You are on page 1of 3

REFLEKSI MINGGU 11

2.1 Ragam Ayat

Konsep ayat telah pun diperkenalkan dalam penerangan sebelum ini. Dengan perkataan lain, ayat
boleh terdiri daripada pelbagai bentuk variasi mengikut pola-pola yang tertentu.
            Seterusnya, kita akan bincangkan tentang ragam ayat yang menjadi salah satu unsur dalam
ayat. Terdapat dua  jenis ragam dalam ayat. Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. 
Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asas sebagai judul.  Ayat pasif pula
mengutamakan subjek terbitan sebagai judul.
            Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang
menjadi subjek dan objek ayat berkaitan.

       Contoh:
(4)   Amar menendang bola itu. (ayat aktif)
(5)  Bola itu ditendang oleh Amar. (ayat pasif)
(6)  Saya menendang bola itu. (ayat aktif)
(7)  Bola itu saya tendang. (ayat pasif)
(8)  Saya tendang bola itu. (ayat pasif yang mengalami pendepanan predikat)

2.2 Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur
yang diterangkan.  Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif
transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang diikuti oleh frasa nama atau klausa
komplemen sebagai objek atau unsur penyambut. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi
kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.

Contoh :

a) Ayat Aktif Transitif


Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek
(9)    Pekerja membaiki jalan itu.
(10)  Budin membeli buah durian.
(11)  Air mata membasahi pipinya.

b) Ayat Aktif Tak Transitif


Subjek Predikat
Kata Kerja Tak Transitif Objek
(12)  Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu.
(13)  Ombak memutih di pantai Damai.
(14)  Diana menangis sepanjang malam.

2.3 Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang  asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja
tetapi mengutamakan objek asal sebagai unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu
digolongkan kepada tiga jenis iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

i) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif


Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Keterangan
Pasif Nama
(15)  Kereta itu sudah dibeli oleh Amin minggu lepas
(16)  Semak samun dibersihkan oleh pekerja setiap bulan.

ii) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
Subjek Frasa  Kerja Pasif Keterangan
dengan Ganti Nama
Diri Pertama atau
kedua
(17)  Kereta itu sudah saya bersihkan pagi tadi.
(18)  Kuih itu belum awak makan lagi.

iii) Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja
 Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh+Frasa
Nama
(19)  Rusa itu kena tembak oleh pemburu.
(20)  Budak itu kena kejar oleh anjing.

2.4 Jenis Ayat

Ayat dapat dibahagikan kepada empat jenis:


i)  Ayat penyata
ii) Ayat tanya
iii) Ayat perintah
iv) Ayat seruan

a) Ayat Penyata
Ayat  yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan
menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat
keterangan.
Contoh:
(21)  Saya sudah memiliki kereta baru.
(22)  Dunia ini penuh dengan dugaan.
(23)  Dia pandai mengawal emosinya.

b) Ayat Tanya
Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada
suara dan penggunaan perkataan tertentu. Ayat tanya boleh wujud dengan kata tanya atau tanpa
kata tanya.
c) Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan bertujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah
ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak,
kamu, anda, engkau dan sebagainya.

d) Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan dengan tujuan
melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti marah, takut, gembira, sedih dan sebagainya. Contoh
kata seru ialah oh, amboi, wah, cis, aduh dan sebagainya. Menurut Abdullah Hassan (2005), ayat
seruan lazimnya tidak sempurna dan menyatakan perasaan sedih, suka, gembira, duka , terkejut,
marah, hairan dan lain-lain.

You might also like