You are on page 1of 13

BAB 14 : TABURAN PENDUDUK

14.1 Maksud Taburan Penduduk

1. Pola taburan penduduk merujuk kepada sebaran atau corak atau agihan penduduk di atas ruang
bumi. Sebaran ini menghasilkan taburan penduduk yang tidak sekata iaitu kawasan yang
berpenduduk padat, kawasan berpenduduk sederhana padat dan kawasan berpenduduk jarang.

2. Contoh pola taburan penduduk berasaskan benua ialah kawasan padat ialah benua Asia, benua
Afrika dan benua Eropah dan berpenduduk jarang ialah kawasan Artik dan Antartika.

3. Contoh pola taburan di Malaysia ialah kawasan berpenduduk padat seperti Kuala Lumpur, Johor
Bahru, Petaling Jaya, Subang Jaya dan Klang dan kawasan berpenduduk sederhana ialah Kuantan,
Kuala Terengganu, Temerloh, Kangar manakala kawasan berpenduduk jarang ialah pedalaman
Pahang, pedalaman Kelantan, pedalaman Sabah, dan pedalaman Sarawak.

4. Kepadatan penduduk ialah nisbah antara jumlah penduduk di sesebuah kawasan berbanding
dengan keluasan kawasannya.

Formula kepadatan penduduk: Jumlah penduduk (orang)


Luas kawasan (km²)

14.2 Taburan Penduduk Dunia Mengikut Wilayah

1. Pola taburan penduduk dan perubahannya adalah kompleks.

Taburan penduduk dunia adalah tidak sekata. Pada 2013, jumlah penduduk dunia adalah
7,162,119,434 orang. Benua Asia mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai iaitu
4,298,723,288 orang atau mewakili 60.0 peratus penduduk dunia, benua Afrika berjumlah
1,110,635,062 orang mewakili 15.5 peratus penduduk dunia, benua Eropah berjumlah 742,452,170
orang iaitu mewakili 10.4 peratus penduduk dunia.

2. Benua yang paling padat ialah benua Asia dengan kepadatan 135 orang/km2, benua Afrika ialah
36 orang/km2 dan Eropah adalah 32 orang/km2 dan benua yang paling jarang ialah Oceania
4 orang/km2 dan Amerika Utara ialah 16 orang/km2

Jadual 14.1 Taburan penduduk dunia mengikut benua pada 2013

Benua Bilangan penduduk Luas Benua(km) Kepadatan Penduduk


(juta orang) (orang/km)
Asia 4,298 31,915 135
Afrika 1,110 30,955 36

Eropah 742 23,048 32

Amerika Latin dan 616 20,546 30


Carribean
Amerika Utara 355 21,775 16

Oceania 38 8,563 4

1
3. Kawasan yang paling padat penduduk ialah Asia Timur, Asia Selatan, manakala kawasan yang
jarang penduduk ialah Oceania dan Carribean. Negara yang paling padat ialah jalah Bangladesh
Pakistan, China, dan India.

4. Kawasan yang mempunyai taburan penduduk yang padat di dunia seperti dataran timur negara
China yang ter Lembangan Yangtze dan Lembangan Hwan Ho, Dataran Pinggir Pantai Jepun, Dataran
Ganges di India, Pulau Jawa Lembah Sungai Nil di Afrika, Pantai Timur Amerika dari Boston hingga
New York serta kawasan bandar dan industri di United Kingdom dan Eropah.

5. Kawasan berpenduduk jarang terdapat di kawasan tanah tinggi seperti kawasan Banjaran
Himalaya Banjaran Rocky, kawasan gurun panas seperti Gurun Sahara di utara Afrika, kawasan hutan
di Lembangan Amazon di Brazil, kawasan gurun di pedalaman China dan kawasan Artik dan
Antartika.

6. Kawasan yang berpenduduk padat di Asia Tenggara pula ialah di Delta Sungai Mekong, Delta
Irawaddy di Myanmar, Delta Chao Phraya, Pulau Jawa di Indonesia dan di Lembah Klang di pantai
barat Semenanjung Malaysia.

7. Kawasan yang berpenduduk jarang di Asia Tenggara pula seperti kawasan pergunungan di
pedalaman Thailand, pedalaman Myanmar, pedalaman Borneo, pedalaman Semenanjung Malaysia
dan pedalaman Pulau Sumatera.

