You are on page 1of 12

Sejarah P3

Pengukuhan Negara dan Bangsa Malaysia


Penubuhan Malaysia

1. Pengenalan
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas
merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan
British supaya Brunei, Sabah, dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan
Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadagan itu
kerana Singapura diketepikan.
Buat pertama kalinya, Sir Malcom Macdonald, Pesuruhjaya Jeneral Inggeris di Asia
yang ditugaskan untuk menyelaraskan dasar Inggeris ke atas Semenanjung Tanah
Melayu, Singapura, Brunei, Sabah, dan Sarawak menyarankan supaya wilayah –
wilayah itu dipereratkan hubungannya dari segi politik.Idea pembentukan Malaysia
tercetus pada 27 Mai 1961, melalui ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri
Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ucapan tersebut berlangsung di
Hotel Adelphi, Singapura semasa majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan
Wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara. Tunku melahirkan idea untuk mewujudkan
satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik yang melibatkan Persekutuan Tanah
Melayu dengan wilayah jajahan British, iaitu Singapura,Brunei, Sabah, dan Sarawak.
Malaysia telah diisytiharkan secara rasminya pada 16 September 1963.

2. Faktor – faktor Pembentukkan Malaysia.


Pembentukkan Malaysia ditubuhkan di atas faktor – faktor tertentu. Antara faktor –
faktor tersebut ialah mengelak ancaman dan pengaruh komunis, memberi
kemerdekaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura, kemajuan ekonomi
bersama, mempercepatkan proses kemerdekaan, dan menjaga kepentingan kaum
bumiputera.

a) Mengelak ancaman dan pengaruh komunis.


Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang
kian bertambah di Singapura dan situasi politik pada tahun 1950–an. Ejen – ejen
komunis telah meresap masuk ke sekolah cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun
1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok
ini merebak menjadi rusuhan.Selain itu, Parti Tindakan Rakyat ( People’s Action
Party – PAP ) di bawah pimpinan Lee Kuan Yew yang memerintah Singapura waktu
itu sedang mengalami kemerosotan akibat komunis yang merampas pucuk pimpinan
PAP. Fenomena ini dapat dilihat apabila PAP kalah dalam pilihan raya kecil di
kawasan Hong Lim kepada Ong Eng Guan dari Parti Rakyat Singapura ( United
People’s Party – UPP )pada bulan Mei 1961 dan pilihan raya di kawasan Anson
kepada Parti Buruh pada bulan Julai 1961. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir
golongan berhaluan kiri dari PAP.
Rakyat Sarawak ( SUPP ) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, kerajaan British
melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi
gagal. Diharapkan melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat
menentang ancaman komunis

b) Memberi kemerdakaan kepada Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.


Melalui penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri – negeri seperti Sabah, Sarawak,
Brunei, dan Singapura akan mendapat kemerdekaan yang lebih awal daripada yang
dijangkakan. Ini memandangkan negara- negara berkenaan masih lagi berada di
bawah penjajahan British sewaktu cadagan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan
Sarawak diletakkan dalam status cadagan negeri jajahan, manakala Singapura dan
Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.

c) Mengimbangi Penduduk
Selain itu, Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk.
Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak, dan Brunei kalau
digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial.
Penggabungan Tanah Melayu denagn Singapura menimbulkan masalah
ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura
berbangsa Cina. Kemasukkan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi
kadar kaum – kaum kerana 70% daripada Borneo Utara ialah bumiputera.

d) Kemajuan ekonomi bersama.


Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan
kerjasama ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak lansung,
negara-negara anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu
negara-negara anggota yang miskin dan kekurangan sumber ekonomi. Menurut
Tunku, apa yang penting melalui Persekutuan Malaysia ialah ia dapat membantu
mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Ini kerana Sabah dan Sarawak ialah
negeri yang masih mundur manakal Tanah Melayu, Singapura dan Brunei ialah
negeri-negeri yang kaya. Dengan ini, kekayaan di negeri-negeri yang kaya akan
dipindahkan ke negeri-negeri yang mundur untuk membiayai projek pembangunan.
Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan mentah seperti bijih timah,
manakala Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Pelabuhan Singapura pula
akan lebih selamat sekiranya menyartai Persekutuan Malaysia.

e) Menjaga kepentingan kaum bumiputera.


