You are on page 1of 7
Re. eh SUNOS APAKAH Mataysian Sustainasie Pam On (MSPO)? 3 a MSPO adalah salah satu keperluan Standard Malaysia } untuk minyak kelapa sawit dalam menangani isu-isu & dan cabaran berkaitan dengan pelbagai pihak yang berkepentingan dalam industri sawit. la dipantau dan dikawal selia di bawah kuasa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). KESEDAR sedang dalam proses untuk mendapatkan persijilan ini bagi ladang-ladang berpeneroka. ee ae ea q ar as aa & KESEDAR KE au PERSIJILAN MSPO KESEDAR merupakan antara plantationhouse yang | tertakluk kepada | ( Bahagian 3 perlu patul kepada prinsip-prinsip yang ditetapkan: | Pembangunan Berto Ler) Booed Perera as ere) PSEC) EU e Ve be are Polisi Gangguan Saari ee Seksual Cia aaa 3 POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) adalah komited memastikan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan bagi semua pekerja, pembekal dan pelanggan dengan mewujudkan persekitaran kerja selamat melalui Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSH) yang berkesan dengan pematuhan kepada Akita Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Akta 514) 1994. Dasar Keselamatan kami merangkumi * Sistem kerja berperaturan dan diurus serta dikemaskini; + Kakitangan diberi latinan bersesuaian dengan bidang tugas; * Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Akta Keselamatan dan Kesinatan Pekerjaan (AKKP) terkini yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib; * Memastikan kakitangan dan pekerja terlibat secara bersama dalam penambahbaikan dan membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja; dan Mencegah kemalangan, kecederaan dan akan menjalankan siasatan serta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bahawa kejadian sedemikian tidak berulang Pengurusan adalah komited menyediakan dan mengekalkan persekitaran tempat i kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerja, kontraktor dan pelanggan di dalam ] ruang lingkup pekerjaan tanpa menjejaskan kepentingan majikan. @ g ISKANDAR ZURKARNAIN BIN IBRAHIM PENGURUS BESAR KESEDAR €D2-JULAI 2019 POLISI MINYAK SAWIT MAMPAN MALAYSIA (MSPO) LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) adalah komited untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dengan mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial dengan membuat penambahbaikan yang berterusan dalam memanfaatkan sumber manusia, proses dan teknologi bagi memastikan pengeluaran kelapa sawit secara mampan dengan mematuhi prinsip-prinsip Malaysian Sustainable Paim Oil (MSPO) berikut; Pelan penambahbaikan berterusan dengan mewujudkan sistem pengurusan untuk meningkatkan amalan selaras dengan piawaian, maklumat, teknik dan teknologi baharu yang akan dikaji dan dikemaskini secara berkala untuk kesesuaian dan keberkesanan keperluan bagi memastikan ia terus kekal relevan; Mewujudkan dan menyampaikan keperluan pensijian kepada pekerja, kontraktor, pelanggan dan pihak berkepentingan lain secara telus; Mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan tempatan dan badan-badan antarabangsa; Merancang, membangun, melaksana dan menyemak tanggungjawab sosial, kesihatan, keselamatan dan syarat pekerjaan mengikut garis panduan MSPO; Memastikan pelan pengurusan sumber persekitaran, sumber asli biodiversiti dan perkhidmatan ekosistem dibangunkan untuk memastikan kemampanan alam sekitar; Memastikan amalan pertanian baik dalam pengurusan_perladangan, mewujudkan pelan perancangan jangka panjang, ketelusan dalam penetapan harga dan pengurusan kontraktor; dan Mengemaskini polisi ini secara berkala untuk memastikan ianya kekal berkaitan dan berkenaan. ISKANDAR ZURKARNAIN BIN IBRAHIM. PENGURUS BESAR KESEDAR JULAI 2019 PED GOEV GV EVE EV TDD DTD TBCB POLISI ALAM SEKITAR DAN BIODIVERSITI LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) komited terhadap pembangunan mampan melalui pelindungan alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti. Mengekalkan alam sekitar dan biodiversiti adalah pertimbangan utama dalam semua aspek dan peringkat operasi perladangan kami, Untuk melindungi alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti, kami komited untuk: Mematuhi keperluan pihak berkepentingan yang berkaitan statutori dan peraturan- peraturan yang berkaitan dengan alam sekitar dan biodiversiti; Menubuh, mengekalkan dan terus membaiki sistem pengurusan perladangan secara lestari dalaman dan luaran; Menghapuskan dan mengurangkan sebarang kesan buruk kepada alam sekitar dan biodiversiti yang timbul daripada aktiviti perladangan kami; dan Mendidik dan meningkatkan pembangunan pihak berkepentingan menerusi latinan dan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar dan biodiversiti a ISKANDAR ZURKARNAIN BIN IBRAHIM PENGURUS BESAR KESEDAR JULAI 2019 POLISI GANGGUAN SEKSUAL LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) adalah komited untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dengan mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Pihak pengurusan bertanggungjawab dan komited untuk memberikan perhatian yang sewajamya terhadap etika dan tatalaku pekerja berkaitan dengan gangguan seksual (lisan, isyarat, visual psikologi atau sentuhan fizikal termasuk apa-apa catatan yang dihantar melalui media elektronik), keganasan dan diskriminasi. Mana-mana pekerja yang terlibat dalam perlakuan gangguan seksual, tindakan tatatertib boleh dikenakan, termasuk pemberhentian kerja dengan serta merta. ISKANDAR ZURKARNAIN BIN IBRAHIM PENGURUS BESAR KESEDAR -JULAI 2019 POLISI KESAMARATAAN LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) adalah komited untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dengan mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Pihak pengurusan bertanggungjawab dan komited untuk memberikan perhatian yang sewajamya terhadap dasar pekerjaan yang tiada diskriminasi, tidak melanggar undang-undang dan melayan semua individu secara sama rata dan penuh hormat tanpa mengira asal-usul, jantina, umur, bangsa, agama dan pekerjaan Adalah menjadi polisi KESEDAR untuk memberi peluang sama rata kepada semua pekerja dalam penggajian, peluang pekerjaan, kenaikan pangkat secara latihan mengikut terma yang telah disediakan. Sebarang bentuk ketidakpatuhan oleh mana-mana individu membolehkan tindakan yang sewajarnya di ambil. Mengemaskini polisi ini secara berkala untuk memastikan ianya kekal berkaitan dan berkenaan. | cate I A JSKANDAR ZURKARNAIN BIN IBRAHIM PENGURUS BESAR KESEDAR, JULAI 2019 POLISI PEMBAKARAN SIFAR LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) adalah komited untuk mengeluarkan hasil kelapa sawit dengan mengambil kira kepentingan ekonomi, alam sekitar dan sosial LEMBAGA KEMAJUAN KELANTAN SELATAN (KESEDAR) beriltizam untuk mengamalkan sistem perladangan yang mesra alam bagi menjamin kesejahteraan dan pemeliharaan kepada alam sekitar. Selaras dengan itu dan bagi mematuhi peraturan yang berkaitan dengan alam sekitar, KESEDAR adalah komited untuk memastikan tidak ada pembakaran terbuka di semua ladang Pihak pengurusan mewajibkan semua pihak terlibat sama di dalam semua aktiviti berkaitan pengurusan alam sekitar. Ketidakpatuhan membolehkan tindakan yang sewajarnya di ambi Mengemaskini polisi ini secara berkala untuk memastikan ianya kekal berkaitan dan berkenaan. ISKANDAR ZURKARNAIN BIN IBRAHIM PENGURUS BESAR KESEDAR -JULAI 2019

You might also like