You are on page 1of 41

970204065250

KEMUDAHAN ASAS DI ASRAMA SEKOLAH MENENGAH MUADZAM


SHAH, PAHANG

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kemudahan asas di asrama SMK
Muadzam Shah, Pahang. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji persepsi pelajar
asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan dan mengkaji faktor-faktor pelajar
asrama tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Seramai 30 orang responden telah
terpilih untuk kajian ini. Bagi mengkaji persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan
yang disediakan di asrama, soal selidik, temubual, pemerhatian dan rujukan telah
digunakan. Data kajian dianalisis dan dipaparkan secara kuantitatif dan kualitatif.. Hasil
daripada dapatan kajian persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang paling
dominan adalah bilik prep setuju dengan persepsi meja dan kerusi yang disediakan
mencukupi. Selain itu, kajian ini juga dapat menyimpulkan faktor utama pelajar asrama
untuk tinggal di asrama adalah faktor untuk belajar berdikari. Secara kesimpulannya,
persepsi responden terhadap kemudahan yang disediakan di asrama amat penting dalam
memastikan kemudahan yang disediakan menepati piawai yang telah ditetapkan oleh
pihak kerajaan. Melalui kajian ini, diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan
sewajarnya untuk mengatasi sebarang kenyataan yang dinyatakan.

1
970204065250

Kandungan

Perkara Muka surat

Abstrak 1

Kandungan 2

Penghargaan 3

1.0 Pengenalan 4-6

1.1 Objektif kajian 6

2.0 Lokasi kajian 7-8

3.0 Metodologi 8-11

4.0 Dapatan kajian dan perbincangan 12

4.1 Demografi responden 12-


15

4.2 Persepsi penghuni asrama tentang prasarana 16-


27

yang disediakan di Asrama Sekolah

Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.

4.3 Faktor-fakor tarikan pelajar tinggal di Asrama 28-


30

Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah.

5.0 Rumusan dan kesimpulan 31-


32

Rujukan 32

2
970204065250

Lampiran 33-
36

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah
SMK Muadzam Shah khasnya Puan Pengetua SMK Muadzam Shah Puan Hajah Zahrah
binti A. Hamid dan Penolong Kanan Tingkatan Enam Encik Azmat bin Mohamed kerana
memberi sokongan dan kelulusan kepada saya untuk melaksanakan kerja kursus ini .

Dalam usaha menjayakan kerja kursus ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Cikgu Roshaliza binti Yusoff selaku guru Pengajian Am saya.
Beliau telah meluangkan banyak masa dalam memberi tunjuk ajar dan membimbing saya
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Seterusnya, saya juga berterima kasih kepada
semua guru yang telah memberi nasihat dan galakan kepada saya sepanjang penghasilan
kerja kursus ini.

Khas untuk kedua ibu bapa saya yang sangat saya kasihi, iaitu Encik Isamuddin bin
Sabarudin dan Puan Hemidah binti Atan dan jutaan terima kasih dirakamkan kerana
memberi sokongan moral dan kewangan kepada saya sepanjang masa.

Penghargaan kepada rakan-rakan baik saya iaitu Nursolehah binti Muhd Salim dan Nurul
Qurratul ‘Aine binti Suhaimi serta semua rakan lain atas kesudian membantu dan segala
nasihat yang diberikan. Tidak lupa juga, terima kasih kepada semua responden saya
kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soal selidik.

Akhir kata, seikhlas tulus kata terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu
saya secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kerja kursus ini.

3
970204065250

1.0 PENGENALAN

Kemudahan merupakan sesuatu yang diwujudkan untuk melengkapkan keselesaan


dan kesenangan seseorang pengguna. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan
2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan
dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan, mencukupi dan berkualiti untuk
pelaksanaan kurikulum yang efektif. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin
Yassin (Berita Harian, 2007) telah menyatakan “bersesuaian dengan program Satu Murid,
Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks, kerajaan menyediakan peruntukan
melengkapkan sekolah dengan pelbagai peralatan untuk keselesaan”. Biasanya sesebuah
institusi pelajaran akan dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik kuliah, perpustakaan,
kafeteria, asrama pelajar dan lain-lain lagi.

Kamus Dewan Edisi Empat telah menerangkan bahawa asrama merupakan sesuatu
bangunan tempat tinggal bagi kumpulan tertentu seperti murid sekolah, mahasiswa,
jururawat, dan lain-lain. Penginapan merangkumi bukan sahaja tempat tinggal tetapi
meliputi keseluruhan tempat pembelajaran, penginapan dan sosialisasi. Pembangunan
seseorang pelajar dipengaruhi oleh objektif institusi pengajian, saiz institusi pengajian,
kurikulum pengajian dan penilaian yang dijalankan, susun atur asrama, fakulti dan
pentadbiran institusi pengajian, dan budaya yang dibentuk atau diamalkan dalam
kalangan para pelajar. Persekitaran untuk pembelajaran yang berkesan merupakan satu
bentuk persekitaran yang menarik dengan reka bentuk dan pengurusan kemudahan yang
sempurna dan mengambil kira penghuni serta aktiviti di dalamnya. Oleh itu, pihak
institusi pengajian yang menyediakan kemudahan tempat kediaman ini harus mencapai
kepuasan yang diingini oleh pelajar.

