You are on page 1of 44

KONVENSYEN

Mengenai Hak Kanak-Kanak


KONVENSYEN
Mengenai Hak Kanak-Kanak

Telah diterima pakai oleh


Perhimpunan Agong
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada 20 November 1989

(Malaysia mengekalkan reservasi terhadap


Perkara 1, 2, 7, 13, 14, 15. 28(1)(a) dan 37 dalam
Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak)
KONVENSYEN
Mengenai Hak Kanak-Kanak

MUKADIMAH
.........................................................................................................................................................................

Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen,

Menimbangkan bahawa, mengikut prinsip-prinsip yang


diproklamasikan dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,
pengiktirafan kemuliaan yang sedia ada dan hak-hak yang sama rata
dan tidak terpisah bagi seluruh ahli keluarga manusia ialah asas
kebebasan, keadilan dan keamanan di dunia,

Mengingati bahawa rakyat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah,


dalam Piagam, sekali lagi mengesah kepercayaan mereka terhadap
hak asasi manusia dan kemuliaan dan nilai diri manusia, dan telah
bertekad untuk menggalakkan perkembangan sosial dan taraf hidup
yang lebih baik dalam kebebasan yang lebih luas,

Mengiktirafkan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah,


dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia dan dalam Waad-Waad
Antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia, memproklamasikan dan
bersetuju bahawa tiap-tiap orang berhak untuk mendapat semua hak
dan kebebasan yang dinyatakan dalamnya, tanpa perbezaan apa jua
pun, seperti bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, pandangan politik
atau pandangan lain, asal-usul bangsa atau sosial, harta, status kelahiran
atau status lain,

Mengenangkan bahawa, dalam Perisytiharan Sejagat Hak Asasi


Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memproklamasikan
bahawa zaman kanak- kanak berhak kepada jagaan dan bantuan khas,

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

5
Meyakinkan bahawa keluarga, sebagai kumpulan asasi dalam
masyarakat dan merupakan persekitaran semulajadi bagi
pertumbuhan dan kesejahteraan semua ahlinya dan terutamanya
kanak-kanak, patut diberi perlindungan dan bantuan yang diperlukan
supaya ia boleh menjalankan dengan sepenuhnya tanggungjawabnya
dalam komuniti,

Mengiktirafkan bahawa kanak-kanak, untuk perkembangan yang


sepenuhnya dan berharmoni bagi personalitinya, patut membesar
dalam persekitaran kekeluargaan, dalam suasana bahagia, kasih sayang
dan persefahaman,

Menimbangkan bahawa kanak-kanak patut bersedia sepenuhnya


untuk hidup dalam kehidupan individu dalam masyarakat, dan dibesarkan
dalam semangat ideal yang diproklamasikan dalam Piagam Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu, dan secara khususnya dalam semangat
keamanan, kemuliaan, toleransi, kebebasan, kesamaan dan perpaduan,

Mengingati bahawa keperluan untuk memperluas jagaan tertentu


kepada kanak-kanak telah dinyatakan dalam Perisytiharan Geneva
Mengenai Hak Kanak-Kanak 1924 dan dalam Perisytiharan Hak
Kanak-Kanak yang diterima pakai oleh Perhimpunan Agung pada 20
November 1959 dan diiktirafkan dalam Perisytiharan Sejagat Hak
Asasi Manusia, dalam Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivil
dan Politik (terutama dalam perkara 23 dan 24), dalam Waad
Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan
(terutama perkara 10) dan dalam statut dan surat cara yang berkaitan
agensi khusus dan pertubuhan antarabangsa yang bersangkut-paut
dengan kebajikan kanak-kanak.

Mengingati bahawa sebagaimana yang ditunjukkan dalam Perisytiharan


Hak Kanak-Kanak, “kanak-kanak itu oleh sebab dia belum matang dari
segi fizikal dan mental, memerlukan pelindung dan jagaan khas

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

6
termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya, sebelum
dan juga selepas lahir”.

Mengenangkan peruntukan Perisytiharan mengenai Prinsip-Prinsip


Sosial dan Undang-Undang yang berhubungan dengan Perlindungan dan
Kebajikan Kanak-Kanak, dengan Rujukan Khas kepada Penempatan
Keluarga Angkat dan Pengangkatan Kebangsaan dan Antarabangsa;
Kaedah-Kaedah Standard Minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
bagi Pentadbiran Keadilan Juvana (Kaedah-Kaedah Beijing); dan
Perisytiharan mengenai Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak semasa
Darurat dan Konflik Bersenjata.

Mengiktirafkan bahawa, dalam semua negara dalam dunia ini, terdapat


kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang teramat susah, dan bahawa
kanak-kanak sedemikian memerlukan pertimbangan khas.

Mengambil kira dengan sewajarnya kepentingan nilai-nilai tradisi dan


kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang
harmoni kanak-kanak itu.

Mengiktirafkan kepentingan kerjasama antarabangsa bagi


memperbaiki keadaan hidup kanak-kanak dalam tiap-tiap negara,
khususnya negara membangun.

Telah bersetuju seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

Perkara 1 .......................

Bagi maksud Konvensyen ini, seseorang kanak-kanak ertinya tiap-tiap


manusia dibawah umur lapan belas tahun melainkan jika, dibawah

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

7
undang-undang yang terpakai bagi kanak-kanak itu, dia mencapai umur
dewasanya sebelum itu.

Perkara 2 .......................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati dan memastikan


bahawa hak-hak yang dinyatakan dalam Konvensyen ini diberikan
kepada setiap kanak-kanak dalam bidang kuasa mereka tanpa
apa jenis diskriminasi, tanpa mengira bangsa, warna, jantina, bahasa,
agama, pandangan politik atau pandangan lain, warganegara, asal-
usul etnik atau sosial, harta, hilang upaya status kelahiran atau
status lain kanak-kanak itu ibu bapanya atau penjaganya yang
sah.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
sesuai untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu dilindungi
daripada semua bentuk diskriminasi atau hukuman berdasarkan
status, aktiviti pandangan yang dilahirkan, atau kepercayaan ibu
bapanya. penjaganya di sisi undang-undang atau ahli keluarganya.

Perkara 3 .......................

1. Dalam segala tindakan berkenaan dengan kanak-kanak sama ada


yang diaku janji oleh institusi kebajikan masyarakat awam atau
swasta, mahkamah, pihak berkuasa pentadbiran atau badan
perundangan, kepentingan terbaik kanak-kanak itu hendaklah
menjadi pertimbangan utama.
2. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk memastikan kanak-
kanak itu diberi perlindungan dan jagaan yang diperlukan bagi
kesejahteraannya, dengan mengambil kira hak dan kewajipan ibu

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

8
bapanya, penjaganya di sisi undang-undang atau individu lain yang
bertanggungjawab di sisi undang-undang baginya dan dalam hal
ini, hendaklah mengambil segala langkah perundangan dan
pentadbiran yang sewajarnya.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa institusi
perkhidmatan dan kemudahan yang bertanggungjawab bagi
jagaan atau perlindungan kanak-kanak hendaklah mematuhi
standard yang diadakan oleh pihak berkuasa yang berwibawa,
terutama dalam bidang keselamatan, kesihatan, dari segi bilangan
dan kesesuaian kakitangan mereka, serta pengawasan yang
berwibawa.

Perkara 4 .......................

Negara-Negara Pihak hendaklah mengaku janji segala langkah


perundangan pentadbiran yang sesuai dan langkah lain untuk
melaksanakan hak-hak yang diiktirafkan dalam Konvensyen ini, mengenai
hak ekonomi, sosial dan kebudayaan, Negara-Negara Pihak hendaklah
mengaku janji langkah-Iangkah sedemikian sebanyak mungkin daripada
sumber-sumber mereka yang ada dan jika diperlukan, dalam rangka
kerjasama antarabangsa.

