You are on page 1of 12

Tarikh : ……………………………………..

UNIT 5 : ELEKTRIK
Tajuk : Sumber Tenaga Elektrik
Standard Kandungan : 5.1 Sumber Tenaga Elektrik
Standard Pembelajaran : 5.1.1
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid murid dapat :
a. Menjelas dengan contoh sumber yang menghasilkan tenaga elektrik
Rujuk buku teks muka surat 116 – 117

SUMBER TENAGA ELEKTRIK


SUMBER TENAGA ELEKTRIK PENERANGAN
1. Sel suria • Sel suria atau panel suria mengumpul tenaga cahaya matahari dan
kemudian menukarkan kepada tenaga elektrik
• Sel suria digunakan pada alat seperti satelit dan kalkulator.
• Sel suria juga membekalkan tenaga elektrik kepada alat pemanas air.
• Sel suria juga digunakan di rumah yang mempunyai pengumpul tenaga
suria, digunakan juga di lampu isyarat dan lampu jalan

2. Sel kering (bateri) • Sel kering atau bateri kering menyimpan tenaga kimia. Tenaga kimia
akan ditukarkan kepada tenaga elektrik untuk menggerakkan alat
seperti kereta mainan, jam, alat kawalan jarak jauh, lampu suluh
• Sel kering mudah digunakan sebab saiznya kecil dan senang dibawa

3. Dinamo • Dinamo ialah suatu alat yang dilekatkan pada tayar basikal, roda kecil
yang terdapat pada dinamo ini turut beputar apabila tayar basikal
• Dinamo yang berputar ini mempunyai tenaga kinetik, kemudian tenaga
kinetik akan bertukar ke tenaga elektrik untuk membolehkan lampu
basikal menyala

4. Akumulator • Akumulator mempunyai tenaga kimia di dalamnya. Ia akan


menukarkan tenaga kimia kepada tenaga elektrik.
• Akumulator digunakan untuk menggerakkan kenderaan bermotor
seperti kereta

5. Penjana (generator) • Penjana ataupun generator juga mempunyai tenaga kimia yang
dibekalkan dari minyak petrol atau bahan api fosil dan kemudian
ditukar kepaada tenaga elektrik
• Generator biasa digunakan di kawasan yang tidak mempunyai bekalan
tenaga elektrik dari pencawang atau sebagai tambahan sumber tenaga
elektrik bila waktu kecemasan

6. Stesen Jana Kuasa • Stesen jana kuasa adalah seperti Sarawak Energy ataupun TNB di
negara kita. Terdapat stesen jana kuasa angin, stesen janakuasa ombak
dan stesen janakuasa hidroelektrik
• Di Sarawak kita mempunyai dua stesen janakuasa hidroelektrik iaitu di
Batang Ai dan juga di Bakun

1
Tarikh : ……………………………………..
LATIHAN
LATIHAN PBD Tajuk Sumber Tenaga Elektrik
1. a. Tuliskan sumber tenaga elektrik yang sesuai bagi objek yang berikut

4 markah

b. Lengkapkan peta buih yang dibawah dengan menuliskan sumber tenaga elektrik yang sesuai

TP1 TP2 TP3

6 markah
2
Tarikh : ……………………………………..

2. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis sumber tenaga , X dan Y

X Y

a. Namakan sumber-sumber tenaga elektrik yang ditunjukkan di atas :

i. X : …………………………………………………………..

ii. Y : ……………………………………………………………

b. Bagaimanakah X dan Y menghasilkan elektrik ? Lengkapkan carta alir berikut . Isikan dalam petak
kosong dengan jawapan yang betul

X: X Tenaga elektrik

Matahari X Tenaga elektrik


Y:

c. Nyatakan satu kegunaan tenaga elektrik daripada X dan satu kegunaan tenaga elektrik daripada Y

di dalam rumah

X : ……………………………………………………………………………….

Y : ……………………………………………………………………………….

d. Namakan satu alat lain yang menggunakan Y untuk menghasilkan tenaga elektrik

…………………………………………………………………………………………..