NEGARA JUMLAH PENDUDUK


China- 1.31 bilion
Amerika Syarikat - 423 juta
Pakistan 314 juta
Bangladesh- 226 juta
India- 1969 bilion
Nigeria- 402 juta
Brazil- 213 juta
Ethiopia- 166 Juta
Indonesia- 309 juta
Rep. Dem. Congo- 194 Juta

Peta 14.1 Sepuluh buah negara terpilih yang berpenduduk paling ramai (anggaran padada 2050)

14.3 Faktor yang Mempengaruhi Taburan dan Kepadatan Penduduk Dunia

FAKTOR ALAM SEKITAR FIZIKAL

Faktor Iklim

1. Faktor iklim iaitu suhu dan hujan amat mempengaruhi taburan penduduk. Kawasan yang beriklim
Tropika dan iklim sejuk derhana mempunyai taburan penduduk yang padat kerana kawasan ini
sesuai untuk aktiviti pertanian. Contohnya, Asia Selatan, Asia Timur, Eropah, Afrika Utara serta
bahagian tengah dan timur Amerika Utara.

2
2. Suhu yang sederhana dengan hujan yang tinggi dan kelembapan yang tinggi akan mengalakkan
pertumbuhan tanaman. Kawasan ini akan menjadi tumpuan penduduk menyebabkan taburannya
adalah padat.

3. Kawasan kutub dan padang pasir penduduknya adalah jarang kerana suhu yang melampau dan
tidak sesuai untuk aktiviti ekonomi terutamanya pertanian.

4. Pengaruh iklim juga mempengaruhi taburan bangsa. Bangsa tertentu akan menyesuaikan diri
dengan iklim yang tertentu. Contohnya, penduduk berbangsa Eropah menyesuaikan diri tinggal di
kawasan iklim sederhana dan kurang selesa tinggal di kawasan Tropika dan kawasan beriklim panas.

5. Begitu juga dengan bangsa dari Afrika yang sesuai dengan iklim panas dan bangsa Eskimo (Inuit)
akan menyesuaikan diri mereka dengan iklim sejuk.

Faktor Bentuk Muka Bumi

1. Bentuk muka bumi mempengaruhi penduduk untuk tinggal disesuatu kawasan. Sebahagian besar
penduduk tinggal di Kawasan yang tinggi kurang daripada 400 meter.

2. Kawasan yang bentuk muka buminya rata, pamah dan bercerun landai akan menjadi tumpuan
penduduk kerana sesuai untuk aktiviti pertanian, perindustrian, pembinaan petempatan, pembinaan
infrastruktur dan darjah ketersampaian yang tinggi.

3. Contohnya, Lembah Indus-Ganges di India, Lembah Hwang Ho di China, Lembah Nil di Mesir,
Pulau Jawa di Indonesia, Tanah Pamah St. Lawrence di Amerika Utara, Kawasan Perindustrian
Manchester di England, dan kawasan perindustrian Ruhr di Jerman.

4. Kawasan tanah tinggi dan bergunung-ganang serta hutan tebal mempunyai taburan penduduk
adalah jarang kerana kawasan ini tidak sesuai untuk aktiviti ekonomi seperti pertanian, petempatan
dan darjah ketersampaian adalah rendah serta risiko keselamatan yang tinggi. Kos untuk membina
kemudahan infrastruktur juga adalah tinggi. Contohnya, kawasan pergunungan Himalaya, Rocky, dan
Lembangan Amazon.

Faktor Kesuburan Tanih

1. Jenis tanih mempengaruhi taburan penduduk di sesebuah kawasan lanih yang subur menjadi
tumpuan penduduk manakala kawasan tanih yang kurang subur penduduknya adalah sederhana
padat atau jarang.

2. Kawasan yang berpenduduk padat terletak di kawasan va mempunyai tanih subur seperti kawasan
tanih lanar lava bes gunung berapi di Jawa Tengah, kawasan tanah loes di Lembangan Hwang Ho dan
kawasan tanah Chernozemdi Dataran Punjab, India. Kawasan ini sesuai untuk tanaman padi sawah
dan gandum.