Perkara 5 .......................

Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati tanggungjawab, hak


dan kewajipan ibu bapa atau jika berkenaan, ahli keluarga luas atau
komuniti sebagaimana yang telah diperuntukan oleh adat tempatan,
penjaga di sisi undang-undang buat orang lain yang bertanggungjawab
di sisi undang-undang bagi kanak-kanak itu, untuk memperuntukkan
mengikut cara yang selaras dengan keupayaan berkembang kanak-

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

9
kanak itu, arah dan bimbingan yang sewajarnya dalam menjalankan
hak yang diiktirafkan dalam Konvensyen oleh kanak-kanak itu.

Perkara 6 .......................

1. Negara-Negara Pihak mengiktirafkan bahawa tiap-tiap kanak-


kanak mempunyai hak sedia ada untuk hidup.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan kanak-kanak
setakat yang sebanyak mungkin boleh kewujudan dan
perkembangan kanak-kanak.

Perkara 7 .......................

1. Kanak-kanak hendaklah didaftarkan sebaik selepas dilahirkan dan


hendaklah mampunyai hak sejak lahir, mampunyai hak terhadap
suatu nama, hak untuk mamperoleh kerakyatan dan seboleh-
bolehnya hak untuk mengetahui dan dijaga oleh ibu bapanya.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan pelaksanaan hak
ini mengikut undang-undang negara mereka dan obligasi mereka
di bawah surat cara antarabangsa yang berkaitan dalam bidang
ini, terutama jika, kanak-kanak itu selainnya menjadi tanpa
kewarganegaraan.

Perkara 8 .......................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk menghormati hak


kanak-kanak untuk memelihara identitinya, termasuk kerakyatan,
nama dan hubungan kekeluargaan sebagaimana yang diiktiraf oleh

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

10
undang-undang tanpa campur tangan yang menyalahi undang-
undang.
2. Jika seseorang kanak-kanak dilucuthakkan secara menyalahi
undang-undang sesetengah atau semua unsur identitinya, Negara-
Negara Pihak hendaklah memberikan bantuan dan perlindungan
yang sewajarnya, dengan tujuan untuk mencepatkan pemantapan
semula identitinya.

Perkara 9 .......................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa seseorang


kanak-kanak itu tidak dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa
kerelaannya, kecuali apabila pihak berkuasa yang berwibawa yang
tertakluk kepada kajian semula kehakiman, memutuskan mengikut
undang-undang dan tatacara yang terpakai, bahawa pemisahan
sedemikian adalah perlu bagi kepentingan terbaik kanak-kanak
itu. Pemutusan itu mungkin perlu dalam kes tertentu seperti kes
yang melibatkan penganiayaan atau pengabaian kanak-kanak oleh
ibu bapa atau kes di mana ibu bapa tinggal secara berasingan dan
suatu keputusan mestilah dibuat mengenai tempat tinggal kanak-
kanak itu.
2. Dalam mana-mana prosiding menurut perenggan 1 perkara ini,
semua pihak yang berkepentingan hendaklah diberi peluang untuk
menyertai prosiding itu dan melahirkan pendapat mereka.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanak
yang dipisahkan daripada salah seorang atau kedua-dua ibu bapa
untuk mengekalkan hubungan peribadi dan perhubungan terus
dengan kedua-dua ibu bapa atas dasar tetap, kecuali jika ia
bertentangan dengan kepentingan terbaik kanak-kanak itu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

11
4. Jika perpisahan sedemikian disebabkan oleh apa-apa tindakan
yang dimulakan oleh suatu Negara Pihak, seperti tahanan,
pemenjaraan, buangan, pengusiran atau kematian (termasuk
kematian yang timbul daripada apa-apa punca semasa orang itu
dalam jagaan Negara) seorang atau kedua-dua ibu bapa atau
kanak-kanak itu sendiri, Negara Pihak itu hendaklah atas
permintaan, memberikan ibu bapa, kanak-kanak itu, atau jika
wajar, seorang lagi ahli keluarga dengan maklumat yang penting
berkenaan dengan di mananya ahli (ahli-ahli) keluarga yang tidak
hadir itu melainkan jika pemberian maklumat itu akan
memudaratkan kesejahteraan kanak-kanak itu. Negara-Negara
Pihak hendaklah memastikan selanjutnya bahawa pengemukaan
permintaan sedemikian itu sendiri tidak mendatangkan akibat
yang buruk kepada orang (orang-orang) yang berkenaan.

Perkara 10 .....................

1. Mengikut obligasi Negara-Negara Pihak di bawah perkara 9,


perenggan 1 permohonan oleh seseorang kanak-kanak atau
ibu bapanya untuk memasuki atau meninggalkan suatu Negara
Pihak bagi maksud penyatuan semula keluarga hendaklah
diuruskan oleh Negara-Negara Pihak mengikut cara yang positif,
berperikemanusiaan, dan cepat serta cekap. Negara-Negara
Pihak hendaklah memastikan pengemukaan permintaan
sedemikian itu sendiri tidak mendatangkan akibat yang buruk
kepada pemohon-pemohon dan bagi ahli keluarga mereka.
2. Seseorang Kanak-Kanak yang ibu bapanya bermastautin di
Negara yang berlainan hendaklah mempunyai hak untuk
mengekalkan atas dasar tetap kecuali dalam hal keadaan yang
luar biasa, hubungan peribadi dan perhubungan terus dengan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

12
kedua-dua ibu bapanya. Dalam pada itu dan mengikut obligasi
Negara-Negara Pihak di bawah perkara 9, perenggan 1, Negara-
Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanak dan
ibu bapanya untuk meninggalkan mana-mana Negara, termasuk
negara mereka sendiri, dan untuk memasuki Negara mereka
sendiri. Hak untuk meninggalkan mana-mana negara hendaklah
tertakluk hanya kepada sekatan yang ditetapkan oleh undang-
undang dan yang perlu untuk melindungi keselamatan negara,
ketenteraman awam (ordre public), kesihatan awam atau
kemoralan atau hak dan kebebasan orang lain dan selaras dengan
hak lain yang diiktiraf dalam konvensyen ini.

Perkara 11 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkah


untuk memerangi pemindahan haram ketidakbolehpulangan
kanak-kanak di luar negeri.
2. Dalam hal ini, Negara-Negara Pihak hendaklah menggalakkan
perjanjian dwi pihak atau berbilang pihak atau penyertaan dalam
perjanjian yang sedia ada.

Perkara 12 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah meyakinkan kanak-kanak yang


boleh membentuk pandangannya sendiri hak untuk menyatakan
pendapat itu dengan bebas dalam semua perkara yang menyentuh
kanak-kanak, pandangan kanak-kanak itu diberi pertimbangan
yang sewajarnya mengikut umur dan kematangan kanak-kanak
itu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

13
2. Bagi maksud ini, kanak-kanak hendaklah secara khusus diberikan
peluang untuk didengar dalam apa-apa prosiding kehakiman dan
pentadbiran yang menyentuh kanak-kanak itu, sama ada secara
langsung atau melalui seorang wakil atau badan yang sesuai,
mengikut cara yang selaras dengan kaedah-kaedah tatacara
undang-undang negara.

Perkara 13 .....................

1. Kanak-kanak hendaklah berhak kepada kebebasan bersuara; hak


ini hendaklah termasuk kebebasan untuk mencari, menerima dan
menyampaikan semua jenis maklumat dan idea, tanpa mengira
sempadan, sama ada secara lisan, bertulis atau cetakan, dalam
bentuk lukisan atau melalui apa-apa media lain yang dipilih oleh
kanak-kanak itu.
2. Penggunaan hak ini boleh tertakluk kepada sekatan tertentu tetapi
sekatan itu hendaklah hanya sebagaimana yang diperuntukkan
oleh undang-undang dan adalah perlu:
(a) Untuk menghormati hak atau reputasi orang lain; atau
(b) Untuk melindungi keselamatan negara atau
ketenteraman awam (ordre public) atau kesihatan awam
atau kemoralan.

