You are on page 1of 1

Banjir kilat 

merupakan atu fenomena banjir yang berlaku dalam tempoh yang


singkat. Akibat curahan hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat
terutamanya di kawasan yang tertutup dengan bitumen atau asphalt seperti di kawasan
bandar.  Terdapat faktor-faktor yang mempengaruhi fenomena ini dan seterusnya
membawa kesan kepada masyarakat di kawasan bandar.

Faktor pertama yang menyebabkan berlakunya banjir kilat ialah pengurusan


perparitan yang tidak cekap di kawasan bandar. Di kawasan bandar tertentu,
pengurusan perparitan adalah  tidak berkesan. Bilangan parit adalah sedikit, sempit
dan pendek. oleh sebab itu,  air tidak dapat disalur keluar dengan berkesan. Parit yang
sempit juga mudah tersumbat. Sebagai akibatnya, apabila hujan lebat, air hujan tidak
dapat disalur keluar dengan cepat dan hal ini menyebabkan banjir.

Seterusnya, faktor banjir kilat adalah kecetekan sungai yang disebabkan oleh
pembuangan sampah sarap. Aktiviti masyarakat bandar yang suka membuang
sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai akan menyebabkan sungai
menjadi cetek dan pengaliran air tersekat.Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah
menjadi cetek akibat pencemaran tidak dapat menampung atau mengalirkan air hujan
yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir
akan berlaku.

Jumlah hujan lebat yang banyak dan kerap juga merupakan faktor berlakunya banjir
kilat di kawasan bandar. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan
menyebabkan banjir berlaku. Apabila hujan lebat turun di kawasan rendah, air hujan
akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga
menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. Maka,banjir akan berlaku.

Kesan banjir kilat kepada masyarakat bandar ialah merosakkan harta benda. Banjir
dapat melenyapkan harta benda seseorang itu dengan sekaligus. Sebagai contoh,
masyarakat bandar akan kehilangan tempat tinggal, harta-benda dan tempat
bergantung. Kesannya, masyarakat terpaksa hidup dalam keadaan kesukaran akibat
kehilangan harta benda yang penting seperti rumah dan tempat perniagaan.

Selain itu, kesan banjir kilat terhadap masyarakat bandar ialah pencemaran sampah
sarap dan bau. Selepas banjir kilat berlaku, air yang melimpah keluar akan
mengalirkan sampah sarap yang termendap ke atas tanah. Maka, bau yang busuk akan
keluar . Hal ini demikian menyebabkan masyarakat di bandar hidup dalam keadaan
yang tidak selesa akibat pencemaran bau yang berlaku. 

Kesimpulannya, kesan daripada kejadian banjir kilat sememangnya membawa


kemusnahan dan kerugian yang besar kepada masyarakat di bandar. Oleh sebab itu,
kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjamin kualiti hidup yang baik.

You might also like