You are on page 1of 9

BAB 3

3.2 : Latar Belakang Perang Dunia

1. Perang dunia berpunca daripada perkembangan nasionalisme dalam kalangan negara


Eropah yang membawa persaingan antara kuasa imperialis untuk mempertahankan
kepentingan masing-masing.

(a) Namakan dua pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

i. ……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

[1 markah]

ii. ……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
[
(b) Nyatakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
[4 markah]

(c) Bagaimanakah negara dunia dapat mengelakkan berlakunya peperangan pada


masa kini?

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
[4 markah]
Skema

Soalan 1

BAB 3

3.2 : Latar Belakang Perang Dunia

1 (a) Namakan dua pakatan yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama.

(i) F1 Kuasa Tengah

[Mak 1 markah]

(ii) F1 Pakatan Bertiga

[Mak 1 markah]

1 (b) Nyatakan faktor yang mencetuskan Perang Dunia Pertama.

F1 Perkembangan Revolusi Industri menyebabkan berlaku persaingan dalam


kalangan kuasa imperialis di Eropah
H1a Persaingan adalah untuk mendapatkan tanah jajahan
H1b Untuk memperoleh bahan mentah seperti arang batu, petroleum dan bijih
timah
H1c Selain itu untuk mendapatkan pasaran untuk memasarkan hasil industri
F2 Permusuhan antara kuasa Eropah membawa pembentukan Pakatan
ketenteraan seperti Pakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
H2a Hal ini menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah
H2b Mereka juga bersaing menghasilakn senjata moden dan sedia berperang
bagi mempertahankan kepentingan masing-masing.
F3 Krisis di rantau Balkan berlaku akibat permusuhan Austria – Hungary
dengan Serbia.
H3a Austria – Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria
berketurunan Serb berjuang membebaskan diri daripada pemerintahan
Austria – Hungary.
H3b Kemuncak krisis Balkan ialah pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera
Mahkota Austria – Hungary dan isterinya Sophie oleh seorang pemuda
Serbia.
[ Mak 4 markah]

1 (c) Bagaimanakah negara dunia dapat mengelakkan berlakunya peperangan pada


masa kini?
M1 Perbincangan antara pemimpin negara terhadap masalah tertentu
M2 Menghormati hak setiap negara
M3 Menghormati hak asasi setiap manusia
M4 Membahagikan kekayaan dalam negara secara adil
M5 Mesyuarat dan perdamaian antara kaum dalam negara bagi mengelakkan
masalah semakin besar
M6 Memberikan ilmu pengetahuan tentang kesan peperangan kepada dunia,
masyarakat dan individu
M7 Meningkatkan pelan kerjasama antara negara

[Mak 4 markah]

Soalan 2

3.5 : Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita


1. Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan memenuhi keperluan ekonomi dan
kepentingan strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi.

(a) Nyatakan dua slogan yang digunakan oleh Jepun sebagai propaganda bagi
menjayakan misi mereka?

i. ……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

ii. ……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
[
(b) Jelaskan faktor kedatangan Jepun ke negara kita?

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
[4 markah]

(c) Bincangkan apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa serangan Jepun
terhadap negara kita?

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
[4 markah]

Skema

3.5 : Faktor Kedatangan Jepun ke Negara Kita


Soalan 2

1 (a) Nyatakan dua slogan yang digunakan oleh Jepun sebagai propaganda bagi
menjayakan misi mereka?

(i) F1 “Semangat Asia”

[Mak 1 markah]

(ii) F1 “Asia untuk Orang Asia”

[Mak 1 markah]

1 (b) Jelaskan faktor kedatangan Jepun ke negara kita?

F1 Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah di negara kita.


H1a Bahan mentah untuk keperluan perindustrian ekoran Pembahruan Meiji
H1b Selain itu mereka memerlukan bahan mentah untuk operasi ketenteraan
Jepun.
H1c Tanah Melayu pengeluar utama bijih timah dan getah di dunia, selain
menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan bauksit.
H1d Jepun berminat terhadap Sarawak untuk mendapatkan sumber minyak,
terutamanya dia Miri dan Lutong
H1e Pendudukan terhadap Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada
rancangan menjayakan pembentukan Kawasan Lingkungan
Sekemakmuran Asia Timur Raya bagi mengukuhkan ekonomi Jepun.
F2 Kedudukan strategik negara kita sesuai untuk ketenteraan Jepun
H2a Hal ini kerana pangkalan tentera laut British, iaitu Singapura.
H2b Penguasaan pangkalan tersebut penting untuk membuka jalan Laluan
penguasaan Jepun terhadap telaga minyak di Sumatera
H2c Penguasaan Borneo penting untuk penaklukan tentera Jepun di Pulau
Jawa.
[Mak. 4 markah]

1 (c) Bincangkan apakah iktibar yang diperoleh daripada peristiwa serangan Jepun
terhadap negara kita?

M1 Menghargai nikmat keamanan dunia kepada negara kita


M2 Kesedaran semangat cinta akan negara
M3 Sentiasa menghindari konflik dengan pihak yang boleh mengancam
keamanan negara
M4 Sentiasa bersedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan tanah air
M5 Sentiasa menghargai keamanan dan belajar untuk hidup bersama-sama
dalam keadaan aman dan harmoni
M6 Ketahanan fizikal dan mental penting dalam menghadapi cabaran hidup
[Mak 4 markah]

Soalan esei

3.9 : Keadaan Negara Kita


1. Amerika Syarikat telah menggunakan bom atom dalam serangan terhadap Jepun pada
bulan Ogos 1945. Peristiwa tersebut membawa kekalahan tentera Jepun dan
berakhirnya Perang Dunia Kedua.