Perkara 14 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak kanak-kanak


kepada kebebasan berfikir, berhati nurani dan beragama.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati hak dan kewajipan
ibu bapa dan, jika berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, untuk
menunjukkan hala tuju kepada kanak-kanak itu dalam

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

14
menjalankan haknya mengikut cara yang selaras dengan
keupayaan berkembang kanak-kanak itu.
3. Kebebasan untuk menunjukkan agama atau kepercayaan
seseorang dengan ketara boleh tertakluk hanya kepada batasan-
batasan tertentu sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-
undang dan adalah perlu untuk melindungi keselamatan awam,
ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan atau hak
asasi dan kebebasan orang lain.

Perkara 15 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada


kebebasan berpersatuan dan kebebasan berhimpun secara aman.
2. Tiada sekatan boleh diletakkan mengenai penggunaan hak ini
selain sekatan yang dikenakan bagi menepati undang-undang dan
yang perlu dalam masyarakat demokratik demi kepentingan
keselamatan negara atau keselamatan awam, ketenteraman awam
(ordre public), perlindungan kesihatan awam atau kemoralan
atau perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Perkara 16 .....................

1. Tiada kanak-kanak boleh dikenakan gangguan dengan sewenang-


wenangnya atau yang menyalahi undang-undang terhadap privasi,
keluarga, tempat tinggal atau surat-menyuratnya, atau kepada
serangan yang menyalahi undang-undang ke atas nama baik dan
reputasinya.
2. Kanak-kanak mempunyai hak kepada perlindungan undang-
undang terhadap gangguan atau serangan sedemikian.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

15
Perkara 17 .....................

Negara-Negara Pihak mengiktiraf fungsi penting yang dilaksanakan oleh


media massa dan hendaklah memastikan bahawa kanak-kanak itu
mempunyai akses kepada maklumat dan bahan daripada pelbagai sumber
kebangsaan dan antarabangsa, terutamanya maklumat dan bahan yang
ditujukan kepada penggalakan kesejahteraan sosialnya, kerohaniannya
dan kemoralannya serta kesihatan fizikal dan mentalnya. Dalam hal ini,
Negara-Negara Pihak hendaklah:
(a) Menggalakkan media massa menyebarkan maklumat dan
bahan mengenai faedah sosial dan kebudayaan kepada
kanak-kanak dan mengikut semangat perkara 29;
(b) Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam penghasilan,
pertukaran dan penyebaran maklumat dan bahan
sedemikian daripada pelbagai sumber kebudayaan,
kebangsaan dan antarabangsa;
(c) Menggalakkan penghasilan dan penyebaran buku kanak-
kanak;
(d) Menggalakkan media massa untuk memberi perhatian
tertentu kepada keperluan linguistik kanak- kanak yang
tergolong dalam kumpulan minoriti atau yang merupakan
penduduk asli;
(e) Menggalakkan perkembangan garis panduan yang
sewajarnya bagi perlindungan kanak-kanak daripada
maklumat dan bahan yang menjejaskan kesejahteraannya,
dengan mengingati peruntukan perkara 13 dan 18.

Perkara 18 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah menggunakan usaha terbaik


mereka untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua-

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

16
dua ibu bapa mempunyai tanggungjawab bersama bagi didikan
dan perkembangan kanak-kanak. Ibu bapa atau, mengikut mana-
mana yang berkenaan, penjaga di sisi undang-undang, mempunyai
tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-
kanak. Kepentingan terbaik kanak-kanak akan menjadi perhatian
asas.
2. Bagi maksud menjamin dan menggalakkan hak yang dinyatakan
dalam Konvensyen ini, Negara-Negara Pihak hendaklah memberi
bantuan yang sewajarnya kepada ibu bapa dan penjaga di sisi
undang-undang dalam melaksanakan tanggungjawab pembesaran
anak mereka dan hendaklah memastikan perkembangan institusi,
kemudahan dan perkhidmatan bagi jagaan kanak-kanak.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
wajar untuk memastikan bahawa kanak-kanak kepada ibu bapa
yang bekerja berhak mendapat faedah daripada perkhidmatan
dan kemudahan jagaan anak yang mereka layak.

Perkara 19 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah


perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan yang sewajarnya
untuk melindungi kanak- kanak daripada semua bentuk
keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan,
pengabaian atau pelakuan cuai, penganiayaan atau eksploitasi,
termasuk penderaan seksual, semasa dalam jagaan ibu bapa (ibu
bapa-ibu bapa), penjaga di sisi undang-undang (penjaga-penjaga
di sisi undang-undang) atau mana-mana orang yang menjaga
kanak-kanak itu.
2. Langkah perlindungan sedemikian patut sebagaimana sesuai,
termasuk tatacara yang berkesan bagi mewujudkan program

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

17
sosial untuk memperuntukkan sokongan yang perlu bagi kanak-
kanak itu dan bagi mereka yang menjaga kanak-kanak itu, serta
bagi semua bentuk lain pencegahan dan bagi pengenalan, laporan,
rujukan, penyiasatan, rawatan dan tindakan selanjutnya bagi kes-
kes penganiayaan kanak-kanak yang diperihalkan sebelum ini, dan
sebagaimana sesuai bagi penglibatan kehakiman.

Perkara 20 .....................

1. Seseorang kanak-kanak yang dilucuthakkan persekitaran


kekeluargaannya secara sementara atau kekal atau yang mengikut
kepentingan terbaiknya sendiri tidak boleh dibenarkan untuk
terus tinggal dalam persekitaran itu, berhak mendapat
perlindungan dan bantuan khas yang diperuntukkan oleh Negara.
2. Negara Pihak hendaklah mengikut undang-undang negara mereka
memastikan jagaan alternatif bagi kanak-kanak sedemikian.
3. Jagaan sedemikian boleh termasuk, antara lain, penempatan
keluarga angkat, kafala dalam undang-undang Islam, pengangkatan
atau jika perlu penempatan dalam institusi yang sesuai bagi jagaan
kanak-kanak. Apabila mempertimbangkan penyelesaian-
penyelesaian, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada
baiknya kesinambungan dalam didikan kanak-kanak dan kepada
latar belakang etnik, agama, kebudayaan dan linguistik kanak-
kanak itu.

Perkara 21 .....................

1. Negara-Negara Pihak yang mengiktiraf dan / atau membenarkan


sistem pengangkatan hendaklah memastikan bahawa kepentingan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

18
terbaik kanak-kanak hendaklah menjadi pertimbangan yang paling
utama dan mereka hendaklah:
(a) Memastikan bahawa pengangkatan seseorang kanak-kanak
itu dibenarkan hanya oleh pihak berkuasa yang berwibawa
yang menentukan, mengikut undang-undang dan tatacara
yang terpakai dan berdasarkan segala maklumat yang
berkaitan dan boleh dipercayai, bahawa pengangkatan itu
boleh dibenarkan memandangkan kepada taraf kanak-
kanak itu mengenai ibu bapa, saudara-mara dan penjaga
di sisi undang-undang dan bahawa, jika diperlukan orang
yang berkenaan telah memberikan persetujuan
berpengetahuan kepada pengangkatan itu berdasarkan
kaunseling yang diperlukan;
(b) Mengiktiraf bahawa pengangkatan antara negara boleh
dipertimbangkan sebagai suatu cara pilihan mengenai
jagaan kanak-kanak, jika kanak-kanak itu tidak dapat
dimasukkan dalam sesebuah keluarga angkat atau keluarga
pengangkatan atau tidak boleh dalam apa-apa cara yang
sesuai dijaga dalam negara asal kanak-kanak itu;
(c) Memastikan bahawa kanak-kanak yang terlibat dalam
pengangkatan antara negara menikmati perlindungan dan
standard yang sama dengan yang ada dalam hal
pengangkatan negara itu;
(d) Mengambil segala langkah yang sewajarnya untuk
memastikan bahawa, dalam pengangkatan antara negara,
penempatan itu tidak mendatangkan keuntungan
kewangan yang tidak sepatutnya bagi mereka yang terlibat
dalamnya;
(e) Mempromosikan, jika sesuai, objektif perkara ini dengan
membuat perkiraan atau perjanjian dwi pihak atau
berbilang pihak dan berusaha dalam rangka ini, untuk
memastikan bahawa penempatan kanak-kanak itu dalam

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

19
negara lain dijalankan oleh pihak berkuasa atau organ yang
berwibawa.