3. Kawasan yang jarang penduduk terletak di kawasan van mempunyai tanih tidak subur seperti
tanih berpasir dan kematu di kawasan gurun dan Tropika dan kawasan tanah podzol di kawasan
iklim sejuk.

Faktor Sumber Alam

3
1. Sumber alam akan mempengaruhi taburan penduduk. Kawasan yang mempunyai sumber alam
akan mempunyai penduduk yang padat dan sederhana padat manakala kawasan yang kurang
sumber alam mempunyai penduduk yang jarang.

2. Keupayaan sumber alam dipengaruhi oleh kuantiti sumber teknologi, dan ketersampaian.

FAKTOR ALAM SEKITAR BUDAYA

Faktor Ekonomi

1. Perkembangan sektor ekonomi terutama perindustrian, pertanian dan perkhidmatan


mempengaruhi taburan penduduk. Sektor ekonomi ini akan membuka peluang pekerjaan dan
pendapatan kepada penduduk.

2. Perkembangan sektor perindustrian menyebabkan Kawasan tersebut menjadi tumpuan


penduduk. Contohnya, kawasan perindustrian Manchester di England, Kawasan perindustrian Ruhr
di Jerman, Kawasan Perindustrian Delhi di India, dan Kawasan perindustrian di Beijing, China.

3. Kawasan pertanian yang subur menjadi tumpuan penduduk menyebabkan kawasan tersebut
menjadi padat. Contohnya, Delta Indus, Jawa Tengah, Delta Menam Choa Phraya, LembanganKuning
di China dan Lembangan Mekong di Indo-China.

4. Kawasan yang tidak mengalami perkembangan ekonomi danmenjalankan ekonomi tradisional


akan mundur dan tidak menjadi tumpuan penduduk. Kawasan ini akan mengalami taburan
penduduk jarang seperti Lembangan Amazon dan kawasan gurun Thar.

Faktor Demografi

1. Peningkatan kadar kelahiran dan pengurangan kadar kematian akan menyebabkan taburan
penduduk menjadi padat.

2. Kadar kelahiran yang tinggi dan kadar kematian yang rendah disebabkan oleh peningkatan taraf
kesihatan dan peningkatan sumber makanan. Contohnya, kepadatan benua Afrika yang semakin
meningkat pada 2013 iaitu 36 orang/km2 berbanding benua Eropah 32 orang/km2. 3 Pada 2012,
kadar kesuburan tertinggi terdiri daripada negara,Afrika seperti Niger, Somalia, Burundi, Mali, dan
Anggola.

BIL NEGARA JUMLAH KESUBURAN


1 Niger 7.1
2 Somalia 6.4
3 Burundi 6.4
4 Mali 6.3
5 Angola 6.3
6 Republik Demokratik Congo 6.3
7 Zambia 6.3
8 Afghanistan 6.2
9 Uganda 6.2
10 Burkina Faso 6.0

Jadual 14.2 Negara yang jumlah kesuburan tertinggi pada 2012

4
Faktor Pembandaran

1. Proses pembandaran yang pesat akan meningkatkan proses guna tanah seperti perumahan,
perindustrian, perdagangan, dan perkhidmatan.

2. Perkembangan sistem pengangkutan dan peningkatan fungsi bandar akan menyebabkan


sesebuah bandar menjadi padat kerana perpindahan masuk penduduk untuk mendapat peluang
pekerjaan,tempat kediaman, dan kemudahan pembandaran.

3. Contoh bandar di dunia yang mempunyai penduduk yang padat ialah Tokyo, Beijing, Mexico City,
Delhi, Karachi, dan New York.

Faktor Pengangkutan

1. Kemudahan sistem pengangkutan yang moden, cekap dan sistematik seperti lapangan terbang,
lebuh raya dan kereta api akan meningkatkan darjah ketersampaian penduduk ke sesuatu kawasan.

2. Peningkatan kemudahan pengangkutan moden akan menarik minat penduduk luar untuk
berpindah ke kawasan bandar menyebabkan kawasan bandar padat penduduk kerana kos dan masa
akan lebih jimat.

3. Pengangkutan moden dan sistematik akan menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi
kerana digunakan untuk mengangkut penduduk, bahan mentah, dan hasil perindustrian.