Bilik persediaan belajar merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi


aspek pelajar, ruang dan alat pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan dikaitkan
dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dihidu, dirasa,
didengar, dan disentuh oleh pelajar. Oleh itu, kemudahan fizikal yang tidak dapat
berfungsi dengan baik adalah di antara faktor persekitaran dalam bilik kuliah yang boleh
menyebabkan masalah pembelajaran dan pengajaran. Sesebuah bilik persediaan belajar

4
970204065250

dalam keadaan kemudahan yang tidak lengkap akan menyebabkan pelajar merasa tidak
selesa dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran. Oleh itu, faktor bilik persediaan
belajar boleh mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan.

Kesenangan yang diberikan oleh kemudahan yang lengkap menyebabkan seseorang


pengguna itu berasa puas hati. Kepuasan seseorang pengguna merupakan elemen yang
amat penting untuk menjadikan seseorang itu melakukan usaha dengan lebih berkesan.
Setelah suatu penggunaan berlaku, pengguna mungkin akan berasa puas hati atau tidak,
dengan penggunaan yang telah dibuat. Dengan ini, sesebuah organisasi harus
mengenalpasti faktor-faktor yang wujud supaya kepuasan pelajar dapat dipertingkatkan.

Asrama merupakan sebuah tempat tinggal yang menjadi pilihan para pelajar
kursusnya bagi pelajar-pelajar universiti, sekolah mahupun pelatih-pelatih kerajaan
seperti jururawat dan doktor pelatih. Bagi pelajar sekolah kursusnya pelajar di asrama
SMK Muadzam Shah memilih untuk tinggal di asrama kerana bertujuan untuk
memudahkan urusan harian mereka untuk menghadiri sesi persekolahan mereka. Hal ini
kerana pelajar asrama di SMK Muadzam Shah hampir kesemuanya tinggal berjauhan dari
kawasan sekolah.

Asrama SMK Muadzam Shah telah wujud sekitar tahun 80-an dimana pada ketika
itu lokasi asrama bagi pelajar perempuan dan lelaki adalah berbeza dengan yang ada pada
masa kini. Asrama bagi pelajar perempuan pada ketika itu terletak di asrama pelajar
lelaki dan juga begitulah sebaliknya bagi asrama pelajar lelaki. Namun begitu, kedudukan
asrama kedua-dua pihak lelaki dan perempuan telah ditukar kerana kedudukannya yang
tidak strategik dan juga kerana berlakunya pertambahan pelajar bagi pelajar perempuan
yang jumlahnya melebihi pelajar lelaki.

Asrama SMK Muadzam Shah juga penting dalam melatih pelajar-pelajar untuk
belajar berdikari dan juga melatih pelajar asrama dalam menwujudkan suasana yang
harmoni di asrama serta menwujudkan semangat kerjasama antara pelajar itu sendiri.

5
970204065250

Asrama ini juga berfungsi bagi memudahkan pelajar asrama untuk menghadiri sesi
persekolahan mereka.

Kebanyakkan pelajar asrama yang tinggal di asrama SMK Muadzam Shah terdiri
daripada pelbagai lapisan umur, berbeza jantina dan juga berbeza tempat tinggal. Pelajar
di asrama SMK Muadzam Shah terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Bermula daripada
umur 13 tahun hinggalah umur 19 tahun tinggal di asrama ini. Namun begitu, asrama ini
juga dihuni oleh para warden yang terdiri daripada guru-guru di sekolah itu juga.

Selain itu, pelajar asrama juga tinggal di tempat yang jauh dari kawasan sekolah itu
sendiri. Pelajar tersebut tinggal di sekitar kawasan Muadzam Shah, Pahang. Sama ada
dari pertempatan Ibam, Chini, Keratong dan juga ladang-ladang yang terdapat
disekitarnya. Asrama ini juga berfungsi sebagai tempat tinggal sementara mereka selain
daripada rumah mereka sendiri dan mereka juga berada di bawah penjagaan para warden
yang mengantikan ibu bapa mereka untuk menjaga mereka di asrama tersebut.

Akhir sekali, asrama SMK Muadzam Shah telah banyak memberi peluang kepada
pelajar-pelajar yang tinggal di kawasan pendalaman yang kurang institusi pendidikan
untuk kategori sekolah menengah untuk terus memperoleh ilmu bagi kejayaan pelajar itu
sendiri.

1.1 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian ini terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu:

i. Mengenal pasti persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan
di asrama SMK Muadzam Shah.
ii. Mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK Muadzam
Shah.

