You are on page 1of 52

Pendekatan

Wasatiyyah:
Definisi, Konsep
dan Pelaksanaan
Dr. Abdullah Md Zin

Abdullah-BM.indd 1 2/28/2013 3:32:49 PM


Cetakan Pertama 2013
© Institut Wasatiyyah Malaysia

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini yang boleh
diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam
sebarang bentuk atau dengan sebarang alat jua pun, sama ada dengan cara
elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis
daripada penerbit terlebih dahulu.

Tajuk:
PENDEKATAN WASATIYYAH: DEFINISI, KONSEP DAN PELAKSANAAN
ISBN: 978-967-0581-01-9

Penulis:
Dr. Abdullah Md Zin

Diterbitkan oleh:
Institut Wasatiyyah Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok B3, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Malaysia
Telefon: +603- 887 23522
Faksmili: +603-88883121

Dicetak oleh:
GLOBAL SMART PRINTINGS SDN. BHD.
A-G 20, Jalan UP 1/1A, Spring Ville
Taman Ukay Perdana
68000 Ampang
Selangor

Abdullah-BM.indd 2 2/28/2013 3:32:49 PM


KANDUNGAN

Biodata Penulis 4
Kata Aluan 7
1. Pendahuluan 10
2. Pengertian “Wasatiyyah” 14
3. Wasatiyyah Dalam Al-Quran 16
4. Wasatiyyah Dalam Al- Sunnah 19
5. Pendekatan Wasatiyyah Dalam Amalan 23
Para Sahabat Dan Tabi’in
6. Pendekatan Wasatiyyah Menurut Ulama 27
Silam
7. Pendekatan Wasatiyyah Menurut Ulama- 28
Ulama Muta’akhirin
8. Ulasan Dan Pandangan 40
Penutup 49

Abdullah-BM.indd 3 2/28/2013 3:32:49 PM


BIODATA PENULIS

Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Abdullah bin Md.


Zin dilahirkan pada 2 Ogos 1946 di Kampung Alor
Selising, Besut, Terengganu. Beliau dikurniakan empat
orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Datin
Seri Wan Naimah binti Haji Wan Latif.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah


Kebangsaan Padang Luas, Terengganu (1954-1958)
sehingga tamat Darjah VI sebelum melanjutkan
pelajaran ke Sekolah Rendah Agama Ittifaqiyyah,
Jerteh, Terengganu (1959-1962). Beliau kemudiannya
menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Agama

[4] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 4 2/28/2013 3:32:50 PM


Atas Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu (1963-
1966). Seterusnya (1968-1972) B.A. (Hons) Dakwah
dan Usuluddin, Universiti Islam Madinah ; (1972-
1973) B.A. (Hons) Syariah, Universiti Al-Azhar,
Kaherah, Mesir; (1973-1974) M.A. Dakwah, Universiti
Al-Azhar, Kaherah, Mesir; (1975) Diploma Pendidikan,
Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir; (1986-1990)
Ph.D Dakwah dan Tasawuf, Universiti of kent at
Canterbury, England.

Beliau pernah bertugas sebagai Guru di Kolej


Islam Kelang (Jun 1976-April 1977); seterusnya di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1977-1993)
Pensyarah; (1993-2000) Profesor Madya; (2000-
2004) Profesor. Selain Pensyarah, beliau juga pernah
dilantik ke jawatan Pentadbiran Akademik, UKM
(1991-1997), Ketua Jabatan Pengajian Dakwah dan
Kepimpinan; (1998-1999), Dekan Fakulti Pengajian
Islam; pada tahun 2000-2001 beliau telah dipinjam
untuk menubuhkan Kolej Universiti Islam Malaysia

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [5]

Abdullah-BM.indd 5 2/28/2013 3:32:50 PM


(KUIM) yang dikenali sebagai Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM). Dari 2001-2004 beliau bertugas
sebagai Profesor dan Timbalan Rektor KUIM.

Dalam bidang politik, beliau pernah menjawat


beberapa jawatan penting antaranya (2004-2008)
Ahli parlimen Besut; (2004-2008) Menteri di Jabatan
Perdana Menteri; (2004-2009), Ahli Majlis Tertinggi
UMNO; (2004-2009), Timbalan Pengerusi Biro Agama
UMNO Malaysia; (2004-2009), Pengerusi Biro Agama
Badan Perhubungan UMNO Terengganu; (2004-2009),
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Besut; (2008 hingga
kini) Bendahari UMNO Bahagian Besut.

Kini beliau bertugas sebagai Penasihat Agama


Kepada YAB Perdana Menteri (2009 hingga kini); Ahli
Parlimen Besut (2008 hingga kini); dan Bendahari
UMNO Bahagian Besut (2009 hingga kini). Beliau juga
merupakan pengerusi Institut Wasatiyyah Malaysia
bermula dari Disember 2012 sehingga sekarang.

[6] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 6 2/28/2013 3:32:50 PM


KATA ALUAN PENGARAH
INSTITUT WASATIYYAH MALAYSIA

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga


dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan izinNya
jua maka buku ini berjaya diterbitkan.

Saya mewakili Institut Wasatiyyah Melaysia


(IWM) amat berterima kasih terutamanya kepada
Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri
Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak kerana memberi
kepercayaan kepada kami untuk memikul
tanggungjawab menterjemahkan dan merealisasikan
pendekatan Wasatiyyah di Negara tercinta ini.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [7]

Abdullah-BM.indd 7 2/28/2013 3:32:50 PM


Penerbitan buku kecil ini adalah merupakan
antara usaha pertama IWM dalam usaha memberi
penjelasan dan kefahaman tentang pendekatan
Wasatiyyah. Kefahaman tentang Wasatiyyah perlu
diambil daripada sumber yang muktabar dan diyakini
berteraskan rujukan yang sebenar dan thiqah, kerana
tanpa autoriti ini mungkin akan muncul pihak-pihak
tertentu yang cuba untuk memesongkan maksud
sebenar kefahaman ini dan akhirnya dibimbangi
disebalik hasil positif yang diimpikan kita dilabel
sebagai umat yang hanya ala kadar pencapaiannya.