(a) Jelaskan peristiwa kekalahan Tentera Jepun dan pengakhiran Perang Dunia
Kedua secara kronologi.
[6 markah]

(b) Huraikan usaha yang dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar serta peranan yang
dimainkan Raja-raja Melayu dalam usaha menamatkan kekacauan yang berlaku
antara orang Melayu dengan orang Cina.
[6 markah]

(c) Nyatakan nilai patriotisme yang diperoleh daripada peristiwa pendudukan tentera
Jepun.
[8 markah]

Skema

Soalan esei

3.9 : Keadaan Negara Kita

1 (a) Jelaskan peristiwa kekalahan Tentera Jepun dan pengakhiran Perang Dunia
Kedua secara kronologi.
F1 Pada 6 Ogos 1945, Bom atom “Little Boy” digugurkan ke atas banda
Hiroshima
F2 8 Ogos 1945, Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk
meneruskan peperangan
F3 9 Ogos 1945, bom atom “Fat Man” digugurkan ke atas bandar Nagasaki.
F4 15 Ogos 1945, Maharaja Hiroshima mengumumkan Jepun menyerah
kalah.
H4a Jepun meminta agar maharaja terus diiktiraf sebagai pemerintah dan
dipersetujui oleh pihak Bersekutu.
F5 Selepas Jepun menyerah kalah, Lord Louis Mountbatten merancang
mendarat di Tanah Melayu semula
H5a Namun tindakan beliau tidak dibenarkan sehingga selesai upacara
penyerahan rasmi pemerintah tentera Jepun kepada Jeneral Dauglas
MacArthur, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Pasifik pada 2
September 1945
F6 British kembali ke Tanah Melayu pada 3 September 1945.
F7 Upacara penyerahan kalah tentera Jepun diadakan di Sabah, Sarawak,
Singapura dan Tanah Melayu.
F8 Tentera British telah mendarat pertama kali selepas tamat perang di Pulau
Pinang pada 3 September 1945
H8a Tiga minggu selepas Jepun menyerah kalah
F9 Pemerintah Tertinggi Tentera Jepun ke – 37, Leftenan Jeneral Masao Baba
menyerah kalah di Surrender Point, Labuan pada 10 September 1945
F10 Mejar Jeneral Hiyoe Yamamura menyerah kalah kepada tentera Bersekutu
di atas kapal Tentera Laut Australia, HMAS Kapunda di Kuching, Sarawak
pada 11 September 1945
F11 Lord Mounbatten, Pemerintah Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia
Tenggara menandatangani pernyataan menyerah kalah tentera Jepun di
Singapura pada 12 September 1945
F12 Jeneral Teizo Ishiguro menyerah kalah kepada Leftenan O.L. Roberts di
Kuala Lumpur pada 13 September 2021
[Mak. 6 markah]

1 (b) Huraikan usaha yang dilakukan oleh Dato’ Onn Jaafar serta peranan yang
dimainkan Raja-raja Melayu dalam usaha menamatkan kekacauan yang berlaku
antara orang Melayu dengan orang Cina.
F1 Pada Ogos 1945, Dato’ Onn Jaafar mengatur perundingan antara Kiai
Salleh dengan pemimpin Melayu dengan ketua Bintang Tiga di Dewan
Perniagaan Cina Batu Pahat.
F2 Kompromi Dato’ Onn Jaafar Berjaya memujuk Kiai Salleh membebaskan
orang Cina yang ditahan di Parit Raja manakal Bintang Tiga menamatkan
penguasaan mereka di Balai Polis Batu Pahat
H2a Kedua-dua pihak memberikan Kerjasama kepada beliau sebagai Pegawai
Daerah untuk mengembalikan keamanan di Johor.
F3 Raja-raja Melayu berperanan dalam usaha menyelesaikan pergaduhan
kaum.
C3a Contohnya, Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam
Shah berangkat ke Kuala Lipis untuk mengingatkan penduduk agar tidak
lagi berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina.
F4 Sultan Perak, Sultan Abdul Aziz Almustasim Billah Shah juga mengadakan
lawatan dan pemantauan ke beberapa daerah bagi memastikan tiada
berlaku pergaduhan antara orang Melayu dengan orang Cina.
H4a Baginda melawat Kawasan yang terlibat untuk berjumpa dengan
pemimpin setempat.
F5 Mesyuarat dengan penghulu, ketua kampung dan pegawai kerajaan
diadakan bagi memastikan kerja pemulihan selepas perang diberi
keutamaan.
[Mak. 6 markah]

1 (c) Nyatakan nilai patriotisme yang diperoleh daripada peristiwa pendudukan tentera
Jepun.
M1 Menghargai nikmat keamanan dunia kepada negara kita
M2 Kesedaran semangat cinta akan negara
M3a Sentiasa menghindari konflik dengan pihak yang boleh mengancam
keamanan negara
M4 Sentiasa menghargai keamanan dan belajar untuk hidup bersama-sama
dalam keadaan aman dan harmoni
M5 Kebijaksanaan dalam merancang strategi bagi menjamin kejayaan dalam
perjuangan
M6 Sentiasa bersedia berkorban untuk mempertahankan kedaulatan tanah air
M7 Ketahanan fizikal dan mental penting dalam menghadapi cabaran hidup
M8 Menyelesaikan permasalahan melalui perundingan dan berusaha
mengelakkan konflik yang boleh menjejaskan keamanan dan
kesejahteraan masyarakat
[Mak. 8 markah]

You might also like