You are on page 1of 12

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

KEMAHIRAN 1: Menukar ayat aktif menjadi ayat pasif

Ayat aktif transitif ialah;

Ayat yang mengandungi  kata kerja transitif

Mengutamakan  subjek asal  sebagai judul

Formula susunan ayat aktif :

Subjek (Frasa Nama) + kata kerja aktif transitif + Objek + Keterangan

bil Subjek Predikat

(Frasa Nama)
Kata kerja transitif Objek tepat Objek sipi Keterangan

1 Pelajar itu Menyepak bola dengan deras

2 Kakak Memasak bubur kacang semalam

3 Kakak Memetik bunga di taman bunga

4 Perdana Menteri Merasmikan sekolah pada sebelah petang

5 Perempuan itu Menyikat rambut anaknya

Ayat pasif ialah;

Ayat yang mengandungi  kata kerja pasif

Ayat yang mengutamakan  objek  sebagai judul

Formula susunan ayat pasif:

Subjek (objek) + di + kata kerja pasif + oleh + frasa nama + keterangan

bil Subjek Predikat

(objek) di + Kata kerja oleh + Frasa Nama Objek Keterangan


pasif

1 Bola disepak oleh pelajar itu dengan deras

2 Bubur kacang dimasak oleh kakak semalam


3 Bunga dipetik oleh kakak di taman bunga

4 Sekolah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada sebelah petang

5 Rambut anaknya disikat oleh perempuan itu

Mahir Tatabahasa 1: Tukarkan ayat aktif di bawah ini supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.

Pelajar itu sedang membaca buku.


Guru meletakkan kereta mewahnya di belakang rumah.
Ayah menonton televisyen hingga lewat malam. (6 markah)

bil Subjek Predikat

Objek (Kata bantu) + oleh+Frasa nama Keterangan


di + Kata kerja pasif

Mahir Tatabahasa 2: Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Setiap petang emak akan menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.


Pelatih Program Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga bulan.
Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat. ( 6 markah)

bil Subjek Predikat

Objek
(Kata bantu + di + Kata oleh+Frasa nama Keterangan
kerja pasif

Mahir Tatabahasa 3 : Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif yang betul tanpa mengubah maksud
Pekerja restoran itu melayan kami dengan mesra.

Model terkenal itu menggunakan losyen berjenama untuk melembutkan kulitnya.


Beberapa orang murid sekolah rendah telah memecahkan beberapa keping cermin tingkap. (6 markah)
bil Subjek Predikat

Objek (Kata bantu) + oleh+Frasa nama Keterangan


di + Kata kerja pasif

Mahir Tatabahasa 4:

**Kekecualian untuk subjek gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan
Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif yang betul tanpa mengubah maksud asalnya.

Saya membakar sampah di belakang rumah.


Kami memberkas beberapa orang penjenayah yang amat dikehendaki.
Awak perlu menjelaskan semua bayaran bil tertunggak sebelum akhir bulan ini. (6 markah)

bil Subjek Predikat

Objek Kata bantu + subjek Kata kerja tanpa imbuhan Keterangan

Mahir SPM 5: Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Kita perlu melaksanakan semua tugas dengan hati yang ikhlas.


2. Saya membeli barang keperluan harian di Pasar Tani Teluk Intan.
3. Kami mula membanjiri Stadium Bukit Jalil sejak petang tadi. ( 6 markah)
bil Subjek (objek) Predikat

Kata bantu + subjek Kata kerja tanpa imbuhan Keterangan

Mahir Tatabahasa 6 : Tukarkan ayat aktif berikut supaya menjadi susunan ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian seorang
wanita yang mengandung. (6 markah)

bil Subjek Predikat

Objek
(Kata bantu) + oleh+Frasa nama Keterangan
di + Kata kerja pasif

LATIHAN PENGUKUHAN

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.


2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.
7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.
8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.
9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.
10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.
16.Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
17.Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana
anjuran MARA.
18.“Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada saya.
19.Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
20.Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
21.Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
22.Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan .
23.Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
24.Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

Jawapan Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Latihan tukar ayat aktif kepada pasif.


1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2. Beberapa oran g pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.
3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan
kematian seorang wanita yang mengandung.
Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang menyebabkan
kematian seorang wanita yang mengandung.
4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan
sederhana anjuran MARA.
Kini hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan
sederhana anjuran MARA.
6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu
kepada saya.
“Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu,“ kata keranai itu kepada
saya.
7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.
8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak.
9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.
Lauk ikan telah saya masak untuk ayah.
10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan .
Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di luar dewan.
11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
12. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu.

