You are on page 1of 6

Transfer share ke akaun CDS yang lain melalui

Bursa Anywhere
Pernahkah anda mengalami situasi seperti berikut;
Buka akaun cds dengan beberapa broker dan mempunyai pegangan saham dalam
setiap akaun cds yang dibuka.
Anda membuat keputusan untuk memindahkan pegangan saham yang berada
dalam akaun Maybank kepada akaun mplus.
Sebelum itu, pernahkah anda mendengar applikasi terbaru dari Bursa Malaysia iaitu
Bursa Anywhere?
Ya, aplikasi Bursa Anywhere ini memudahkan anda untuk transfer share dari satu
akaun ke akaun yang lain.
Benar, kini anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang kerana semuanya boleh
dibuat secara online.

Cara untuk transfer share


Jika anda mempunyai pegangan saham dan ingin memindahkannya, berikut
merupakan cara untuk memindahkan saham.
Pemindahan ini boleh digunakan melalui aplikasi Bursa Anywhere!
PERTAMA: Download Aplikasi Bursa Anywhere di App Store atau Play
Store
KEDUA: Klik pada ‘Transfer of Securities”

KETIGA: Klik pada agree


KEEMPAT: Pilih akaun CDS mana yang mahu dipindahkan kepada akaun
lain

KELIMA: Masukkan jumlah unit saham yang ingin dipindahkan


KEENAM: Pilih ke akaun CDS yang hendak dipindahkan saham yang
dipilih

KETUJUH: Tekan ‘CONFIRM’ bagi mengesahkan transaksi pemindahan


unit saham
Setiap jenis saham yang dipindahkan mempunyai transaksi cas sebanyak rm10.
Contohnya jika anda memindahkan saham Inari, FGV dan Top Glove , akan
dikenakan cas sebanyak rm30.
KELAPAN: Permohonan untuk pemindahan unit saham telah berjaya
dihantar dan akan menerima emel untuk pengesahan.

KESEMBILAN: Selepas permohonan untuk memindahkan unit saham


berjaya, anda akan menerima notifikasi menerusi emel.
Maka selesailah proses untuk memindahkan saham anda kepada akaun cds yang
lain.
Mengapa mahu transfer saham?
Semuanya bergantung kepada objektif pelaburan dan kesesuaian pelabur dalam
menguruskan akaun cds yang memiliki lebih dari satu.
Mungkin anda mahu menguruskan portfolio pelaburan anda dengan lebih tersusun.
Ini memudahkan anda untuk monitor kesemua pelaburan dalam satu akaun.
Mungkin juga anda mahu mengasingkan pelaburan mengikut objektif.
Contohnya, saham untuk jangka masa pendek dalam satu akaun, manakala untuk
saham jangka panjang anda letakkan dalam satu akaun.
Kesimpulan
Anda tidak perlu lagi untuk mengisi borang untuk memindahkan saham ke akaun
cds yang lain.
Semuanya boleh dibuat pada hujung jari sahaja iaitu secara online.

You might also like