Sedangkan pengertian Wasatiyyah yang sebenar


bukan seperti usaha sesetengah pihak yang
menterjemahnya secara literal sahaja, bahkan
pendekatan ini mempunyai makna yang tersurat dan
tersirat yang perlu diterokai dan digali penjelasannya
melalui sirah Rasulullah SAW.

[8] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 8 2/28/2013 3:32:50 PM


Insya Allah penerbitan ini akan menjadi salah
satu titik permulaan kepada penjelasan tentang
pendekatan Wasatiyyah yang sebenar yang perlu
difahami dan dihadam oleh kita sebagai umat Islam
khususnya di Malaysia ini.

Adalah diharapkan agar pendekatan ini bukan


sahaja khusus untuk Umat Islam tetapi juga untuk
rakyat Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan
budaya. Semoga usaha ini diganjari Allah SWT sebagai
usaha melaksanakan tuntutan Fardhu Kifayah.

Haji Mohd Yusof bin Din


Pengarah
Institut Wasatiyyah Malaysia.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [9]

Abdullah-BM.indd 9 2/28/2013 3:32:50 PM


Pendekatan Wasatiyyah:
Definisi, Konsep dan
Pelaksanaan

1. PENDAHULUAN

Kepimpinan yang diperkenalkan oleh YAB Dato’


Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri
Malaysia ialah 1Malaysia, “Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan”. 1Malaysia adalah satu
gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia yang berbilang kaum dan agama, berteraskan
beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi
amalan setiap rakyat.

Gagasan 1Malaysia adalah satu agenda yang


merangkumi pakej perpaduan, pembangunan,

[ 10 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 10 2/28/2013 3:32:50 PM


kemakmuran, keamanan dan keselamatan. Selaras
dengan prinsip “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. 1Malaysia adalah kesinambungan
usaha Kerajaan membina Negara bangsa yang
bersatupadu serta memiliki sahsiah yang kukuh.

Justeru, Gagasan 1Malaysia adalah selaras dengan


semangat yang ditunjukkan oleh sirah Rasulullah
(s.a.w) dalam pembentukan Negara dan tamadun
Islam di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah
pada waktu itu terdiri daripada pelbagai kaum dan
agama, hidup penuh rukun dan harmoni, berasaskan
Perlembagaan Madinah yang mengutamakan dan
mempertahankan kebebasan beragama, keadilan
kepada semua dan melindungi kaum minoriti serta
memberi kebebasan mengamalkan agama kepada
kaum bukan Islam yang berpayung di bawah
pemerintahan Negara Madinah.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 11 ]

Abdullah-BM.indd 11 2/28/2013 3:32:51 PM


Kecemerlangan masyarakat Madinah yang telah
diperkenalkan oleh Rasulullah (s.a.w) dan para
sahabat telah diakui oleh Allah (s.w.t). sebagaimana
disebut dalam surah Ali Imran, ayat 110:

!
Yang bermaksud:

“Kamu (umat Islam) adalah umat yang terbaik
yang dilahirkan untuk manusia (kerana) kamu
menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah
dari yang munkar dan beriman kepada Allah”.

Dalam surah Al-Baqarah, ayat 143 pula ada


menjelaskan bahawa umat cemerlang adalah “umat
pertengahan” (ummatan wasata) iaitu umat yang
adil, yang tidak berat sebelah baik di dunia mahupun
di akhirat, tetapi seimbang antara keduanya
sebagaimana firman Allah (s.w.t).

[ 12 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 12 2/28/2013 3:32:51 PM


!
Yang bermaksud:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu


(umat Islam) “umat pertengahan” agar kamu
menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar
Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan)
kamu”.

Mengambil maklum dan iktibar dari ayat-ayat


suci itu, maka dapatlah ditegaskan di sini bahawa
“wasatiyyah” adalah satu pendekatan yang sangat
dituntut oleh Islam. Pendekatan ini bersifat
komprehensif dan bersepadu yang mampu
menyelesaikan tuntutan dan permasalahan ummah.

Pendekatan wasatiyyah adalah suatu pendekatan


mengamalkan ajaran Islam secara berimbang dan

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 13 ]

Abdullah-BM.indd 13 2/28/2013 3:32:51 PM


syumul dalam segenap bidang kehidupan individu dan
masyarakat, dengan mempertingkatkan kualiti hidup
ummah di bidang pembangunan ilmu pengetahuan,
pembangunan insan, perpaduan, ekonomi dan
kewangan, undang-undang dan kenegaraan,
pertahanan dan sebagainya.

2. PENGERTIAN “WASATIYYAH”

Dari segi bahasa perkataan “wasatiyyah” adalah


masdar atau “kata terbitan” dari perkataan “al-wasat”.
Dari perkataan “al-wasat” terbit pula perkataan “al-
Awsat” ism tafdil yang bermaksud sangat adil dan
tidak melampau.

Perkataan lain dalam bahasa Arab yang sama


dengannya ialah “I’tidal” bererti “tidak melampau”
(rigid, ketat) dan tidak cuai (longgar).

