Bab 13 Pendu Duk

You might also like

You are on page 1of 7

13.

1) Konsep Penduduk

Penduduk merujuk kepada manusia yang tinggal dalam sesuatu kawasan. Persekitaran manusia
adalah bumi sebagai habitat kepada manusia.

Persekitaran manusia mengandungi bumi sebagai unsur budaya yang menyebabkan sesebuah
tempat mengandungi nilai jarak, ekonomi, kedudukan dan letakan relatif.

Menurut Guillard (1855), kajian kependudukan melibatkan perubahan penduduk (saiz, komposisi,
dan taburan), proses demografi dan perubahan sosial, ekonomi, politik, biologi dan sebagainya.

13.2 Penduduk sebagai Sumber

Sumber boleh dibahagikan kepada sumber alam, sumber manusia dan sumber budaya. Sumber
penting bagi memajukan ekonomi sesebuah negara.

Sumber alam adalah sumber semula jadi atau bahan yang terdapat dalam alam semesta yang
memberi manfaat kepada manusia.

Sumber manusia adalah buruh atau tenaga kerja yang terdapat dalam sesebuah negara yang diukur
berdasarkan kuantiti, umur dan jantina serta kualiti.

Kuantiti dan keupayaan sumber manusia bergantung kepada:

(a) Jumlah atau bilangan buruh


(b) Jantina
(c) Umur

Kualiti sumber manusia diukur berdasarkan kepada:

(a) Taraf pendidikan


(b) Tahap kemahiran
(c) Tahap kesihatan
(d) Sikap positif dan kesediaan bekerjasama
(e) Mobiliti buruh
(f) Dasar kerajaan

PENGUKURAN SUMBER MANUSIA

Pengukuran Berdasarkan Kuantiti

1 Bilangan atau jumlah buruh

(a) Jumlah penduduk yang ramai akan membekalkan tenaga buruh yang ramai.

(b) Tenaga manusia yang ramai dalam sesebuah negara akan memajukan sektor-sektor ekonomi
dalam pelbagai sektor seperti perladangan, pembinaaan, pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain,
meluaskan pasaran, dan menambah kekuatan anggota keselamatan.

1
Jadual 13.1 Jumlah penduduk negara terpilih 2010 Negara

Saiz Penduduk (orang)


Indonesia 259.940 juta
Malaysia 28.6 juta
Singapura 5.08 juta
China 1.330 bilion
Bangladesh 156,118 juta

2 Struktur umur

(a) Struktur umur akan mempengaruhi tenaga buruh sesebuah negara.

(b) Semakin ramai bilangan penduduk yang berada kumpulan umur muda yang sihat dan cergas
Akan tinggi kuantiti dan keupayaannya.

c) Contohnya, struktur umur bekerja penduduk Malaysia 15 hingga 64 tahun telah meningkat dari
67.3% pada 2010 berbanding 63.8% pada 2000.

3 Nisbah jantina

(a) Nisbah jantina juga akan mempengaruhi kuantiti tenaga dalam sesebuah negara.

(b) Buruh lelaki yang muda, cergas dan sihat lebih sesuai kerja berat seperti sektor perladangan dan
pemb manakala buruh perempuan lebih sesuai untuk terlibat dalam sektor perkilangan dan
perkhidmatan.

(c) Menurut sumber daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, bilangan lelaki melebihi perempuan
dengan nisbah jantina 106 pada 2010 berbanding 104 pada 2000.
Pada 2010, semua negeri mencatatkan bilangan lelaki lebih tinggi berbanding daripada bilangan
perempuan kecuali Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perlis.

Graf 13.1 Nisbah jantina penduduk Malaysia 1980–2010

2
Pengukuran Berdasarkan Kualiti

1 Taraf pendidikan

(a) Kualiti pendidikan diukur melalui kelulusan akademik/ikhtisas yang tinggi, kadar buta huruf yang
kurang atau tiada buta huruf dan mahir dalam teknologi maklumat.

