You are on page 1of 8

PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih
kepada Encik Ilamaran A/L Subramaniam, pengetua SMK Taman Ehsan dan Puan
Noraisah Bt Othman, Penolong Kanan Tingkatan 6 kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk menjalankan kerja khusus saya.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ab Rahman bin
Muhammad, guru Pengajian Am, kerana membantu saya dalam proses menyiapkan
kerja khusus ini. Beliau turut meluangkan banyak masa untuk menyemak dan
membetulkan kesilapan. Beliau sudi memberinasihat dalam menyiapkan kerja
khusus ini.

Di samping itu, ucapan terima kasih tak terhingga kepada ahli keluarga kerana
mereka telah memberi banyak sokongan dan motivasi kepada saya. Merka juga
membantu dari segi kewangan sepanjang masa.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Erin Eliena bt Daswir, Siti
Darwisyah bt Mohd Farid dan Muhamad Shafiqul Aiman bin Abdul Jalil yang sudi
meluangkan masa untuk saya temu bual. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih
kepada responden-responden yang telah memberi kerjasama yang baik kepada saya.
Teriam kasih diucapkan kepada kawan-kawan yang sering memberi dorongan untuk
menyiapkan kerja khusus ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang
membantu dalam menyiapkan kerja khusus ini.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini :

i) Mengenal pasti jenis-jenis jenama pencuci muka yang digunakan oleh


penduduk di Kampung Klang Gate
ii) Faktor-faktor kesetiaan jenama pencuci muka dalam kalangan penduduk
di Kampung Klang Gate
Terdapat dua buah sekolah yang dibina di kawasan ini iaitu Sekolah Kebangsaan
Kampung Klang Gate dan Sekolah Rendah Agama Kampung Klang Gate
4.0 MEDOTOLOGI KAJIAN

Menurut Hornby (1985) ( dalam Nor Hidayahbinti Mohamed , 2004) ,


metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk menjalankan kajian ke
atas subjek kajian yang tertentu . Oleh itu , bahagian ini akan membincangkan
instrumen kajian , cara pengumpulan data dan cara analisis data.

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan . Kajjian tinjauan merupakan satu


rangka rujuk mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan ,
pengukuran dan analisis data . Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis
pencuci muka yang digunakan oleh penduduk di Kampung Klang Gate dan
mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan penduduk di Kampung Klang Gate
memilih jenama pencuci muka tersebut .

4.1 INSTRUMEN KAJIAN


Instrumen ialan proses menyediakan alat mengumpul data menerus konsep
yang dengan berkaitan sikap , persepsi , pandangan dan keterangann latar belakang .
Dalam kajian ini , instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan borang temu bual , borang soal selidik , kaedah rujukan .

Kaedah Instrumen kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Borang temu bual ,
rujukan

4.1.1 SOAL SELIDIK


Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji sediakan untuk mendapat dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian . Borang soal
selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A , Bahagian B dan Bahagian
C . Bahagian A adalah mengenai maklumat diri responden manakala Bahagian B
adalah soalan mengenai jenis-jenis pencuci muka yang digunakan oleh penduduk di
Kampung Klang Gate . Bahagian C adalah soalan mengenai faktor-faktor yang
menyebabkan penduduk di Kampung Klang Gate memilih jenama pencuci muka
tersebut . Kajian ini menggunakan skala pemarkahan likert tiga mata yang
mengandungi tiga aras, iaitu 1 = Tidak setuju, 2 = Tidak pasti, 3 = Setuju.

Jadual 4.1 Skala likert 3 aras digunakan


Setuju 3
Tidak Pasti 2
Tidak Setuju 1

4.1.2 TEMU BUAL


Kaedah temu bual dilakukan secara tidak formal yang melibatkan orang
persendirian yang merupakan penduduk Kampung Klang Gate. Pengkaji
menyediakan boring temu bual yang mengandungi 5 soalan. Telefon bimbit
digunakan dalam kaedah ini untuk merakamkan isi-isi setiap temu bual. Dalam
kajian ini, pengkaji telah menemu bual ………………………….