TP2 TP3

7 markah
3
Tarikh : ……………………………………..
Unit 5 : Elektrik
Tajuk : Litar Bersiri dan Litar Selari
Standard Kandungan : 5.2 Litar bersiri dan litar selari
Standard Pembelajaran : 5.2.1, 5.2.2, 5.2.3
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran murid murid dapat :
a. Mengenal pasti susunan mentol secara bersiri dan susunan selari dalam litar elektrik lengkap
b. Melakar gambarajah litar bersiri dan litar selari menggunakan simbol
c. Membanding dan membezakan kecerahan mentol dalam litar bersiri dan litar selari
Rujuk buku teks mukasurat 118 - 130
LITAR BERSIRI DAN LITAR SELARI
LITAR BERSIRI LITAR SELARI
▪ Litar yang mempunyai satu sahaja laluan tenaga ▪ Litar yang mempunyai dua atau lebih laluan tenaga
elektrik mengalir elektrik mengalir
▪ Setiap mentol disusun bersambung dalam ▪ Mentol disusun dalam bentuk cabang yang selari
bentuk satu rantai antara satu sama lain
▪ Semua mentol berkongsi bekalan tenaga elektrik, ▪ Semua mentol dalam setiap laluan atau cabang
bila bertambah bilangan mentol, kecerahan mempunyai jumlah bekalan tenaga elektrik yang
mentol semakin berkurangan dan menjadi malap sama banyak. Kecerahan mentol tidak dipengaruhi
oleh bilangan mentol yang ditambah.
▪ Sekiranya satu mentol rosak, mentol yang lain ▪ Jika ada mentol yang rosak, mentol yang lain masih
tidak akan menyala. dapat menyala
▪ Jika satu suis terbuka, mentol yang lain tidak ▪ Jika ada satu suis terbuka, mentol yang lain masih
akan menyala boleh menyala
Satu laluan sahaja cabang litar elektrik
arus elektrik pertama
Mentol disusun
cabang litar elektrik
bersambung dalam
kedua yang terletak
satu rantai litar
secara selari dengan
elektrik
cabang litar elektrik

KECERAHAN MENTOL LITAR BERSIRI KECERAHAN MENTOL LITAR SELARI

Satu mentol cerah Kedua dua mentol cerah

Kedua-dua mentol
kurang cerah Kesemua mentol adalah
cerah

Semua mentol malap


Bilangan mentol tidak mempengaruhi kecerahan
mentol kerana setiap mentol mempunyai laluan
berlainan
Tenaga elektrik dibahagikan kepada tiga mentol Semua mentol mempuyai kecerahan yang sama
menyebabkan mentol menjadi malap. kerana setiap mentol tidak berkongsi bekalan
Laluan arus elektrik satu sahaja tenaga. Kesemua mentol menerima jumla tenaga
Semakin bertambah bilangan mentol, kecerahan yang sama kerana laluan nya berlainan dan lebih
mentol semakin berkurangan dalam litar bersiri dari satu laluan

4
Tarikh : ……………………………………..
LAKARAN LITAR MENGGUNAKAN GAMBARAJAH SIMBOL
Dalam rajah litar, symbol elektrik digunakan untuk mewakili komponen pada suatu litar elektrik, Rujuk
nota dan penerangan dibawah. Litar yang lengkap mempunyai komponen seperti sel kering, suis,
wayar dan mentol

KOMPONEN GAMBARAJAH SIMBOL FUNGSI


1. Wayar
Merupakan konduktor elektrik dan membenarkan arus
elektrik mengalir melalui litar

2. Sel kering

Membekalkan tenaga elektrik kepada litar

3. Suis

Melengkapkan atau memutuskan litar

4. Mentol
Menghasilkan cahaya apabila arus elektrik mengalir
melaluinya

A. LAKARAN GAMBARAJAH SIMBOL LITAR BERSIRI B. LAKARAN GAMBARAJAH SIMBOL LITAR SELARI

5
Tarikh : ……………………………………..
LATIHAN :
PBD Litar Bersiri dan Litar Selari
Buku teks mukasurat 118 -119
1. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis litar. Namakan jenis litar yang berikut di dalam petak
disediakan

2 markah

2. Rajah di bawah menunjukkan dua jenis litar. Lakarkan gambarajah simbol untuk kedua dua litar ini.
Lakaran perlu dibuat dalam petak yang disediakan . Buku teks mukasurat 120 - 121

a. Litar P

b. Litar Q

TP2 TP3 TP4

4 markah
6
Tarikh : ……………………………………..
3. Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan untuk mengkaji kecerahan mentol dalam dua jenis litar
yang berbeza. Litar P dan Litar Q

Litar elektrik P Litar elektrik Q

a. Nyatakan susunan mentol di dalam litar P dan Litar Q (susunan bersiri atau susunan selari)

i) Litar P : ………………………………………………………………

ii) Litar Q : ……………………………………………………………..

b. Ramalkan kecerahan mentol pada litar P dan litar Q sekiranya suis untuk kedua litar ini ditutup ?
(nyatakan sama ada cerah atau malap)

i) Litar P : ………………………………………………..

ii) Litar Q : ………………………………………………….

c. Litar mana satu yang mempunyai lebih dari satu laluan elektrik ? Pilih jawapan yang betul pada
petak diberikan dan tanda / dalam petak yang sesuai

Litar P Litar Q

d. Berikan alasan anda untuk jawapan anda di soalan 3 c di atas

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

e. Litar mana satukah yang lebih menjimatkan penggunaan tenaga elektrik harian ? dan jelaskan
alasan anda

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
6 markah
TP3 TP4 TP5

7
Tarikh : ……………………………………..

4.