(b) Tahap pendidikan yang tinggi akan menyediakan tenagakerja yang berpengetahuan dapat
membentuk pekerja dan masyarakat yang berkualiti. Pekerja dan masyarakat yang berkualiti akan
dapat mempengaruhi pembangunan sesebuah negara.

(c) Di Malaysia, pada 2010 sebanyak 24.3 peratus pekerja mempunyai pendidikan hingga peringkat
tertier.

2 Tahap kemahiran

(a) Kemahiran dan kecekapan yang khusus dalam sesuatu bidang seperti teknik dan vokasional,
kejuruteraan, reka cipta perubatan, perkhidmatan, pengurusan dan professional akan meningkatkan
kualiti buruh.

(b) Kemahiran boleh diperolehi melalui pengalaman, latihan dan perkongsian kepakaran. Kemahiran
dan kepakaran yang tinggi dapat meningkatkan daya cipta, inovasi baharu dan budaya R&D dapat
dikembangkan.

(c) Ekonomi sesebuah negara akan berkembang dengan pesat jika mempunyai ramai buruh yang
berkemahiran tinggi.

3. Tahap Kesihatan

a) Kualiti sumber sumber manusia juga dipengaruhi tahap kesihatan penduduk. Penduduk yang sihat
akan menyebabkan penduduk mempunyai daya tahan yang tinggi, produktif, kompetitif dan kuat
bekerja.

b) Tahap kesihatan penduduk dikaitkan dengan penurunan kadar kematian dan peningkatan jangka
hayat. Penduduk yang sihat akan menyebabkan jangka hayat tinggi

(c) Tahap kesihatan yang tinggi berkait dengan akses kemudahan kesihatan yang baik seperti
hospital, poliklinik dan klinik, bilangan doktor yang cukup, ubat, dan kemudahan perubatan moden.

(d) Tahap kesihatan juga dipengaruhi oleh peningkatan kualiti hidup iaitu amalan dan gaya hidup
sihat seperti amalan makanan yang seimbang dan penjagaan kesihatan.

(e) Tahap kesihatan juga boleh diukur melalui jangka hayat penduduk. Jangka hayat penduduk
Malaysia semakin meningkat. Pada 2000, jangka hayat penduduk lelaki adalah 70 tahun dan
meningkat pada 2010 iaitu 71.93 tahun manakala penduduk perempuan pada 2000 ialah 74.65
tahun dan meningkat kepada 76.56 tahun pada 2010.

4 Sikap positif

(a) Kualiti sumber manusia juga dipengaruhi oleh “kebolehkerjaan" yang dikaitkan dengan budaya
kerja penduduk yang positif seperti mempunyai semangat kerja yang tinggi, rajin, berdaya saing,
beriltizam, menepati masa, berinovasi dan ciri-ciri positif yang lain.

3
(b) Budaya positif juga melibatkan tahap kepimpinan yang tinggi dan berdaya tahan, cekap
berkomunikasi, sedia untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan kerja dan tahap integrity yang
tinggi, serta amanah kepada majikan.

5 Mobiliti buruh

(a) Mobiliti buruh juga penting kepada kualiti sumber manusia. Ciri-ciri buruh yang dianggap
sempurna seharusnya boleh dipindahkan mengikut keperluan majikan dan sedia dihantar ke mana-
mana tempat atau bahagian serta mudah menerima perubahan dan boleh menjadi agen perubahan.

(b) Buruh mudah dilatih, patuh pada arahan dan mempunyai ketahanan fizikal dan mental.

6 Dasar kerajaan

(a) Kerajaan berusaha meningkatkan kualiti buruh melalui penubuhan institusi latihan, kursus,
insentif, biasiswa, dan pembangunan modal insan.

(b) Kerajaan juga menyediakan pusat dan prasarana pendidikan IPTS kepada semua penduduk
seperti sekolah, IPTA, IPTS dan pusat-pusat kemahiran.