Pembentukkan Persekutuan yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah, Sarawak,
Brunei dan Singapura juga dalah untuk menjaga kepentingan dan kedudukan kaum
bumiputera. Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukkan Malaysia perlu
menggabungkan wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan
hanya terhad kepada Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan
Singapura sahaja bercantum, ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini
kerana Singapura mempunyai 80% pendudduk bukan Melayu dan apabila
bercantum dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu, penduduk bukan Melayu
akan menjadi golongan terbesar. Percantuman antara Tanah Melayu dengan
Singapura sahaja akan menjadikan peratusan masyarakat Cina menjadi 43.5%,
sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana anggaran peratusan penduduk
Tanah Melayu pada tahun 1960, adalah kira-kira 50% dan 36.9% orang Cina.
Justeru , apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
bumiputera termasuk orang Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina
menjadi 42.4%. ini bermaksud, kemasukan Sabah dan Sarawak membolehkan
kumpulan orang Melayu dan bumuputera kekal sebagai kumpulan terbesar.
3. Proses Pembentukan Malaysia
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini
sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu
dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa
tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati
semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai
reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu
berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik
tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak
dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang
menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses
pembentukan Malaysia ialah Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan
( JAK ),Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

a) Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )


JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald
Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku Abdul
Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha Dato’
Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’ Setia
Pangeran Ali ( Brunei )Tujuan JPPM ditubuhkan ialah memberitahu orang ramai
mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai ( Sabah, dan Sarawak ),
mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia dan menyediakan
memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

b) Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962.Ia dipengerusikan oleh Lord
Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir
Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie
Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya ini
ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini
berlansung dari 21 – 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah meninjau pandangan rakyat Sabah
dan Sarawak mengenai Malaysia, membuat syor – syor perlembagaan.
Selain itu, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak
ialah 1/3 menyokong kuat Malaysia, 1/3 menyokong dengan syarat dan 1/3 hendak
merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasanMalaysia dan mengesyorkan
syor – syor PerlembagaanMalaysia seperti iaitu nama persekutuan baru – Malaysian
dan Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia

c) Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )


JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang
diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah Jajahan
Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan Pengerusi,
wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah, dan Singapura.
d) Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu
memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak dan
kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawaktidak
mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara yang
terkandung dalam perkara 20.

e) Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum sebagai
satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat kepastian
pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara
keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat
Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan
pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana
yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan Malaysia,
Cuma pandangan dan pendiraian mereka juga diambil kira.dalam pungutan suara ini
rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :
Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang telah
ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas
Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397
626 undi ).
Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan
Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu lain di dalam Persekutuan
Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 9442 undi ).
Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang
hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo dengan penyertaan
ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144 077 undi ).

f) Pengisytiharan Malaysia.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia.
Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah
Melayu. Rundingan ini diadakan pada bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri
Luar Negara Indonesia di Tokyo dan bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden
Surkarno dan Presiden Macapagal di Manila.
Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan
diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada
tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun 1958.
Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa
Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam
Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan .
Pemimpin ketiga – tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –
bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan
Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang
diketuai oleh Lawrence MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5
September 1963. Antara isi laporannya ialah kebanyakan penduduk Sabah dan
Sarawak bersetuju menyertai Persekutuaan Malaysia.
4. Peranan Pelajar mengamalkan Semangat 1 Malaysia

a) Perpaduan
Para pelajar harus memupuk semangat perpaduan dari kecil lagi. Para pelajar harus
mengikiskan perasaan rasis dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Mereka harus
mempergiatkan aktiviti yang membantu perpaduan negara.

b) Jati diri
Para pelajar harus membekalkan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan
dan kemahiran . Selain itu mereka juga membina peribadi yang mementingkan nilai-
nilai moral dan kerohanian.

c) Menghormati pemimpin
Para pelajar harus menyahut saranan pemimpin-pemimpin negara. Semua dasar
yang dilancarkan oleh kerajaan harus diambil berat oleh para pelajar demi kebaikan
mereka. Mereka harus menilai kepentingan dasar-dasar kerajaan agar dapat
memahami kepentingannya.

d) Melibatkan diri
Para pelajar harus rajin melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti berkonsepkan 1
Malaysia untuk mengetahui apakah rancangan kerajaan terhadap rakyat.
Penglibataan pelajar akan membuka minda mereka betapa pentingnya konsep 1
Malaysia di negara kita.

5. Kejayaan Malaysia Sehingga Kini


Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai kejayaan
luarbiasa dalam pelbagai bidang. Bidang yang dikecapi termasuklah perusahaan
automobil, seni bina, pengangkutan, pendidikan dan politik.

a) Politik
Sebagai sebuah negara demokrasi, negera kita menjadi model kepada banyak
negara lain yang turut mengamalkan demokrasi. Kejayaan Malaysia dalam
menwujudkan sebuah kerajaan yang telus , adil dan berwawasan telah menjadi
contok kepada banyak negara lain. Negara kita berjaya mengatasi sebarang
masalah domestik dengan cara demokrasi dan prinsip keadilan sosial. Segala
urusan dan masalah ditangani dengan berlandaskan perlembangaan. Hal ini telah
mewujudkan negara kita sebagai sebuah negara yang selamat, stabil tanpa
sebarang konflik.