TP3 TP4 TP5

8
Tarikh : ……………………………………..
UNIT 5 : ELEKTRIK
Tajuk : Keselamatan Pengendalian Peralatan dan Penjimatan elektrik
Standard Kandungan : 5.3 Elektrik
Standard Pembelajaran : 5.3.1, 5.3.2, 5.3.3
Objektif pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid murid dapat :
a. Menjana idea faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik
b. Menjelas dengan contoh kesan kecuaian pengendalian peralatan elektrik
c. Memerihalkan langkah keselamatan ketika mengendalikan peralatan elektrik
Rujuk buku teks muka surat 132 – 139

Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik


(buku teks muka surat 132 – 133)
Penggunaan tenaga elektrik secara tidak berhemah menyebabkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
Penggunaan tenaga elektrik secara berhemah dapat mengurangkan bil elektrik.

Faktor yang mempengaruhi penggunaan tenaga elektrik


a. Jenis peralatan elektrik yang digunakan
- Menggunakan lampu jimat tenaga seperti lampu LED dan lampu kalimantang padat
- Menggunakan kipas berbanding dengan penyaman udara
- Mengurangkan penggunaan pemanas air semasa mandi
b. Tempoh penggunaan peralatan elektrik
- Menutup suis jika tidak digunakan
- Menutup suis lampu semasa tidur
- Tidak membiarkan peralatan elektrik terpasang jika tidak digunakan
- Tidak membiarkan peti sejuk terbuka untuk jangka masa yang lama

Kecuaian Pengendalian Peralatan Elektrik


(buku teks mukasurat 135 -138)

1. Berikut merupakan beberapa kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik:


1. Memegang suis dengan tangan yang basah.
2. Membiarkan peralatan elektrik terpasang lama.
3. Menggunakan wayar yang rosak.
4. Mencucuk soket menggunakan bahan konduktor elektrik.
5. Tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan semasa menggunakan peralatan elektrik.
6. Tidak mempelajari kaedah yang betul semasa menggunakan peralatan elektrik di rumah.
2. Kecuaian semasa mengendalikan peralatan elektrik akan menyebabkan:
1. Renjatan elektrik
2. Litar pintas
3. Kulit melecur
4. Kebakaran

Langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan peralatan elektrik

1. Elakkan membaiki peralatan elektrik dalam keadaan suis terpasang.


2. Elakkan membuka atau menutup suis dengan tangan yang basah.
3. Elakkan memasang plag 2 pin dengan bahan konduktor elektrik.
4. Pasang palam plastik khas untuk memasang plag 2 pin.
5. Pastikan peralatan elektrik dipantau semasa menggunakannya.
6. Elakkan memasang terlalu banyak plag pada sesuatu soket.
7. Elakkan membiarkan seterika seketika di atas pakaian.
8. Elakkan bermain layang-layang berhampiran dengan kabel elektrik.
9. Jangan guna peralatan elektrik yang sudah rosak.
10. Jangan cuba membaiki sendiri peralatan elektrik yang rosak.
9
Tarikh : ……………………………………..

1.

7 markah
10
Tarikh : ……………………………………..

2.

TP3 TP4 TP5

5 markah
TP2 TP3

11
Tarikh : ……………………………………..
LATIHAN : KESELAMATAN PENGENDALIAN PERALATAN DAN PENJIMATAN ELEKTRIK
PBD

3. Gambarajah dibawah menunjukkan situasi penggunaan tenaga elektrik di dalam rumah Adam.
Berdasarkan dari situasi ini apakah cara cara yang harus dilakukan oleh Adam untuk
mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumahnya. Huraikan cara anda untuk membantu
Adam mengurangkan bil elektrik nya

a. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
b. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
c. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
d. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
8 markah
3. PROJEK 3 : KAD KESELAMATAN DAN PENJIMATAN TENAGA ELEKRIK
Murid diminta menghasilkan kad / sticker keselamatan dan penjimatan elektrik. Murid boleh rujuk
mukasurat 139 dalam buku teks anda. Murid dikehendaki menghantar gambar dimana kad ini
telah ditampal di beberapa bahagian pada rumah anda

TP 5 TP6

10 markah

12

You might also like