(c) Kerajaan juga menyediakan dana bagi penduduk menjalankan R&D dan mencipta inovasi baharu.

13.3 Penduduk sebagai Agen Perubahan

PERUBAHAN SOSIOEKONOMI

1 Perubahan sektor ekonomi

(a) Penduduk sebagai tenaga buruh telah berubah dari dari sektor ekonomi tradisional seperti
pertanian dan penternal kepada sektor ekonomi moden seperti sektor pembuatan dan
perkhidmatan.

(b) Penduduk sebagai tenaga buruh akan menyebab kepelbagaian ekonomi di sesebuah negara dan
penduduk juga bertindak sebagai pengguna kepada hasil ekonomi.

(c) Penduduk juga bertindak sebagai perubahan ekonomi pendapatan, taraf hidup, tabungan,
produktiviti dan lain-lain.

2 Perubahan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

(a) Penduduk sebagai tenaga buruh akan mengusahakan pelbapai sektor ekonomi dan seterusnya
akan meningkatkan pendapatan sesebuah negara.

(b) Semakin banyak sektor ekonomi diusahakan akan semakin meningkat pendapatan negara.

4
3 Perubahan teknologi

(a) Penduduk juga berperanan dalam meningkatkan teknologi dan penciptaan inovasi baharu.

(b) Perubahan melibatkan penggunaan teknologi tradisional kepada teknologi moden seperti
penggunaan jentera, input pertanian dan teknik pertanian moden dalam sektor pertanian.

4 Perubahan sosial

Perubahan sosial melibatkan peningkatan taraf hidup, peningkatan jangka hayat, perubahan gaya
hidup yang lebih moden, pemilikan barangan, perubahan pentadbiran dan lain-lain.

5 Perubahan kemudahan sosial

(a) Penduduk sebagai tenaga buruh akan mengubah kemudahan sosial kepada yang lebih baik dan
moden.

(b) Kemudahan sosial antaranya termasuk kemudahan kesihatan seperti hospital dan klinik.
Kemudahan pendidikan seperti sekolah, universiti dan pusat kemahiran belia. Kemudahan utiliti
seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kemudahan internet.

(c) Perubahan kemudahan sosial juga melibatkan kemudahan pengangkutan dan komunikasi.

PERUBAHAN LANDSKAP FIZIKAL

1 Perubahan geomorfologi

(a) Aktiviti pertanian melibatkan aktiviti penyahhutanan dan perataan akan mengubah bentuk bumi
yang boleh menyebabkan kejadian hakisan dan tanah runtuh. Manusia juga mengubah tanih melalui
proses pembajaan bagi menyuburkan tanih dan proses penebusgunaan dan pembajakan akan
mengganggu struktur dan tekstur tanih.

(b) Aktiviti perlombongan akan mengubah bentuk bumi menjadi gondol, berlubang, lurah akibat
penebukan bukit, mengorek dan meletupkan bukit.

(c ) Aktiviti pembinaan melibatkan penerokaan, perataan tanah, penebusgunaan, peneresan akan


menyebabkan terjadinya longgokan tanah, hakisan, dan tanah runtuh.

(d) Pembinaan jalan pengangkutan seperti lebuh raya akan melibatkan kerja-kerja merata dan
mengorek bukit boleh menyebabkan berlaku tanah runtuh, gelongsoran tanih, dan proses luluhawa.

(e) Aktiviti pembalakan melibatkan penyahhutanan akan menyebabkan tanah menjadi gondol dan
seterusnya berlaku hakisan dan tanah runtuh.

2 Perubahan atmosfera

(a) Aktiviti pertanian yang melibatkan proses tebang bakar boleh menyebabkan pencemaran udara
dan jerebu. Aktiviti perlombongan kuari yang melibatkan proses meletupkan bukit juga boleh
menyebabkan pencemaran udara.