6
970204065250

2.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di negeri Pahang. Pahang terletak di dalam Malaysia. Lokasi
kawasan kajian ini merupakan negeri ketiga dalam Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.
Pahang merupakan negeri terbesar dalam Semenanjung Malaysia yang terletak di
Lembangan sungai Pahang yang luas.

Peta 1: Pahang Darul Makmur


Sumber :http://maps.google.com

Rompin merupakan sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri


Pahang. Rompin adalah daerah yang bersempadan dengan negeri Johor
misalnya lokasi yang berdekatan ialah Endau Mersing.

Peta 2 : Daerah Rompin

7
970204065250

Sumber : http://maps.google.com

SMK Muadzam Shah terletak di Bandar Muadzam Shah di Rompin,


Tenggara Pahang, Malaysia. Muadzam Shah telah dibuka pada tahun 1979
oleh Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA). Penduduknya rata-rata
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan Asli. Asrama
SMK Muadzam Shah telah lama didirikan di Bandar Muadzam Shah.

Peta 3 : Muadzam Shah

Sumber : http://maps.google.com

3.0 METODOLOGI

Pendahuluan

Menurut kamus dewan edisi keempat, metodologi merupakan sistem yang


merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian atau
tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Ahmad Mahdzan Ayob
(1993:44) menetapkan metodologi sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai
segala objektif yang mana aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah
sains. Bagi pelaksanaan kajian ini, penulis akan memastikan teknik- teknik kajian yang
dipilih dapat menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua

8
970204065250

aspek. Secara umum, kajian ini menggabungkan dua bentuk asas kajian bagi
menghasilkan
dapatan yang lebih berkualiti. Bentuk kajian yang dimaksudkan ialah kajian perpustakaan
(library resarch) dan kajian lapangan (field research). Gabungan kedua-dua bentuk
kajian ini amat sesuai dengan kaedah kajian masa kini yang mementingkan kedua-dua
elemen tersebut.

Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian adalah berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Kajian
ini menggunakan persampelan rawak mudah. Tatacara kajian ini dilakukan dengan
mengedarkan borang soal selidik. Maklumat juga boleh diperolehi daripada data
sekunder penyelidikan yang sedia ada. Maklumat yang diperolehi daripada data sekunder
adalah lebih mudah kerana ia telah dibuat terlebih dahulu oleh orang lain untuk kegunaan
lain. Selain itu, kaedah soal selidik juga digunakan kerana ia bersesuaian dengan objektif
serta persoalan yang ingin dikaji. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar
asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama dan mengkaji faktor-faktor
pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah, Pahang.

Instrumen Kajian

Instrumen ialah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam kajian
ini, instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan menggunakan
borang temubual, boring soal selidik, kaedah rujukan.

Kaedah Instrumen kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temubual, rujukan

Cara mendapatkan responden

9
970204065250

Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penghuni asrama dari asrama SMK
Muadzam Shah, Pahang. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri daripada
10 orang lelaki dan 20 orang perempuan dari penghuni asrama SMK Muadzam Shah
akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada penghuni asrama yang
tinggal di asrama SMK Muadzam Shah dan mengisi borang soal selidik dengan lengkap
pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini
pula ialah menggunakan teknik persampelan rawak mudah di mana dengan menggunakan
prosedur persampelan ini, setiap penghuni asrama SMK Muadzam Shah mempunyai
peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden. Sampel kajian terdiri daripada 30
orang penduduk, 30 set borang soal selidik akan diberikan kepada mereka secara rawak
mudah untuk memperoleh data yang lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan
dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri.

Cara mendapatkan maklumat/data daripada responden

Borang soal selidik yang sesuai telah saya buat untuk mendapat dan mengumpul
maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah diedarkan
secara rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada
dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah mengenai maklumat
diri responden manakala Bahagian B adalah persepsi pelajar asrama terhadap asrama dan
faktor mereka untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Kajian ini menggunakan
skala pemarkahan likert lima mata yang mengandungi lima aras, iaitu 1 = sangat tidak
setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang setuju, 4 = setuju, 5 = sangat setuju.

Jadual 3.1 : Skala likert 5 aras digunakan

Sangat tidak setuju 1


Tidak setuju 2
Kurang setuju 3
Setuju 4
Sangat setuju 5

Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan menemu bual
30 orang yang tinggal di asrama SMK Muadzam Shah. Tujuan utama temu bual ini
adalah untuk mengetahui persepsi pelajar asrama terhadap asrama yang mereka duduki

10
970204065250

dan mengenal pasti faktor-faktor mereka untuk tinggal di asrama SMK Muadzam Shah.
Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat responden tentang temubual.

Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui kaedah
rujukan. Pengkaji telah merujuk surat khabar, majalah, internet dan Kamus Dewan Edisi
ke-4. Pengkaji telah mencari banyak perkataan dengan maknanya daripada Kamus
Dewan sebagai sokongan hasil kerja.