Perkara 22 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkah yang


sewajarnya untuk memastikan bahawa seseorang kanak-kanak
yang meminta taraf pelarian atau yang dianggap pelarian mengikut
undang-undang dan tatacara antarabangsa atau domestik yang
terpakai hendaklah sama ada tidak ditemani atau ditemani oleh
ibu bapanya atau mana-mana orang lain, menerima perlindungan
yang sewajarnya dan bantuan berperikemanusiaan dalam
menikmati hak-hak yang terpakai yang dinyatakan dalam
Konvensyen ini dan dalam suratcara hak-hak asasi manusia
antarabangsa atau kemanusiaan yang baginya Negara tersebut
menjadi Pihak.
2. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak hendaklah
memperuntukkan, sebagaimana yang dianggap wajar oleh
mereka, kerjasama dalam apa-apa usaha oleh Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu dan pertubuhan antara kerajaan yang berwibawa
atau pertubuhan bukan kerajaan yang bekerjasama dengan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk melindungi dan
membantu kanak-kanak sedemikian dan untuk mengesan ibu bapa
atau ahli keluarga lain mana-mana pelarian kanak-kanak untuk
mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi penyatuannya
dengan keluarganya. Dalam hal di mana tiada ibu bapa atau ahli
keluarga lain dijumpai, kanak-kanak itu hendaklah diberikan
perlindungan yang sama dengan mana-mana kanak-kanak lain
yang dilucuthakkan persekitaran kekeluargaannya secara kekal
atau sementara bagi apa-apa sebab sebagaimana yang dinyatakan
dalam Konvensyen ini.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

20
Perkara 23 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf bahawa seseorang kanak-


kanak kurang upaya secara mental atau fizikal patut menikmati
kehidupan yang sepenuhnya dan dihormati dalam keadaan yang
memastikan kemuliaan, menggalakkan sikap tidak bergantung,
dan memudahkan penglibatan aktif kanak-kanak itu dalam
komuniti.
2. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kurang upaya
untuk mendapat jagaan khas dan hendaklah menggalakkan dan
memastikan peluasan, tertakluk kepada sumber yang ada,
kepada kanak-kanak yang layak dan kepada mereka yang
bertanggungjawab bagi jagaannya, bantuan yang kerananya
permintaan itu dibuat dan yang sesuai bagi keadaan kanak-kanak
itu dan bagi hal keadaan ibu bapa atau orang lain yang menjaga
kanak-kanak itu.
3. Dalam mengiktiraf keperluan khas bagi seseorang kanak-kanak
kurang upaya, bantuan yang diperluaskan mengikut perenggan 2
perkara ini hendaklah diperuntukkan secara percuma, bila mana
mungkin, dengan mengambil kira sumber kewangan ibu bapa atau
orang lain yang menjaga kanak-kanak itu, dan hendaklah dirangka
untuk memastikan bahawa kanak-kanak kurang upaya telah
mendapat akses yang berkesan kepada dan menerima pendidikan,
latihan, perkhidmatan jagaan kesihatan, perkhidmatan pemulihan,
persediaan untuk bekerja dan peluang rekreasi mengikut cara
yang sesuai kepada pencapaian kanak-kanak itu sejauh mungkin
intergrasi sosial dan perkembangan individu, termasuk
perkembangan kebudayaan dan kerohanian.
4. Negara-Negara pihak hendaklah menggalakkan dalam semangat
kerjasama antarabangsa pertukaran maklumat yang sewajarnya

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

21
dalam bidang jagaan kesihatan pencegahan dan rawatan
perubatan, psikologi dan fungsi kanak-kanak kurang upaya,
termasuk penyebaran dan akses kepada maklumat berkenaan
dengan kaedah pemulihan, perkhidmatan pendidikan dan
vokasional, dengan tujuan membolehkan Negara-Negara Pihak
memperbaiki kebolehan dan kemahiran mereka dan untuk
meluaskan pengalaman mereka dalam bidang ini. Berhubungan
dengan ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada
keperluan negara-negara membangun.

Perkara 24 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk


menikmati standard kesihatan yang boleh dicapai yang paling
tinggi dan kepada kemudahan rawatan bagi penyakit dan
pemulihan kesihatan. Negara-Negara Pihak hendaklah berusaha
untuk memastikan bahawa tiada kanak-kanak dilucuthakkan
aksesnya kepada perkhidmatan jagaan kesihatan sedemikian.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah meneruskan pelaksanaan
sepenuhnya hak ini dan, khususnya, hendaklah mengambil langkah-
Iangkah yang / sewajarnya:
a) Untuk mengurangkan kematian bayi dan kanak- kanak;
b) Untuk memastikan peruntukan bantuan kesihatan dan
rawatan kesihatan yang perlu kepada semua kanak- kanak
dengan penekanan kepada perkembangan jagaan kesihatan
yang utama;
c) Untuk memerangi penyakit dan pemakanan tidak seimbang,
termasuk dalam rangka kerja jagaan kesihatan yang utama
melalui antara lain, penggunaan teknologi yang sedia ada
dan melalui peruntukan makanan berkhasiat yang

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

22
mencukupi dan air minuman yang bersih, dengan
mengambil kira bahaya dan risiko pencemaran alam sekitar;
d) Untuk memastikan jagaan kesihatan sebelum dan selepas
bersalin yang sewajarnya bagi ibu;
e) Untuk memastikan bahawa semua lapisan masyarakat,
khususnya ibu bapa dan kanak-kanak, dimaklumkan,
mempunyai akses kepada pendidikan dan disokong dalam
penggunaan pengetahuan asas mengenai kesihatan dan
pemakanan kanak-kanak, kebaikan penyusuan ibu,
kebersihan dan sanitasi alam sekitar dan pencegahan
kemalangan;
f) Untuk mengembangkan jagaan kesihatan melalui
pencegahan, bimbingan bagi ibu bapa dan pendidikan dan
perkhidmatan perancangan keluarga.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah
yang berkesan dan sewajarnya dengan tujuan untuk
menghapuskan amalan tradisional yang memudaratkan
kesihatan kanak-kanak.
4. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk mempromosikan dan
menggalakkan kerjasama antarabangsa dengan tujuan untuk
mencapai secara berperingkat realisasi yang sepenuhnya hak yang
diiktirafkan dalam perkara ini. Dalam hal ini, perhatian yang khusus
hendaklah diberikan kepada keperluan negara-negara
membangun.

Perkara 25 .....................

Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak seseorang kanak-kanak yang telah


ditempatkan oleh pihak berkuasa yang berwibawa bagi maksud jagaan
perlindungan atau rawatan kesihatan fizikal atau mentalnya, kepada kajian

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

23
semula berkala rawatan yang diberikan kepada kanak-kanak itu dan
juga semua hal keadaan lain yang berkaitan dengan penempatannya.

