You are on page 1of 1

Pharmaniaga tutup kedai: Pengakhiran sebuah syarikat monopoli?

Pada bulan Ogos 2019 yang lalu, bekas Pegawai Kanan Program Perkhidmatan Farmaseutikal,
Dr. Salmah Bahri melahirkan rasa bimbangnya apabila kerajaan telah menangguhkan
keputusan mengenai logistik dan konsesi pengedaran bekalan perubatan yang boleh
mengakibatkan kekurangan ubat di hospital dan klinik awam. Bukan itu sahaja, penangguhan
keputusan konsesi juga boleh mengganggu perkhidmatan bekalan dan memberi kesan buruk
secara lamgsung kepada pesakit dan rakyat secara keseluruhan.

Pada minggu lepas, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata bahawa Putrajaya akan
mengakhiri konsesi syarikat Pharmaniaga sebagai pengedar ubat-ubatan dan bekalan perubatan
ke hospital awam. Beliau juga berkata kerajaan akan memperkenalkan sistem baharu, iaitu
sistem tender terbuka. Pharmaniaga, syarikat yang mempunyai konsesi tunggal untuk membeli,
menyimpan, membekal dan mengagihkan sekurang-kurangnya 700 jenis produk farmaseutikal
akan diberikan pelanjutan perkhidmatan sementara sehingga sistem tender terbuka berjaya
dilaksanakan. Ini adalah untuk memastikan bahawa bekalan perubatan dan perkhidmatan
kesihatan tidak terganggu sementara menunggu keputusan kerajaan mengenai mekanisme
pengurusan tender terbuka.

Pada tahun 2015, Pharmaniaga adalah pemegang konsesi tunggal di mana syarikat tersebut
membekalkan sebanyak 38.5% ubat bernilai RM2.3 bilion untuk semua hospital kerajaan,
klinik kerajaan dan juga institusi kementerian kesihatan yang lain. Seksyen 10(1) Akta
Persaingan 2010 mengatakan bahawa:-

“An enterprise is prohibited from engaging, whether independently or collectively, in any


conduct which amounts to an abuse of a dominant position in any market for goods or
services.”

Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib
merupakan antara yang menyeru rombakan sistem pengambilan ubat untuk sektor awam bagi
mengelakkan monopolisasi oleh mana-mana syarikat besar. Walaubagaimanapun,
Kementerian telah berulang kali menafikan dakwaan bahawa Pharmaniaga mempunyai
monopoli dalam industri pembekalan ubat-ubatan di Malaysia.

Oleh itu, apa pendapat anda mengenai sistem tender terbuka yang akan diperkenalkan oleh
kementerian tidak lama lagi? Adakah ini cara terbaik untuk mengelakkan daripada dominant
abuse of power dan pasaran monopoli berleluasa di Malaysia? Dan juga, adakah “bid rigging”
akan terjadi apabila tender terbuka digunapakai oleh kementerian?

You might also like