You are on page 1of 10

PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN AWAM:

PENDEKATAN MELALUI PROGRAM NILAI-NILAI MURNI

Dato' Haji Othman bin Mustapha

ABSTRACT

Integrity is a commendable value. This value is in line with Islamic


teachings as mentioned in al-Quran and al-Sunnah. Appreciation of the
value of integrity is a prerequisite for a country to achieve development.
Without integrity, particularly within the public service, the stability of
the country in all areas will be affected. As members of an important
institution in the administration, civil servants must have integrity as a
basis to be excellent bureaucrats. In this article, steps to strengthen
integrity among civil servants are discussed, taking into account the ethical
values approach.

PENDAHULUAN

Membangunkan sesebuah kerajaan yang berintegriti dan mempunyai nilai good-


governance adalah tanggungjawab yang bukan hanya perlu digalas oleh para
pemimpin utama kerajaan bahkan membabitkan semua pihak yang berada di
dalam organisasi kerajaan tersebut. Tidak terkecuali walau seorang individu
yang berada dalam pasukan dan jentera kerajaan.

Apabila ditelusuri sejarah pentadbiran Kerajaan Malaysia, para pemimpin


terdahulu dan semasa telah menjadikan integriti sebagai dasar terpenting
yang memacu pentadbiran kerajaan. Ini telah terbukti dengan pelaksanaan
dasar-dasar utama kerajaan seperti dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam, PeLan
Integriti Nasional (PIN), Pendekatan Islam Hadhari, Pendekatan Wasatiyyah di
camping pendekatan bijaksana Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato' Sri Mohd.
Najib bin Tun Haji Abdul Razak yang telah melaksanakan Program Transformasi
Kerajaan (GTP)1 yang secara langsung telah memberikan penekanan terhadap
isu-isu yang melibatkan integriti dan good-governance.

Sememangnya pendekatan seumpama ini adalah selaras dengan tuntutan


ajaran Islam yang amat menitik-beratkan aspek integriti dan ketelusan dalam
apa jua lapangan kehidupan termasuklah soal pengurusan dan kepimpinan.
Bersesuaian dengan tugas manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab
memakmurkan bumi ini mengikut tunas dan kehendak Maha Pencipta.

1 Laman Web Rasmi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) (t.t), "Pelan
Transformasi Kerajaan" dalam http://www.pemandu.gov.my/gtp/?page_id=20

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -7-


Dalam konteks pengukuhan integriti perkhidmatan awam melalui pendekatan
nilai-nilai murni, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai sebuah
agensi pusat yang bertanggungjawab untuk menyelaras hal-ehwal agama
di peringkat persekutuan telah memberikan penumpuan kepada program-
program yang bersifat Islami secara integrasi bersama nilai-nilai murni dalam
membangunkan nilai integriti di kalangan warga Jakim dan penjawat awam.
Sehubungan itu, kertas ini akan membincangkan tentang beberapa aspek
merangkumi dasar dan tindakan bercorak keagamaan yang telah dilaksanakan
oleh kerajaan melalui Jakim dalam mengukuhkan integriti warga kerja di
peringkat dalaman dan para penjawat awam seluruhnya.

INTEGRITI MENURUT SARWA ISLAM!

Menurut Kamus Dewan, integriti dapatlah difahami sebagai kejujuran dan


ketelusan; keadaan sempurna dan utuh, keutuhan.2 Manakala dalam konteks
pentadbiran awam, integriti biasanya sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai
amanah, jujur, kebolehpercayaan dan juga sentiasa memelihara kepentingan
awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Sebarang
kerja yang dibuat hendaklah dilakukan dengan penuh ketulusan had.'

Pelan Integriti Nasional (PIN) yang diperkenalkan Kerajaan adalah bertujuan


untuk merealisasikan hasrat wawasan 2020 iaitu menjadi sebuah negara maju
menurut acuan sendiri dengan membentuk sebuah masyarakat yang kukuh
ciri-ciri moral dan etikanya, para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.4

Sememangnya konsep integriti yang dilaksanakan dalam konteks pentadbiran


kerajaan adalah sebuah prinsip yang bertepatan dengan ajaran Islam dan
magasid syariah. Al-Quran merakamkan banyak sekali perintah- perintah
dan suruhan agar melaksanakan amanah, keadilan dan nilai-nilai luhur yang
terkandung dalam takrifan integriti. Antara nas al-Quran yang membicarakan
berkaitan sifat amanah dan jujur adalah seperti berikut:

;tilt Iyila 11:t1;

Maksud Ayat:
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati
(amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu
mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui
(salahnya)."
(Surah Al-Anfaal:27)

2
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 583.
3
Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (1991), Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara (INTAN), hlm. 55.
4
Laman Web Rasmi Institut Integriti Malaysia (t.t), "Falsafah Pelan Integriti Nasional" dalam
http://www.iim.com.my/web/guest/falsafahpin;jsessionid=B8EAAD8C059F6795952122FDBAF281AD

-8- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


Baginda Nabi SAW juga telah memperingatkan seluruh umat Islam bahawa
sifat tidak amanah adalah salah satu sifat orang yang munafik.

Lc :;41,„ ,4I',1:4-,, 9: Lis- ,°..);" 1:431;- -., , . „ .„.


i:)1 LitAN ,,:.e;41;1. L. utS.. .54 .< ,:"..
,
5 .' 1:)1: .-):LC, -1;1: Iili '',..?-.S. ‘:..')..k.,- 61,y u13:-
..i -..i3Ot.- .J

Maksud Hadith:
Ada empat perkara, sesiapa yang melakukannya maka is
adalah seorang munafik yang tulen. Sesiapa yang melakukan
satu daripada em pat perkara itu, maka is mempunyai salah
satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya.
(Em pat sifat itu ialah) apabila dipercayai is khianat, apabila
bercerita is dusta, apabila berjanji is mungkir dan apabila
bertengkar is mengenepi kebenaran.

(Riwayat al-Bukhari)

Dalam hal ini, Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah menonjolkan gaya
kepimpinannya yang beramanah. Pada suatu malam ketika beliau sedang
tekun menyiapkan kerja-kerja rasminya dalam bilik istana, tiba-tiba salah
seorang puteranya telah masuk untuk membincangkan suatu hal yang
berhubung dengan urusan keluarganya. Setelah puteranya duduk, beliau
terus memadamkan lampu yang berada di atas mejanya yang digunakan oleh
beliau ketika beliau bekerja dan menggantikan lampu tersebut dengan lampu
kepunyaannya sendiri kerana mereka mahu membincangkan hal-hal berkaitan
kekeluargaan dan peribadi mereka, iaitu urusan yang tidak berkaitan dengan
urusan rasmi kerajaan. Sifat yang ditonjolkan ini adalah sebuah sifat murni
yang sememangnya menjadi intipati ajaran Islam.'

Sememangnya tidak syak lagi, sifat-sifat luhur yang terkandung dalam nilai
integriti adalah merupakan akhlak Islami dan bertepatan dengan ajaran Islam
yang mesti dihayati oleh penjawat awam.

5
Ahmad b. All b. Hajr al-Asqalani (2000), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, Kitab al-Iman,
Bab `Alamat al-Munafiq, no. hadith 34.
6 Panduan al-Quran dan Hadith bagi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam (2009),
Putrajaya:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, h. 17.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -9-


DASAR-DASAR ISLAM! DALAM PENGUKUHAN INTEGRITI PERKHIDMATAN
AWAM

Dalam konteks perkhidmatan awam, untuk mengukuhkan budaya integriti


dan beramanah khususnya di kalangan anggota perkhidmatan awam, pihak
kerajaan telah menggubal serta melaksanakan banyak dasar. Antara dasar
yang berteraskan nilai Islami yang telah dilaksanakan kerajaan adalah seperti
berikut:

i) Penerapan Nilai-Nilai Islam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam (PNI) telah mula diperkenalkan pada


tahun 1985. Kemudiannya, pada 18 Mei 2001, Pekeliling Am Bil. 2 Tahun
2001 mengenai Garis Panduan Mengadakan Ceramah Penerapan Nilai-Nilai
Islam Dalam Perkhidmatan Awam telah diperkenalkan dengan memberikan
penekanan kepada penerapan nilai-nilai teras bagi dihayati oleh setiap
anggota perkhidmatan awam ke arah mencapai kualiti perkhidmatan yang
cemerlang.

