You are on page 1of 7

‫سكوله كبغساءن تلوق كالوغ‬

SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK KALONG


24000 KEMAMAN, TERENGGANU DARUL IMAN.
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2015


KAJIAN TEMPATAN TAHUN 6

NAMA: ……………………………………………………………………..………..………………………
TAHUN ENAM ………………………………….. TARIKH: ……… OKTOBER 2015
Arahan:

Pilih jawapan yang betul kemudian hitamkan ruangan pada kertas jawapan.

1. Sumber semula jadi terdiri daripada sumber hutan, laut dan ………………….(ms1)
A. manusia B. haiwan C. mineral D. air mata air

2. Sumber hutan yang terdapat di Malaysia adalah seperti di bawah KECUALI …. (ms4)
A. padi B. buluh C. rotan D. bakau

3. Jongkong …………………………….. digunakan untuk membuat piuter, tin makanan dan plak
cenderamata (ms7)
A. Arang batu B. Plastik C. Emas D. Bijih timah

4. Tumbuhan herba seperti mas cotek dan misai …………… diproses menjadi ubat-ubatan
(ms8)
A. beruang B. tupai C. kucing D. singa

5. Tiram banyak dipelihara dalam laut di perairan …………………………, Sabah. (ms 9)


A. Sibu B. Semporna C. Segamat D. Sabak Bernam
6. Manakah antara berikut adalah contoh industri berat? (ms15)
A. Membuat perabot C. Membuat pakaian
B. Membuat kereta D. Membuat air minuman

7. Menenun kain songket, membuat keropok lekor, mengukir kayu dan memproses
kerepek pisang merupakan industri ………………….. (ms 17)
A. pemprosesan B. desa C. ringan D. berat

8. Pokok ………………….. sesuai ditanam di kawasan beralun, bertanih laterit dan bersaliran
baik. (ms23)
A. nanas B. kelapa C. getah D. pisang

9. Amirul tinggal di Chendering, Terengganu. Bapanya bekerja sebagai ……………. (ms24)


A. nelayan B. petani C. penternak D. penoreh

10. Anggota tentera merupakan pekerja sektor ………………………. (ms33)


A. awam B. koperasi C. swasta D. syarikat

11. Kegiatan membalak menyebabkan kawasan hutan menjadi kawasan ………………………….


(ms 43)
A. berpasir B. lombong C. belukar D. landskap

12. Keadaan berjerebu disebabkan oleh pencemaran ………………………….(ms45)


A. air B. bunyi C. darat D. udara

13. Kilang kimia banyak menghasilkan sisa ……………… yang boleh menjejaskan kesihatan
manusia dan haiwan.(ms47)
A. pepejal B. biomas C. keladak D. toksik

14. Pokok periuk kera merupakan antara tumbuh-tumbuhan yang mengalami


……………………………. (ms49)
A. kemusnahan B. kepupusan C. kehilangan D. kematian
15.Cara menangkap ikan yang tidak sesuai digunakan ialah ……………….(ms50)
A. pukat tunda B. mengail C. bubu D. jala

16. Rantau Abang, Terengganu terkenal sebagai pusat pemuliharaan ………………..(ms54)


A. musang B. penyu C. itik D. berudu

17. Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan menjelaskan kedudukan bahasa


…………………….. sebagai bahasa rasmi negara. (ms60)
A. Inggeris B. Tamil C. Cina D. Melayu

18. Umat Islam bersembahyang Jumaat di …………………… (ms61)


A. masjid B. surau C. madrasah D. balai raya

19. Parti Perikatan terdiri daripada parti UMNO, MCA dan ……………… (ms62)
A. MIC B. TATIUC C. MSC D. KFC

20. Apakah perjanjian yang telah ditandatangani oleh Rombongan Kemerdekaan 1956?
(ms64)
A. Hudaibiyah B. Selangor C. London D. Jepun

21. Pada 30 Ogos 1957, tepat pukul 12.00 tengah malam, di hadapan Padang Kelab
Selangor, Kuala Lumpur, bendera ………………………… diturunkan. (ms67)
A. Jalur Gemilang B. Union Jack C. John Master D. Merah

