You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT DIALOG PRESTASI

SK ULU SATAP SUBIS


BIL.01/2021

Tarikh : 19.04.2021 (Isnin)


Masa : 2:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SKUS

Kehadiran;

1. En. Mujah@Tumbin anak Enjawan Guru Besar SK Ulu Satap


2. En. Andrewson Jeluying anak Tawi Penolong Kanan Pentadbiran
3. Pn. Jelia anak Kanang Penolong Kanan HEM
4. En. Mering Emang Penolong Kanan KK
5. Cik Sifati Nabilah binti Hj. Sulong@ Guru Akademik Biasa
Abdul Razak
6. Pn. Nasrah binti Husain Guru Akademik Biasa
7. Pn. Zaidah binti Jumat Guru Akademik Biasa
8. Cik Siaw Jun Ning Guru Akademik Biasa
9. Cik Elisa Chanda anak Mail Guru Akademik Biasa
10. En. Azrul Dzulkarnain bin Dolah@ Mereka Guru Akademik Biasa
11. Pn. Agnes Minit anak Kandau Pegawai Pengurusan Murid
12. Pn. Shirika anak Gilbert Rantai Pegawai Operasi

Tidak Hadir Bersebab;

1. Pn. Rezina anak Assan Pegawai Tadbir

Urus Setia;

1. Pn. Shirika anak Gilbert Rantai Pegawai Operasi

AGENDA:

1.0 KATA ALU-ALUAN


1.1 En. Mujah@ Tumbin anak Enjawan selaku pengerusi Dialog Prestasi (DP)
memberikan ucapan alu-aluan kepada semua guru dan Anggota Kumpulan
Pelaksana (AKP) yang hadir dalam Dialog Prestasi SK Ulu Satap, Subis yang
pertama pada tahun 2021.
Makluman

1.2 En. Tumbin meminta semua guru mematuhi arahan daripada PK Pentadbiran
kerana beliau sudah menyerahkan kuasa kepada PK Pentadbiran bagi
urusan pentadbiran dan pengurusan di SKUS kerana beliau sekarang sudah
bercuti sebelum bersara sehingga 30 April 2021.
Makluman
1.3 Pengerusi juga menyeru guru dan staf supaya bekerjasama dalam setiap
kerja bagi mewujudkan suasana pekerjaan yang kondusif dan ceria.
Makluman

2.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada

3.0 KLUSTER UTAMA DIALOG PRESTASI


3.1 Enrolmen Murid
En. Andrewson Jeluying meminta setiap guru kelas untuk menyenaraikan
senarai nama murid dalam setiap kelas dari prasekolah hingga tahun 6.
Berikut adalah analisis ringkas rekod kehadiran murid semenjak pembukaan
sekolah pada 01 Mac 2021 (prasekolah) dan 08 mac 2021 (murid tahun 1
dan 2) serta 15 Mac 2021 (murid tahun 3-6) sehingga 02.04.2021.

Bil Kelas Bilangan murid Peratus kehadiran bulanan Murid (%)


. (%) (01.03.2021-02.04.2021)
1. Prasekolah 11
2. Tahun 1 4
3. Tahun 2 8
4. Tahun 3 5
5. Tahun 4 11
6. Tahun 5 5
7. Tahun 6 6
Jumlah 50 Rujuk peratus kehadiran murid
dalam buku rekoh kehadiran murid.

Daripada rumusan kehadiran bulanan murid, terdapat seorang murid yang


sering tidak hadir ke sekolah iaitu Anatasha anak Nayun (Tahun 2). En.
Andrewson meminta cadangan dan intervensi bagi menangani masalan
ketidakhadiran Anatasha ini.
Makluman

3.2 Kemenjadian Murid


3.2.1 Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan PBD
Cik Sifati Nabilah menerangkan pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah
(PBD) bagi bulan Mac 2021 telah selesai dilaksanakan pada 31 Mac
2021. Beliau akan memuat data PBD tersebut dalam bentuk Google
Drive bagi rujukan semua guru perdana. En. Andrewson juga meminta
salinan pelaporan PBD bagi pertengahan tahun dan akhir tahun nanti.
Setakat ini, terdapat beberapa murid yang mencapai tahap
penguasaan minimum (TP1-TP2).

1. Nasha anak Gendang Tahun 1


2. Anatasha anak Nayun Tahun 2
3. Reneil Tahun 3
Makluman
En. Azrul Dzulkarnain selaku Penyelaras Intervensi dan Pemulihan
SKUS telah mengedarkan saringan literasi Bahasa Melayu kepada
guru mata pelajaran BM dan Matematik bagi menguji tahap
penguasaan murid-murid ini. Beliau akan membuat rumusan data
saringan dan membentangkan pada masa terdekat.

Tindakan; En. Azrul Dzulkarnain

1.1.1 Dual Language Programme (DLP) Sarawak


En. Mering Emang dan Cik Sifati Nabilah selaku guru mata pelajaran
DLP Sains dan Matematik membentangkan dapatan murid menguasai
tahap minimum bagi subjek DLP Sarawak tahun 1 dan tahun 2.