5
(b) Aktiviti perkilangan melibatkan pembakaran bahan api fosil akan menyebabkan pencemaran
udara.

(c) Aktiviti pengangkutan seperti kereta, lori yang melibatkan pembakaran bahan api fosil
menyebabkan pelepasan asap yang merupakan punca pencemaran udara dan jerebu.

(d) Aktiviti lain seperti penggunaan alat penyaman udara,penurapan muka bumi dengan bahan
konkrit atau tar akan meningkatkan suhu sekitar.

3 Perubahan hidrologi

(a) Aktiviti pertanian yang melibatkan penggunaan baja kimia dan racun serangga akan
menyebabkan pencemaran air. Air larian permukaan dan proses larut resap akan menyebabkan
air berasid.

(b) Aktiviti perkilangan yang melibatkan pelepasan sisa-sisa toksik akan menyebabkan pencemaran
air. Aktiviti pembalakan melibatkan penebangan hutan akan menyebabkan kawasan tadahan air
terganggu.

(c) Aktiviti pembinaan seperti pembandaran akan melibatkan penebangan hutan menyebabkan air
larian permukaan dan sungai menjadi keruh dan berlumpur. Aktiviti penambakan laut dan
penimbusan tasik akan mengubah kualiti air.

(d) Aktiviti menuba dan mengebom akan menyebabkan pencemaran air yang boleh merosakkan
terumbu karang dan kepupusan sumber akuatik.

4 Perubahan ekologi

(a) Aktiviti pertanian melibatkan penyahhutanan untuk pertanian ladang akan menyebabkan
kepupusan flora dan fauna. Penerokaan dan pembakaran hutan akan menyebabkan penyahhutanan
dan kemusnahan hutan. Perubahan juga melibatkan kawasan hutan diganti dengan menanam
spesies baharu seperti tanaman kelapa sawit dan getah.

(b) Pembinaan empangan yang melibatkan pembersihan, dan penenggelaman hutan akan
menyebabkan kemusnahan hutan dan habitat

(c) Aktiviti pembalakan yang melibatkan penebangan hutan akan menyebabkan kepupusan sumber
hutan seperti flora dan fauna,kemusnahan habitat dan kemusnahan rantaian makan

(d) Aktiviti lain yang menyebabkan perubahan ekologi dan ekosistem hutan seperti pembinaan
prasarana pelancongan dan sistem pengangkutan.

PERUBAHAN BUDAYA (ALAM SEKITAR MANUSIA)

1 Perubahan pola guna tanah.

(a) Penduduk membina petempatan sebagai kediaman akan mengubah keadaan topografi dan corak
landskap. Perubahan ketara seperti di kawasan rancangan pembangunan wilayah dan di kawasan
rancangan pembangunan wilayah dan di Kawasan bandar seperti pembinaan kawasan perumahan
banglo, kondominium dan lain-lain.

6
(b) Aktiviti pertanian menyebabkan perubahan fungsi dan pola guna tanah. Tanah pertanian
dimajukan dengan tanaman yang lebih tersusun dan berfaedah seperti getah, kelapa sawit buah-
buahan dan lain-lain. Tumbuh-tumbuhan baharu akan menggantikan hutan, semak dan belukar.

2 Aktiviti perindustrian dan pembandaran

(a) Perkembangan industri perkilangan akan menyebabkan perkembangan bandar

(b) Kewujudan kilang-kilang akan menyebabkan perkembangan sistem pengangkutan dan


telekomunikasi, petempatan, bangunan perniagaan, kemudahan utiliti dan kemudahan bandar yang
lain.

3 Pembinaan rangkaian pengangkutan dan perhubungan

(a) Pembinaan pelbagai jenis pengangkutan seperti jalan lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan
akan memudahkan perhubungan dari satu tempat ke tempat yang lain.

(b) Pergerakan penduduk dan buruh akan menjadi lebih mudah dan meningkatkan darjah
ketersampaian.

You might also like