Ekonomi
a) Industri Automobil
Tidak dapat dinafikan perusahaan automobil merupakan mercu kecemerlangan
dalam mencapai kejayaan Malaysia. Di Malaysia terdapat dua buiah syarikat yang
menghasilkan kereta nasional iaitu PROTON dan PERODUA. Syarikat PROTON
berjaya mengeluarkan kereta Proton Saga pertama di Malaysia pada tahun 1985.
Kejayaan ini telah menandakan bahawa Malaysia berupaya mengeluarkan kereta
sendiri setanding dengan kereta asing. Melalui PERODUA pula, kereta yang
dihasilkan termasuklah Kancil, Kenari, Kelisa, Myvi, Viva dan lain-lain

b) Senibina
Pembinaan Menara KL dan Menara Berkembar PETRONAS merupakan bangunan
mercu tandan kemajuan negara di Malaysia. Kedua-dua bangunan tersebut terletak
di Kuala Lumpur, Menara Kuala Lumpur mempunyai bentuk tirus dan ketinggiannya
ialah 421 meter.Reka bentuk menara ini banyak dipengaruhi senibina Islam dan
berfungsi sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat komunikasi.
Menara Berkembar Petronas pula mempunyai ketinggian 452 meter, mempunyai
cirri-ciri keselamatan unik untuk bertahan jika berlaku gempa bumi dan akan
condong mengikut tiupan angin kencang sehingga 1,5m. Menara ini telah menjadi
destinasi pelancongan.

c) Astronomi
Malaysia juga melangkah ke era teknologi angkasa lepas apabila kita berjaya
mnelancarkan dua satelit iaiatu MEASAT I DAN MEASAT II . Malaysia juga
melancarkan mikrosatelit yang pertama, TIUNG SAT ke angkasa lepas. Kemudian
program menghantar angkasawan negara , Dr Sheikh Musazapharke angkasa lepas
bersama angkasawan Amerika dan Russia melalui program usaha sama.
d) Pengangkutan
Di Malaysia terdapat system pengangkutan yang terkenal seperti Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , Sistem Transit Ringan (LRT) , KTM, PUTRA,
monorail, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) . Selain itu,perkembangan teknologi
dan sifat kreativiti pakar-pakat kejuruteraan negara telah membuahkan idea untuk
membina Terowong SMART yang berfungsi sebagai jalan raya bertingkat danb juga
sebagai lencongan air semasa banjir di Kuala Lumpur. Terowong ini merupakan
lencongan air terpanjang di Asia Tenggara sepanjang 9.7 km. Terowong ini telah
menyelesaikan masalah banjir di Kuala Lumpur.

e) Malaysia juga diiktiraf sebagai negara yang berdaulat kerana Malaysia menjadi
ahli dalam banyak pertubuhan dunia seperti OIC, PBB, NAM, Komanwel dan
ASEAN. Malaysia terlibat aktif dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh
pertubuhan-pertubuhan ini. Misalnya Malaysia pernah membantu askar pengaman
PBB di Somali dan Bosnia. Malaysia juga memainkan peranan penting dalam
ekonomi serantau di ASEAN.

6. Cabaran Menjamin Kedaulatan Negara dab Bangsa Malaysia

a) Kemasukan tenaga buruh asing


Kemasukan buruh asing tanpa kawalan telah menjejaskan peluang pekerjaan. Di
samping itu, mereka tidak mahir dan tidak mampu untuk melahirkan idea baru dalam
sektor perindustrian. Kemasukan imigran tanpa kawalan juga telah mengakibat
pelbagai isu sosial seperti jenayah.

b) Gejala sosial
Keruntuhan akhlak anak muda di negara kita juga semakin runcing. Ledakan
informasi melalui internet juga mempengaruhi anak-anak supaya cenderung ke
budaya hedonisme dan alpa dengan budaya ketimuran kita. Masalah penagihan
dadah, pembuangan bayi, jenayah ragut adalah antara bukti keruntuhan nilai moral
dalam kalangan anak muda. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan berita anak-
anak muda meninggal dunia akibat menagih dadah semasa menyaksikan konsert
muzik Barat. Hal ini menunjukkan segelintir remaja masih kini sudaj mula rosak
akhlak dan moral mereka
c) Ancaman anasir subversif
Ada golongan tertentu yang sengaja ingin menjatuhkan kerajaan untuk mencapai
motif mereka yang tersendiri. Melalui media elektronik , golongan ini mempengaruhi
rakyat untuk menjatukan kerajaan. Demonstrasi jalanan dianjurkan bagi mengugat
keamanan negara. Pelbagai propaganda disebarkan untuk menanamkan perasaan
benci terhadap kerajaan.

d) Pemcerobohan sempadan
Sempadan negara kerap dicerobohi oleh pendatang asing. Kadang-kadang
pencerobohan ini mengancam keselamtan negara. Misalnya, baru-baru ini, terdapat
sekumpulan askar militan dari Kepulauan Sulu telah menceroboh Lahad Datu,
Sabah. Askar negara kita terpaksa berperang dengan mereka untuk mengekalkan
kedaulatan negera kita.

7. Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran

a) Perkembangan ICT
Masyarakat negara kita harus didedahkan kepada kemajuan ICT. Hal ini penting
kerana tanpa penguasaan kemahiran ICT, kita tidak mampu bersaing dengan
masyarakat lain yang celik ICT

b) Mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing.


Kita harus mengurangkan pekerja asing separuh mahir dan tidak mahir. Orang
tempatan harus diberi pendidikan dan latihan yang sewajarnya supaya mereka boleh
member idea yang kreatif untuk menghasilkan ciptaan baru.

c) Menubuhkan lebih banyak institusi pendidikan tinggi


Kerajaan harus menubuhkan lebih banyak pusat-pusat pendidikan tinggi yang
berkualiti tinggi. Dengan ini para graduan kita dapat bersaing minda dengan
masyarakat lain. Prasarana di universiti tempatan juga harus ditingkatkan untuk
member lebih pendidikan berkualiti.
d) Kestabilan politik
Kita harus sentiasa memelihara kestabilan politik supaya negara boleh bertambah
maju dalam bidang sains dan teknologi. Anasir-anasir jahat yang cuba mengganggu
negara haruslah dibanteras segera. Penguatkuasaan undang-undang harus lebih
mantap agar tidak ada kumpulan yang berbeza idealogi mempengaruhi rakyat.

e) Mematuhi undang-undang
Rakyat harus mematuhi undang-undang negara dan jangan mudah terpengaruh
dengan propaganda kumpulan-kumpulan yang ingin menjatuhkan negara. Segala
masalah yang timbul harus diselesaikan dengan melalui saluran yang sah dan
bukannya dengan menentang proses pentadbiran yang sedia ada.

7. Penerapan nilai-nilai murni daripada pembentukan Malaysia.

a) Negara kita harus mempunyai pemimpin yang berkaliber seperti Tunku Abdul
Rahman. Bukan sahaja pemimpin yang berpengetahuan dan adil , malah harus
perpandangan jauh untuk membentuk sebuah negara yang unggul.

b) Sebagai individu yang patriotik dan bertanggungjawab, kita harus bekerjasama


untuk memajukan negara. Semua kemahiran dan pengetahuan yang kita timba
harus dikongsi bersama untuk kemajuan negara kita bak kata pepatah bulat air
kerana pembetung,bulat manusia kerana muafakat. Anggota masyarakat yang
bekerjasama demi kemajuan negara sangat penting untuk mengangkat prestij
sebuah negara di persada antarabangsa.

c) Kita boleh belajar cara untuk kerjasama dengan pakar-pakar dari luar negara bagi
mengatasi kelemahan kita, Kita tidak harus bersikap sombong malah harus
menerima kelemahan kita dan berusaha untuk mencari idea untuk membaiki
kelemahkan kita. Kerjasama dengan pihak luar ke arah pembangunan minda dan
fizikal mampu melahirkan modal insan yang innovatif dan kreatif bagi menghasilkan
ciptaan, produklatau sistem yang memajukan masyarakat kita.
d) Kita harus bersikap positif menerima idea daripada luar. Perkara yang berfaedah
boleh kita terima dan kita harus bersikap optimis kerana bukan semua perkara dari
luar negara mempunyai cirri-ciri negatif, bak kata pepatah buang yang keruh ambil
yang jernih. Selain itu kita harus berani untuk menyahut cabaran baru yang berasal
dari luar negara. Pengenalan teknologi baru harus diterima secara terbuka supaya
kita tidak terpinggir daripada arus pemodenen dunia. Seterusnya kita harus sentiasa
yakin diri yang kita adalah satu bangsa Malaysia yang mampu bersaing dengan
masyarakat lain

e) Kita harus menghormati semua bangsa di negara kita sama ada bangsa majoriti
atau minoriti kita harus bertolak ansur dan menyelesaikan segala maslah yang
timbul dengan cara rundingan.

8. Rumusan
Penubuhan Malaysia ialah satu cadangan yang sangat matang dari Tunku Abdul
Rahman , Perdana Menteri kita pada masa itu. Idea beliau telah menjadi kenyataan
dan kini Malaysia ialah subuah negara yang terkenal di seluruh dunia. Walaupun
mengalami pelbagai cabaran daklam pembentukan Malaysia, namun tekad usaha
pemimpin dan kerjasama rakyat telah membawa kepada pembentukan Malaysia .
Kita sebagai waris negara ini harus memikul tanggungjawab untuk mengekalkan
kedaulatan negara kita daripada sebarang unsur jahat.

You might also like