You are on page 1of 3

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Yang saya hormati, Dr Haji Ridzuan bin Ahmad


Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Yang berusaha, Tuan Abdul Rahim bin Othman


Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim
Tidak dilupakan juga kepada ahli-ahli panel undangan kita pada pagi yang muliaini.
Ketua-ketua Jabatan, kakitangan jabatan dan agensi, saudari pengacara majlis, para
pensyarah, serta para guru pelatih IPG Kampus Sultan Abdul Halim yang saya kasihi
sekalian.
Topik forum kita pada hari ini Isu-isu yang dihadapi oleh para pendidik bahasa Inggeris.

Baiklah di sebelah kiri saya, ahli panel kita yang pertama saudari Lau Jun Jing. yang
merupakan alumni IPGKSAH Selamat datang saya ucapkan kepada saudari Lau Jun
Jing.
Seterusnya ahli panel kita yang kedua lagi bergaya, saudari Lee Jia Xi. Beliau JUGA
MERUPAKAN ALUMNI IPGKSAH. Selamat datang saya ucapkan kepada saudari.

Sebelum saya memulakan perbincangan ini,izinkan saya mengupas sedikit tentang


tajuk forum ini.
Bahasa Inggeris adalah salah satu bahasa yang paling meluas penggunaannya di
seluruh dunia. Malah, walaupun di luar dari negara seperti A.S. dan U.K., ramai orang
boleh bertutur dan memahami bahasa Inggeris. Dan jika anda mengambil kira orang
yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka, terdapat hampir 1
bilion orang dari seluruh dunia boleh bertutur dalam bahasa Inggeris. Selain itu, 67
buah negara menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama mereka dan terdapat
27 buah negara yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua mereka.
Maka sudah jelas bahawa bahasa Inggeris merupakan sebuah bahasa yang sangat
penting dalam kehidupan kita dan perlu dikuasai sejak kecil lagi. Namun, begitu,
terdapat Isu-isu yang dihadapi oleh para pendidik bahasa Inggeris.
Baiklah. Soalan saya kepada panel pertama,saudari Lau Jun Jing seperti mana
yang kita ketahui, terdapat pelbagai isu-isu yang dihadapi oleh para pendidik Bahasa
Inggeris pada masa kini. Pada pendapat anda, apakah isus-isu yang sebenarnya
dihadapai oleh para guru pada masa kini ? Dipersilakan
After esther presents:
Terima kasih kepada saudari Jun Jing atas perkongsian beliau sebentar tadi
berkenaanisu-isu yang dihadapi oleh guru Bahasa Inggeris. Saya tertarik dengan
pandangan beliau bahawa kebanyakan rakyat Malaysia masih tidak dapat menguasai
kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris. Seperti
mana yang dinyatakan oleh saudari sebentar tadi adalah benar. Bukan itu sahaja,
beliau juga telah menyatakan bahawa kekurangan guru bahasa Inggeris yang
berkelayakan serta keupayaan yang lemah untuk bertutur dalam bahasa Inggeris
merupakan kekangan rakyat Malaysia dalam menguasai bahasa Inggeris.
Bolehkah saudari Lee Jia Xi mengemukakan pandangan saudari mengenai tajuk ini?
Dipersilakan.
after jia xi presents
Terima kasih kepada panel kedua kita, seperti yang dinyatakan tadi saya bersetuju
dengan pendapat saudari bahawa, terdapat guru berkenaan mengajar komsas dan
bahasa Inggeris sebagai entiti yang berasingan. Bukan itu sahaja, kekurangan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi.
Saya juga ingin mengemukakan beberapa pandangan saya tentang isu-isu yang
dihadapi oleh guru bahasa inggeris. Pada pendapat saya, language anxiety iaitu
ketidakselesaan dalam menggunakan bahasa asing merupakan salah satu masalah
yang dihadapi oleh guru pada masa sekarang. Pelajar yang tidak mempraktikkan
bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda mereka mungkin mengalami kerisauan bahasa
dan mereka tidak akandapat mengambil bahagian secara aktif di dalam kelas kerana
mereka selalu mempunyai perasaan tegang dan ketakutan. Hal ini bukan sahaja
memberi kesan kepada murid malah ia juga menjadi penghalang kepada para guru
untuk menjalankan proses PdP.
Selain itu, isu lain yang dihadapi oleh guru ialah penggunaan kaedah pengajaran yang
tidak sesuai. Sebilangan guru mendapati bahawa beberapa kaedah seperti aktiviti
penulisan yang digunakan dalam mengintegrasikan bahasa Inggeris di seluruh
kurikulum kebangsaan adalah tidak berkesan. Berdasarkan kajian oleh Choe & Batii
(2019), hasilnya menunjukkan bahawa aktiviti menulis adalah salah satu kemahiran
paling sukar untuk diajar dan kajian juga dijumpai bahawa aktiviti menulis dalam buku
teks tidak berkesan untuk mengajar menulis bukan sahaja dalam bahasa Inggeris tetapi
merentasi pelbagai mata pelajaran lain. Hal ini menyebabkan murid-murid kehilangan
tumpuan dalam kelas lalu menyebabkan proses PdP tidak berjalan lancar.
Seterusnya, isu lain yang dihadapi oleh guru Bahasa Inggeris ialah kekurang
kompetensi dalam kalangan guru. Guru -guru perlu mendapatkan pengetahuan secara
meluas dan kecekapan memanfaatkan teknologi sehingga pelajar dapat belajar dalam
suasana bilik darjah yang menyeronokkan dan kondusif. Walaupun kebanyakan guru
menguasai kemahiran asas ICT seperti pemproses kata, hamparan, dan persembahan
slaid masih ada kurang tahap yang maju seperti membuat grafik dan animasi
interaktif.Akhirnya, isu lain yang sering dihadapi oleh guru ialah persepsi guru yang
berbeza pendapat. Sebilangan guru mungkin merasa tidak semangat dan mempunyai
harga diri yang rendah kerana mereka kekurangan latihan kerana kurikulum bersepadu
disiratkan. Walaupun sebilangan kecil guru telah menghadiri bengkel tersebut yang
disediakan oleh KPM, hasil penyelidikan semasa menunjukkan bahawa lebih banyak
latihan diperlukan.
sudah terang lagi bersuluh bahawa Bahasa Inggeris adalah sangat penting dan bagi
mengatasi masalah ini beberapa langkah perlu diambil. Bagi mengekang isu ini, kita
harus mula mengambil langkah dari akar dahulu. Kementerian Pendidikan Malaysia
seharusnya perlu menjalankan bengkel dan latihan kemahiran bagi guru-guru untuk
mengasah kemahiran mereka. Seterusya, guru pula perlu memastikan bahawa mereka
meningkatkan kemahiran ICT mereka untuk mengdakan proses PdP yang interaktif.
Bukan itu sahaja, mereka juga perlu menyediakan suasana kelas yang mempraktikkan
bahasa inggeris sahaja agar mereka dapat mengasah bahasa inggeris.

You might also like