[ 14 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 14 2/28/2013 3:32:51 PM


Allah (s.w.t). telah menyebut perkataan wasata
dalam firmanNya yang bermaksud: “Dan demikian
pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam)
(ummatan wasata)” surah Al-Baqarah, ayat 143.
Begitu juga Rasulullah (s.a.w) telah menyebutkan
perkataan “pertengahan” ini dalan sabdanya yang
bermaksud:

“Sebaik-baik perkara itu ialah yang paling


pertengahan”.

Dalam bahasa Inggeris “Wasatiyyah” yang berasal


dari perkataan “Wasat” bererti “middle” atau
“balanced”. Manakala perkataan “Awsat” pula bererti
“the mid of everything”. Begitu juga “virtue”
ditakrifkan sebagai “the midbetween two bad
characters or two bad extremes”.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 15 ]

Abdullah-BM.indd 15 2/28/2013 3:32:51 PM


3. WASATIYYAH DALAM AL-QURAN

Al-Quran menggunakan wasatiyyah dengan


pengertian pertengahan, sederhana dan berimbang;
antaranya;

Yang bermaksud:

“Dan mereka yang apabila membelanjakan (harta),


mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak (pula)
kedekut, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-
tengah antara yang demikian”.
(Surah Al-Furqan, ayat: 67)

[ 16 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 16 2/28/2013 3:32:51 PM


!

Yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu jadikan tanganmu


terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu
terlalu menghulurkannya (jangan kamu terlalu
kedekut dan jangan pula terlalu pemurah) kerana
itu kamu menjadi tercela dan menyesal”.
(Surah Al-Isra’ ayat: 29).

Yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu meninggikan suaramu


dalam solatmu dan janganlah (pula)
merendahkannya dan usahakan jalan tengah di
antara kedua itu” (maksudnya janganlah membaca

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 17 ]

Abdullah-BM.indd 17 2/28/2013 3:32:51 PM


ayat Al-Quran dalam solat terlalu kuat atau terlalu
perlahan tetapi cukuplah sekadar dapat didengar
oleh ma’mun).
(Surah Al-Isra’, ayat : 110).

!
Yang bermaksud:

“Musa menjawab: “sesungguhnya Allah berfirman


bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang
tidak tua dan tidak muda, pertengahan antara itu….”.
(Surah Al-Baqarah, ayat:68 ).

Yang bermaksud:

“Dan carilah pada apa yang telah dikurniakan


Allah kepadumu (kebahagian) negeri akhirat dan

[ 18 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 18 2/28/2013 3:32:51 PM


janganlah kamu melupakan bahagianmu dari
(kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah (kepada
orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik
kepadamu”.
(Surah Al-Qasas, ayat:77).

Yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di


dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah
kami dari api neraka”. (Inilah doa yang sebaik-
baiknya bagi seorang muslim”)
(Surah Al-Baqarah, ayat: 201).

4. WASATIYYAH DALAM AL-SUNNAH

Kita dapat melihat kesederhanaan Rasulullah


(s.a.w) dalam beberapa aspek kehidupan umat Islam
di zamannya, antaranya:

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 19 ]

Abdullah-BM.indd 19 2/28/2013 3:32:51 PM


Penolakan cara hidup kepadrian yang melampau:

Apa yang dimaksudkan dengan cara hidup


kepadrian yang melampau ialah mengharamkan
perkara-perkara yang baik dalam kehidupan seperti
berkahwin, pembangunan dan sebagainya, Al-Tabrani
meriwayatkan daripada Uthman bin Maz’un bahawa
ia telah berkata: “Wahai Rasulullah, izinkan saya
untuk melakukan pengasian (ikhtisa’) supaya
keinginan seks akan hapus”. Maka Rasulullah (s.a.w)
bersabda kepadanya “Wahai Uthman, sesungguhnya
Allah telah menukarkan kehidupan kepadrian
kepada agama Hanif yang mudah”.

Begitu juga al-Bayhaqi meriwayatkan bahawa


Rasulullah (s.a.w) bersabda “Berkahwinlah kamu
maka sesungguhnya aku berbangga dengan kamu
di depan umat-umat yang lain di hari Qiamat dan
janganlah kamu mengamalkan cara hidup
kepadrian orang-orang kristian.”

[ 20 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 20 2/28/2013 3:32:51 PM


Dibolehkan berhibur, ketawa dan berjenaka
terutama pada majlis perkahwinan dan
seumpamanya:

Rasulullah (s.a.w) menolak amalan rigid dan


terlalu serius di tempat-tempat yang memerlukan
kerehatan, berhibur, ketawa dan gurauan.

Begitu juga Rasulullah (s.a.w) memberi keizinan


untuk bermain muzik, menyanyi dan menari pada
majlis-majlis seperti kahwin, hari raya dan rehat.
Pernah Rasulullah (s.a.w) membenarkan orang-orang
Habsyi menari di Masjid Nabawi sempena kedatangan
hari raya, lalu baginda bersabda: “Supaya orang
Yahudi tahu bahawa agama kita adalah mudah.
Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama Hanif
yang mudah (hanif dalam akidah dan mudah
dalam hukum hakam)” (Hadis riwayat Ahmad).

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 21 ]

Abdullah-BM.indd 21 2/28/2013 3:32:51 PM


Digalakkan untuk menjaga kecantikan dan
menzahirkan nikmat kurniaan Allah (s.w.t):

Dihalalkan dan dibolehkan kepada orang Islam


memakai pakaian yang cantik dan juga memakai
bauan yang harum, lalu baginda bersabda
“Sesungguhnya Allah itu elok dan Ia suka kepada
keelokan”. (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan
Tirmizi).

