You are on page 1of 33

Pengurusan Institusi Islam

Pengenalan

 Dalam bab ini, ia akan menerangkan tentang


pengurusan institusi dari sudut konsep dan
amalannya
 Namun ia akan lebih menjurus kepada institusi
dakwah kerana dimensi dakwah perlu ada dalam
amalan pengurusan institusi yang berteraskan Islam
Pengurusan Institusi Islam/Dakwah

 Dalam kamus Dewan, institusi difahami sebagai


sebuah badan yang diistilahkan untuk melaksanakan
tugas-tugas tertentu
 Untuk itu, sesebuah institusi Islam/dakwah
merupakan badan yang ditubuhkan untuk
melaksanakan tugas-tugas dakwah iaitu sebuah
institusi yang berusaha untuk membawa setiap orang
kepada agama Islam supaya dapat mengikut petunjuk
Allah serta dapat menunaikan ketentuanNya di dunia
 Perlaksanaan tugas ini melibatkan proses mendapat dan
mencantumkan sumber kewangan, modal, tenaga manusia
dan sebagainya untuk mencapat matlamat institusi yang
bermatlamatkan perkhidmatan
 Dalam usaha untuk mencapai matlamat yang telah
digariskan semua institusi dakwah perlu mempunyai
matlamat yang jelas dalam melaksanakan amalan
pengurusan yang baik dan efektif
 Matlamat sesebuah institusi Islam perlu jelas supaya ia
dapat difahami oleh semua yang terlibat dalam organisasi
yang membolehkan mereka percaya bahawa matlamat
tersebut mampu dihasilkan
Matlamat Institusi Islam

 Kita telah memahami bahawa institusi Islam perlu


melaksanakan peranan dakwah dengan menggunakan
sumber-sumber yang ada dalam institusi tersebut bagi
mencapai matlamatnya
 Untuk itu, secara umumnya matlamat pengurusan
sesebuah institusi Islam perlulah melibatkan perkara-
perkara tertentu
 Menurut Dr Ali Abd Halim Mahmud dalam karangannya
Fiqh al-Dakwah ila Allah menggariskan beberapa perkara
iaitu:
1. Memberi Kesedaran kepada Masyarakat Mematuhi Syariat Allah
2. Mengajak Masyarakat Saling Berkenalan (Ta’aruf)
3. Membuat Perubahan kepada Persekitaran
4. Memberikan Pendidikan kepada Individu Muslim
5. Memperlengkapkan Rumah Masyarakat Islam
6. Membangunkan Masyarakat Islam
7. Melakukan Usaha untuk Mewujudkan pemerintahan umat Islam
8. Membebaskan Negara Islam dari Sebarang Penjajahan
9. Mewujudkan Penyatuan di kalangan Negara-Negara Islam
10. Menyebar dan Meluaskan Penyampaian Dakwah
1) Memberi Kesedaran kepada
Masyarakat Mematuhi Syariat Allah

 Ia akan dicapai melalui usaha-usaha pengurusan,


penerangan, penjelasan dan pengalaman agar mereka
benar-benar memahami agama Allah dan syariat yang
dibawa oleh Rasulullah SAW di samping berusaha
menghindarkan diri daripada ancaman dan pengaruh
taghut
2) Mengajak Masyarakat Saling
Berkenalan (Ta’aruf)

 Dalam hal ini, institusi Islam perlu memberi


kefahaman tentang matlamat besar ini kerana
keperluannya dalam kehidupan di dunia
 Sesungguhnya suasana ta’ruf akan menghasilkan
amalan tolong-menolong, persaudaraan. Kasih sayang
kerana Allah dan kekuatan menghadapi ancaman
3) Membuat Perubahan kepada
Persekitaran

 Persekitaran ini perlu dielakkan dengan suasana


persekitaran Islam sebenar yang boleh mendekatkan
dan memberangsangkan kepada manusia tentang
kebaikan dan petunjuk Allah serta menyeru kepada
kebaikan dan melarang kemungkaran serta mencari
kebahagiaan di dunia dan diakhirat
4) Memberikan Pendidikan kepada
Individu Muslim

 Memberi pendidikan kepada individu muslim dengan


ajaran Islam yang betul merangkumi kepakaran diri
yang melibatkan pendidikan roh, akal, jasmani, akhlak
dan kemasyarakatan
 Menerusi akhlak ini ia mampu melahirkan seorang
yang berpersonaliti mulia seperti amanah, tawakal,
berani dan sabar
5) Memperlengkapkan Rumah
Masyarakat Islam