4. Contohnya, bandar Tokyo, London dan New York yang terdapat pengangkutan maju dan moden.
Manakala, Mumbai dan Delhi terdapat rangkaian pengangkutan kereta api yang padat. Bandar-
bandar tersebut merupakan bandar yang padat penduduk.

14.4) Taburan Penduduk di Malaysia

1. Menurut bancian penduduk dan perumahan Malaysia 2010, jumlah penduduk Malaysia adalah
28.3 juta berbanding 23.3 juta pada 2000

2. Purata pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.0 untuk tempoh 2000 hingga 2010 dan kadar
ini lebih rendah berbanding 2.6 peratus pada 1991 hingga 2000.

3. Taburan penduduk mengikut negeri pada 2010 menunjukkan Selangor merupakan negeri yang
paling ramai penduduk in juta orang, Johor 3.21 juta orang, Sabah berjumlah 3.21 juta orang,
Sarawak berjumlah 2.4 juta orang, dan Perak berjumlah 2.35

4. Negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya berjumlah
72,413 orang, Wilayah Persekutuan Labuan berjumlah 86,908 orang dan Perlis berjumlah 231,541
orang

5. Pada 2010, kepadatan penduduk Malaysia ialah 86 orang bagi setiap kilometer persegi berbanding
71 orang pada 2000. Negeri yang mempunyai kepadatan yang paling tinggi ialah Wilayah

5
Persekutuan Kuala Lumpur dengan 6,891 orang bagi setiap kilometer persegi, Wilayah Persekutuan
Putrajaya dengan 1,478 orang bagi setiap kilometer persegi, Pulau Pinang dengan 1,490 orang bagi
setiap kilometer persegi dan Selangor dengan 674 orang bagi setiap kilometer persegi.

6. Pola taburan penduduk di Malaysia adalah tidak sekata iaitu terdapat kawasan yang padat,
sederhana padat dan Kawasan yang jarang

a. Kepadatan mengikut negeri

i) Negeri padat penduduk (melebihi 200 orang/km²).


- Perlis
- Kedah
- Melaka
- Selangor
- Pulau Pinang
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Wilayah Persekutuan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

ii) Negeri sederhana padat penduduk 151 orang/km² hingga 199 orang/km²).
- Johor
- Perak
- Kelantan
-Terengganu

iii) Negeri jarang penduduk (50 orang/km2).


- Sabah
- Pahang
- Sarawak

(b) Kepadatan mengikut kawasan.

(i) Kawasan padat penduduk (melebihi 200 orang/km2).


- Miri
- Sibu
- Ipoh
- Tawau
- Kuching
- Sandakan
- Kota Bharu
- Georgetown
- Johor Bahru
- Kuala Lumpur
- Kota Kinabalu
- Bandar Melaka
- Kuala Terengganu

(ii) Kawasan sederhana padat penduduk (51 orang/km2 hingga 199 orang/km2).

6
- Kangar
- Jerantut
- Temerloh
- Pengkalan Chepa

(iii) Kawasan jarang penduduk (kurang daripada 50 orang/km).


- Pedalaman Sabah
- Pedalaman Pahang
- Pedalaman Kelantan
- Pedalaman Sarawak

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KETIDAKSEIMBANGAN TABURAN PENDUDUK MALAYSIA

Saiz Kawasan dan Jumlah Penduduk .

1. Kawasan yang luas jika jumlah penduduknya kurang akan menyebabkan taburan penduduk adalah
sederhana atau jarang, Jika kawasan yang kecil jika jumlah penduduk ramai akan menyebabkan
penduduk adalah padat.

2 Contohnya, Kuala Lumpur yang mempunyai kawasan yang kecil dan penduduk yang ramai
menyebabkan taburan penduduk adalah padat.

3. Contohnya, kepadatan penduduk pada 2010 di Kuala Lumpur ialah 6,891 orang/km2 dan
Putrajaya ialah 1,478 orang/km2. Negeri yang jarang penduduk ialah Sarawak ialah 20 orang/km2,
Pahang ialah 42 orang/km', dan Sabah ialah 44 orang/km2.