Memproses dan mempersembahkan data

Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk


skala Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala Likert akan dikategorikan
seperti ditunjukkan dalam Jadual 3.2.

Jadual 3.2 Pengkelasan Skala Likert

Kategori Tidak setuju Setuju


1 2 3 4 5
Sangat tidak Tidak setuju Kurang setuju Setuju Sangat setuju
setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan manual akan diguna pakai.
Oleh sebab itu, kekerapan dan peratus sahaja akan dijadikan data untuk dianalisis. Data
yang dikumpulkan akan dipersembahkan dalam bentuk grafik iaitu graf bar dan jadual.

Rumusan

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan


kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian
yang ketat dan menepati prosedur kutipan data dan instrumen yang telah dikenal pasti.

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas


responden terhadap persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di

11
970204065250

asrama dan mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK
Muadzam Shah, Pahang.

4.1 Demografi Responden

Jadual 4.1 menunujukkan pecahan responden daripada kalangan penghuni asrama di


SMK Muadzam Shah, Pahang berdasarkan jantina, tingkatan dan kaum.

Jadual 1 : Latar Belakang Responden

Bil. Aspek Kategori Kekerapan Peratusan


1 Lelaki 15 50%
Perempuan 15 50%
Jantina
2 Tingkatan 1 6 20%
Tingkatan 2 3 10%
Tingkatan 3 13 43.33%
Tingkatan Tingkatan 4 5 16.67%
Tingkatan 5 3 10%
3 Melayu 28 93.33%
Cina 0 0%
Kaum
India 0 0%
Lain-lain 2 6.67%
Sumber : Kajian Lapangan 2016

4.1.1: Demografi responden berdasarkan jantina.

12
970204065250

Jantina

Lelaki
Perempuan

50% 50%

Rajah 1: Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Petunjuk :

Rajah 1 di atas menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam


kalangan penghuni asrama, di SMK Muadzam Shah, Pahang. Daripada 30 orang yang
telah disoal selidik, seramai 15 orang responden adalah berjantina lelaki bersamaan
dengan 50%. Sementara itu, bagi jantina perempuan adalah seramai 15 orang responden
yang juga sebanyak 50%.

13
970204065250

4.1.2: Demografi responden berdasarkan tingkatan.

Tingkatan
10%
20%

17%

10%

43%

Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 Tingkatan 4 Tingkatan 5

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Tingkatan

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Petunjuk :

Rajah 2 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan tingkatan 1,


tingkatan 2, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5. Di Asrama SMK Muadzam Shah,
30 orang penghuni asrama telah disoal selidik, seramai 6 orang responden tingkatan 1
bersamaan 20%, 3 orang responden daripada tingkatan 2 bersamaan 10%. Sementara itu
tingkatan 3 seramai 13 orang bersamaan 43%, tingkatan 4 seramai 5 orang responden
bersamaan 17% dan tingkatan 5 seramai 3 orang iaitu 10%.

4.1.3: Demografi responden berdasarkan kaum.

14
970204065250

Kaum

Lain-lain
7%
Melayu
Cina
India
Lain-lain

Melayu
93%

Rajah 2: Demografi Responden Berdasarkan Kaum

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Petunjuk:

Rajah 3 di atas pula menunjukkan demografi responden berdasarkan kaum iaitu


kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain. Daripada 30 orang responden yang disoal
selidik, seramai 28 orang iaitu kaum melayu bersamaan 93% manakala kaum india dan
cina tidak terdapat di asrama SMK Muadzam Shah dan seramai 2 orang responden kaum
kategori lain-lain bersamaan dengan 7%.

15
970204065250

4.2 Persepsi penghuni asrama terhadap prasarana yang disediakan di Asrama SMK
Muadzam Shah.

4.2.1 Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 4.2.1 menunjukkan persepsi responden terhadap kemudahan bilik yang


disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 2 : Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK


Muadzam Shah.

Bil. Persepsi Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Pelajar Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Terhadap Setuju (2) (3) (5)
Kemudahan (1)
f % f % f % f % f %
Bilik
1 Penghuni bilik 7 23.33 4 13.33 10 33.33 7 23.33 2 6.67
yang ramai.
2 Ruang bilik 5 16.67 10 33.33 11 36.67 2 6.67 2 6.67
yang kecil.
3 Fasaliti bilik 1 3.33 1 3.33 11 36.67 6 20 11 36.67
yang lengkap.
Sumber: Kajian Lapangan 2016

Rajah 4.2: Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK Muadzam
Shah.

16
970204065250

Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik


100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Penghuni bilik yang ramai Ruang bilik yang kecil Fasaliti bilik yang lengkap

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Rajah 5 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Bilik di Asrama SMK


Muadzam Shah.