Pertengahan antara hak Allah, hak diri dan hak-


hak makhluk:

Rasulullah (s.a.w) menentang tabiat melampau


dalam menunaikan ibadat puasa, solat, berzikir dan
membaca al-Quran sehingga melakukan kezaliman ke
atas hak diri, hak keluarga dan hak masyarakat.
Baginda juga berpendapat bahawa keadilan itu ialah
memberi kepada setiap yang mempunyai hak akan
haknya, tanpa lebih dan tanpa kurang. Sebagaimana

[ 22 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 22 2/28/2013 3:32:51 PM


baginda Rasulullah lakukan kepada Abdullah bin Amr
ketika beliau terlalu melampau dalam beribadat, lalu
baginda bersabda kepadanya: “Sesungguhnya bagi
badan kamu ada hak keatas kamu;bagi mata kamu
ada hak keatas kamu; bagi keluarga kamu ada hak
ke atas kamu;dan bagi pelawat rumahmu ada hak
keatas kamu”. Dan dalam riwayat Tirmizi: “Oleh itu
maka tunaikanlah hak kepada orang yang
mempunyai haknya.”

5. PENDEKATAN WASATIYYAH DALAM AMALAN


PARA SAHABAT DAN TABI’IN

Rasulullah (s.a.w) sentiasa menggalakkan para


sahabatnya supaya mengamalkan pendekatan
wasatiyyah dalam amalan hidup mereka. Para sahabat
telah melaksanakan pendekatan ini dalam segenap
bidang kehidupan mereka, samada dalam bidang
pemerintahan dan kepimpinan, dakwah dan
pendidikan, pengurusan ekonomi, sosial dan lain-lain.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 23 ]

Abdullah-BM.indd 23 2/28/2013 3:32:51 PM


Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Talib, beliau
berkata:

“Sebaik-baik ummah ini ialah golongan


pertengahan, orang yang lambat boleh
mengikutinya dan orang yang cepat boleh
perlahankannya”. Riwayat Ibn Abi Syaibah. Apa yang
dimaksudkan oleh Sayyidina Ali ialah beliau membenci
tabiat melampau dan juga tabiat cuai.

Begitu juga diriwayatkan bahawa Abdullah bin


Amr berkata:

“Bekerjalah kamu untuk urusan duniamu seolah-


olah kamu akan hidup selama-lamanya Dan
bekerjalah kamu untuk urusan akhiratmu seolah-
olah kamu akan mati besok hari ”.

Apa yang dimaksudkan dengan kata-kata ini ialah
diamalkan dalam kedua-dua bahagiannya. Manakala

[ 24 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 24 2/28/2013 3:32:51 PM


mengamalkan sebahagian tanpa bahagian yang lain
adalah dilarang.

Umar bin Abdul Aziz berkhutbah katanya:

“Sesungguhnya antara perkara yang sangat


disukai Allah ialah sederhana dalam melakukan
kesungguhan, memaaf ketika berkuasa, berlembut
dalam kepimpinan. Seseorang yang berbuat baik
terhadap orang lain di dunia, Allah akan berbuat
baik dengannya di Hari Kiamat ”.

Al-Hassan telah berkata:

“Perjalanan hidup kamu – demi Allah yang tiada


Tuhan melainkan Dia – adalah pertengahan antara
keduanya iaitu antara ketat dan yang longgar.
Oleh itu hendaklah kamu bersabar – semoga
dirahmati Allah – sesungguhnya golongan ahli
sunnah itu amat sedikit bilangannya. Mereka tidak

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 25 ]

Abdullah-BM.indd 25 2/28/2013 3:32:51 PM


pergi mengunjungi orang-orang kaya dan juga
tidak bersama golongan ahli bid’ah. Mereka sabar
mengamalkan sunnah sehingga mereka menemui
ajal mereka. Maka demikianlah – InsyaAllah – sikap
mereka”. (Riwayat al-Darimi)

Beliau juga berkata:

“Tuntutlah ilmu dengan tidak membahayakan


ibadat dan tuntutlah ibadat dengan tidak
membahayakan ilmu, kerana orang yang bekerja
tanpa ilmu akan mendatangkan kerosakan lebih
banyak dari kebaikan. Golongan yang bertindak
tanpa ilmu akan menentang umat Muhammad
dengan pedang mereka”. (Ibn al-Qayyim, Miftah al-
Sa’adah).

Apa yang dimaksudkan dengan golongan ini ialah


orang-orang Khawarij yang menghalalkan darah
sesama Islam. Ini adalah kerana kekurangan dalam

[ 26 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 26 2/28/2013 3:32:51 PM


pemikiran mereka bukan disebabkan oleh kecacatan
hati nurani mereka.

6. PENDEKATAN WASATIYYAH MENURUT ULAMA


SILAM

Para Sahabat dan Tabi’in adalah orang yang


mendokong kuat pendekatan wasatiyyah. Begitu juga
majoriti besar para ulama tafsir, ulama hadith, ulama
fekah, ulama usul dan juga para mutakallimim
menyokong kuat pendekatan wasatiyyah dan mereka
tidak menyokong golongan “pengetat agama” dan
golongan “pelonggar agama”.

Di antara ulama-ulama besar yang menyokong


kuat pendekatan wasatiyyah ialah al-Mawardi
(M.450H) Imam al-Haramayn al-Juwayni (M.478H.)
Imam al-Ghazali (M.505H) Ibn Qudamah (M.620H)
Ibn Taymiyyah (M.728H) Ibn al-Qayyim (M.758H) al-
Shatibi (M.790H).