Sudah tentulah dasar PNI bertujuan memupuk sikap bekerja dengan


bertanggungjawab, ikhlas, beramanah, cekap dan memberikan perkhidmatan yang
berimpak tinggi kepada masyarakat dan rakyat secara keseluruhannya.

ii) Pendekatan Islam Hadhari

Pendekatan Islam Hadhari telah dilaksanakan oleh kerajaan pada tahun


2004. Dengan menggunakan pendekatan yang holistik dan progresif, prinsip
amanah telah menjadi sebahagian halatuju penting dalam gagasan Pendekatan
Islam Hadhari. Sudah tentulah budaya dan gaya kerja cemerlang berteraskan
prinsip Islam Hadhari melahirkan masyarakat dan pekerja yang meletakkan
keberhasilan kerja sebagai aspek utama penumpuan termasuklah nilai amanah,
integriti dan akauntabiliti.

iii) Pelan Integriti Nasional

Pelan Integriti Nasional (PIN) juga turut dilancarkan pada tahun 2004.
PIN merupakan sebuah pelan yang digarap sebagai pemangkin kepada
pencapaian wawasan untuk melahirkan masyarakat yang menjulang tinggi
nilai integriti. Hasil gagasan PIN juga telah membawa kepada penubuhan
Institut Integriti Malaysia (IIM) yang menjalankan program-program semasa
berkaitan integriti.

iv) Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam

Jakim selaku sebuah agensi pusat yang bertanggungjawab berkaitan hal ehwal
Islam di Malaysia telah diberikan peranan dan tanggungjawab oleh Kerajaan
untuk melaksanakan modul PIPA di peringkat agensi Kerajaan. Program yang

-10- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


telah mula dilaksanakan sejak tahun 2005 ini telah memberikan input serta
pengukuhan integriti di kalangan penjawat awam khususnya. Antara topik
yang disentuh dalam modul ini adalah seperti berikut7:

a. Akauntabiliti dan Kaitannya dengan Hari Pembalasan


b. Sabar dan Syukur
c. Hubungan Aqidah, Syariah dan Akhlak
d. lhsan Sebagai Indikator Penting Al-Falah
e. Kemantapan !man Asas Integriti
f. Kesempurnaan Solat Pemangkin Integriti
g. Konsep ltqan
h. Muhasabah Diri

Sesungguhnya dasar ini adalah berkesinambungan daripada dasar-dasar


lain contohnya Dasar Penerapan Nilai Islam dan Pendekatan Hadhari yang
telah dilaksanakan oleh kerajaan. Sebagai salah sebuat agensi pusat yang
menjalankan dasar-dasar kerajaan, Jakim sentiasa komited dengan agenda
pemerkasaan integriti di Malaysia. Dengan kepakaran yang ada, Jakim
akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang mahu
bekerjasama dalam isu-isu yang berkaitan untuk menjayakan hasrat dan
wawasan pemimpin negara.

PENGUKUHAN INTEGRITI DI KALANGAN PENJAWATAWAM MELALUI PENDEKATAN


NILAI-NILAI MURNI

Manakala dalam aspek pengukuhan integriti di kalangan warga perkhidmatan


awam pula, aspek nilai-nilai murni juga memainkan peranan yang ampuh
dalam pembentukan jati diri dan pengukuhan budaya integriti. Antara
pendekatan nilai-nllai murni bagi mengukuhkan nilai integriti adalah seperti
berikut:

i) Penghayatan Nilai Amanah

Perkara utama yang perlu difahami dan diperingatkan semula kepada seluruh
penjawat awam bahawa jawatan yang sedang disandang oleh kita semua pada
hari ini adalah sebuah amanah yang mesti ditunaikan sebaik mungkin.

7
Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (2007), Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -11-


Perkara yang mesti diingat juga, amanah yang digalas ini tidak akan terhenti
setakat di atas dunia ini semata-mata, sebaliknya akan dipanjangkan sehingga
di hari akhirat kelak di mana kita akan disoal oleh Allah Rabbul Jalil. Perkara
ini dapat diperhatikan dalam sebuah hadith yang direkodkan oleh Imam
Muslim seperti berikut:

8 co 4' 4,4 AI 1.1

Maksud Hadith:
"Bahawa itu adalah suatu amanah dan is di hari kiamat akan
menjadi kerugian dan penyesalan, kecuali bagi orang yang
mengambilnya dengan cara hak serta menunaikan kewajipan
yang terpikul di atas bahunya".