Aktiviti Ekonomi

1. Aktiviti perindustrian khususnya yang berintensifkan buruh terutamanya di kawasan pantai barat
Semenanjung Malaysia seperti Lembah Klang, Johor Bahru dan Georgetown telah menarik migrasi ke
kawasan tersebut dan menjadikan kawasan tersebut padat penduduk.

2. Aktiviti ekonomi lain seperti perkhidmatan, kawasan pusat bandar, kawasan pelabuhan telah
mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan penduduk.

3. Di kawasan yang menjalankan kegiatan pertanian, perladangan, pelancongan dan pertanian


biasanya menyebabkan penduduk sederhana padat terutama di pantai timur Semenanjung
Malaysia. Keadaan ini juga disebabkan migrasi ke pantai barat Semenanjung Malaysia untuk bekerja
dalam sektor perindustrian.

Sejarah Pembandaran

1. Petempatana awal yang dibina turut mempengaruhi taburan penduduk. Sejak zaman penjajah,
negeri pantai barat menjadi tumpuan ekonomi terutamanya Lembah Klang dan Lembah Kinta yang
kaya dengan bijih timah.

7
2. Perkembangan industri perlombongan bijih timah telah menarik kemasukan migran Cina yang
membina petempatan dan seterusnya berkembang dengan segala kemudahan.

3 Perkembangan rantaian ekonomi yang berkaitan dengan kegiatara perlombongan berkenaan


seperti perindustrian, pengangkutan, perniagaan dan pembinaan telah mewujudkan lebih banyak
pekerjaan dan seterusnya mempercepatkan proses migrasi masuk penduduk pada ketika itu.

Proses Pembandaran

1. Aktiviti pembandaran yang berterusan menyebabkan peningkatan iviti ekonomi di sesuatu


kawasan dan seterusnya bilangan penduduk akan bertambah. Keadaan ini akan mempengaruhi
taburan penduduk di kawasan tersebut.

2. Pengaruh pembandaran mendorong berlakunya migrasi ke bandar besar dan moden yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas, kemudahan sosial dan kemudahan perkhidmatan
seperti di bandar raya Kuala Lumpur, Shah Alam, Petaling Jaya, Ipoh, dan Johor Bahru. Keadaan ini
menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat.

Kemudahan Pengangkutan

1. Kemudahan sistem pengangkutan yang cekap memungkinkan migrasi keluar penduduk kerana
darjah ketersampaian yang tinggi antara pantai barat dan pantai timur seperti kapal terbang, lebuh
raya dan jalan raya yang baik.

2. Perkembangan sistem pengangkutan akan menyebabkan pantai barat Semenanjung Malaysia


terus mengalami pertambahan dan kepadatan penduduk yang tinggi manakala pantai timur
Semenanjung Malaysia semakin kurang penduduk.

3. Ketiadaan sistem pengangkutan darat seperti jalan raya dan jalan kereta api akan menyukarkan
pergerakan penduduk, barangan, dan perkhidmatan. Kawasan pedalaman seperti pedalaman Sabah
dan Sarawak yang mempunyai darjah ketersampaian yang rendah menyebabkan penduduknya
adalah jarang.

Dasar Kerajaan

1. Peranan kerajaan amat penting dalam mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. Kerajaan
juga membina bandar baharu Seperti Putrajaya menyebabkan semakin ramai penduduk berhijrah
dan menjadikan kawasan tersebut padat penduduk

2. Dasar kerajaan melalui program pembangunan wilayah seperti FELDA dan FELCRA telah menukar
taburan penduduk yang jarang kepada sederhana padat. Rancangan pembangunan tersebut
dilakukan dengan cara membuka tanah pertanian dan membina petempatan kepada peneroka.

3. Kerajaan juga menjalankan dasar penyelerakan industri ke bandar- bandar kecil bagi mewujudkan
lebih banyak peluang pekerjaan di tempat berkenaan. Contohnya, kerajaan mengadakan Kawasan

8
perindustrian baharu seperti di Semambu, Pahang dan Paka, Terengganu. Rancangan pembangunan
yang lain ialah luar bandar, pusat pusat pertumbuhan desa dan pembangunan koridor ekonomi
seperti ECER dan NCER

Sumber Alam

1. Kawasan yang banyak sumber alam akan mempengaruhi kepadatan penduduk. Contohnya,
kawasan yang kaya de sumber alam seperti bijih timah di Lembah Kinta dan kawasan berhampiran
perlombongan petroleum seperti Kerteh dan Miri penduduk adalah sederhana padat.

