You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PENAMBAHBAIKAN SURAU
SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS
RAYA, PARIT RAJA, BATU PAHAT,
JOHOR
TAHUN 2020M / 1441H
KERTAS KERJA PENAMBAHBAIKAN SURAU SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN PINTAS RAYA,
BATU PAHAT, JOHOR

1. PENDAHULUAN

Surau adalah satu tempat yang terpenting di sesuatu kawasan atau tempat dan
pembinaannya bertujuan untuk umat Islam mendirikan solat ,beribadah dan
menjalankan aktiviti kerohanian yang lain. Di SK Pintas Raya juga terdapat sebuah
surau, namun perlu diberi penambahbaikan.

Oleh itu, pihak PIBG SKPR memberi cadangan kepada pihak sekolah untuk
menambah baik seterusnya menaik taraf surau yang sedia ada kepada keadaan yang
lebih baik, selesa dan berinformasi kepada semua murid khususnya melibatkan mata
pelajaran dan aktiviti kerohanian Pendidikan Islam di sekolah.

2. OBJEKTIF

1. Memberikan keselesaan kepada murid, guru serta kakitangan sekolah untuk


mengerjakan solat.

2. Memberikan keselesaan kepada murid untuk menjalani amali solat serta aktiviti
pengajaran dan pembelajaran semasa Kelas KAFA dan amali Kem Bestari Solat.

3. Menambah baik prasarana dan kemudahan sekolah iaitu surau sekolah yang
telah sedia ada kepada yang lebih baik.

4. Menjadikan surau sekolah lebih bersih, ceria dan selamat serta selesa untuk
digunakan.

3. CADANGAN KERJA PENAMBAHBAIKAN

1. Menaik taraf surau


Lampiran 1

1) Surau sekolah

CADANGAN BAIKPULIH DAN PENGUBAHSUAIAN

a) Mengecat dinding

b) Memasang langsir dan tirai

c) Memasang karpet

d) Sebarang kerja penambahbaikan yang dirasakan perlu

TUJUAN PENAMBAHBAIKAN

a) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengerjakan solat.

b) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk menjalani amali solat yang
terdapat dalam silibus Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) dan Kem Bestari Solat.

c) Memberi keselesaan kepada murid dan guru untuk mengikuti sesi pengajaran
dan pembelajaran (P&P) di surau.
4. ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan Sedia Ada:

Bil. Perkara Jumlah


1. Panitia:

1. Pendidikan Islam RM

2. Bahasa Arab RM

JUMLAH KESELURUHAN RM

Perbelanjaan:

Bil. Perkara Jumlah


1. Surau :

1. Cat dan upah kerja RM 500.00

2. Langsir RM 1500.00

3. Karpet RM 3000.00

4. Kelengkapan lain (almari, rak, telekung, tirai) RM 3000.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 8000.00


5. PENUTUP

Semoga perlaksanaan kerja penambahbaikan dan pengubahsuaian surau sekolah


ini dapat memberikan keselesaan yang lebih baik kepada semua murid, guru dan
kakitangan sekolah ini. Diharapkan juga perlaksanaan projek ini dapat menjadikan
kemudahan surau sekolah lebih bersih,ceria dan selamat untuk digunakan. Sokongan
dan pandangan daripada semua pihak amat diharapkan dalam melancarkan lagi kerja-
kerja penambahkan surau.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………….. …………………………………………….

( ) ( )

Setiausaha PIBG, Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pintas Raya Sekolah Kebangsaan Pintas Raya


Belawai.

You might also like