 Memperlengkapkan rumah masyarakat Islam dan


mendidik semua individunya bertepatan dengan
manhaj dan peraturan Islam yang membolehkan
kanak-kanak Islam membesar dalam suasana
keislaman dan persekitaran rumah yang dinaungi oleh
roh dan adab-adab Islam
 Di dalam Islam (syariah Islamiah) setiap ibu bapa
berkewajipan untuk membentuk, mendidik dan
membimbing anak mereka
6) Membangunkan Masyarakat Islam

 Membangunkan masyarakat Islam dengan nilai, peraturan


dan akhlak Islam hingga sampai ke tahap di mana semua
badan, organisasi atau institusi Islam dinaungi oleh adab
dan peraturan Islam
 Sudah menjadi tradisi bahawa sifat dan fitrah manusia yang
ingin memajukan, membangunkan dan bertamadun dalam
segenap aspek kehidupan
 Apa yang perlu dibuat dalam masyarakat yang mempunyai
ciri-ciri ini ialah kemampuannya untuk membiasakan para
anggotanya berfungsi dengan al-amr bi makruf wa nahy al-
mungkar dan al-adl bi al-ihsan
7) Melakukan Usaha untuk
Mewujudkan pemerintahan umat
Islam pemerintahan umat
 Melakukan usaha untuk mewujudkan
Islam yang melaksanakan syariat Allah terhadap manusia
yang memiliki ciri-ciri keislaman seperti mana yang telah
dilakukan oleh Rasulullah SAW yang telah membentuk
Negara Islam pertama dan telah meletakkan dasar politik
bagi perundangan Islam yang komprehensif
8) Membebaskan Negara Islam dari
Sebarang Penjajahan

 Membebaskan Negara Islam dari sebarang penjajahan dan


penguasaan serta kecenderungan terhadap aliran
pemikiran Negara-negara bukan Islam
 Matlamat ini mampu dicapai dengan berusaha secara
bersungguh-sungguh melalui pelbagai cara yang
diharuskan oleh syarak
 Ini jelas kerana terdapat berbagai-bagai gerakan seperti
Qadiani di India dan Babiyah di Iran yang bertujuan untuk
menggugat masyarakat Islam melalui pengaruh masing-
masing disamping melemahkan semangat jihad dikalangan
umat Islam untuk menentang penjajahan dan pemikiran
Barat
9) Mewujudkan Penyatuan di
kalangan Negara-Negara Islam

 Mewujudkan penyatuan di kalangan Negara-Negara


Islam bersatu dari segi pemikiran dan budaya, tujuan
dan penyatuan ekonomi melalui amalan perkongsian
seterusnya penyatuan politik
 Ia penting bagi memenuhi aspirasi tujuan
pemerintahan yang ditegakkan bagi menggerakkan
jemaah kearah memenuhi ruang lingkup perjuangan
para anbiya yang menyentuh penubuhan Negara
Islam serta mengurus urusan dunia secara Islam
10) Menyebar dan Meluaskan
Penyampaian Dakwah

 Menyebar dan meluaskan penyampaian dakwah


kebenaran di seluruh dunia di timur dan barat di
Negara umat Islam dan sebaliknya kerana Islam
adalah agama untuk semua umat manusia
 Ini disebabkan dakwah Islamiah yang dijalankan
hendaklah dilakukan dalam erti kata sejagat
(universal) yang mana ia tidak boleh dilakukan
dengan menilai dari segi bangsa, warna, kulit,
komuniti dan agama asal mereka
 Secara amnya, matlamat yang telah dinyatakan merupakan
matlamat yang menyeluruh tanpa difokuskan kepada
institusi Islam secara khusus
 Untuk itu apa yang difahami perlunya setiap institusi Islam
meletakkan matlamat yang jelas dan mampu dicapai oleh
institusi berkenaan
 Matlamat yang ingin dicapai perlu bertepatan dengan
fokus gerak kerja sebuah institusi dakwah seperti
matlamat yang memberikan tumpuan kepada pendidikan,
kebajikan, kemasyarakatan, sosial, keagamaan dan
sebagainya
Amalan Pengurusan Islam

