). Kebebasan bersuara ada had elak gugat perpaduan rakyat.
Retrieved from Berita Harian: https://www.bharian.com.my/node/33302

Wong, J. (2009, August Rabu). Pendidikan moral 2009 Nilai-nilai & definisi serta kata kunci.
Retrieved from Blog: http://sungshi78.blogspot.com/2009/08/pendidikan-moral-2009-
nilai-nilai.html

Yusoff, M. (2011). Bimbingan Akhlak Mulia dan Nilai-nilai Murni. In M. Yusoff, Bimbingan
Akhlak Mulia dan Nilai-nilai Murni. Kuala Lumpur: Pelangi.
LAMPIRAN

You might also like