22. Tunku Abdul Rahman telah melaungkan seruan “MERDEKA” sebanyak ………………. kali
ketika upacara perisytiharan kemerdekaan (ms67).
A. empat B. tujuh C. sepuluh D. tiga belas

23. Perdana Menteri Kedua Malaysia ialah ……………………………………………. (ms68)


A. Dato’ Onn bin Jaafar C. Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein
B. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj D. Tun Fuad Stephens
24. Tunku Abdul Rahman diputerakan di ……………………………………, Kedah (ms 69)
A. Baling B. Sungai Petani C. Kulim D. Alor Setar

25. Lagu ………………………………………………. sering kali didendangkan menyambut


kemerdekaan. (ms 70)
A. Ulik Mayang C. Burung Nuri
B. Tiga Kupang D. Tanggal 31 Ogos

26. Pada 9 Ogos 1965, …………………….. telah keluar daripada Malaysia. (ms 74)
A. Indonesia B. Mexico C. Singapura D. Arab Saudi

27. Warisan Negara diklasifikasikan kepada dua iaitu ………..(ms77)


I. Warisan harta III. Warisan nenek moyang
II. Warisan sejarah IV. Warisan kesenian
A. I dan II B. II dan III C. II dan IV D. III dan IV

28. Bangunan Stadhuys yang dibina oleh penjajah Belanda terletak di……………(ms79)
A. Melaka B. Johor C. Kelantan D. Kedah

29. …………………….. Negara merupakan agensi kerajaan yang bertanggungjawab


memelihara, memulihara dan menyimpan dokumen sejarah bagi tujuan penyelidikan.
(ms81)
A. Artifak B. Arkib C. Muzium D. Stadium

30. Bidang muzik yang manakah BUKAN yang diwartakan sebagai warisan kesenian
negara? (ms84)
A. Ghazal B. Boria C. Rock n Roll D. Dikir Barat

31. Permainan tradisional adalah seperti di bawah KECUALI ………………. (ms86)


A. Galah Panjang C. Congkak
B. Gula Batu D. Batu Seremban
32. Kesejahteraan negara dapat dicapai dengan amalan ………………. (ms94)
A. inflasi B. berdedikasi C. integrasi D. demokrasi

33. Di Malaysia, pilihan raya diadakan setiap ……………….. tahun. (ms96)


A. tiga B. empat C. lima D. enam

34. Siapakah Ketua Negara? (ms98)


A. Perdana Menteri C. Yang di-Pertuan Agong
B. Menteri Besar D. Ketua Menteri

35. Di negara kita, telekomunikasi berkembang pesat dengan penubuhan……….(ms102)


A. Koridor Raya Multimedia C. Koridor Raya Media Massa
B. Koridor Raya Makmal Bahasa D. Koridor Raya Depan Mata

36. Proses pembelajaran di sekolah bestari melibatkan penggunaan computer, CD


interaktif dan ………………………… (ms 102)
A. televisyen B. radio C. video D. internet

37.Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur merupakan lapangan terbang


………………………. di Asia. (ms 104)

A. termoden B. terbesar C. terkenal D. efisien

38. Sistem kereta api seperti komuter, transit aliran ringan dan ……………………….. terdapat
di bandar besar untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. (ms 105)

A. dermaga B. monorel C. kargo D. kontena

39. Negeri paling besar di Malaysia ialah …………………………………… (am)


A. Pahang B. Kelantan C. Kedah D. Sarawak

40. Prinsip Rukunegara yang ketiga ialah…………………. (am)


A. Kepercayaan kepada Tuhan
B. Kedaulatan undang-undang
C. Keluhuran perlembagaan
D. Kesetiaan kepada raja dan negara
SKEMA JAWAPAN KAJIAN TEMPATAN T6 PAT 2015

1 C 9 A 17 D 25 D 33 C
2 A 10 A 18 A 26 C 34 C
3 D 11 C 19 A 27 C 35 A
4 C 12 D 20 C 28 A 36 D
5 B 13 D 21 B 29 B 37 A
6 B 14 B 22 B 30 C 38 B
7 B 15 A 23 C 31 B 39 D
8 C 16 B 24 D 32 D 40 C

SELAMAT MENJAWAB

SOALAN TAMAT

ZAH/KT T6/OKT ‘14

You might also like