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 27 ]

Abdullah-BM.indd 27 2/28/2013 3:32:51 PM


Kita tidaklah berhasrat untuk menerangkan
pendapat mereka secara terperinci, cuma dalam
kesempatan ini bolehlah bagi mereka yang berminat
untuk membaca pendapat Ibn Taymiyyah dalam
kitabnya “Majmu’ al-Fatawa”; Ibn al-Qayyim dalam
kitabnya “Madarij al-Salikin” Abu Hamid al-Ghazali
dalam kitabnya “Ihya’ Ulum al-Din”.

7. PENDEKATAN WASATIYYAH MENURUT


ULAMA-ULAMA MUTA’AKHIRIN

Antara ulama-ulama Muta’akhirin yang


memperkatakan tentang Wasatiyyah ialah Muhammad
‘Abduh, Rashid Rida, Mahmud Shaltut, Hasan al-Banna
dan lain-lain.

1. Pandangan Muhammad Abduh dan Rashid


Rida tentang Wasatiyyah

Pengarang tafsir “al-Manar” Muhammad Rashid

[ 28 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 28 2/28/2013 3:32:51 PM


Rida dan gurunya Muhammad Abduh telah memberi
tafsiran yang menarik terhadap firman Allah (s.w.t).
dalam surah al-Baqarah, ayat: 143 yang bermaksud:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu


(umat Islam) umat pertengahan”

Perkataan “al-wasat” dimaksudkan dengan


“Keadilan dan Kecemerlangan”. Ini bererti jika adanya
tambahan atau berlebihan dari sepatutnya terhadap
sesuatu perkara, maka ianya dianggap melampau atau
ekstrem. Begitu juga sebaliknya jika ada apa-apa
kekurangan dari sepatutnya maka ianya dianggap
sebagai pengabaian dan kecuaian. Tambahan dan
pengurangan dari sepatutnya adalah dianggap
keburukan dan perbuatan yang tercela. Oleh itu,
kecemerlangan adalah jalan pertengahan antara dua
keburukan (keburukan dua ekstrem “tambahan dan
pengurangan”).

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 29 ]

Abdullah-BM.indd 29 2/28/2013 3:32:51 PM


Selanjutnya Muhammad Abduh dan Rashid Rida
menjelaskan bahawa sebelum kedatangan Islam, umat
manusia terdiri daripada dua golongan: golongan
pertama, mereka mementingkan kebendaan semata,
tumpuan mereka kepada kepentingan fizikal sahaja.
Mereka terdiri daripada orang-orang Yahudi dan
Musyrikin. Manakala golongan kedua sangat
mementingkan kerohanian dengan meninggalkan
keduniaan seperti golongan Nasara dan penganut-
penganut agama Hindu di India.

Oleh itu Islam memberi tumpuan kepada dua hak


iaitu hak roh dan hak jasad atau dengan ungkapan
yang lain, bolehlah ditegaskan di sini bahawa Islam
telah memberi kepada umatnya semua hak-hak yang
perlu kepada manusia kerana manusia itu ada jasmani
dan rohani; ada sifat-sifat haiwan dan sifat-sifat
malaikat.

[ 30 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 30 2/28/2013 3:32:51 PM


2. Wasatiyyah Menurut Mahmud Shaltut

Di antara ulama yang memberi huraian terperinci


tentang wasatiyyah ialah Sheikh Mahmud Shaltut,
Sheikh al-Azhar. Beliau telah menulis dalam kitab
tafsirnya (Min Tafsir al-Quran al-karim).

Islam ialah jalan lurus yang mempunyai


perundangan yang sesuai dengan setiap masa dan
tempat. Keadaan umat manusia di seluruh dunia
berada dalam dua golongan ifrat dan tafrit.Keadaan
ini dapat diperhatikan dalam semua perkara akidah,
akhlak, perhubungan manusia dengan kehidupan,
perhubungan individu dengan masyarakat,
perhubungan antarabangsa dan lain-lain.

Islam datang untuk memperkenalkan manhaj


pertengahan dalam semua perkara bagi menjamin
kebaikan dan kemaslahatan umat manusia.Syariat
Islam memperkenalkan kesederhanaan dan

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 31 ]

Abdullah-BM.indd 31 2/28/2013 3:32:51 PM


pertengahan dan keseimbangan tanpa adanya unsur-
unsur ekstrem.

a. Wasatiyyah dalam akidah

Dalam akidah Islam mengutarakan jalan


pertengahan antara mereka yang mengingkari
wujudnya Tuhan dan mereka menganggap bahawa
kehidupan di dunia ini adalah terjadi secara kebetulan
sahaja sebagaimana dirakamkan di dalam al-Quran:

Yang bermaksud:

(Kehidupan itu) tidak lain hanyalah kehidupan


kita di dunia ini, kita mati dan hidup dan tidak
akan dibangkitkan (lagi).
(Surah al-Mu’minun, ayat: 37).

[ 32 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 32 2/28/2013 3:32:51 PM


Selain itu ada pula golongan yang percaya banyak
tuhan, mereka mensyirikan Allah dengan tuhan-tuhan
yang lain. Akidah Islam menjelaskan dengan terang
sekali bahawa sesungguhnya Allah itu Tuhan Yang
Tunggal, Ianya Tuhan Yang Disembah dan tidak ada
yang lain selainNya sebagaimana firman Allah (s.w.t).

!
Yang bermaksud:

“Katalah (Muhammad), Dialah Allah, Yang Maha


Esa, Allah tempat meminta segala sesuatu (Allah)
tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan
tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia”.
( Surah al-Ikhlas, ayat: 1 – 4 ).