Perkara 26 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengiktiraf bagi tiap-tiap kanak-


kanak hak untuk mendapat faedah daripada keselamatan sosial,
termasuk insuran sosial dan hendaklah mengambil langkah-
Iangkah yang perlu untuk mencapai realisasi yang sepenuhnya
hak ini mengikut undang-undang negara mereka.
2. Faedah-faedah patut, jika wajar diberikan dengan mengambil kira
sumber dan hal keadaan kanak-kanak itu dan orang yang
mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada
kanak-kanak itu serta apa-apa pertimbangan lain yang berkaitan
dengan permohonan untuk mendapatkan faedah yang dibuat oleh
atau bagi pihak kanak-kanak itu.

Perkara 27 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak


kepada taraf hidup yang mencukupi bagi perkembangan fizikal,
mental, kerohanian, kemoralan dan sosial kanak-kanak itu.
2. Ibu-bapa (ibu bapa-ibu bapa) atau orang lain yang
bertangungjawab bagi kanak-kanak itu mempunyai tanggungjawab
utama untuk menjamin, mengikut kebolehan dan keupayaan
kewangan mereka, keadaan hidup yang perlu bagi perkembangan
kanak-kanak itu.
3. Negara-Negara Pihak, mengikut keadaan negara dan mengikut
kemampuan mereka, hendaklah mengambil segala langkah yang

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

24
sewajarnya untuk membantu ibu bapa dan orang lain yang
bertanggungjawab bagi kanak-kanak itu untuk melaksanakan hak
ini dan hendaklah, jika diperlukan, memperuntukkan bantuan
material dan program sokongan, terutamanya berhubungan
dengan pemakanan, pakaian dan perumahan.
4. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk menjamin supaya mendapat kembali nafkah
untuk kanak-kanak daripada ibu bapa atau orang lain yang
mempunyai tanggunggjawab kewangan terhadap kanak-kanak itu,
baik dalam Negara Pihak dan dari luar negeri. Secara khususnya,
jika orang yang mempunyai tanggungjawab kewangan terhadap
kanak-kanak itu tinggal dalam Negara yang berlainan daripada
negara kanak-kanak itu. Negara-Negara Pihak hendaklah
menggalakkan kesertaan dalam perjanjian antarabangsa atau
pembuatan perjanjian sedemikian, serta membuat perkiraan lain
yang sewajarnya.

Perkara 28 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak kepada


pendidikan, dan dengan tujuan untuk mencapai hak ini secara
berperingkat-peringkat dan atas dasar peluang yang sama, mereka
hendaklah, secara khususnya:
a) Menjadikan pendidikan rendah diwajibkan dan diadakan
secara percuma kepada semua;
b) Menggalakkan perkembangan pendidikan menengah dalam
pelbagai bentuk, termasuk pendidikan am dan vokasional,
mengadakan pendidikan itu dan terbuka kepada tiap-tiap
kanak-kanak dan mengambil langkah yang sewajarnya
seperti memperkenalkan pendidikan percuma dan
menawarkan bantuan kewangan jika diperlukan;

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

25
c) Menjadikan pendidikan tinggi kepada semua atas dasar
keupayaan melalui tiap-tiap cara yang sewajarnya;
d) Menjadikan maklumat pendidikan dan vokasional dan
bimbingan diadakan dan terbuka kepada semua kanak-
kanak;
e) Mengambil langkah-Iangkah untuk menggalakkan
kehadiran secara tetap di sekolah dan mengurangkan
kadar keciciran.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang
sewajarnya untuk memastikan bahawa disiplin sekolah ditadbirkan
mengikut cara yang selaras dengan kemuliaan kanak-kanak dan
dengan menepati Konvensyen ini.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah mempromosikan dan
menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam perkara yang
berhubungan dengan pendidikan, khususnya, dengan tujuan untuk
menyumbang kepada pembasmian kejahilan dan buta huruf di
seluruh dunia dan memudahkan akses kepada pengetahuan
saintifik dan teknik dan kaedah pengajaran yang moden. Dalam
hal ini, perhatian yang khusus hendaklah diberikan kepada
keperluan negara-negara membangun.

Perkara 29 .....................

1. Negara-Negara Pihak bersetuju bahawa pendidikan kanak-kanak


hendaklah dihalatujukan kepada:
a) Perkembangan personaliti, bakat, dan kebolehan mental
dan fizikal kanak-kanak pada tahap potensi yang paling
tinggi;
b) Perkembangan rasa hormat bagi hak asasi manusia dan
kebebasan asasi, dan bagi prinsip-prinsip yang termaktub

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

26
dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu;
c) Perkembangan rasa hormat bagi ibubapa kanak- kanak,
identiti kebudayaan, bahasa dan nilainya sendiri, bagi nilai
kebangsaan negara yang diduduki oleh kanak-kanak itu,
negara yang daripadanya dia berasal, dan bagi tamadun
yang berbeza daripada tamadunnya sendiri;
d) Penyediaan kanak-kanak bagi hidup yang bertanggungjawab
dalam masyarakat yang bebas, dalam semangat
persefahaman, keamanan, toleransi, kesamaan jantina, dan
persahabatan di kalangan semua orang, kumpulan etnik,
kebangsaan dan agama dan orang yang asal usulnya
penduduk asli;
e) Perkembangan rasa hormat bagi alam sekitar semulajadi.
2. Tiada bahagian dalam perkara ini atau perkara 28 boleh ditafsirkan
sebagai mengganggu kebebasan individu dan badan untuk
mewujudkan dan mengarahkan institusi pendidikan tertakluk
sentiasa kepada pematuhan prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam
perenggan 1 perkara ini dan kepada keperluan bahawa pendidikan
diberikan di institusi sedemikian hendaklah mematuhi standard
minimum yang ditetapkan oleh Negara.

Perkara 30 .....................

Dalam Negara di mana wujudnya minoriti etnik, agama, atau linguistik


atau orang-orang yang asal-usulnya penduduk asli, seseorang kanak-
kanak yang tergolong dalam minoriti sedemikian atau ialah penduduk
asli tidaklah boleh dinafikan hak, dalam komuniti dengan anggota
kumpulannya yang lain, untuk menikmati kebudayaannya sendiri, untuk
menganut dan mengamalkan agamanya sendiri atau untuk menggunakan
bahasanya sendiri.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

27
Perkara 31 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk rehat


dan masa lapang, untuk melibatkan diri dalam aktiviti permainan
dan rekreasi yang sesuai dengan umur kanak-kanak itu dan untuk
menyertai secara bebas dalam kehidupan kebudayaan dan
kesenian.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah menghormati dan menggalakkan
hak kanak-kanak untuk menyertai sepenuhnya dalam kehidupan
kebudayaan dan kesenian, dan hendaklah menggalakkan
penyertaan peluang yang sesuai dan sama bagi aktiviti kebudayaan,
kesenian rekreasi dan masa lapang.

Perkara 32 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak kanak-kanak untuk


dilindungi daripada eksploitasi ekonomi dan daripada menjalankan
apa-apa kerja yang berkemungkinan berbahaya atau
mengganggu pendidikan kanak-kanak itu, atau adalah
mendatangkan keburukan kepada kesihatan kanak-kanak atau
perkembangan fizikal, mental, kerohanian, kemoralan atau sosial
kanak-kanak itu.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil langkah-Iangkah
perundangan, pentadbiran, sosial dan pendidikan untuk
memastikan pelaksanaan perkara ini. Dalam hal ini, dan setelah
mengambil kira peruntukan yang berkaitan surat cara
antarabangsa yang lain, Negara-Negara Pihak hendaktah secara
khusus:
a) Membuat peruntukan mengenai umur atau umur-umur
minimum bagi kebenaran untuk bekerja;

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

28
b) Membuat peruntukan mengenai pengawal seliaan, masa
dan keadaan bekerja;
c) Membuat peruntukan mengenai penalti yang sewajarnya
atau apa-apa sanksi lain untuk memastikan penguatkuasaan
yang berkesan perkara ini.

