You are on page 1of 1

Krisis 

air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak
tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh 
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menunjukkan situasi sumber air mentah 
ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan
dan pencemaran air.

Antara faktor krisis air ialah pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik. Sampah
sarap dibuang dan bahan kimia dilepaskan ke sungai-sungai. Kesannya, sumber air
seperti sungai akan menjadi kotor. Maka, air kotor tersebut perlu dirawat dan proses
merawat air pula mengambil masa yang sangat lama. Oleh itu, krisis air wujud kerana
kekurangan sumber air bersih yang boleh digunakan.

Faktor seterusnya ialah penebangan hutan.Penebangan hutan akan menyebabkan


kekurangan pokok-pokok yang mencengkam tanah dan berfungsi sebagai kawasan
tadahan air hujan. Oleh itu, apabila kekurangan hutan, sumber air akan berkurangan
kerana tanpa pokok-pokok, sebahagian lembapan di udara akan kekal di tempatnya
sehingga proses hujan berlaku. Maka, krisis air akan wujud akibat kekurangan sumber
air yang boleh digunakan.

Faktor iklim juga menyebabkan berlakunya krisis air. Apabila terdapat cuaca panas
yang berpanjangan atau semasa musim kemarau, jumlah air yang boleh digunakan
berkurang. Hal ini demikian kerana, rumah pam loji air mentah tidak dapat
menampung keperluan air bersih akibat paras sungai yang semakin rendah semasa
musim panas. Kesannya, krisis air berlaku kerana keperluan air yang boleh digunakan
tidak mencukupi.

Langkah penyelesaian perlu diambil bagi mengatasi masalah krisis air. Antara
langkahnya ialah masyarakat Malaysia harus bekerjasama dengan pihak kerajaan
terutamanya dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya
program pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan dengan sempurna. Ahli
masyarakat perlulah mengikut sistem pembuangan sisa yang sistematik agar krisis air
dapat diatasi dan keselesaan hidup masyarakat terjamin.

Langkah penyelesaian seterusnya ialah kawalan penebangan hutan oleh kerajaan.


Pihak kerajaan harus memastikan penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan
lebih kurang 10 kilometer dari kawasan tadahan hujan. Perkara ini penting bagi
menjaga kawasan tadahan air daripada musnah. Kawasan ini penting bagi
membekalkan air bersih kepada kawasan empangan sebelum disalurkan ke rumah
kediaman dan premis. Kesannya, krisis air akan dapat diatasi dan masyarakat dapat
hidup dengan selesa.

Kesimpulannya, krisis air akan menjejaskan keselesaan hidup masyarakat. Semua


orang semestinya berganding bahu supaya dapat mengatasi masalah krisis air.

You might also like