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 33 ]

Abdullah-BM.indd 33 2/28/2013 3:32:51 PM


b. Wasatiyyah dalam akhlak

Wasatiyyah dalam bidang akhlak ialah berada di


pertengahan antara dua ekstrem iaitu golongan
pertama mengamalkan hidup bebas lepas tanpa
ikatan nilai-nilai murni, manakala golongan kedua
pula rigid dan ketat dalam mengamalkan nilai-nilai
murni. Maka wasatiyyah dalam akhlak Islam ialah
berada di tengah-tengah antara tidak bakhil dan tidak
pula membazir; tidak membangga diri dan tidak pula
menghina diri; tidak penakut dan tidak berani
membuta tuli.Asas bagi akhlak ini merujuk kepada
firman Allah (s.w.t).

!
Yang bermaksud:

“Dan janganlah engkau jadikan tanganmu


terbelenggu pada lehermu dan jangan (pula)

[ 34 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 34 2/28/2013 3:32:51 PM


engkau terlalu menghulurkannya (sangat
pemurah) nanti kamu menjadi tercela dan
menyesal”.
(Surah al-Isra’, ayat: 29).

Dan firman Allah (s.w.t).

!
Yang bermaksud:

“Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan Yang Maha


Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan
(harta), mereka tidak berlebihan dan tidak (pula)
kedekut, di antara keduanya secara wajar ”.
(Surah al-Furqan, ayat: 67).

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 35 ]

Abdullah-BM.indd 35 2/28/2013 3:32:52 PM


c. Wasatiyyah dalam kehidupan

Hubungan manusia dengan kehidupan hendaklah
berdasarkan pertengahan antara kebendaan semata
yang berteraskan makan, minum, nafsu shahwat,
pengumpulan harta kekayaan, pangkat dan kedudukan.
Manakala kerohanian semata seperti menolak
keduniaan secara total; tidak mahu berkahwin, tidak
mahu berusaha mencari rezeki dan sebagainya maka
Islam telah menetapkan jalan pertengahan
sebagaimana firman Allah (s.w.t):

Yang bermaksud:

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa


yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi
janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia
ini”.
(Surah a-Qasas, ayat: 77).

[ 36 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 36 2/28/2013 3:32:52 PM


!

Yang bermaksud:

“Apabila solat telah dilaksanakan, maka


bertebaranlah kamu di bumi, carilah kurniaan
Allah”.
(Surah al-Jum’ah, ayat: 10).

Yang bermaksud:

“Katakanlah (Muhammad), siapakah yang


pengharamkan perhiasan daripada Allah yang
telah disediakan untuk hamba-hambaNya dan
rezeki yang baik-baik”?
(Surah al-A’raf, ayat: 32).

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 37 ]

Abdullah-BM.indd 37 2/28/2013 3:32:52 PM


d. Wasatiyyah dalam perundangan

Dalam menggubal undang-undang Negara yang


berkait rapat dengan kehidupan manusia, Islam tidak
memberi kebebasan sepenuhnya kepada manusia
tanpa adanya batasan dan sempadan. Justeru Islam
menentukan dengan jelas perkara tertentu, manakala
dalam bidang-bidang tertentu pula diberi kebebasan
sepenuhnya kepada manusia untuk menentukan
undang-undang. Dalam bidang yang ditetapkan oleh
Syara’ maka akal tidak mampu untuk memahami
sepenuhnya hikmah di sebalik peraturan tersebut
seperti ibadat-ibadat khusus yang tidak terikat dengan
masa dan tempat. Ianya bersifat tetap dan tidak
berubah. Manakala peraturan yang terikat dengan
maslahat-maslahat tertentu seperti pentadbiran
Negara dan sebagainya maka Islam memberi ruang
untuk berijtihad untuk kepentingan ummah.

[ 38 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 38 2/28/2013 3:32:52 PM


3. Wasatiyyah Menutut Hassan al-Banna

Di antara ulama yang mengajak kepada


Wasatiyyah Islamiyyah ialah Hasan al-Banna,
Pengasas gerakan Ikhwan Muslimin di Mesir yang
berada di pertengahan secara berimbang antara
golongan ekstrem yang inginkan kebebasan dan
perubahan dan golongan ekstrem yang jumud dan
tidak mahu kepada perubahan. Begitu juga beliau
berada di pertengahan antara golongan rasional yang
melampau dan golongan yang mengabaikan akal
fikiran. Hasan al-Banna juga dianggap bijak dengan
pendirian yang berimbang antara golongan yang
terpengaruh dengan kemajuan barat dengan tidak
menapis dan membezakan antara baik dan buruknya.
Begitu juga beliau tidak bersama dengan golongan
yang hanya membataskan terhadap apa yang ada pada
orang Islam dengan menutup rapat terhadap kemajuan
yang telah dicapai oleh orang barat dalam bidang
sains dan teknologi.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 39 ]

Abdullah-BM.indd 39 2/28/2013 3:32:52 PM


Hasan al-Banna terkenal dengan personaliti yang
berimbang dan sederhana. Beliau dianggap Salafi dan
sufi, turathi dan asri, muhafiz dan mujaddid, abid dan
mujahid. Begitu juga beliau melihat Islam sebagai
agama ibadah dan qiadah, din dan daulah, mushaf dan
pedang.

8. ULASAN DAN PANDANGAN

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najid Tun Haji Abdul Razak


semasa berucap di Majlis Perjumpaan Bersama Ulama’
dan Umara’ pada 5 Februari 2010 yang lalu telah
menyarankan umat Islam di Malaysia supaya
menghayati dan mengamalkan pendekatan
“Wasatiyyah”. Seterusnya beliau menegaskan dalam
perjumpaan tersebut dengan katanya:

“Pendekatan “Wasatiyyah” menekankan kepada


ajaran Islam secara sederhana, berimbang dan
syumul dalam semua kegiatan hidup individu dan

[ 40 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 40 2/28/2013 3:32:52 PM


masyarakat dengan memberi penekanan kepada
meningkatkan kualiti hidup ummah dari segi ilmu
pengetahuan, pembangunan insan, sistem ekonomi
dan kewangan, pengetahuan dan perpaduan”.