Ayat Aktif dan Ayat Pasif

A. AYAT AKTIF:
i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat”
terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’.
iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat)

B. AYAT PASIF:
i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak
di belakang (sebagai pradikat).
ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’.
Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.
Contoh :

i. Ikan itu dipancing oleh Ali.


ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua)
iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

C. CONTOH MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF:

Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.

1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.

2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang
tersebut.

3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.

4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.


Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.

5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik.


Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.

D. LATIHAN:

Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat pasif.

1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di Bandar Melaka.

2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang sangat besar.

3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi kejuaraan tersebut pada pagi tadi.

5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan plastik ketika bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat untuk dipikul.

7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada sebelah petang nanti.

8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu berkata benar.

9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita pada masa depan.

10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang akan datang.

11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya tersebut.

12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam perbicaraan di mahkamah.

13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan yang dibuatnya sendiri.

14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang sedang membaca buku.

15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk dibuang.

E. CONTOH MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF:


Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat aktif.

1. Bola itu ditendang dengan kuat oleh pemain Brazil tersebut.


Ayat aktif : Pemain Brazil tersebut menendang bola itu dengan kuat.

2. Perasaan gadis itu dipermainkan oleh pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar.
Ayat aktif : Pemuda bermata keranjang yang tinggal di bandar itu mempermainkan perasaan gadis tersebut.

3. Ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu telah saya duduki pada awal bulan lalu.
Ayat aktif : Saya telah menduduki ujian untuk memasuki kelas memandu kereta itu pada awal bulan lalu.

4. Maklumat tentang pelaburan saham tersebut sedang diperjelaskan oleh pegawai dari Amanah Saham Nasional.
Ayat aktif : Pegawai dari Amanah Saham Nasional itu sedang memperjelaskan maklumat tentang pelaburan saham
tersebut.

5. Getah yang telah diproses itu telah dimasukkan ke dalam bekas plastik oleh para pekerja di bahagian pemprosesan.
Ayat aktif : Para pekerja di bahagian pemprosesan telah memasukkan getah yang telah diproses itu ke dalam bekas
plastik.

F. LATIHAN :
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah supaya menjadi ayat aktif.

1. Wang sebanyak RM7 bilion telah diperuntukan oleh kerajaan bagi merangsang ekonomi negara yang sedang
menghadapi kemelut ekonomi.
2. Hadiah menyertai pertandingan drama itu telah diberi oleh sebuah syarikat tempatan bagi menarik penyertaan orang
ramai.

3. Bahagian dapur rumah tumpangan itu sedang diperluas oleh pekerja kontraktor bagi memudahkan keluarga yang
menetap di situ.

4. Cek bernilai RM350 yang saya beri pagi tadi telah kamu tunaikan di sebuah bank saudagar di Kuala Lumpur.

5. Pendidikan teknologi maklumat telah diperkenalkan oleh kerajaan di semua sekolah bagi semua mata pelajaran teras.

6. Jambatan Kedua Pulau Pinang yang baru siap pada bulan Disember itu telah beta rasmikan pada akhir bulan itu.

7. Doanya agar dia berjaya dalam peperiksaan SPM telah diperkenankan oleh Tuhan apabila dia lulus dengan cemerlang
dalam peperiksaan itu.

8. Adat pepatih telah diperkenalkan di negara kita oleh masyarakat Minangkabau yang berasal dari Sumatera, Indonesia
pada sekitar tahun 1520'an.

9. Para pelanggan yang berkunjung ke pusat membeli belah itu telah ditawarkan harga diskaun sehingga 50 peratus oleh
pemilik pusat terbabit.

10. Penyertaan golongan bumiputera dalam sektor perkilangan akan diperluas oleh pihak kerajaan bagi memacu
pendapatan golongan tersebut.

11. Kakitangan awam diberi ganjaran oleh kerajaan bagi meningkatkan prestasi kerja mereka pada setiap akhir tahun.

12. Kebun di kawasan pinggir pantai itu dipenuhi dengan pokok nipah dan belukar kecil sejak ditinggalkan oleh
pemiliknya.

13. Kakak menghadiahi ibu sepasang anting-anting dan seutas rantai emas sempena ulang tahun kelahirannya.

14. Kawasan kampung di pedalaman sabah telah dijelajahi oleh peserta lumba basikal itu dalam pertandingan Jelajah
basikal di negeri tersebut.

15.Mat Piah ditanduk oleh seekor kerbau yang sedang mengamuk berhampiran dengan sawah padinya pada petang
kelmarin.

Latihan ayat aktif dan ayat pasif.

Contoh:

Mereka tidak dapat menjelaskan hutang  sebelum hujung  bulan ini.

Subjek : Mereka
Objek : hutang

Kata kerja transitif: menjelaskan

Jawapan:

Hutang tidak dapat dijelaskan oleh mereka  sebelum hujung bulan ini.

