You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 23,

26400 BANDAR JENGKA,


PAHANG
TEL : 09-4851741 FAKS: 09-4851296

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada 01 DISEMBER 2020 Antara Kerajaan Malaysia,yang bagi maksud
Perjanjian ini diwakili oleh SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 23 (kemudian dari ini disebut
“kerajaan”), bagi pihak yan pertama; dengan HALIZA BINTI ABU BAKAR (No.Syarikat: AS0359526
V ) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan mempunyai alamat
berdaftar di NO 222, BLOK 4/2, JENGKA 23, 26400 BANDAR JENGKA, PAHANG DARUL MAKMUR
(kemudian dari ini disebut “Pengusaha Kantin”) sebagai pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA-

A. Kerajaan dan Pengusaha Kantin telah menandatangani Perjanjian bertarikh 01 DISEMBER


2018 bagi Pengusaha Kantin berniaga bahan-bahan makanan dan minuman di premis yang
disediakan oleh SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA JENGKA 23 (kemudian dari ini disebut
“Perjanjian Ibu”); dan
B. Kerajaan dan Pengusaha Kantin bersetuju untuk melanjutkan tempoh Perjanian ibu atas
terma dan syarat Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Tempoh Perjanjian dilanjutkan selama dua belas (12) bulan bermula pada hari selepas Tarikh
Tamat Perjanjian yang diperuntukkan dalam Fasal 3.1 Perjanjian ibu,iaitu dari 01 DISEMBER
2020 Hingga 30 NOVEMBER 2021 kemudian dari ini disebut “Tarikh Tamat Tempoh
Lanjutan”).
2. Semua terma dan syarat Perjanjian ibu adalah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian
ibu,iaitu peruntukan mengenai perlanjutan tempoh Perjanjian.
3. Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dengan, dan menjadi sebahagian daripada,
Perjanjian ibu.
4. Jika kesemua atau mana-mana Bahagian daripada deposit sewa di Fasal 6.1 dan deposit
bayaran elektrik dan air di Fasal 7.2 Perjanjian ibu tekah digunakan dalam tempoh kuat
kuasa Perjanjian ibu,maka Pengusaha Kantin hendaklah mengemukakan baki deposit supaya
amaun deposit adalah seperti yang ditetapkan di Fasal 6.1 dan Fasal 7.2 Perjanjian ibu dalam
tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas tarikh Perjanjian ini berkuat kuasa.Kegagalan
berbuat demikian adalah dianggap sebagai suatu pecah kontrak dan Kerajaan berhak
menamatkan Perjanjian ini di bawah Fasal 17 Perjanjian ibu.
5. Perjanjian ini hendaklah ditafsir menurut,dan dikawal pleh,undang-undang Malaysia dan
kedua-dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa mahkamah
Malaysia.
PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas,kedua-dua pihak yang diberi kuasa
untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang mula-mula disebut di
atas.

Ditandatangani oleh : Ditandatangani oleh :

……………………………………………….. ………………………………………………………

Nama : Nama : HALIZA BINTI ABU BAKAR

Jawatan : Jawatan :PENGUSAHA KANTIN

bagi pihak Kerajaan Malaysia bagi pihak HALIZA BINTI ABU BAKAR

(nama syarikat )

di hadapan : di hadapan :

……………………………………………….. ………………………………………………….

You might also like