Sebenarnya mengamalkan pendekatan


Wasatiyyah di Malaysia khususnya dan di Nusantara
umumnya telah lama diamalkan oleh umat Islam di
rantau ini. Dalam konteks Malaysia proses
meninggikan syiar Islam dengan menggunakan
pendekatan Wasatiyyah bermula dengan cara yang
lebih jelas ialah sejak kita mencapai kemerdekaan.
Kita tidak boleh hanya melihat era pemimpin tertentu
sahaja yang menekankan penghayatan Islam, kerana
setiap pemimpin ada cara yang tersendiri. Ini dapat
dibuktikan kerana kita telah mendaulatkan
Perlembagaan Persekutuan dengan memberi
peruntukan bahawa agama Islam sebagai agama
Persekutuan selari dengan sejarah dan amalan yang
ada di Negara ini. Walau bagaimanapun, Perlembagaan

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 41 ]

Abdullah-BM.indd 41 2/28/2013 3:32:52 PM


Persekutuan menyatakan agama-agama lain boleh
diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana
bahagian dalam Persekutuan.

Dalam Perlembagaan Persekutuan jelas


menyatakan kedudukan Islam sebagai Agama
Persekutuan tanpa mengenepikan peranan agama-
agama yang lain; kedudukan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan tanpa melupakan peranan
bahasa-bahasa lain; dan kedudukan istimewa kaum
Melayu dan Bumiputra Sabah dan Sarawak tanpa
menafikan kepentingan sah kaum-kaum yang lain. Ini
adalah bukti kukuh tentang prinsip Wasatiyyah
diamalkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Malaysia sebagai sebuah Negara berbilang kaum


dengan 60 peratus warganegaranya menganut agama
Islam. Minoriti besar rakyat Malaysia sejumlah 40
peratus yang lain pula menganut pelbagai agama
seperti Budha, Hindu, Kristian dan lain-lain lagi. Selain

[ 42 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 42 2/28/2013 3:32:52 PM


itu warga Malaysia juga berbeza dari segi bahasa,
budaya dan taraf sosio-ekonomi.

Meskipun di Malaysia wujud kepelbagaian yang


kompleks, kedudukan Islam amat baik kerana telah
dimaktubkan secara rasmi di dalam undang-undang
tertinggi Negara iaitu Perlembagaan Persekutuan dan
Undang-Undang Tubuh atau Perlembagaan Negeri. Ia
telah dimantapkan lagi dengan penubuhan institusi-
institusi bagi mentadbir dan melaksanakan undang-
undang Syariah seperti penubuhan Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Kehakiman
Syariah Malaysia. Selain itu beberapa institusi lain
juga telah ditubuhkan bagi memajukan kepentingan
sosial dan ekonomi umat Islam seperti penubuhan
Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji di peringkat
Persekutuan dan Pusat Pungutan Zakat di Peringkat
Negeri-negeri. Oleh itu dapatlah ditegaskan bahawa
Islam di Malaysia bukan setakat ritual sahaja namun
telah diamalkan sebagai cara hidup yang syumul.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 43 ]

Abdullah-BM.indd 43 2/28/2013 3:32:52 PM


Sekalipun Islam telah diberikan kedudukan
perundangan dan pentadbiran yang “preeminent”
atau yang tertinggi, agama-agama lain tetap diberi
jaminan oleh Perlembagaan serta bebas diamalkan
secara aman dan damai.

Di dalam mengurus perhubungan etnik dan


agama di Malaysia, Kerajaan semenjak merdeka lagi
telah memilih untuk mengamalkan dasar integrasi
berbanding asimilasi. Perbezaan antara kedua-dua
dasar ini amat besar. Integrasi bermakna kepelbagaian
dihormati, dikekalkan seterusnya diraikan. Ia selaras
dengan prinsip ajaran Islam yang menegaskan bahawa
tidak ada paksaan di dalam beragama dan kepelbagaian
adalah asas untuk kenal-mengenal sebagai satu
kerahmatan. Berbeza dengan dasar integrasi, dasar
asimilasi menggabungkan perbezaan bagi tujuan
mencipta indentiti yang sama. Malaysia menolak
dasar ini bagi membina Negara kerana tidak
bersesuaian dengan realiti yang ada di Malaysia.

[ 44 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 44 2/28/2013 3:32:52 PM


Sebenarnya pendekatan Wasatiyyah bukanlah
sesuatu yang baru diperkenalkan di Malaysia. Ia
sebenarnya telahpun diamalkan semenjak berdekad-
dekad lalu setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
Malaysia sebagai sebuah Negara Islam demokratik
telah muncul menjadi sebuah Negara perindustrian
moden berpendapatan sederhana tinggi. Kita dapat
menolak tanggapan barat selama ini tentang kononnya
sesebuah Negara Islam itu lazimnya tidak demokratik,
bersifat autokratik, walaupun kaya dengan sumber
asli namun gagal menguruskannya dengan baik.