2.  Ia/Dia sentiasa membersihkan dan mengemaskan  rumah kami dengan penuh tanggungjawab.

Subjek : Ia/Dia

Objek: rumah kami

Kata kerja transitif: membersihkan dan mengemaskan

Jawapan:

Rumah kami sentiasa dibersihkan dan dikemaskannya dengan penuh tanggungjawab.

3.   “Kalian perlu menjelaskan hutang selewat-lewatnya hujung bulan ini”, kata ceti haram itu.

Subjek : Kalian (Kata ganti diri kedua)

Objek:  hutang

Kata kerja transitif : menjelaskan

Jawapan:   (Jika  subjek ialah kata ganti diri pertama  atau kedua,  kata kerja pasif tidak boleh ada imbuhan   “di”.)

“Hutang perlu kalian jelaskan selewat-lewatnya hujung bulan ini, “ kata ceti haram itu.

Sebelum  membuat latihan ayat aktif dan ayat pasif,  semua murid  perlu  membezakan kata ganti diri pertama dan
kedua  daripada yang lain.  Selain itu, para  murid perlu menguasai imbuhan  “Me” dengan huruf-huruf tertentu, seperti
berikut:

Imbuhan

Me l, m, n, r, y, ng, ny
Mem b, (p), (f), pr,pl

Men c, d, j, (t), z, sy

Meng a, e, i, o, u, g, h, (k), kh, kl,kr

Meny s

Menge Satu suku kata seperti  tin, pos, bom, syor, sah,……

Latihan  tukar ayat aktif kepada ayat pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2. Beberapa orang pekerja  sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap  peragut yang menyebabkan kematian
seorang wanita yang mengandung.
4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan   setelah menjalani  kursus  industri  kecil dan sederhana
anjuran MARA.
6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada
saya.
7. Saya telah menerima surat pelantikan  sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.
9. Saya telah memasak lauk ikan  untuk ayah.
10. Setelah membuat segala persiapan,  kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di  luar  dewan .
11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
12. Selain berbuat bising,  pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.

Jawapan Latihan Ayat Aktif dan Ayat Pasif

Latihan tukar ayat aktif kepada pasif.

1. Encik Sofiah membuat pinjaman bank untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
Pinjaman bank dibuat oleh Enik Sofiah untuk menjalankan projek penternakan ikan tawar.
2. Beberapa oran g pekerja sedang menebas semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu.
Semak samun di kiri dan di kanan lebur raya itu sedang ditebas oleh beberapa orang pekerja.

3. Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat terhadap peragut yang menyebabkan kematian
seorang wanita yang mengandung.
Hukuman penjara sepanjang hayat telah dijatuhkan oleh hakim terhadap peragut yang menyebabkan kematian
seorang wanita yang mengandung.

4. Hakim telah menjatuhi ketua sindiket itu hukuman gantung sampai mati.
Ketua sindiket itu telah dijatuhi oleh hakim hukuman gantung sampai mati

5. Kini kaum petani telah mengetinkan hasil buah-buahan setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana
anjuran MARA.
Kini hasil buah-buahan telah ditinkan oleh kaum petani setelah menjalani kursus industri kecil dan sederhana
anjuran MARA.

6. “Saudara perlu segera menghadiri temu duga itu jika hendak mendapat pekerjaan itu,” kata kerani itu kepada
saya.
“Temu duga itu perlu segera saudara hadiri jika hendak mendapat pekerjaan itu,“ kata keranai itu kepada saya.

7. Saya telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu.
Surat pelantikan sebagai jurulatih bola sepak pasukan sekolah kamu telah saya terima.

8. Ibu telah memasakkan ayah kari kepala ikan.


Ayah telah dimasakkan oleh ibu kari kepala ikan. / Ayah telah dimasakkan kari kepala ikan oleh emak.

9. Saya telah memasak lauk ikan untuk ayah.


Lauk ikan telah saya masak untuk ayah.

10. Setelah membuat segala persiapan, kami sekeluarga pun menyambut para tetamu di luar dewan .
Setelah membuat segala persiapan, para tetamu pun disambut oleh kami sekeluarga di luar dewan.

11. Kami telah mengesyorkan usul itu kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.
Usul itu telah kami syorkan kepada pihak berkuasa agar mengambil tindakan dengan segera.

12. Selain berbuat bising, pelajar-pelajar itu juga suka mengganggu guru yang sedang mengajar di dalam kelas.
Selain berbuat bising, guru yang sedang mengajar di dalam kelas juga suka diganggu oleh pelajar-pelajar itu.

You might also like