100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Penghuni bilik yang ramai Ruang bilik yang kecil Fasaliti bilik yang lengkap

Setuju (Setuju dan Sangat Setuju)


Tidak Setuju (Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju dan Kurang Setuju)

Sumber : Kajian Lapangan 2016

17
970204065250

Berdasarkan Jadual 2, didapati paling ramai responden kurang setuju dengan


penyataan prasarana bilik yang mempunyai ruang bilik yang kecil dan fasaliti bilik yang
lengkap, iaitu seramai 11 orang responden bersamaan 36.67% memilih kurang setuju dan
sangat setuju. Disebaliknya paling sedikit seramai 1 orang responden memilih sangat
tidak setuju dan tidak setuju bersamaan 3.33% untuk penyataan fasaliti bilik yang
lengkap.

Seramai 2 orang responden memilih setuju dan sangat setuju untuk ruang bilik yang
kecil bersamaan 6.67% dan 2 orang responden turut memilih sangat setuju bagi kategori
penghuni bilik yang ramai. Walaubagaimanapun, seramai 4 orang memilih kurang setuju
bersamaan 13.33% bagi kategori penghuni bilik yang ramai dan seramai 7 orang memilih
sangat tidak setuju dan setuju bagi kategori penghuni bilik yang ramai iaitu 23.33%.

Manakala seramai 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih sangat tidak


setuju bagi kategori ruang bilik yang kecil dan 6 orang responden memilih setuju bagi
kategori fasaliti bilik yang lengkap bersamaan dengan 20%.

Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa hanya mempunyai 66.66% [14.43%


(sangat tidak setuju) + 16.67% (tidak setuju) + 35.56% (kurang setuju)] tidak setuju
dengan persepsi tersebut. Namun demikian, mempunyai seramai 33.34% [16.67%
(setuju) + 16.67% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana
bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.

18
970204065250

4.2.2 Persepsi Penghuni Asrama Terhadap Prasarana Dewan Makan

Jadual 4.2.2 menunjukkan persepsi responden terhadap prasarana dewan makan


yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 3 : Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Dewan Makan di Asrama


SMK Muadzam Shah.

Bil. Persepsi Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Pelajar Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Terhadap Setuju (2) (3) (5)
Prasarana (1)
f % f % f % f % f %
Dewan
Makan
1 Bilangan 2 6.67 2 6.67 4 13.33 10 33.33 12 40
kerusi dan
meja
mencukupi.
2 Lantai dewan 2 6.67 4 13.33 6 20 6 20.0 12 40
makan asrama
yang bersih.
3 Peralatan 0 0 5 16.67 11 36.67 4 13.33 10 33.33
makanan
seperti cawan
dan pinggan
makan yang
bersih.
Sumber : Kajian Lapangan 2016

19
970204065250

Rajah 6 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Dewan Makan

33.33
40 40

13.33

20
33.33
36.67
20

13.33
13.33
6.67 16.67
6.67 6.67 0
Bilangan kerusi meja mencukupi Lantai bersih Cawan dan pinggan bersih

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Rajah 7 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Dewan Makan.

20
970204065250

Setuju (Setuju, Sangat Setuju)


Tidak Setuju (Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, dan Kurang Setuju)
100%

90%

80%

70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Bilangan kerusi meja mencukupi Lantai bersih Cawan dan pinggan bersih

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berdasarkan Jadual 3, didapati paling ramai responden sangat setuju dengan


penyataan prasarana dewan makan yang mempunyai bilangan kerusi meja mencukupi
dan lantai yang bersih, iaitu seramai 12 orang responden bersamaan 40%. Disebaliknya
tiada responden memilih sangat tidak setuju dan untuk penyataan peralatan makanan
seperti cawan dan pinggan makan yang bersih.

Seramai 2 orang responden memilih sangat tidak setuju dan tidak setuju untuk kerusi
meja mencukupi dan lantai dewan makan bersih sangat tidak setuju bersamaan 6.67%
dan 4 orang responden turut memilih tidak setuju bagi kategori lantai dewan makan yang
bersih, kurang setuju bagi bilangan kerusi meja mencukupi dan setuju bagi kategori
cawan dan pinggan makan yang bersih bersamaan 13.33%. Bagi kategori lantai dewan
makan yang bersih, seramai 6 orang memilih kurang setuju dan setuju iaitu 20%.

Manakala seramai 10 orang responden bersamaan 33.33% memilih setuju dan sangat
setuju bagi kategori bilangan kerusi dan meja mencukupi dan peralatan makanan seperti
cawan dan pinggan makan yang bersih.

21
970204065250

Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa tidak setuju hanya mempunyai 40%
[4.44% (sangat tidak setuju) + 12.22% (tidak setuju) + 23.33% (kurang setuju)] tidak
setuju dengan persepsi tersebut. Namun demikian, setuju mempunyai seramai 60%
[22.22% (setuju) + 37.78% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang
prasarana dewan makan di Asrama SMK Muadzam Shah.

22
970204065250

4.2.3 Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Tandas di Asrama SMK Muadzam


Shah.