Perkara 33 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang wajar,


termasuklah langkah perundangan, pentabiran, sosial dan pendidikan,
untuk melindungi kanak-kanak daripada penggunaan secara haram
dadah narkotik dan bahan psikotropik sebagaimana yang ditakrifkan
dalam triti antarabangsa yang berkenaan dan untuk mencegah
penggunaan kanak-kanak dalam pengeluaran dan pengedaran bahan
itu.

Perkara 34 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk melindungi kanak-


kanak daripada segala bentuk pengeksploitasian seks dan
penderaan seksual. Bagi maksud ini, Negara-Negara Pihak
hendaklah secara khusus mengambil segala langkah kebangsaan,
dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk mencegah:
a) Dorongan atau paksaan kanak-kanak untuk melibatkan
diri dalam apa-apa aktiviti seks yang menyalahi undang-
undang;
b) Penggunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam
pelacuran atau apa-apa amalan seks yang menyalahi
undang-undang;

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

29
c) Pengunaan bersifat mengeksploitasi kanak-kanak dalam
persembahan dan bahan lucah.

Perkara 35 .....................

1. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah dalam


negara, dwi pihak dan berbilang pihak yang sewajarnya untuk
mencegah pelarian, penjualan atau perdagangan haram kanak-
kanak bagi apa-apa maksud atau dalam apa-apa bentuk.

Perkara 36 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah melindungi kanak-kanak daripada


segala bentuk pengeksploitasian lain yang memudaratkan mana-mana
aspek kebajikan kanak-kanak itu.

Perkara 37 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah memastikan bahawa:

a) Tiada kanak-kanak boleh tertakluk kepada penyeksaan atau


layanan atau hukuman lain yang zalim, tidak berperikemanusiaan
atau menjatuhkan maruah.Tiada hukuman mati atau pemenjaraan
seumur hidup tanpa kemungkinan untuk dilepaskan boleh
dikenakan bagi kesalahan yang dilakukan oleh orang yang di bawah
umur lapan belas tahun;
b) Tiada kanak-kanak boleh dilucuthakkan kebebasannya dengan
menyalahi undang-undang atau secara sewenang-wenangnya.
Penangkapan, penahanan atau pemenjaraan kanak-kanak

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

30
hendaklah menepati undang-undang dan hendaklah digunakan
hanya sebagai langkah terakhir dan untuk tempoh masa yang
paling sesuai yang paling singkat;
c) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucuthakkan kebebasan hendaklah
dilayan dengan perikemanusiaan dan dengan hormat bagi
maruah diri manusia yang sedia ada, dan mengikut cara yang
mengambil kira keperluan orang yang sama umur dengannya.
Secara khusus, tiap-tiap kanak-kanak yang dilucuthakkan
kebebasan hendaklah dipisahkan daripada orang dewasa
melainkan jika ia disifatkan demi kepentingan terbaik kanak-
kanak itu untuk tidak berbuat demikian dan hendaklah
mempunyai hak untuk mengekalkan perhubungan dengan
keluarganya melalui surat-menyurat dan lawatan kecuali dalam
hal keadaan yang luar biasa;
d) Tiap-tiap kanak-kanak yang dilucuthakkan kebebasannya
hendaklah mempunyai hak untuk akses yang cepat kepada
bantuan guaman dan bantuan sesuai yang lain serta hak untuk
mencabar kesahan pelucuthakkan kebebasannya di hadapan
mahkamah atau pihak berkuasa lain yang berwibawa, bebas dan
saksama, dan kepada keputusan yang cepat mengenai apa-apa
tindakan yang sedemikian.

Perkara 38 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk menghormati dan


memastikan rasa hormat bagi kaedah-kaedah undang-undang
kemanusiaan antarabangsa yang terpakai bagi mereka dalam
konflik bersenjata yang berkaitan dengan kanak-kanak.
2. Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah boleh
laksana untuk memastikan bahawa orang yang belum mencapai

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

31
umur lima belas tahun tidak mengambil bahagian secara langsung
dalam permusuhan.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah menahan diri daripada merekrut
mana-mana orang yang belum mencapai umur lima belas tahun
ke dalam angkatan tentera mereka. Dalam merekrut di kalangan
orang yang telah mencapai umur lima belas tahun tetapi belum
lagi mencapai umur lapan belas tahun. Negara Pihak hendaklah
berusaha untuk memberikan keutamaan kepada mereka mereka
yang paling tua.
4. Mengikut obligasi mereka di bawah undang- undang
kemanusiaan antarabangsa untuk melindungi penduduk awam
dalam konflik bersenjata, Negara- Negara Pihak hendaklah
mengambil segala langkah boleh laksana untuk memastikan
perlindungan dan jagaan kanak-kanak yang terjejas oleh sesuatu
konflik bersenjata.

Perkara 39 .....................

Negara-Negara Pihak hendaklah mengambil segala langkah yang


sewajarnya untuk menggalakkan pemulihan fizikal dan psikologi dan
intergrasi semula sosial bagi mangsa kanak-kanak daripada: apa-apa
bentuk pengabaian, eksploitasi atau penyalahgunaan; penyeksaan atau
apa-apa bentuk layanan atau hukuman yang zalim, tidak
berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah; atau konflik bersenjata.
Pemulihan dan intergrasi semula sedemikian hendaklah mengambil
tempat dalam persekitaran yang merangsangkan kesihatan, hormat
kendiri dan maruah kanak-kanak.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

32
Perkara 40 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengiktiraf hak tiap-tiap kanak-kanak yang


dikatakan sebagai, dituduh atau diiktirafkan sebagaj melanggar
undang-undang penal hendaklah dilayan mengikut cara yang
selaras dengan penggalakkan kefahaman kanak-kanak itu
mengenai kemuliaan dan harga diri, yang menguatkan rasa hormat
kanak-kanak itu kepada hak asasi manusia dan kebebasan asasi
orang lain dan yang mengambil kira umur kanak-kanak itu dan
kebaikan mempromosikan intergrasi semula kanak-kanak itu dan
kanak-kanak itu memegang peranan yang membina dalam
masyarakat.
2. Dalam hal ini, dan setelah mengambil kira peruntukan yang
berkaitan surat cara antarabangsa, Negara-Negara Pihak
hendaklah secara khususnya, memastikan bahawa:
a) Tiada kanak-kanak boleh dikatakan sebagai, dituduh atau
diiktirafkan sebagai melanggar undang-undang penal
dengan sebab perbuatan atau peninggalan yang tidak
dilarang oleh undang-undang negara atau antarabangsa
pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan;
b) Tiap-tiap kanak-kanak yang dikatakan sebagai, atau dituduh
telah melanggar undang-undang penal mempunyai
sekurang-kurangnya jaminan yang berikut:
i) Untuk dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan
bersalah mengikut undang-undang;
ii) Untuk dimaklumkan dengan segera dan terus
pertuduhan-pertuduhan terhadapnya, dan jika wajar
melalui ibu bapanya atau penjaga di sisi undang-
undang dan diberi bantuan guaman atau bantuan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

