Professional Documents
Culture Documents
Krisis Air
Krisis Air
air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejak
tahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menunjukkan situasi sumber air mentah
ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan
dan pencemaran air.
Antara faktor krisis air ialah pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik. Sampah
sarap dibuang dan bahan kimia dilepaskan ke sungai-sungai. Kesannya, sumber air
seperti sungai akan menjadi kotor. Maka, air kotor tersebut perlu dirawat dan proses
merawat air pula mengambil masa yang sangat lama. Oleh itu, krisis air wujud kerana
kekurangan sumber air bersih yang boleh digunakan.
Faktor iklim juga menyebabkan berlakunya krisis air. Apabila terdapat cuaca panas
yang berpanjangan atau semasa musim kemarau, jumlah air yang boleh digunakan
berkurang. Hal ini demikian kerana, rumah pam loji air mentah tidak dapat
menampung keperluan air bersih akibat paras sungai yang semakin rendah semasa
musim panas. Kesannya, krisis air berlaku kerana keperluan air yang boleh digunakan
tidak mencukupi.
Langkah penyelesaian perlu diambil bagi mengatasi masalah krisis air. Antara
langkahnya ialah masyarakat Malaysia harus bekerjasama dengan pihak kerajaan
terutamanya dari segi sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya
program pemulihan dan pengurusan sungai dapat dilakukan dengan sempurna. Ahli
masyarakat perlulah mengikut sistem pembuangan sisa yang sistematik agar krisis air
dapat diatasi dan keselesaan hidup masyarakat terjamin.