You are on page 1of 5

PERLOMBONGAN DAN KESANNYA TERHADAP ALAM SEKITAR

Perlombongan

Defenisi : merupakan satu proses carigali atau pencarian longgokan mineral yang baru dan
memeriksa simpanan yang telah ada dimana ianya boleh memberikan masalah kepada alam sekitar.

Terdapat 2 teknik perlombongan iaitu :

Perlombongan di permukaan .

· Open pit mining (lombong dedah)

· Area strip mining (tanah rata)

· Contdur strip mining (tanah tinggi)

· Placer mining (longgokan daripada hujang )

perlombongan di bawah permukaan .

· Longwall mining

· Bilik

· Tiang

Terdapat 2 sumber bumi yang dilombong iaitu :

Sumber yang boleh di perbaharui.

· Radioaktif

· Tenaga kimia
· Tenaga elektrik

Sumber yang tidak boleh di perbaharui

· Kebanyakan terdiri daripada sumber mineral

· Petroleum

· Longgokan emas

Carigali dalam perlombongan menggunakan beberapa kaedah iaitu :

Satelit images

Geological studies

Analisis kimia

Geofizik investigation

PERLOMBONGAN DI MALAYSIA

Bilangan lombong yang beroperasi pada akhir tahun 2000 ialah sebanyak 40 buah. Perlombongan
timah hanya tertumpu di Semananjung Malaysia.

Mineral utama yang dihasilkan termasuklah timah, emas, besi, arang batu, bauksit dan kaolin.
Manakala mineral- mineral seperti zirkon, ilmenit and struverit merupakan hasil sampingan dari
perlombongan timah.

Terdapat 23 buah lombong di Perak, 11 buah di Selangor, 2 buah di Johor dan Pahang dan 1 buah di
Kedah dan Terengganu.

Perlombongan Emas

§ Dalam tahun 2000, perlombongan emas telah dijalankan di negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.

§ Antaranya 2 buah lombong di Pahang, 1 buah di Terengganu dan 3 buah di Kelantan.


§ Negeri-negeri ini telah menghasilkan sejumlah 4,026 kg emas dalam tahun 2000.

§ Seramai 653 orang bekerja di lombong-lombong tersebut.

Perlombongan Arang Batu

1. Walaupun arang batu terdapat di Sabah dan Sarawak, hanya lapangan arang batu di Sarawak
sahaja yang dimajukan sekarang.

2. Terdapat 6 buah lombong yang beroperasi pada akhir tahun 2000 iaitu 5 lombong dedah dan
sebuah lombong bawah tanah.

3. Empat lombong dedah beroperasi di lapangan arang batu Merit dan sebuah lombong bawah
tanah di kawasan Silantek. Manakala sebuah lombong dedah telah memulakan operasinya di
kawasan Balingian dalam sukutahun keempat tahun 2000.

4. Jumlah bilangan pekerja yang terlibat dalam perlombongan arang batu di Sarawak ialah seramai
219 orang .

Kesan Aktiviti Perlombongan Terhadap Alam Sekitar

· Tiga masalah yang terlibat iaitu:

i) sebelum perlombongan

ii) semasa perlombongan

iii)selepas perlombongan

Sebelum perlombongan
· Kemusnahan flora dan fauna semasa proses mencari dan menyediakan tapak perlombongan di
mana mengakibatkan gangguan pada ekosistem alam

· Kemusnahan kepada flora mengakibatkan terjadinya banjir dan tanah runtuh

· Ketidakseimbangan atmosfera berlaku disebabkan oleh kitaran gas yang tidak seimbang

Semasa perlombongan

· Pencemaran bunyi terhasil daripada aktiviti perlombongan seperti letupan, jen tera dan
sebagainya.

· Pencemaran udara di sebabkan oleh habuk dan debu serta asap-asap jentera.

· Pencemaran air terjadi daripada sisa yang di hasilkan.

· Menghasilkan kawasan yang mempunyai kestabilan cerun yang rendah di mana boleh
mengakibatkan kegagalan cerun dan seterusnya menyebabkan hakisan tanah dan tanah runtuh serta
meninggalkan permukaan dengan tebing yang curam.

· Kesan kepada perlombongan bawah tanah termasuklah banjir dan runtuhan bumbung

· Masalah gegaran akibat daripada letupan yang boleh ,menyebabkan retakan pada struktur-
struktur bangunan.

· Bahaya kepada penduduk sekitar akibat daripada letupan di mana berlakunya penerbangan
jasad batuan yang boleh menyebabkan kecederaan.

Selepas pelombongan
· Tinggalan lubang lombong yang tidak tertutup dan membahayakan serta menghasilkan
pemandangan yang buruk

· Menghasilkan tebing yang curam yang boleh menyebabkan tanah runtuh dan hakisan yang
teruk.

· Sistem saliran tersumbat dan tercemar akibat daripada hakisan dan sisa yang ditinggalkan.

· Pencemaran logam berat yang boleh memudaratkan kesihatan.

· Berlakunya mampatan tanah yang di sebabkan oleh tinggalan lombong bawah tanah.

PEMULIHAN

· Penanaman semula tumbuhan-tumbuhan di kawasan yang termusnah.

· Tambakan semula kawasan yang di lombong iaitu pada kesan korekan yang telah ditinggalkan.

· Menggunakan simen dan konkrit untuk menutup lubang di bawah permukaan.

· Menghasilkan taman-taman rekriasi contohnya di Bukit Besi Trengganu .

· Kempen dan seminar tentang kepentingan tentang cintakan alam sekitar.

· Menghadkan kuasa letupan yang digunakan.

· Menguatkuasakan undang-undang terhadap pesalah-pesalah.

You might also like