2. Kawasan yang mempunyai pemandangan yang cantik seperti Tanah Tinggi Cameron mempunyai
penduduk sederhana padat. Kawasan yang tiada atau kurang sumber alam, penduduknya adalah
jarang.

Bentuk Muka Bumi

1. Kawasan yang berbukit-bukau, bergunung-ganang, berhutan tebal dan berlurah seperti


pedalaman Pahang, Kelantan, Terengganu Sabah dan Sarawak akan mengurangkan tumpuan
penduduk Aktiviti ekonomi terhad di kawasan tersebut menyebabkan penduduknya jarang.

2. Kawasan tanah pamah, dataran yang rata dan kawasan tanih yang subur seperti tanih aluvium
menjadi tumpuan penduduk kerana kawasan ini sesuai untuk dijadikan kawasan petempatan,
membina jaringan pengangkutan, dan dijalankan pelbagai kegiatan ekonomi.

3. Misalnya, tanah pamah yang lebih luas di pantai barat Semenanjung Malaysia berpenduduk padat
berbanding kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia kerana bentuk muka bumi yang sesuai
untuk dibina petempatan dan dijalankan pelbagai kegiatan ekonomi.

4. Kawasan kaki bukit beralun dan bersaliran baik mempunyai taburan penduduk sederhana padat.

Kesuburan Tanih

1. Kawasan tanih yang subur seperti tanih aluvium menjadi tumpuan penduduk kerana kawasan ini
sesuai untuk aktiviti pertanian iaitu tanaman padi sawah. Contohnya, Dataran Kedah, Delta Kelantan,
dan Dataran Kerian. Kawasan tersebut mempunyai penduduk padat.

2. Kawasan tanih laterit yang sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit di jaluran pantai barat
Semenanjung Malaysia juga menjaditumpuan penduduk.

3. Kawasan yang tanih berpasir dan poros dan tidak sesuai untuk pertanian menyebabkan
penduduknya adalah jarang.

9
Pembangunan Kawasan

1. Kawasan yang maju dan dilengkapi kemudahan asas seperti infrastruktur, tempat kediaman, pusat
pendidikan dan kemudahan kesihatan mempengaruhi kepadatan penduduk. Contohnya, Bangi yang
terdapat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Tanjung Malim terdapat Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI) mempunyai penduduk sederhana padat.

2. Kawasan yang mempunyai kediaman moden dan dilengkapi asas seperti kemudahan bekalan air
bersih, bekalan elektrik, sekolah. dan pusat membeli-belah mempengaruhi penghijrahan dan
penumpuan penduduk ke kawasan berkenaan. Contohnya, Damansara, Cheras, Puchong, dan
Gombak.

KESAN PENDUDUK TERHADAP SUMBER ALAM

Kawasan Penduduk Padat

1. Tekanan terhadap sumber tanah

(a) Kawasan yang berpenduduk padat akan meningkatkan persaingan guna tanah untuk
petempatan, perindustrian, infrastruktur, pertanian dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan saiz
tanah secara relatifnya menjadi semakin kecil.

(b) Ruang tanah menjadi semakin padat dan tepu bina serta menjadi semakin mahal akibat
pembandaran yang pesat berbanding ruang tanah yang terhad.

2. kepupusan atau kehabisan sumber alam

(a) Kehabisan atau kepupusan kepupusan sumber terutamanya sumber tidak boleh diperbaharui
seperti sumber mineral iaitu bijih timah, bijih besi, emas dan lain-lain kerana peningkatan
permintaan.

(b) Peningkatan penduduk juga menyebabkan kepupusan sumber yang akan menjejaskan
kepelbagaian spesies biologi seperti flora dan fauna.

(c )Sumber marin juga akan semakin terjejas akibat eksploitasi yang berlebihan bagi menampung
jumlah penduduk yang semakin meningkat.

(d) Tanih juga akan semakin tandus akibat kemerosotan kualiti tanih atau tanih menjadi semakin
tidak subur akibat eksploitasi yang meningkat untuk menampung pertambahan keperluan
penduduk.