(Riwayat Muslim)

ii) Penghayatan Konsep Ihsan


Konsep ihsan adalah salah satu daripada konsep yang diajarkan oleh Nabi
SAW kepada seluruh umat manusia. Konsep ihsan mengajar manusia supaya
mengerti akan hakikat bahawa setiap masa dan ketika, seluruh manusia
berada dalam pantauan dan pengawasan Allah SWT. Tidak kira di mana jua
tempatnya, pastinya tidak akan terlepas daripada pandangan dan pemantauan
Allah SWT.

Sekiranya nilai ini dihayati sepenuhnya, sudah tentulah akan menerbitkan rasa
takut dan gentar dalam jiwa di kalangan penjawat awam untuk melakukan
perkara-perkara yang bercanggah dengan prinsip agama dan apa jua perilaku
yang bertentangan dengan undang-undang negara. Ini adalah kerana setiap
tindakan yang dilaksanakan pasti tidak terlepas daripada penilaian Allah
SWT.

iii) Penghayatan Kerja Sebagai Ibadah


Para ulama telah bersetuju untuk menyatakan bahawa setiap pekerjaan
yang dilakukan oleh manusia sekiranya menepati syarat-syarat berikut akan
diklasifikasikan sebagai ibadah umum yang akan diganjari pahala kebajikan.
Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut9:

8
Al-Nawawi (2000). Sahih Muslim bi Syarhi al-Imam Muhy al-Din al-Nawawi, Kitab al-Imarah,
Bab Karahah al-Imarah Bi Ghair Dharurah, no. hadith 4696.
9
Shafie Haji Mohd. Saleh, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam (1991),
Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara, h. 134.

-12- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


a. Pekerjaan tersebut mestilah pekerjaan yang harus dikerjakan
menurut Islam.
b. Perkerjaan yang disertakan dengan niat yang suci iaitu yang
mengandungi objektif dan matlamat yang diredhai Allah seperti
mencari rezeki yang halal.
c. Pekerjaan yang dilaksanakan dengan tekun dan cekap.
d. Penglibatan pekerjaan dengan prinsip-prinsip Syariah.
e. Pekerjaan yang tidak menghalang pekerjanya daripada menunaikan
kewajipan kepada Allah.

Warga perkhidmatan awam yang benar-benar mahu menjadikan pekerjaan


seharian di pejabat sebagai "modal" pahala buat bekalan di alam akhirat,
sudah tentulah akan memastikan pekerjaan seharian yang dilaksanakan
benar-benar menepati syarat-syarat seperti yang dinyatakan di atas. Mereka
akan memberikan penumpuan sepenuhnya kepada pekerjaan ketika berada
di pejabat. Sudah pastilah juga mereka tidak mempunyai sebarang niat lain
dalam pekerjaan melainkan untuk mendapat pahala dan sebagai jalan untuk
mendapatkan keredhaan Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah
telah memberikan motivasi yang cukup sempurna dalam hat ini:

es; <
(:4:3 j..40....."11 OA)

Maksud Ayat:
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya
akan dilihatnya (dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat
kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)"

(Surah al-Zalzalah:7-8)

Selain itu, para penjawat awam yang menjiwai nilai kerja sebagai ibadah
akan berusaha untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam aktiviti
yang memberikan kesan negatif kepada rezeki pekerjaan mereka khususnya
dalam aspek keberkatan. Ini adalah kerana secara prinsipnya, Allah SWT
telah mengharamkan sebarang usaha memakan harta daripada jalan yang
salah.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -13-


Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 188 adalah seperti
berikut:

141.;) ifs;
[ t
-

Maksud Ayat:
"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-
orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan
jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah )
kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil)
sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal
kamu mengetahui (salahnya)."

iv) Penghayatan Nilai Qana'ah

Nilai qana'ah juga merupakan salah satu nilai yang akan menjulang tinggi
nilai integriti. Dalam ajaran agama, qana'ah bermaksud menerima segala
takdir dan ketentuan Allah setelah berusaha dan berikhtiar sedaya-upaya
serta redha dan berasa cukup di atas segala pemberian-Nya.