Jadual 4.2.3 menunjukkan persepsi responden terhadap prasarana tandas yang


disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 4: Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Tandas di Asrama SMK


Muadzam Shah.

Bil. Persepsi Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Pelajar Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Terhadap Setuju (2) (3) (5)
Prasarana (1)
f % f % f % f % f %
Tandas
1 Gangguan 9 30 9 30 6 20 3 10 3 10
bekalan air
2 Tandas yang 2 6.6 4 1.33 9 30 3 10 12 40
bersih 7
3 Kemudahan 1 3.3 5 16.67 7 23.33 5 16.67 12 40
tandas yang 3
lengkap
Sumber : Kajian Lapangan 2016

23
970204065250

Rajah 7 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Tandas di Asrama

100%

90%

80%

70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Gangguan bekalan air Tandas yang bersih Kemudahan tandas yang lengkap

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Rajah 8 : Persepsi Responden Terhadap Prasarana Tandas di Asrama

24
970204065250

Setuju (Setuju dan Sangat Setuju)


Tidak Setuju (Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju dan Kurang Setuju)

80%

57%
50%

50%

43%
20%

G an ggu an b ekal an ai r Tan d as y an g b er si h K em u d ah an t an d as y an g


l en g k ap

Sumber : Kajian Lapangan 2016

25
970204065250

Berdasarkan Jadual 4, didapati paling ramai responden sangat setuju dengan


penyataan prasarana tandas yang bersih dan berprasarana lengkap, iaitu seramai 12 orang
responden bersamaan 40% memilih sangat setuju. Disebaliknya paling sedikit seramai 1
orang responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 3.33% untuk penyataan
kemudahan tandas yang lengkap.

Seramai 2 orang responden memilih sangat tidak setuju bersamaan 6.67% bagi
kategori tandas yang bersih. Walaubagaimanapun, seramai 3 orang memilih setuju dan
sangat setuju bersamaan 10% bagi kategori gangguan bekalan air dan tandas yang bersih
dan seramai 4 orang memilih tidak setuju bagi kategori tandas yang bersih iaitu 13.33%.

Manakala seramai 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih tidak setuju dan
setuju bagi kategori kemudahan tandas yang lengkap dan 6 orang responden memilih
kurang setuju bagi kategori gangguan bekalan air bersamaan dengan 20%.

Seramai 7 orang responden menyatakan kurang setuju bersamaan 23.33% dengan


penyataan kemudahan tandas yang lengkap dan 9 orang responden menyatakan sangat
tidak setuju dan tidak setuju bagi gangguan bekalan air dan kurang setuju bagi kategori
tandas yang bersih iaitu 30%.

Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa tidak setuju hanya mempunyai 57.77%
[13.33% (sangat tidak setuju) + 20% (tidak setuju) + 24.44% (kurang setuju)] tidak setuju
dengan persepsi tersebut. Namun demikian, mempunyai seramai 42.22% [12.22%
(setuju) + 30% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana
tandas di Asrama SMK Muadzam Shah.

26
970204065250

4.2.4 Persepsi Responden Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar (Bilik Prep)
di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 4.2.4 menunjukkan persepsi responden terhadap prasarana bilik persedian


belajar (bilik prep) yang disediakan di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 5 : Analisis Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar


(Bilik Prep) di Asrama SMK Muadzam Shah.

Bil. Persepsi Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


Pelajar Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Terhadap Setuju (2) (3) (5)
Prasarana (1)
f % f % f % f % f %
Bilik
Persediaan
Belajar (Bilik
Prep)
1 Peralatan yang 1 3.33 1 3.33 2 6.67 14 46.67 12 40
disediakan
seperti meja
dan kerusi
mencukupi
2 Bilik prep 3 10 0 0 4 13.33 10 33.33 13 43.33
sesuai
digunakan
untuk pelajar
3 Bilangan 3 10 1 3.33 6 20 14 46.67 6 20
pengguna yang
sesuai untuk
pembelajaran.
Sumber : Kajian Lapangan 2016

27
970204065250

Rajah 9 : Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Persediaan Belajar (Bilik


Prep)

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju
100%

90%

80%

70%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

0%
Meja kerusi mencukupi Bilik prep sesuai digunakan Bilangan pengguna sesuai

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Rajah 10 : Persepsi Pelajar Terhadap Prasarana Bilik Prep

28
970204065250

Setuju (Setuju dan Sangat Setuju)


Tidak Setuju (Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju dan Kurang Setuju)

90.00%

80.00%

70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Meja kerusi mencukupi Bilik prep sesuai digunakan Bilangan pengguna sesuai

Sumber : Kajian Lapangan 2016

29
970204065250

Berdasarkan Jadual 5, didapati paling ramai responden setuju dengan penyataan


meja dan kerusi yang mencukupi serta bilangan pengguna yang sesuai untuk
pembelajaran, iaitu seramai 14 orang responden bersamaan 46.67%. Disebaliknya paling
sedikit tiada responden memilih tidak setuju bagi penyataan bilik prep yang sesuai
digunakan iaitu 0%.

