You are on page 1of 1

INSTITUT LATIHAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA KOTA KINABALU

SABAH

ARAHAN KEPADA PELATIH DI ASRAMA

1. Pelatih dikehendaki mendaftar aplikasi “My Sejahtera” dan Scan Barcode untuk isi
maklumat pendaftaran asrama dan isi maklumat di google form.

2. Pelatih dikehendaki Scan Barcode untuk ambil suhu badan dan membuat lapor gejala
penularan COVID-19 setiap hari di google form.

3. Pelatih hendaklah mematuhi perkara berikut:


• Penjarakan fizikal (elakkan tempat padat dan sesak)
• Sentiasa memakai penutup hidung dan mulut jika keluar dari bilik
• Mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

4. Aktiviti Kokurikulum, Solat berjemaah di surau dan semua aktiviti berkumpulan di


tangguhkan sehingga arahan/sop terkini dikeluarkan.

5. Pelatih tidak dibenarkan berhimpun atau berkumpul di asrama dan dalam bilik asrama
sehingga arahan/sop terkini dikeluarkan.

6. Pelatih tidak dibenarkan keluar dari Kawasan ILKKM menggunakan kenderaan sendiri
atau grab sehingga arahan/sop terkini dikeluarkan.

7. Pelatih tidak dibenarkan membuat tempahan makanan dan minuman dari luar seperti
Food Panda, Grad dan lain-lain. Makanan dan minuman boleh diperolehi di cafeteria
sehingga arahan/sop terkini dikeluarkan.

8. Aktiviti keluar (Outing) dan pulang bermalam di rumah tidak dibenarkan sehingga
arahan/sop terkini dikeluarkan.

9. Kebenaran pelatih untuk keluar atas urusan penting dan kecemasan mesti diperolehi
dari pengarah ILKKM.

10. Sila menghubungi penyelaras atau Penyelia asrama (waktu Pejabat) dan Warden
(selepas waktu pejabat) sekiranya pelatih mempunyai gejala atau kurang sihat.

Arahan
Pengurusan Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia
Kota Kinabalu

You might also like