Perlaksanaan amalan pengurusan yang baik dan


berkesan merupakan satu keperluan bagi semua
institusi bagi membolehkannya bergetak teratur dan
mencapai matlamat yang digariskan
Dalam konteks institusi dakwah amalan pengurusan
perlu dilaksanakan dengan lebih teliti dan berhati-hati
kerana semua matlamat institusi dakwah sebagaimana
yang telah dinyatakan dikaitkan dengan usaha untuk
memperbaiki manusia
 Matlamat untuk memperbaiki manusia yang ingin
dicapai oleh sesebuah institusi Islam memerlukan satu
usaha bersepadu yang melibatkan:
 Pengurusan Kewangan
 Pengurusan Harta Modal
 Pengurusan Sumber Manusia
 Pengurusan Program Dakwah
Pengurusan Kewangan
 Menurut Rahim Abdullah dalam bukunya Asas Pengurusan,
pengurusan kewangan adalah aliran dana syarikat serta
merancang dana, mengawal dana ini untuk kegunaan semasa
dan masa hadapan
 Pengurusan kewangan merupakan satu proses bagaimana
sesebuah organisasi atau institusi menggunakan serta
membelanjakan tabung kewangan yang ada bagi mengurus
pengagihan kewangan untuk mencapai kehendak dan
objektif seperti mana yang telah ditetapkan
 Untuk itu, maka pengendalian wang perlu melibatkan
perancangan dan pengawalan yang dilakukan dengan penuh
berhati-hati,cermat, cekap dan teliti supaya wang yang ada
dapat dibelanjakan dengan baik dan sistematik
 Dalam sesebuah institusi, pengurusan kewangan merupakan
satu aspek pengurusan yang terpenting bertujuan untuk
melicinkan pentadbiran dan memperlihatkan kecekapan
serta keberkesanan wang yang dibelanjakan
 Setiap organisasi atau institusi perlu mewujudkan sumber
kewangan yang boleh membiayai aktiviti-aktivitinya kerana
keupayaan organisasi merancang sesuatu program akan
dipengaruhi oleh kedudukan kewangannya
 Selain itu, pengurusan kewangan bertujuan untuk
mengawal kewangan dari disalahgunakan atau
diselewengkan dan dalam masa yang sama dapat
mengelakkan peruntukan kewangan yang dibelanjakan
menjadi membazir dan sia-sia
 Tanpa pengurusan kewangan yang kukuh, institusi
berkenaan tidak mempunyai maruah, tidak dapat bergerak
dan tidak mempunyai kepentingan
 Bagi melicinkan perjalanan operasi dan pengurusan setiap
organisasi ia perlu mempunyai belanjawan yang perlu
disediakan bagi setiap program yang telah dirancang untuk
dilaksanakan
 Dalam konteks pengurusan kewangan institusi dakwah ia
perlu diuruskan dengan baik dan berkesan agar
berkeyakinan dan kepercayaan masyarakat umat Islam
terhadap institusi dakwah tidak hilang
 Selain itu, institusi dakwah bolehlah dikategorikan sebagai
pengurusan kewangan awam kerana perlaksanaanya
bukan bertujuan untuk mengaut keuntungan
Pengurusan Harta Modal
 Pengurusan harta modal yang melibatkan bangunan,
kelengkapan atau peralatan lain dalam sesebuah institusi
merupakan salah satu amalan pengurusan yang penting
kerana semua harta modal adalah kemudahan yang dapat
membantu sesebuah institusi mencapai matlamatnya
 Oleh itu, semua harta modal perlu diuruskan dengan baik
dan berkesan supaya ia benar-benar dapat dimanfaatkan
dalam usaha-usaha dakwah yang dilaksanakan
 Pengurusan yang baik dan berkesan terhadap harta modal
itu membolehkannya digunakan secara maksimum serta
cekap dan efisien
 Selain daripada penggunaan dan kelengkapan untuk kerja-
kerja pengurusan yang biasa, terdapat satu alat peralatan
yang penting kepada institusi Islam pada masa kini iaitu
peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat
 Ini kerana zaman mutakhir ini telah menyaksikan peralatan
komunikasi dan teknologi maklumat sudah memasuki era
canggih dimana manusia boleh berhubungan antara satu
sama lain dengan mudah, cepat dan tepat walaupun jarak
berjauhan
 Peralatan seperti radio, televisyen dan internet perlu
diuruskan dengan baik dan digunakan semaksima
mungkin sebagai medium dakwah masa kini
 Untuk itu, semua institusi dakwah sepatutnya
mengambil manfaat sepenuhnya dari peralatan-
peralatan itu untuk kepentingan dakwah dan bagi
melicinkan kerja-kerja pengurusan institusi dakwah
Pengurusan Sumber Manusia