Seramai 2 orang responden memilih setuju untuk meja dan kerusi yang mencukupi
bersamaan 6.67% dan 3 orang responden turut memilih sangat tidak setuju bagi kedua-
dua kategori iaitu bilik prep sesuai digunakan dan bilangan pengguna yang sesuai iaitu
10%. Walaubagaimanapun, seramai 4 orang memilih kurang setuju bersamaan 13.33%
bagi kategori bilik prep sesuai digunakan dan seramai 6 orang memilih kurang setuju
bagi kategori penghuni bilik yang ramai iaitu 23.33%.

Manakala seramai 5 orang responden bersamaan 16.67% memilih sangat tidak setuju
bagi kategori ruang bilik yang kecil dan 6 orang responden memilih setuju dan sangat
setuju bagi kategori bilangan pengguna yang sesuai bersamaan dengan 20%.

Seramai 10 orang responden menyatakan setuju bersamaan 33.33% dengan


penyataan bilik prep sesuai digunakan, 12 responden menyatakan sangat setuju bagi
kenyataan meja dan kerusi yang mencukupi dan 13 orang responden memilih sangat
setuju bagi penyataan bilik prep yang sesuai digunakan iaitu 43.33%.

Berdasarkan graf di atas memaparkan bahawa hanya mempunyai 23.33% [7.78%


(sangat tidak setuju) + 2.22% (tidak setuju) + 13.33% (kurang setuju)] tidak setuju
dengan persepsi tersebut. Namun demikian, mempunyai seramai 76.66% [42.22%
(setuju) + 34.44% (sangat setuju)] responden bersetuju dengan persepsi tentang prasarana
bilik persedian belajar (bilik prep) di Asrama SMK Muadzam Shah.

30
970204065250

4.3 Faktor-faktor Tarikan Pelajar Tinggal Di Asrama SMK Muadzam Shah.

Jadual 6 menunjukkan faktor-faktor pelajar tinggal di asrama SMK Muadzam Shah,


Pahang.

Jadual 6: Analisis Faktor-faktor Responden Tinggal di Asrama SMK Muadzam


Shah.

Bil. Faktor- Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat


faktor Tidak Setuju Setuju (4) Setuju
Pelajar Setuju (1) (2) (3) (5)
f % f % f % f % f %
Tinggal Di
Asrama
1 Mencari 1 3.33 1 3.33 5 16.67 11 36.67 12 40
keselesaan
untuk belajar
2 Paksaan dari 10 33.33 9 30 3 10 4 13.33 4 13.33
ibu bapa
3 Jarak rumah 2 6.67 2 6.67 6 20 10 33.33 10 33.33
yang jauh
4 Belajar 1 3.33 0 0 2 6.67 14 46.67 13 43.33
berdikari
5 Pengaruh dari 7 23.33 5 16.67 6 20 8 26.67 4 13.33
rakan sebaya

31
970204065250

Rajah 11 : Faktor-faktor Tinggal Di Asrama SMK Muadzam Shah

100%
90%
80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%
10%
0%
Keselesaan Paksaan ibu bapa Jarak rumah jauh Belajar berdikari Pengaruh rakan
belajar

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Kurang Setuju


Setuju Sangat Setuju

Sumber : Kajian Lapangan 2016

32
970204065250

Rajah 12 : Faktor-faktor Tinggal Di Asrama SMK Muadzam Shah

90.00%

80.00%

70.00%

60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
Keselesaan Paksaan ibu bapa Jarak rumah jauh Belajar berdikari Pengaruh rakan
Belajar

Setuju (Setuju dan Sangat Setuju)


Tidak Setuju (Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju dan Kurang Setuju)

Sumber : Kajian Lapangan 2016

Berdasarkan Jadual 6, didapati paling ramai responden setuju dengan penyataan


belajar berdikari, iaitu seramai 14 orang responden bersamaan 46.67%. Disebaliknya
paling sedikit tiada responden memilih tidak setuju iaitu 0% bagi kategori belajar
berdikari juga.

Seramai seorang responden memilih tidak setuju dan sangat tidak setuju untuk
mencari keselesaan belajar serta belajar berdikari dan 2 orang responden turut memilih
tidak setuju dan sangat tidak setuju bagi penyataan jarak rumah yang jauh dan 2
responden juga kurang setuju untuk faktor belajar berdikari iaitu 6.67%.
Walaubagaimanapun, seramai 3 orang responden memilih kurang setuju bersamaan 10%
bagi penyataan paksaan dari ibu bapa dan seramai 4 orang memilih setuju dan sangat

33
970204065250

setuju bagi penyataan paksaan dari ibu bapa dan sangat setuju juga bagi penyataan
pengaruh dari rakan bersamaan dengan 13.33% dan 5 responden tidak setuju bagi faktor
pengaruh dari rakan iaitu 16.67%.