33
sewajarnya yang lain dalam penyediaan dan
pembentangan pembelaannya;
iii) Menjadikan perkara itu diputuskan tanpa
kelengahan oleh pihak berkuasa yang berwibawa,
bebas dan saksama atau badan kehakiman dalam
sesuatu perbicaraan adil mengikut undang-undang,
dengan adanya bantuan guaman atau bantuan
sewajarnya yang lain melainkan jika dianggap bukan
demi kepentingan terbaik kanak-kanak itu,
khususnya, mengambil kira umurnya atau
keadaannya, ibu bapanya atau penjaga di sisi
undang-undang;
iv) Untuk tidak dipaksa memberikan testimoni atau
mengakui salah; untuk memeriksa atau diperiksa
saksi belot dan untuk mendapatkan penglibatan
dan pemeriksaan saksi bagi pihaknya di bawah
keadaan samarata;
v) Jika dianggap telah melanggar undang-undang pe-
nal, untuk mendapatkan keputusan ini dan apa-apa
langkah yang dikenakan berbangkit daripadanya
dikaji semula oleh pihak berkuasa yang berwibawa,
bebas dan saksama yang lebih tinggi atau badan
kehakiman mengikut undang-undang;
vi) Untuk mendapatkan bantuan percuma
penterjemah jika kanak-kanak itu tidak boleh dan
memahami atau bercakap dalam bahasa yang
digunakan;
vii) Untuk menjadikan privasinya dihormati
sepenuhnya dalam semua peringkat prosiding.
3. Negara-Negara Pihak hendaklah cuba menggalakkan pewujudan
undang-undang tatacara, pihak berkuasa dan institusi yang secara
khusus terpakai bagi kanak-kanak yang dikatakan sebagai, dituduh

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

34
atau diiktirafkan sebagai telah melanggar undang-undang penal,
dan, secara khususnya:
a) Penetapan umur minimum yang di bawah umur itu kanak-
kanak hendaklah dianggap tidak mempunyai keupayaan
untuk melanggar undang-undang penal;
b) Bila mana sesuai dan wajar, langkah-Iangkah untuk
berurusan dengan kanak-kanak sedemikian tanpa
menggunakan prosiding kehakiman dengan syarat hak- hak
asasi manusia dan perlindungan di sisi undang- undang
dihormati sepenuhnya.
4. Berbagai-bagai peruntukan seperti perintah jagaan, bimbingan
dan penyeliaan, kaunseling, cubaan akhlak, jagaan keluarga angkat,
program latihan pendidikan dan program latihan vokasional dan
alternatif lain kepada jagaan institusi hendaklah boleh didapati
untuk memastikan bahawa kanak-kanak itu dijuruskan
kesejahteraan mereka mengikut cara yang sewajarnya dan
berpadanan dengan kedua-dua hal keadaan dan kesalahan itu.

Perkara 41 .....................

Tiada apa-apa jua dalam Konvensyen ini boleh menyentuh apa-apa


peruntukan yang lebih berfaedah kepada merealisasikan hak kanak-
kanak dan yang terkandung dalam:
a) Undang-undang sesuatu Negara Pihak; atau
b) Undang-undang antarabangsa yang berkuat- kuasa dalam negara
itu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

35
BAHAGIAN II

Perkara 42 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk menjadikan prinsip-


prinsip dan peruntukan-peruntukan Konvensyen diketahui umum,
melalui cara yang sesuai dan aktif, kepada orang dewasa dan
kanak-kanak dengan cara yang sama.

Perkara 43 .....................

1. Bagi maksud memeriksa perkembangan yang dibuat oleh Negara-


Negara Pihak dalam mencapai realisasi obligasi yang diaku janji
dalam Konvensyen ini, maka hendaklah ditubuhkan suatu
Jawatankuasa Mengenai Hak Kanak-Kanak, yang hendaklah
menjalankan fungsi-fungsi yang diperuntukkan kemudian daripada
ini.
2. Jawatankuasa itu hendaklah terdiri daripada sepuluh pakar yang
mempunyai pendirian moral yang mulia dan kecekapan yang
diiktirafkan dalam bidang bidang yang diliputi oleh Konvensyen
ini. Anggota Jawatankuasa itu hendaklah dipilih oleh Negara-
Negara Pihak daripada kalangan rakyat mereka dan hendaklah
memberi khidmat di atas sifat peribadi mereka, pertimbangan
diberikan kepada pengagihan geografi yang saksama, serta sistem
perundangan yang utama.
3. Anggota-anggota Jawatankuasa hendaklah dipilih melalui undi
rahsia daripada senarai orang-orang yang dicalonkan oleh
Negara-Negara Pihak. Setiap Negara Pihak boleh menamakan
satu orang daripada kalangan rakyatnya sendiri.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

36
4. Permilihan awal Jawatankuasa hendaklah diadakan tidak
terkemudian daripada enam bulan selepas tarikh mula
berkuatkuasanya Konvensyen ini dan selepas itu tiap-tiap tahun
kedua. Sekurang-kurangnya empat bulan sebelum tarikh setiap
pemilihan, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
hendaklah menujukan suatu surat kepada Negara-Negara Pihak
menjemput mereka untuk mengemukakan pencalonan mereka
dalam masa dua bulan. Setiausaha Agung hendaklah kemudiannya
menyediakan suatu senarai mengikut abjad bagi semua orang
yang dicalonkan, yang menujukan Negara-Negara Pihak yang telah
mencalonkan mereka dan hendaklah mengemukakan senarai itu
kepada Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen ini.
5. Pemilihan hendaklah diadakan dalam mesyuarat-mesyuarat
Negara-Negara Pihak yang dipanggil oleh Setiausaha Agung di
ibu pejabat Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu. Dalam
mesyuarat itu yang kuorumnya ialah dua pertiga daripada
Negara-Negara Pihak, orang- orang yang dipilih dalam
Jawatankuasa itu hendaklah mereka, yang mendapat undi
terbanyak dan majoriti mutlak undi wakil Negara-Negara Pihak
yang hadir dan mengundi.
6. Anggota-anggota Jawatankuasa hendaklah dipilih bagi tempoh
empat tahun. Mereka adalah layak bagi pemilihan semula jika
dicalonkan semula. Tempoh lima anggota yang dipilih dalam
pemilihan pertama hendaklah tamat pada penghujung tahun
kedua; sebaik selepas pemilihan pertama, nama-nama lima anggota
ini hendaklah dipilih dengan cabutan undi oleh Pengerusi
mesyuarat itu.
7. Jika seseorang anggota Jawatankuasa meninggal dunia atau
meletakkan jawatan atau mengisytiharkan bahawa oleh apa-apa
sebab lain dia tidak lagi dapat menjalankan kewajipan
Jawatankuasa. Negara-Negara Pihak yang mencalonkan anggota

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

37
itu hendaklah melantik seorang lagi pakar daripada kalangan
rakyatnya untuk berkhidmat selama baki tempoh itu tertakluk
kepada kelulusan Jawatankuasa.
8. Jawatankuasa hendaklah menetapkan kaedah- kaedah tatacaranya
sendiri.
9. Jawatankuasa hendaklah memilih pegawainya bagi tempoh dua
tahun.
10. Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah pada lazimnya diadakan di
Ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau mana-mana
tempat lain yang sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh
Jawatankuasa. Jawatankuasa hendaklah pada lazimnya bersidang
setiap tahun. Jangka masa mesyuarat Jawatankuasa hendaklah
ditentukan dan dikaji semula jika perlu, oleh suatu mesyuarat
Negara-Negara Pihak kepada Konvensyen ini tertakluk kepada
kelulusan Perhimpunan Agung.
11. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah
memperuntukkan kakitangan dan kemudahan yang diperlukan
bagi pelaksanaan berkesan fungsi Jawatankuasa di bawah
Konvensyen ini.
12. Dengan kelulusan perhimpunan Agung, anggota Jawatankuasa
yang ditubuhkan di bawah Konvensyen ini hendaklah menerima
saraan daripada sumber Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
mengikut terma- terma dan syarat-syarat yang diputuskan oleh
Perhimpunan.

Perkara 44 .....................