Sesungguhnya kesederhanaan berimbang yang kita


utarakan bukanlah kesederhanaan menurut tafsiran
pihak luar atau pihak Barat. Sebaliknya Wasatiyyah
dalam pengertian kita adalah Wasatiyyah yang dididik
oleh Rasulullah (s.a.w) melalui sirahnya, antaranya
semangat Piagam Madinah serta kesederhanaan
berimbang para Sahabat, tabi’in, ulama-ulama silam dan
ulama-ulama muta’akhirin yang muktabar.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 45 ]

Abdullah-BM.indd 45 2/28/2013 3:32:52 PM


Setelah YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperkenalkan
pendekatan Wasatiyyah untuk menjadi prinsip
pedoman “guiding principle” kepada Gagasan
1Malaysia: “Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan”. Inilah falsafah dan formula yang akan
merealisasikan aspirasi Negara dalam mencapai
Wawasan 2020.

Berpandukan kepada Islam adalah agama rahmat


kepada seluruh alam, YAB Dato’ Sri Mohd Najib semasa
berucap dalam perbahasan umum sesi ke-65
Perhimpunan Agong Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu di New York, Isnin 27 September 2010, beliau
antara menegaskan:

“Cubaan untuk memburuk-burukkan Islam


menyinggung satu setengah billion penganutnya.
Ia memburukkan lagi jurang antara dunia Islam
dan Barat. Isu sebenar bukan antara Muslim dan
bukan Muslim tetapi di antara kesederhanaan dan

[ 46 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 46 2/28/2013 3:32:52 PM


pelampau semua agama sama ada Islam, Kristian
dan Yahudi….”.

Seterusnya beliau menjelaskan:



“Kita mesti memilih kesederhanaan dan menolak
fahaman pelampau. Kita perlu memilih rundingan
dan bukannya konfrantasi. Kita perlu memilih
untuk bekerjasama dan bukan bertelagah antara
satu sama lain…. ”.

Dalam ucapan tersebut akhirnya beliau
mencadangkan Pergerakan Global Kumpulan
Sederhana (Global Movement of the Moderates)
daripada semua agama, untuk bekerjasama bagi
memerangi dan menyisih kumpulan ekstrem yang
mengancam dunia dengan ketaksuban mereka dan
pendapat yang berat sebelah.

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 47 ]

Abdullah-BM.indd 47 2/28/2013 3:32:52 PM


Ucapan YAB Dato’ Sri Mohd Najib memperlihatkan
iltizam Malaysia untuk melihat keamanan global
kembali semula, sekaligus menghapuskan golongan
pelampau. Yang lebih menarik lagi dalam ucapan
tersebut, beliau melahirkan keyakinan untuk
mengutarakan idea ini bagi menyelamatkan dunia
dari kehancuran. Pertembungan antara dunia Islam
dan Barat bukanlah isu pokok yang menyebabkan
dunia dalam keadaan buru-hara dan kacau-bilau,
sebaliknya ia berpunca dari wujudnya pelampau dan
oportunis yang suka menangguk di air keruh.

Idea kesederhanaan yang diutarakan oleh Dato’


Sri Mohd Najib perlu disokong oleh masyarakat
antarabangsa untuk menjadikannya halatuju baru
dunia bagi merangka strategi ke arah mewujudkan
keadilan, kesamarataan peluang dan keamanan
sejagat.

[ 48 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 48 2/28/2013 3:32:52 PM


PENUTUP

Meninggikan syiar Islam adalah perjuangan


mulia yang perlu dikekalkan dalam Negara kita. Umat
Islam hendaklah menjadi peneraju, juara dan pejuang
agama kita yang suci. Pendekatan Wasatiyyah adalah
dipilih oleh Kerajaan kerana ianya satu pendekatan
yang sederhana dan berimbang, tidak melampau dan
tidak pula cuai dan longgar.

Pendekatan ini adalah satu pendekatan


pembangunan manusia, masyarakat dan Negara
berdasarkan ajaran Islam yang syumul iaitu
merangkumi tuntutan jasmani (fizikal), rohani
(spiritual) dan aqli (minda). Ini bererti, Islam adalah
merupakan satu cara hidup yang lengkap dan
sempurna (a complete way of life) merangkumi
keseluruhan kehidupan manusia. Islam adalah akidah,
syariah, akhlak dan juga mengandungi aspek
pembangunan dan ketamadunan. Pada masa yang

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 49 ]

Abdullah-BM.indd 49 2/28/2013 3:32:52 PM


sama, hak kebebasan penganut agama lain untuk
mengamalkan agama mereka tetap dijamin dalam
Perlembagaan Persekutuan.

Umat Islam kini tidak cukup dengan hanya


bernostalgia dengan kecemerlangan zaman lampau
sahaja, malah mereka hendaklah menjadi umat contoh
dan terbilang (khaira ummah) dalam mencipta
sejarah dan membina tamadun. Untuk membina
personaliti terbilang sebagaimana zaman
kegemilangannya, penguasaan kedua-dua ilmu wahyu
dan ilmu aqli hendaklah disemarak dan dimantapkan.

Sudah tentu banyak lagi yang perlu kita lakukan


bagi mendaki puncak kejayaan supaya kita mencapai
ketahap kehebatan Cendekiawan Islam silam. Namun
apa yang penting, kita perlu melangkah dan terus
melangkah supaya hari ini lebih baik dari hari
semalam dan hari esok lebih baik dari hari ini,
sebagaimana Allah (s.w.t). berfirman dalam surah al-

[ 50 ] Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan

Abdullah-BM.indd 50 2/28/2013 3:32:52 PM


Taubah, ayat 105:

Yang bermaksud:

“Dan katakanlah “Bekerjalah kamu, maka Allah


akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya
dan orang-orang Mukmin…”

Pendekatan Wasatiyyah: Definisi, Konsep dan Pelaksanaan [ 51 ]

Abdullah-BM.indd 51 2/28/2013 3:32:52 PM


Abdullah-BM.indd 52 2/28/2013 3:32:52 PM

You might also like