Manakala seramai 6 orang responden bersamaan 20% memilih kurang setuju bagi
kategori jarak dari rumah jauh dan pengaruh rakan. 7 orang responden memilih faktor
sangat tidak setuju bagi kategori pengaruh dari rakan iaitu 23.33%.

Seramai 8 orang responden menyatakan setuju bersamaan 26.67% dengan faktor


pengaruh dari rakan sebaya, 9 responden menyatakan tidak setuju bagi penyataan
paksaan dari ibu bapa bersamaan 30% dan 10 responden memilih sangat tidak setuju bagi
faktor paksaan dari ibu bapa manakala setuju dan sangat setuju bagi faktor jarak rumah
yang jauh bersamaan 33.33%. Selain itu, seramai 11 responden yang setuju dengan faktor
mencari keselesaan untuk belajar dengan peratusan 36.67%.

Manakala seramai 12 responden yang sangat setuju dengan faktor mencari keselesaan
untuk belajar bersamaan 40% dan 13 responden sangat setuju bahawa belajar berdikari
merupakan salah satu faktor pelajar tinggal di asrama.

5.0 Rumusan

Secara kesimpulannya, terdapat 2 objektif yang telah dikenal pasti dalam kajian ini.
Kajian ini di Asrama SMK Muadzam Shah, objektif kajian adalah untuk mengenal pasti
persepsi pelajar asrama terhadap kemudahan asas yang disediakan di asrama SMK
Muadzam Shah dan mengkaji faktor-faktor pelajar asrama untuk tinggal di asrama SMK
Muadzam Shah.

Untuk mencapai objektif kajian tersebut, sebanyak 30 orang pelajar asrama di SMK
Muadzam Shah telah dipilih sebagai responden.

34
970204065250

5.1 Persepsi pelajar mengenai kemudahan asas yang disediakan di Asrama SMK
Muadzam Shah.

Dapatan kajian juga mendapati terdapat 3 persepsi bagi setiap unit kemudahan yang
disediakan bagi mengenal pasti persepsi mereka terhadap kemudahan asas yang
disediakan di asrama SMK Muadzam Shah. Menurut soal selidik yang telah dijalankan,
responden telah menjawab soal selidik mengikut kenyataan yang telah disenaraikan dan
juga telah menyatakan persetujuan mereka dalam setiap penyataan tersebut.

Antara kemudahan asas yang disediakan adalah bilik, dewan makan, tandas dan juga
bilik persediaan belajar (bilik prep) bagi memudahkan kegiatan seharian yang dilakukan
oleh pelajar asrama.

5.2 Faktor-faktor pelajar tinggal di Asrama SMK Muadzam Shah

Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat 5 faktor yang menarik minat pelajar
asrama untuk tinggal di asrama. Menurut soal selidik yang dijalankan, mereka setuju
dengan faktor-faktor yang dikemukakan di dalam soalan.

Salah satu faktor tersebut adalah mencari keselesaan belajar, paksaan ibu bapa, jarak
rumah yang jauh dari sekolah, belajar berdikari dan juga pengaruh rakan mereka. Hal ini
kerana mereka mempunyai kepentingan yang tersendiri bag meneruskan kelangsungan
hidup mereka.

5.3 Kesimpulan

Hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati persepsi mereka terhadap kemudahan
asas yang disediakan di asrama SMK Muadzam Shah berbeza bagi setiap unit
pembahagian. Daripada kesemua unit-unit tersebut kemudahan asas yang mendapat
perhatian mereka adalah kemudahan asas bilik di Asrama SMK Muadzam Shah.

Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang dijalankan, didapati pelbagai faktor
yang menarik minat pelajar untuk tinggal di asrama antara faktornya adalah mencari
keselesaan belajar, paksaan ibu bapa, jarak rumah yang jauh dari sekolah, belajar
berdikari dan juga pengaruh rakan mereka. Daripada kelima-lima faktor tersebut, didapati

35
970204065250

faktor belajar berdikari merupakan faktor utama mereka untuk tinggal di asrama.
Daripada kajian ini, diharapkan pihak berkenaan terutamanya pihak sekolah dapat
mencari jalan dalam menangani persepsi para pelajar dalam menjamin kecemerlangan
asrama dan juga sekolah.

RUJUKAN

http://maps.google.com, google maps.

Kamus Dewan, 2007. Edisi Keempat.

Asrama SMK Muadzam Shah

Berita Harian, 02 November 2007. Kuasai Bahasa Inggeris melalui Sains dan
Matematik.

http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/20111007_Noremy.pdf

36
970204065250

LAMPIRAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MUADZAM SHAH

ASRAMA PELAJAR LELAKI

37
970204065250

ASRAMA PELAJAR PEREMPUAN

BILIK PERSEDIAAN BELAJAR (BILIK PREP)

38
970204065250

39
970204065250

TANDAS

DEWAN MAKAN ASRAMA

40
970204065250

BILIK TIDUR

41

You might also like