Nilai qana'ah akan menyuntik budaya redha dengan segala pemberian Allah.
Tidak kira sama ada nilai pemberian tersebut sedikit atau banyak, jika kadar
tersebut adalah haknya, semuanya diterima dalam keadaan yang penuh lapang
dada. Nilai ini amat penting untuk dihayati kerana dengan nilai inilah yang
akan membenteng teguh jiwa dan hati seluruh insan daripada melakukan
sebarang aktiviti yang bercanggah dengan agama dan undang-undang semata-
mata mahu mencari "wang lebih".

Di samping itu, nilai qana'ah juga akan membenihkan perasaan bersyukur


kepada Allah SWT atas nikmat yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT
dalam surah Ibrahim:

Maksud Ayat:
"Dan (ingatlah ) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya!
jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada
kamu, dan Demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar Sesungguhnya
azab-Ku amatlah keras".

(Surah Ibrahim:7)

-14- Jurnal Pengurusan Awam / 2012


Nilai qana'ah juga akan dapat mencegah nilai-nilai negatif dalam diri seperti
iri hati, bongkak, dengki dan sebagainya. Nilai-nilai negatif seumpama inilah
merupakan peluru-peluru syaitan yang membuka pintu kepada insan untuk
melakukan perkara-perkara yang bercanggah dengan nilai integriti.

v) Pemerkasaan Iman dengan program ibadah

Iman yang perkasa adalah kekuatan individu dan juga benteng teguh kepada
apa jua perkara yang bercanggah dengan prinsip agama. Keimanan adalah
asas penting kepada kehidupan seorang insan di atas dunia ini. Individu-
individu yang mempunyai iman yang mantap akan meletakkan sepenuhnya
naluri kehambaannya kepada Allah SWT selain akan sentiasa berusaha untuk
melenturkan hati dan nafsunya supaya tunduk dan patuh kepada arahan
Maha Pencipta.

Sehubungan itu, kekuatan iman hanya dapat dijana dengan program-program


ibadah seperti ibadah solat, puasa, zakat, sedekah, zikir dan sebagainya.
Program-program ibadah inilah yang akan menjadi platform pembenihan
iman dalam diri sekaligus menjadi komponen utama kepada pembentukan
integriti. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat:

ft '', 5 • • • - '

Maksud Ayat:
"Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman
hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya,
kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu
lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa
mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang
benar (pengakuan imannya)."
(Surah al-Hujurat:15)

PENUTUP

Aspek keinsanan dan nilai murni adalah merupakan komponen penting dalam
pembentukan nilai integriti. Aspek ini tidak boleh diketepikan begitu sahaja
sebaliknya mestilah diberikan penumpuan yang jitu. Konsep-konsep seperti
yang dianjurkan oleh agama adalah perisai penting selain menjadi sumber
kekuatan dalaman untuk menolak segala anasir negatif. Penghayatan nilai-
nilai murni seperti ini di kalangan penjawat awam akan melonjakkan usaha
kerajaan untuk menjadikan sistem penyampaian perkhidmatan awam berada
pada kelas pertama.

Jurnal Pengurusan Awam / 2012 -15-


BIBLIOGRAFI

Al-Quran

Al-Hadith

Abdullah Ahmad Badawi, Islam Hadhari A Model Approach For Development And
Progress (2006), Petaling Jaya: MPH Group Publishing Sdn. Bhd.

Ab. Aziz Mohd. Zin, Akidah dan Pembangunan Tamadun (2006), Kuala Lumpur:
Kolej Universiti Islam Malaysia.

Al-Asqalani, Ahmad bin Ali bin Hajar (2000), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari,
jil 1, Riyadh: Dar al-Salam.

Al-Nawawi, Abi Zakariya Muhy al-Din (2000), Sahih Muslim bi Syarh al-Imam Muhy
al-Din al-Nawawi, jil 11-12, Beirut: Dar al-Ma'rifah.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), Kuala Lumpur:Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Hayaati Syed Ismail al-Qudsy, Efektif Governan di Malaysia (2004), Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (2007), Putrajaya: Jabatan


Kemajuan Islam Malaysia.

Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (2006), Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara.

Panduan al-Quran dan Hadith bagi Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam
(2009), Putrajaya:Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,

Shafie Haji Mohd. Salleh, Kecemerlangan Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam
Islam (1994), Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara.

Sidek Baba, Penguasaan Ilmu Pengetahuan (2006), Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia.

http://www.iim.com.my/

http://www.pemandu.gov.my/

-16- Jurnal Pengurusan Awam / 2012

You might also like