3. Kualiti sumber alam semakin menurun

(a) Kepadatan penduduk yang semakin meningkat di sesebuah kawasan akan menyebabkan
pertambahan penggunaan kenderaan, dan jumlah kilang seterusnya menyebabkan pencemaran
udara, kejadian jerebu, dan pencemaran bunyi.

10
(b) Pembuangan sisa toksik, sisa kumbahan dan sisa domestik yang boleh mencacatkan
pemandangan dan mewujudkan pencemaran bau terutama di kawasan bandar besar seperti Kuala
Lumpur, Johor Bahru, dan Ipoh.

4. Kerosakan dan kemusnahan sumber alam

(a) Peningkatan kepadatan penduduk akan menyebabkan akan berlakunya hakisan, tanah runtuh
dan tanah mendap akibat mbinaan seperti pembinaan lebuh raya, petempatan, bangunan di
kawasan tanah tinggi dan batu kapur.

(b) Pertambahan penduduk menyebabkan kemusnahan kawasan tadahan air, banjir kilat, dan banjir
lumpur. Hal ini demikian kerana, kawasan hutan ditebang bertujuan membuka lebih banyak ruang
bagi membina kawasan petempatan. Kawasan hutan yang telah ditebang terdedah kepada air
permukaan yang boleh menyebabkan hakisan, banjir kilat dan banjir lumpur.

(c) Kepadatan penduduk menyebabkan kerosakan ekosistem daratan dan akuatik, kemusnahan
habitat dan rantaian makanan

5. Pembangunan sumber alam meningkat

(a) Kawasan berpenduduk padat akan menyebabkan sumber alam tidak terbiar atau membazir.
Contohnya, sumber tanah akan dimajukan sepenuhnya untuk kegiatan pertanian, petempat dan
perindustrian.

(b) Penduduk yang padat akan membekalkan tenaga kerja atau buruh yang mencukupi untuk
menjana dan membangunkan sumber alam. Sumber akan dijana bagi menampun permintaan yang
semakin meningkat dan produk sumber alam akan dipelbagaikan bagi memenuhi pasaran yang luas
dan permintaan yang tinggi.

Kawasan Penduduk Jarang

1. Pembaziran sumber alam

(a) Di kawasan yang berpenduduk jarang terutamanya Kawasan luar bandar dan pendalaman,
sumber alam yang ada tidak dapat dibangunkan, terbiar dan membazir akibat kekurangan tenaga
kerja. Contohnya, wujud masalah tanah terbiar

(b) Kegiatan pertanian dan perikanan akan mengalami krisis tenaga kerja dan terpaksa bergantung
kepada tenaga kerja luar seperti dari Indonesia, Bangladesh, dan Vietnam.

2. Mengurangkan tekanan dan kemerosotan sumber

(a) Kawasan yang berpenduduk jarang akan mengurangkan tekanan terhadap tanah pertanian.
Kekurangan penduduk akan menyebabkan produktiviti per kapita hasil pertanian akan meningkat
dan pendapatan per kapita penduduk desa semakin meningkat.

(b) Kekurangan penduduk di desa boleh dikaitkan dengan migrasi desa ke bandar. Kawasan desa
yang dahulunya sederhana padat akan semakin berkurang maka secara tidak langsung tekanan
terhadap tanah pertanian semakin menurun.

11
Praktis Pengukuhan STPM
Soalan Struktur

1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan taburan penduduk? [3]


........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

(b) Jelaskan dua faktor berlakunya ketidakseimbangan taburan penduduk di Malaysia [6]
i.......................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

ii......................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
(c) Huraikan dua langkah yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia untuk menyeimbangkan
taburan penduduk di Malaysia [6]
i.......................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

ii......................................................................................................................................................

12
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

i.......................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................
........................................................................................................................................................

Soalan Esei

2 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kepadatan penduduk? [5]

(b) Jelaskan kesan kepadatan penduduk yang tinggi terhadap sosioekonomi sesebuah tempat.
[10]

(c) Huraikan kesan kepadatan penduduk yang tinggi terhadap persekitaran fizikal sesebuah
kawasan. [10]

13

You might also like