1. Nasha anak Tahun 1 Sains DLP &


Gendang Matematik DLP
2. Anatasha anak Tahun 2 Sains DLP &
Nayun Matematik DLP
Makluman

En. Andrewson meminta En. Mering Emang dan Cik Sifati Nabilah
untuk menyediakan program intervensi bagi murid berkenaan.
Formula PDCA (Plan, Do, Check, Action) dijadikan panduan bagi
program intervensi ini nanti.

Tindakan; En. Mering Emang & Cik Sifati Nabilah

1.1.2 Peperiksaan Awam – UPSR, SPM


En. Andrewson Jeluying memaklumkan bahawa pendaftaran bagi
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masih tidak dimaklumkan
lagi setakat ini. Hanya peperiksaan PT3 dan SPM didaftarkan melalui
borang manual.
Makluman

Manakala bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan


diteruskan bagi peringkat sekolah. Cadangan tarikh PPT adalah pada
17.05.2021-21.05.2021. semua guru diingatkan untuk menyediakan
set soalan peperiksaan selewat-lewatnya pada 07.05.2021 untuk
dicetak oleh PK Pentadbiran.
Tindakan; Semua Guru

1.1.3 PAJSK
En. Mering Emang memaklumkan bahawa pengisian data PAJSK
secara dalam talian masih belum dibuka sehingga sekarang.

Makluman

1.1.4 SEGAK
En. Andrewson juga membacakan ringkasan surat arahan
penangguhan pelaksanaan penilaian SEGAK. Penilaian hanya dibuat
sekali setahun iaitu, pada bulan Ogos 2021.

Makluman
1.1.5 Prasekolah
En. Andrewson Jeluying mengucapkan terima kasih kepada Pn.
Zaidah binti Jumat kerana telah menyediakan jadual waktu prasekolah
yang baharu. En. Andrewson menggesa Pn. Zaidah dan Pn. Agnes
supaya sentiasa mematuhi garis masa dalam jadual tersebut bagi
melancarkan proses PdP prasekolah. Contohnya, murid-murid perlu
diberikan sarapan dan makanan semasa rehat mengikut masa yang
ditetapkan. Beliau akan memantau pengurusan prasekolah pada
minggu hadapan.
Tindakan; Pn. Zaidah binti Jumat & Pn. Agnes Minit

3.3 Hal Ehwal Murid


Pn. Jelia anak Kanang mencadangkan pihak sekolah mengatur pertemuan
dengan ibu Anatasha. Tarikh perjumpaan ditetapkan pada 12.04.2021 (Isnin).
Tujuan perjumpaan ini adalah untuk pihak sekolah dan ibu Anatasha
bersama-sama mencari penyelesaian berkenaan isu yang dihadapi. Guru
besar, PK 1, PK HEM dan PK KK sahaja akan terlibat dalam perjumpaan ini
nanti. En. Azrul Dzulkarnain dijemput hadir selaku guru kelas tahun 2.

Tindakan; GB, PK1, PK HEM, PK KK

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Persaraan Guru Besar
Pn. Zaidah binti Jumat membentangkan perancangan majlis persaraan En.
Mujah@ Tumbin anak Enjawan pada bulan Mei nanti. Cadangan Tarikh
adalah pada 08.05.2021 (Sabtu). En. Tumbin memohon agar tarikh tersebut
dianjakkan lagi memandangkan bukan semua guru boleh menghadiri majlis
ini kerana masa jamuan tersebut adalah pada tempoh berbuka puasa waktu
malam.
Makluman

Cadangan tarikh baharu majlis persaraan pada 22.05.2021 (Sabtu). Masa


ditetakpkan bagi jamuan High Tea (pukul 1.oo petang-5.00 petang). Semua
guru dan AKP bersetuju dengan cadangan tersebut. En. Andrewson akan
menubuhkan jawatankuasa majlis persaraan bagi membantu Pn. Zaidah
mengurus dan melaksanakan majlis dengan lancar.

Tindakan; Semua Guru & AKP

5.0 PENUTUP
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan AKP yang hadir ke
Dialog Prestasi Bil.01/2021. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Dicadang oleh: En. Mering Emang


Disokong oleh: Pn. Nasrah binti Husain.

Disediakan oleh; Urus Setia


JK Dialog Prestasi Bil.01/2021
Sekolah Kebangsaan Ulu Satap, Subis
Tarikh: 26.04.2021

Disemak oleh; ………………………………………………


( ANDREWSON JELUYING ANAK TAWI )
Penolong kanan Pentadbiran
Sekolah Kebangsaan Ulu Satap, Subis
Tarikh: 26.04.2021

Diperakukan oleh; ………………………………………………


( MUJAH@ TUMBIN ANAK ENJAWAN )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Ulu Satap, Subis
Tarikh: 26.04.2021

You might also like