You are on page 1of 2

TARIKH PELAKSANAAN

3 & 4 OGOS 2021

NAMA: __________________________________ KELAS :___________________

TAJUK: TENAGA

S.P.: 7.1.1 Menyatakan maksud tenaga.


7.1.2 Memerihalkan pelbagai sumber tenaga melalui pemerhatian
menerusi pelbagai media.
PBD: TP3
Arahan:
1. Murid – murid sila rujuk Buku Teks Sains Tahun 4 mukasurat 124 dan 125.
2. Murid diminta menyalin nota berkenaan maksud tenaga dan sumber
tenaga di dalam buku nota sains
3. *PERINGATAN* : gambar WAJIB dilukis
4. Murid boleh rujuk Rumusan Nota di bawah sebagai nota tambahan

1. Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan kerja.


2. Tenaga dapat diperoleh daripada pelbagai sumber.
3. Sumber-sumber tenaga:
1. Matahari merupakan sumber tenaga yang paling utama. Tenaga
matahari boleh digunakan untuk menjanakan elektrik melalui panel
suria.
2. Air yang mengalir menggerakkan turbin di dalam empangan untuk
menjanakan elektrik.
3. Biojisim ialah bahan daripada tumbuh-tumbuhan (kayu api dan sisa
tanaman) atau tinja haiwan yang digunakan untuk menghasilkan
bahan api dan menjanakan elektrik.
4. Angin yang bertiup menggerakkan kincir angin untuk menjanakan
elektrik.
5. Bahan nuklear seperti uranium digunakan untuk menjanakan
elektrik di stesen janakuasa nuklear.
6. Bahan api fosil seperti petroleum, gas asli dan arang batu dibakar
untuk menjanakan elektrik.
7. Ombak menggerakkan turbin di dalam laut untuk menjanakan
elektrik.
8. Geoterma juga merupakan sumber tenaga yang diperoleh
daripada haba batuan panas di bawah permukaan bumi untuk
menjanakan elektrik.

LATIHAN PENGUKUHAN

You might also like