 Amalan pengurusan sumber manusia secara umumnya


merujuk kepada perlaksanaan amalan pengurusan yang
bertujuan untuk memupuk, membangun,
memperkembang, mengekal dan meneruskan
keberkesanan pengunaan sumber-sumber diri untuk
mencapai tahap kemaslahatan diri dan ummah (al-masalih)
 Pengurusan sumber manusia yang baik dan berkesan akan
membolehkan sumber tenaga manusia diagihkan secara
tepat mengikut bidang kepakaran tertentu dan kepakaran
institusi kepada sumber tersebut
 Pengagihan sumber tenaga ini perlu dibuat dengan memilih
sumber tenaga yang lebih mendatangkan maslahah dan
mengutamakan yang lebih baik
 Perkara ini disentuh dalam al-Quran dengan merujuk kepada
firman Allah SWT:
Maksudnya:”Sesungguhnya sebaik-baik orang yang di ambil
bekerja ialah orang yang kuat lagi amanah”
Surah al-Qasas:26
 Apa yang dimaksudkan dengan kuat adalah kewibawaan
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mempunyai
kekuatan mental, fizikal dan rohani berupaya untuk
mengatasi masalah dan rintangan serta kemampuan untuk
mencapai matlamat yang ditetapkan
 Oleh itu, amalan pengurusan sumber manusia dalam
institusi Islam perlu diberikan penumpuan terhadap
pemilihan dan pengagihan sumber tenaga manusia
yang melibatkan pegawai dan kakitangan
 Pemilihan dan pengagihan ini mestilah dilaksanakan
dengan baik untuk membolehkan hanya orang yang
paling layak dipilih untuk melakukan kerja atau tugas
Pengurusan Program Dakwah

 Dalam membincangkan tentang pengurusan Islam


atau dakwah perkara utama yang diberikan tumpuan
ialah tentang pengurusan program yang dijalankan
oleh sesebuah institusi tersebut
 Perkara ini penting kerana didalam sesebuah
organisasi atau institusi perkara utama yang menjadi
persoalan ialah apakah sumbangan atau
perkhidmatan yang diberikan kepada masyarakat
khususnya masyarakat Islam?
 Jawapan yang biasa dilontarkan ialah program dan aktiviti
dan latihan yang dikendalikannya dalam keadaan ia diurus
dan diselenggarakan
 Sekiranya ia diurus dengan baik dan sistematik, sudah pasti
masyarakat akan mengikutinya pada program tersebut dan
sebaliknya
 Jika ditinjau dalam awal gerakan dakwah Islamiah yang
dibentuk oleh Rasulullah SAW, institusi dakwah yang
pertama wujud ialah dengan menjadikan rumah al-Arqam b.
Abi al-Arqam sebagai pusat untuk menggerakkan para
pendakwah untuk menjalankan kerja-kerja dakwah dengan
pendekatan rahsia
 Melalui pusat ini, Rasulullah SAW telah dapat merangka
strategi dan perancangan yang teratur dalam
menggerakkan jentera dakwah baginda agar usaha-usaha
baginda memperolehi kejayaan yang memberangsangkan
 Selepas hijrah ke Madinah pula, Rasulullah SAW telah
memperluaskan misi dakwah baginda dengan satu institusi
yang lebih bercorak formal iaitu institusi masjid
 Melalui masjid, baginda mengadakan mesyuarat selain
menjadikannya sebagai pusat pengajian dan pendidikan,
pusat pentadbiran negara, pusat kehakiman dan penyatuan
ummah
 Dengan adanya masjid masyarakat Islam akan lebih tersusun
dan terarah mengurus segala kepentingannya untuk
membina kekuatan dan kemuliaanya
 Kini, institusi dakwah bukan hanya tertumpu kepada
institusi masjid dan seumpamanya tetapi ia juga
merangkumi organisasi dan gerakan-gerakan yang
bermatlamatkan penyebaran dakwah Islamiah diatas
muka bumi seperti badan-badan yang didominasi oleh
kerajaan, sekolah dan badan-badan yang bukan
kerajaan yang berteraskan Islam yang mana
kesemuannya mempunyai program-program tertentu
yang telah dirancang untuk tujuan dakwah Islamiah
Kesimpulan

 Gambaran terhadap empat dimensi ini dilihat amat


penting dalam institusi Islam yang lazimnya
berperanan sebagai institusi dakwah
 Diharapkan dalam perbincangan yang dikemukan
dapat memberi pendedahan yang bermakna kepada
institusi Islam di Malaysia khusnya dan amnya
berhubung matlamat dan amalan pengurusan yang
patut diamalkan

You might also like