4.1.3 RUJUKAN ARKIB


Seterusnya, kaedah ketiga yang digunakan oleh pengkaji adalah melalui
kaedah rujukan. Kaedah rujukan arkib telah digunakan oleh pengkaji dengan cara
merujuk kepada kamus dewan. Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji telah
melawat Pusat Sumber Smk Taman Ehsan bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan
untuk memperoleh maklumat berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, pengkaji telah
menggunakan sumber Internet sebagai rujukan tambahan bagi memperoleh
maklumat. Pengkaji telah melayari laman web rasmi yang berkaitan dengan
penggunakan pencuci muka.

4.2 SAMPEL KAJIAN


Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk, 30 set boring soal selidik
akan diberikan kepada mereka secra rawak mudah untuk memperoleh data yang
lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 2 orang akan dipilih untuk ditemu bual. Selain itu,
kaedah rujukan akan dilakukan oleh pengkaji sendiri.

4.3 CARA PENGUMPULAN DATA


Data dan maklumat kajian ini dikumpulkan menggnakan kaedah soal selidik,
temu bual dan kepustakaan.

4.3.1 SOAL SELIDIK


Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk dari kawasan
Kampung Klang Gate. Daripada jumlah keseluruhan penduduk adalah terdiri
daripada ….. orang lelaki dan ….. orang perempuan dari penduduk di kawasan
Kampung Klang Gate akan diambil sebagai responden. Responden terbatas kepada
penduduk yang mendiami berhampiran kawasan Kampung Klang Gate dan mengisi
boring soal selidik dengan lengkap pada hari kejadian dijalankan. Bagi teknik
persampelan yang rawak mudah di mana dengan menggunakan prosedur
persampelan ini, setiap penduduk di Kampung Klang Gate mempunyai peluang yang
sama untuk dipilih sebagai seorang responden.

4.3.2 TEMU BUAL


Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Dalam pada itu, pengkaji akan
menemu bual 2 orang yang tinggal di kawasan Kampung Klang Gate. Tujuan utama
temu bual ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis jenis-jenis pencuci muka yang
digunakan oleh penduduk di Kampung Klang Gate dan mengkaji faktor-faktor yang
menyebabkan penduduk di Kampung Klang Gate memilih jenama pencuci muka
tersebut. Di samping itu, pengkaji akan meminta pendapat responden tentang temu
bual.

4.3.3 RUJUKAN ARKIB


Pengkaji akan menggunakan kaedah kepustakaan untuk memperoleh
maklumat sebagai sokongan dalam perbincangan kajian. Pengkaji telah mencari
banyak perkataan dengan maknanya daripada Kamus Dewan sebagai sokongan hasil
kerja.

4.4 CARA ANALISIS DATA


Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang
berbentuk skala Likert. Selain itu, dalam aspek penganalisisan data, pengiraan
manual akan diguna pakai. Oleh sebab itu, kekerapan dan peritus sahaja akan
dijadikan data untuk dianalisis. Data yang dikumpulkan akan disembah dalam
bentuk grafik iaitu graf bar, carta dan jadual.

4.5 RUMUSAN
Medotologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan
dan kesahan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkajia akan mengikut
tatacara kajian yang ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrument
yang telah dikenal pasti ( LAMPIRAN )
5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Bahagian ini keputusan analisis data berdasarkan pandangan responden terhadap
jenis-jenis jenam pencuci muka yang digunakan oleh penduduk di Kampung Klang
Gate dan faktor-faktor yang menyebabkan penduduk di Kampung Klang Gate
memilih jenama pencuci muka tersebut.

5.1 ANALISIS MAKLUMAT RESPONDEN PENDUDUK DI KAMPUNG


KLANG GATE

5.1.1 JANTINA RESPONDEN PENDUDUK DI KAMPUNG KLANG GATE

Jantina Bilangan Peratusan (%)


Rresponden ( orang )
Lelaki 12 40.00
Perempuan 18 60.00
JUMLAH 30 100
Jadual 1 : Jantina Responden Penduduk di Kampung Klang Gate
Sumber : Kajian Lapangan 2021

Jantina

40%

60%

Lelaki Perempuan

Carta 1 : Jantina Responden Penduduk di Kampung Klang Gate


Sumber : Kajian Lapangan 2021

You might also like