1. Negara-Negara Pihak mengaku janji untuk mengemukakan


kepada Jawatankuasa, melalui Setiausaha Agung Pertubuhan

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

38
Bangsa-Bangsa Bersatu, laporan mengenai langkah-Iangkah yang
diterima pakai oleh mereka yang menguatkuasakan hak yang
diiktirafkan dalam Konvensyen ini dan mengenai kemajuan yang
dibuat mengenai hak-hak yang dinikmati itu:
a) Dalam masa dua tahun selepas mula berkuatkuasanya
Konvensyen bagi Negara-Negara Pihak yang berkenaan;
b) Selepas itu tiap-tiap lima tahun.
2. Laporan yang dibuat dibawah perkara ini hendaklah menunjukkan
faktor-faktor dan kesukaran, jika ada, yang menjejaskan tahap
penunaian obligasi di bawah Konvensyen ini. Laporan itu juga
hendaklah mengandungi maklumat yang mencukupi untuk
memberikan Jawatankuasa pemahaman komprehensif mengenai
pelaksanaan Konvensyen dalam negara yang berkenaan.
3. Suatu negara Pihak yang telah mengemukakan laporan
komprehensif awal kepada Jawatankuasa tidak perlu, dalam
laporan yang dikemukakan selepas itu mengikut perenggan 1 (b)
perkara ini, mengulangi maklumat asas yang telah diberikan
dahulunya.
4. Jawatankuasa boleh meminta daripada Negara-Negara Pihak
maklumat lanjut yang berkaitan dengan pelaksanaan Konvensyen.
5. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan kepada Perhimpunan
Agung melalui Majlis Ekonomi dan Sosial tiap-tiap dua tahun
laporan mengenai aktivitinya.
6. Negara-Negara Pihak hendaklah menjadikan laporan mereka
boleh didapati secara meluas kepada orang awam dalam negara
mereka sendiri.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

39
Perkara 45 .....................

Untuk merangsangkan pelaksanaan yang berkesan Konvensyen dan


untuk menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang yang diliputi
oleh Konvensyen:
a) Agensi-agensi khusus, tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu dan organ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
yang lain berhak untuk diwakili pada masa pertimbangan
pelaksanaan peruntukan Konvensyen ini sebagaimana termasuk
dalam ruang lingkup mandat mereka. Jawatankuasa boleh
menjemput agensi-agensi khusus itu. Tabung Kanak-Kanak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan lain yang
berwibawa yang dianggap wajar untuk memberikan nasihat
pakar mengenai pelaksanaan Konvensyen dalam bidang yang
termasuk dalam ruang lingkup mandat mereka masing-masing.
Jawatankuasa boleh menjemput agensi-agensi khusus seperti
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan
organ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang lain untuk
mengemukakan laporan mengenai pelaksanaan konvensyen
dalam bidang yang termasuk dalam ruang lingkup aktiviti
mereka;
b) Jawatankuasa hendaklah menghantar, sebagaimana yang dianggap
wajar, kepada agensi-agensi khusus, Tabung Kanak-Kanak
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan badan lain yang
berwibawa, apa-apa laporan daripada Negara-Negara Pihak yang
mengandungi suatu permintaan atau yang menunjukkan keperluan
bagi bantuan teknik atau nasihat berserta dengan pemerhatian
dan cadangan, jika ada, mengenai permintaan atau pertunjukan
ini;
c) Jawatankuasa boleh mengesyorkan kepada Perhimpunan Agung
untuk meminta Setiausaha Agung untuk mengaku janji bagi

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

40
pihaknya kajian mengenai isu khusus yang berhubungan dengan
hak kanak-kanak;
d) Jawatankuasa boleh membuat cadangan dan syor am berdasarkan
maklumat yang diterima menurut perkara 44 dan 45 konvensyen
ini. Cadangan dan syor am itu hendaklah dihantar kepada mana-
mana Negara Pihak yang berkenaan dan melaporkan kepada
Perhimpunan Agung berserta dengan ulasan, jika ada, daripada
Negara-Negara Pihak.

BAHAGIAN III

Perkara 46 .....................

Konvensyen ini adalah terbuka untuk ditandatangani oleh semua


Negara.

Perkara 47 .....................

Konvensyen ini adalah tertakluk kepada ratifikasi. Surat cara ratifikasi


hendaklah didepositkan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu.

Perkara 48 .....................

Konvensyen ini hendaklah terus dibuka bagi penyertaan oleh mana-


mana Negara. Surat cara penyertaan hendaklah didepositkan dengan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-BangsaBersatu.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

41
Perkara 49 .....................

1. Konvensyen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada hari ketiga


belas berikutan dari tarikh surat cara ratifikasi atau penyertaan
yang kedua puluh didepositkan dengan Setiausaha Agung
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
2. Bagi setiap Negara yang meratifikasikan atau menyertai
Konvensyen selepas didepositkan surat cara ratifikasi atau
penyertaan yang kedua puluh, Konvensyen hendaklah mula
berkuatkuasa pada hari yang ketiga belas selepas surat cara
ratifikasi atau penyertaan oleh Negara itu didepositkan.

Perkara 50 .....................

1. Mana-mana Negara Pihak boleh mencadangkan suatu pindaan


dan memfailkan pindaan itu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Setiausaha Agung hendaklah sesudah itu
memaklumkan Negara-Negara Pihak mengenai cadangan pindaan
dengan permintaan supaya mereka membayangkan sama ada
mereka menyokong suatu persidangan Negara-Negara pihak
bagi maksud mempertimbangkan dan mengundi cadangan itu.
Jika sekiranya dalam masa empat bulan dari tarikh pemakluman
itu sekurang-kurangnya satu pertiga daripada Negara-Negara
Pihak menyokong diadakan persidangan itu, Setiausaha Agung
hendaklah memanggil persidangan itu di bawah naungan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apa-apa pindaan yang
diterima pakai oleh majoriti Negara-Negara Pihak yang hadir
dan mengundi di persidangan itu hendaklah dikemukakan kepada
Perhimpunan Agung untuk kelulusan.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

42
2. Sesuatu pindaan yang diterima pakai mengikut perenggan 1
perkara ini hendaklah mula berkuat-kuasa apabila pindaan itu
diluluskan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu dan diterima oleh dua pertiga daripada majoriti Negara
Pihak.
3. Apabila sesuatu pindaan mula berkuatkuasa, pindaan itu
mengikat semua Negara Pihak yang menerimanya, Negara-
Negara pihak yang lain masih terikat dengan peruntukan
Konvensyen ini dan apa-apa pindaan terdahulu yang diterima
oleh mereka.

Perkara 51 .....................

1. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu hendaklah


menerima dan mengedarkan kepada semua negara teks reservasi
yang dibuat oleh Negara- Negara pada masa ratifikasi atau
penyertaan.
2. Sesuatu reservasi yang tidak secocok dengan tujuan dan maksud
Konvensyen tidak dibenarkan.
3. Reservasi boleh ditarik balik pada bila-bila masa melalui
pemberitahuan yang bermaksud sedemikian yang ditujukan
kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang
hendaklah memberitahu semua Negara. Pemberitahuan itu
hendaklah mula berkuatkuasa dari tarikh yang pemberitahuan
itu diterima oleh Setiausaha Agung.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

43
Perkara 52 .....................

Negara Pihak boleh memutuskan Konvensyen ini melalui pemberitahuan


bertulis kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Agung Bangsa-Bangsa
Bersatu. Pemutusan mula berkuatkuasa setahun selepas tarikh
penerimaan pemberitahuan itu oleh Setiausaha Agung.

Perkara 53 .....................

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dilantik sebagai


pendeposit Konvensyen ini.

Perkara 54 .....................

Konvensyen ini yang teks bahasa Arab, Gina, Inggeris, Perancis, Rusia
dan Sepanyol adalah sama sah, hendaklah didepositkan dengan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pada menyaksikan hal di atas, wakil penuh Kerajaan yang
bertandatangan di bawah, yang diberi kuasa dengan sewajarnya oleh
Kerajaan masing-masing, telah menandatangani Konvensyen ini.

KONVENSYEN Mengenai Hak Kanak-Kanak

44

You might also like